Nama Hun Seu Mi kini telah menjadi antara yang paling tersohor di media sosial. Tajuk hangatnya ialah 'Gadis Milik Luhan'.
Rakaman siaran langsung tempoh hari juga mendapat banyak kecaman dari kelab peminat Luhan.
Untuk seketika, Hun Seu Mi terpaksa menutup akaun media sosialnya buat sementara waktu.
Hun Seu Mi ketika itu membaca setiap caci-makian yang khas untuk dirinya, ada yang buat dia marah dan ada juga yang buat dia mahu geram.
"Kenapa dia selalu buat saya rasa serabut?" Soal Hun Seu Mi sendirian.
Akan tetapi jika dia teringatkan kejadian tempoh hari, pipinya mula merona merah dan terasa panas. Mengapa tiba-tiba LuHan mahu luahkan di hadapan orang ramai? Dia sendiri pun tidak tahu mengapa.
Pada masa yang sama, Nayeon melihat semula video siaran langsung tempoh hari.
"MULAI HARI INI HUN SEU MI 'GADIS SAYA!"
"Kenapa?! Kenapa?!" Nayeon meraung melihat video lelaki kesukaannya bersama wanita yang di labelnya sebagai sampah itu. Lelaki yang selama ini bertahun-tahun dia mahu dapatkan kini dirampas oleh wanita yang baginya tidak layak untuk Luhan.
"Aku tak boleh biarkan ini terjadi kembali! Aku akan hancurkan gadis jalang itu!" Teriak Nayeon di biliknya dan membuang semua barang-barang di atas meja sambil memegang rambutnya yang serabut.
Keesokan harinya, di Sekolah Tinggi Bandar I-Land.
Hun Seu Mi melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan dengan Lee Kyung.
Mereka berdua hanya sibuk dengan hal masing-masing tanpa pedulikan sesiapa.
Tiba-tiba kumpulan Girls A+ mula menghampiri tempat duduk Hun Seu Mi dan juga Lee Kyung yang dianggotai oleh Nayeon, Hana dan juga Misa.
"Mengapa aku rasa yang muka kau ni terasa jijik dan hodoh untuk berada di sini?" Sambil Hana tersenyum sinis padahal Hana membawa maksud yang berlainan seperti mempersoalkan mengapa wajahnya terlalu cantik hingga tak terkata.
Hun Seu Mi hanya berdiam diri dan berpura-pura tidak tahu sambil membuat rujukan.
Melihat yang Hun Seu Mi tidak mempedulikan dirinya yang cantik itu. Hana mula naik marah dan menjengilkan matanya kerana terlalu marah tanpa pedulikan Lee Kyung anggota I-Land 3 itu.
Nayeon di situ hanya sekadar mencebik dan apabila dia melihat wajah Hun Seu Mi yang cantik itu dia menjeling kerana terlalu cemburu dan matanya boleh dimaksudkan dengan unsur api kemarahan.
Misa cepat-cepat menyambung dan mula menyindir Hun Seu Mi.
"Aku tak sangka yang kamu ini seperti orang yang kurang pendengaran. Tak tahu hormat ka dengan kami? Kenapa ibu kamu di rumah tidak mengajar kamu?" Sambik dia membuat mimik gaya yang comel apabila dia menyebut perkataan ibu. Nayeon dan Hana hanya ketawa mengejek.
Apabila Hun Seu Mi mendengar perkataan ibunya di sebut. Dia mula naik berang kerana ibunya tidak boleh disebut secara sembarangan. Begitu juga Lee kyung yang mula sensitif apabila nama ibu dipermainkan sambil dia berkerut tanda tidak suka.
Hun Seu Mi mula berdiri sambil menghempas tangannya di atas meja dengan kuat walaupun sakit tetapi dia tidak peduli maruah ibunya harus dijaga!
Nayeon, Hana dan Misa mula terkejut dengan bunyi yang sangat kuat itu.
"Mengapa mahu libatkan ibu saya?! Dia langsung tiada kena-mengena dengan kamu! Kamu tiada kerja lainkah? Sibuk sahaja mahu kacau hidup orang! Harap muka sahaja cantik tapi perangai sama saja dengan syaitan!" Tengking Hun Seu Mi yang khas untuk mereka bertiga.
Mereka bertiga mendapat kejutan buat kali kedua kerana selama mereka hidup dengan manja. Mereka tidak pernah di marahi dan digelar sebagai syaitan.
Nayeon yang hanya berdiam diri dari tadi mahu membidas kembali kata-kata Hun Seu Mi tadi.
"Berhambus dari tempat aku!" Lee Kyung mula menghalau mereka bertiga
Baru sahaja dia mahu menjawab balik tetapi terbantut kerana Lee Kyung yang hanya diam tadi mula menghalau mereka.
"Tapi..."
"Kau tak faham bahasakah? Aku cakap berhambus ataupun bahasa lainnya pergi dari sini! Buat semak saja!" Arah Lee Kyung.
Hun Seu Mi hanya tersenyum sinis dan memberikan pandangan mengejek kepada mereka bertiga membuatkan Nayeon mula mendidih akibat marah tetapi oleh kerana Lee Kyung masih berada di situ dia hanya menahannya sahaja.
Pelajar-pelajar di situ mula memberi perhatian kerana Lee Kyung kerana yang sedang dimarahi dan digalau itu adalah kumpulan terkenal Girls A+! Ratu cantik sekolah dan juga duta sekolah!
Kumpula Girls A+ mula terdiam dan tidak mampu untuk menjawab balik kerana mereka takutkan Lee Kyung. Siapa yang tidak kenal dengan sikap Lee Kyung yang panas baran itu jika dibawa bergaduh habis lawannya di sapu rata dan juga pengaruhnya sangat kuat selepas Luhan!
Muka mereka bertiga yang cantik sudah mula merona merah kerana malu yang teramat. Mereka bertiga mula diperhatikan oleh pelajar-pelajar di situ dan Nayeon, Hana dan Misa memberikan pandangan ugutan yang membawa maksud 'Apa pandang-pandang nak kena kah!?'
Hati Nayeon mula panas dan membuatkan dia hampir pitam kerana terlalu marah sambil menggenggam tangannya. Di matanya hanya ada api kebencian begitu juga perasaannya. Hanya membalas dendam sahaja yang mampu buatkan hitinya tenteram.
'Kau tunggu saja nasib kau wahai perempuan jalan!'