" Hun seu-mi, guru kelas kita memanggil awak. Katanya ada hal yang penting mahu di bincangkan dengan awak. "
Seorang pelajar perempuan memanggilnya.
Hun seu-mi hairan kerana semua dokumen pelajar sudah dia berikan kepada Cikgu Baek Wong tapi mungkin ada sesuatu yang penting mahu di bincangkan ; hatinya masih bersangka baik.
" Baiklah tapi di mana ? "
" Biar saya bawa awak. "
Pelajar itu tersenyum licik seperti ada unsur-unsur jahat.
Seketika kemudian, mereka telah sampai di bangunan paling belakang di mana tempat itu sunyi sekali !
Hun seu-mi curiga dengan pelajar itu dan mahu melarikan diri tetapi di tahan oleh 4 orang pelajar.
" Lepaskan saya ! "
Hun seu-mi sudah menjangka semua ini tapi dia tidak bayangkan pula kejadian seperti ini !
" Lepaskan kamu ! Hah, jangan harap ! " .
Dia mencari siapa pemilik suara itu seperti pernah di dengar sbelum ini.
Rupa-rupanya Nae-yeon. ! Ketua kumpulan Girl's A+ .
" Kenapa awak buat semua ini ? saya tak bersalah pun ! . "
" Kamu kata tak bersalah ? perempuan murahan, sanggup merampas lelaki kesukaan saya ! ".
" Hah, siapa lelaki itu ? " masih menyoal dengan keaadaan yang tidak berdaya.
" Awak boleh tanya siapa ? Mungkin ramai lelaki dengan kamu sampai kamu tidak ingat siapa ? ". Nae-yeon ketawa terbahak-bahak persis 'setan' !
Di ikut dengan pembantunya. Sungguh kejam. !
" Jadi siapa lagi selain Luhan. ! Awak tahu tak keluarga saya dan Luhan sangat rapat. Kami berkawan dari kecil lagi sehingga ibu bapa kami merancang untuk kahwin kan kami berdua tapi apa yang awak buat ! Awak hancurkan semuanya ! "
Hun seu-mi terkelu dan menangis.
" Kunci dia cepat ! " Nae-yeon mengarahkan dengan ganas sekali !
Bilik seni itu pilihan utama mereka kerana bilik itu sudah tidak di gunakan lagi kerana pernah seorang pelajar mati di situ sehingga mayatnya baru di jumpa sebulan yang lalu. Demi menghormati roh pelajar yang mati itu, mereka tidak lagi menggunakannya dan mereka mahukan perkara yang sama terjadi pada Hun seu-mi !
Apabila wang Hun seu-mi terjatuh di kaki salah satu pelajar jahat itu.Mereka semua teruja kerana wang itu bernilai 50 juta won sungguh banyak sekali !
Mereka terus mengambilnya ataupun di kira sebagai 'mencuri' daripada Hun seu-mi sambil ketawa gila.
Memikirkan apa yang mahu mereka mahu beli dengan wang yang banyak semestinya 'rokok' menjadi pilihan pertama mereka.
" Jangan itu duit untuk ibu saya, saya sudah lama mungumpulnya kerana itu untuk hadiah hari lahirnya. Pulangkan balik ! "
" Hah, pulangkan balik ? Mana boleh kamu fikir kami dungukah ?
Mereka terus mengambil dan mengunci Hun seu-mi tanpa belas kasihan
" Pergilah kamu mati dengan hantu itu di dalam ! "
" Tolong saya ! Tolong ! " panggil Hun seu-mi sambil menangis teresak-esak.
Mereka yang berada di situ sudah lama beredar.
Tinggal dia sahaja di situ dalam kegelapan sambil menangis teresak-esak .