Seorang gadis menawan dan menggoda itu sedang melangkah pergi ke pintu gerbang Sekolah mewah itu, dengan girang sekali, gadis yang cantik itu ialah Hun seu-mi !
Semua yang berada di situ seperti terpanah dengan kecantikan itu, seperti gadis itu adalah ratu cantik di Wonder Oscar yang di adakan 4 tahun sekali !
Semua ternganga dengan kecantikan luar biasa itu, ada yang cemburu apabila teman lelaki mereka sempat mengambil gambar di depan teman wanita mereka ! sungguh mengundang maut .
"siapa kah itu , cantiknya ?" jung-min tertanya, dan tersenyum semua gadis-gadis peminat jung-min cemburu dan ada yang hampir menangis dibuatnya.
Tidak hairanlah jung-min dikelilingi ramai gadis dengan perangainya yang samseng tetapi sungguh kacak dengan ketinggian 188cm ! sungguh jejaka idaman.
Hun seu-mi hanya berjalan sahaja, dia sudah seperti terbiasa dengannya tetapi dia bukannya angkuh malah dia merendah diri lagi.
Hun seu-mi hampir ke pintu gerbang dan langkahnya terhenti seketika, dan menundukkan kepalanya, itu menunjukkan bahawa dia budak baru.
"Huh, siapa yang berjalan dengan wajah menawan ini? " Nae yeon ketua kumpulan girl's A+ iaitu ratu cantik sekolah itu, dia diiktiraf sebagai ratu cantik di tempat pertama dan dari kalangan keluarga yang berada serta hebat.
Semua terkejut dengan kata-kata Nae yeon, kerana Nae yeon tidak pernah memuji mana-mana gadis pun seumur hidupnya !
Rakan baiknya iaitu Hana dan Misa merangkap ahli kumpulan girl's A+ turut terkejut sehingga mereka melihat ke arah Hun seu-mi, mereka hampir terbeliak biji mata ! "Siapa dia tu, adakah budak baru?" ujar Hana
"Sudah pasti budak baru kita belum pernah melihat wajahnya" Misa berkata dengan sombong sekali.
Mereka berdua sebenarnya sangat cemburu dengan kecantikan tiada bandingan itu tetapi Nae yeon hanya sedikit terkilan sahaja kerana kedudukan ratu cantiknya di awal pagi yang indah hampir tergugat !
Kringgg ! Loceng berbunyi menandakan sudah tiba masanya untuk masuk ke kelas...