Di taman keluarga Park Luhan sungguh ramai orang yang datang untuk menyambut ulang tahun kelahiran Park Luhan, dengan gaun-gaun yang bermacam-macam fesyen tentulah ianya di tempah khas dengan pereka fesyen terulung! Semua gadis-gadis di situ bersaing dengan sengit hanya untuk memenangi hati Luhan dan sangat mereka yakin dan berbangga dengan kecantikan mereka sendiri!
"Masih sanggup munculkan diri walau maruah diri sudah calar?" Cik Bora memandang Nayeon dengan pandangan mengejek dan nada berbaur menghina. Baginya saingannya satu ini tidak sehebat mana hanya memiliki rupa paras cantik tetapi dungu!
"Suka hati aku mahu pergi ke mana-mana-mana, itu bukannya urusan kau!" Nayeon membalas kembali ejekan sambil menjeling dan pergi menjauhi Cik Bora yang bongkak itu
Orang di sekeliling mula mengetawakan Nayeon selepas kalah berperang mulut dengan Cik Bora. Nampak sangat mereka hanya mahu membodek-bodek Cik Bora.
Di bilik persalinan Luhan.
Luhan memakai sut berwarna putih dengan rambut yang digayakan persis putera kacak.
Mata yang amat dalam dan cantik seperti tasik yang beku serta bibir nipisnya yang seksi. Sungguh! Sungguh dia memang layak di gelar 'rupawan agung' hanya di dunia. Perwatakannya amat elegan dan kemas sudah jelas dia dilahirkan dari keluarga yang berpengaruh tinggi dan berkelas tetapi hatinya sangat gelisah dari tadi sesekali berjalan mundar-mandir dan duduk sekejap seperti menunggu seseorang!
Adakah seorang puteri rupawan yang dia tunggu?
Tok!Tok!Tok!
"Sayang, sudah tiba masanya untuk kamu keluar sudah lama kamu di dalam bilik itu Luhan." Ibu Luhan yang elegan itu memanggil anak kesayangannya untuk keluar menikmati parti hari jadinya.
"Okay." Luhan menjawab dengan ringkas lalu keluar daru bilik itu. Tetapi hatinya masih lagi menunggu seseorang yang amat istimewa di hatinya.
"Sayang, kamu sihat?" Ibunya melihat riak wajah Luhan yang sedikit tidak gembira. Dia risau anaknya tiba-tiba jatuh sakit.
"Saya sihat." Luhan menjawab sambil tersenyum di buat-buat.
"Baguslah kalau macam itu. Gritan iring Luhan untuk pergi ke luar." Ibu Luhan memanggil pembantunya dengan elegan.
Gritan datang dengan professional lalu mengiringi Luhan ke luar taman tempat parti hari jadinya diadakan. Luhan hanya berjalan ke hadapan dengan gaya yang mantap.
Apabila rakan sekolah melihat Luhan yang sedang keluar. Mereka terpegun dengan ketampanan wajah Luhan yang sangat sempurna dan menjerit-jerit nama Luhan. Ramai di antara mereka mula mengambil foto Luhan dari jarak yang dekat. Mereka semua mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menjadi kekasih Luhan.
"Kenapa?! kenapa dia boleh menjadi sangat kacak!" Beberapa gadis hampir pengsan melihat wajah Luhan yang super kacak itu!
"Jadi kekasih saya terus saja Luhan!"
"Tidak! itu milik saya!"
"Jangan bermimpi! lah! Luhan tak layak dengan kamu semua!"
Gadis-gadis di situ mula bertengkar siapa yang menjadi kekasih Luhan. Nayeon menjeling sekilas dengan gadis-gadia yang hanya bermimpi itu lalu meneguk sedikit wain membuatkan dirinya nampak cantik dan seksi dengan keyakinan tinggi dia pergi berjalan ke arah Luhan yang berbual santai dengan rakan baiknya. Dirinya yang amat berani dan seksi itu menjadi perhatian orang ramai di situ. Nayeon tersenyum menggoda ke arah Luhan sambil memegang gelas wain dengan sangat elegan.
"Selamat hari jadi Luhan." Ucap Nayeon kepada Luhan dengan senyuman yang menggoda. Luhan hanya memandangnya sekilas dan riak wajah Luhan tetap tidak berperasaan walaupun Nayeon yang cantik itu sedang menggodanya.
Luhan tidak membalas kembali ucapan itu lalu tidak mempedulikan Nayeon.
Nayeon tersenyum kelat. Dia malu dan amat malu! Dirinya tidak dipedulikan seperti sebuah objek. Dia merasa dirinya agak teruk. Pipinya kemerahan menanggung malu.
Cik Bora memandangnya dengan perasaan puas dan menghinanya. "Lihatlah, perempuan jalang itu walaupun dimalukan masih tetapi berdiri teguh di situ."
Yurin turut berada di situ dan mula mengejeknya.
"Sememangnya dia wanita yang tidak mempunyai maruah." Sambil dia berpeluk tubuh dan mendongakkan sedikit wajahnya.
Semasa tempat sangat santai dan aman. Semua dikejutkan dengan kejutan yang amat menawan dan menarik termasuk juga Luhan, Nayeon dan Cik Bora.
"Lihat! Pari-pari syurga ada di sini!" Semua menoleh ke arah suara itu dan mendapati suatu kecantikan di anak mata mereka yang berkilau dan amat menawan.
Pari-pari itu memakai gaun berwarna putih berkilau dan bertakhtakan berlian. Jiwa manusia di situ seperti di ambil dan anak mata mereka mula diterangi dengan cahaya kecantikan agung yang di miliki seorang gadis setaraf kecantikan 'pari-pari syurga'! Walaupun kenyataan itu sangat berlebihan orang ramai masih dapat menerimanya dengan baik.
Hun Seu Mi berjalan dengan langkah yang kemas dengan kasut tumit tingginya yang cantik. Ramai gadis-gadis mula cemburu dengan 'kecantikan dia bandingan' itu. Pemuda-pemuda pula nampaknya mahu mencuba nasib.
Luhan memandang Hun Seu Mi dengan pandangan yang seakan tidak percaya. Hatinya yang tadi kosong kini terisih. Dia tahu yang hatinya sedang mencari dan menunggu 'orang' itu dan kini 'orang' itu telah hadir di depan matanya.
Semasa pemuda-pemuda mahu mendekati Hun Seu Mi. Luhan cepat-cepat bertindak dan menarik tangan Hun Seu Mi.
Hun Seu Mi terkejut dengan kelakuan Luhan yang secara tiba-tiba menarik tangannya.
"Ikut saya." Luhan menarik Hun Seu Mi ke atas pentas. Membuatkan Nayeon dan para gadis lain terbeliak terkejut.
"Awak mahu bawa saya ke mana?" Soal Hun Seu Mi.
"Sebentar lagi, awak akan tahu." Luhan dan Hun Seu Mi menaiki tangga dan berdiri di tengah-tengah pentas itu dan tetamu boleh melihat mereka berdua dengan jelas.
Sambil Luhan memegang tangan Hun Seu Mi dan berteriak dengan kuat. "Mulai hari ini, Hun Seu Mi 'gadis saya'!"
Semua tetamu itu terkejut dan kecewa ada pula yang membuat siaran langsung menggunakan telefon.
Bunga api terus meletup di langit sambil yang lain bersorak teruja dan mengambar detik-detik manis itu. Di mana hati beribu gadis akan hancur.