" Tolong saya , tolong ! ". Hun seu-mi menagis sambil mengetuk-ngetuk pintu.
Pipinya yang basah akibat air mata yang turun dengan deran jatuh menitik bak air hujan. Mereka sepatutnya tidak boleh memperlakukan budak baru sedemikian tapi akibat rasa cemburu yang membuak-buak menukarkan ianya menjadi dendam ! ; Siapa yang tidak cemburu apabila kecantikan Hun seu-mi yang mampu mengegarkan dunia sambil matanya yang bersinar seperti pelangi itu dan tona warna kulit bak kristal dan apabila dia berjalan seperti ada pari-pari yang mengiringnya membuatkan orang yang melihatnya boleh lembut hati.
Di kelas gred 3 iaitu kelas Hun seu-mi, Luhan masuk ke dalam sedang mencari seseorang.
" Awak cari Lee-kyung ka Luhan ? " tanya ketu kelas dengan sangat sopan.
" Tak saya mencari Hun seu-mi, Di mana dia ? awak ada nampak ? ". Soal Luhan dengan rasa tidak sedap hati.
" Ah ! ehm saya nampak Caey Young panggil dia, katanya cikgu Baek Wong panggil ". Ketua kelas itu sedikit terkejut kerana Luhan bukannya mencari Kyung tetapi mencari 'pari-pari' itu.
" Apa ! Caey Young bawa dia ke mana ? " . Luhan semakin rasa tak sedap hati dari tadi dan tidak nampak pun kelibat Hun seu-mi dari tadi.
" Saya tak pasti. " Jawab ketua kelas itu ringkas.
" Awak tak pasti. Apa guna jawatan awak ni sekarang, awak mungkin tidak tahu yang mungkin Hun seu-mi dalam bahaya ! " Luhan sangat marah apabila ketua kelas tidak menjalankan tugas mereka. ' macam pengawal peribadi pula hehehe '.
" Minta maaf, kita boleh jumpa dengan Caey Young jika dia ada nampak Hun seu-mi. " Sebenarnya ketua kelas itu sangat meminati Hun seu-mi dalam diam, dia menjadi risau apabila Hun seu-mi hilang dari pandangannya.
Luhan terus berlari meninggalkan kelas gred 3 lalu mencari Caey Young yang licik itu sambil di ikuti ketua kelas juga.
" Caey Young !!! Di mana awak sorok Hun seu-mi ?Hah ! " Tuduhan yang jarang-jarang itu sangat tepat.
Semua terkejut apabila Luhan marah tanpa sebab yang munasabah dan memanggil nama Caey Young dengan kuat sekali hampir bergegar bangunan itu di buatnya !
" Eh Oppa Luhan bertenanglah mana ada saya menyoroknya. " dengan suara yang menggoda dan menafikan kesalahannya.
" Diam kamu, jika saya kerah semua pengawal di sini untuk mencari Hun seu-mi di seluruh sekolah dan kamulah yang menyoroknya tanpa rasa bersalah. Saya yang akan buang awak dari sekolah ini ! Masih ramai lagi yang mahu ke sekolah ini jadi awak boleh bagi mereka peluang ! "
Ayah Luhan adalah pemegang terbesar saham sekolah ini tiada hairanlah mengapa Luhan boleh mengarah-arah seperti biasa. Mereka sangat menghormati Luhan seperti putera raja !
" Hah, minta maaf Tuan Luhan saya janji akan beritahu semuanya ! " Caey Young melutut di depan Luhan sambil meminta ampun kesal amat.
Caey Young merupakan anak sulung dan keluarga mereka sangatlah miskin dan mempunyai ramai adik-beradik tetapi keluarga Luhan sangat pemurah lalu membantu keluarga Caey Young untuk bersekolah dan pendidikannya di tanggung oleh keluarga Park Luhan itulah kerana dia sangat menghormati Luhan.
" Cepat beritahu kalau awak tak mahu di buang sekolah ! " ugut Luhan.
Semua yang berada di situ seperti tidak percaya dengan kata-kata Luhan.
" Sebenarnya, ehm sebenarnya. " Caey Young tergagap-gagap untuk memberitahu siapa di sebalik dalang ini.
" Cepat beritahu ! " .
" Erh, Hun seu-mi di kunci di bilik seni bangunan paling belakang. " Caey Young mengakui semua kecuali tidak memberitahu yang Nae-yeon yang mengarahkannya.
" Apa ! Awak gilakah. Bilik itu sudah lama di biarkan. Kenapa awak sanggup buat perkara keji sebegitu ! Jika saya jumpa Hun seu-mi dalam keaadaan cedera. Saya tak akan maafkan awak ! ".
" Minta maaf, Luhan. Saya mengaku saya yang salah. " Sambil menangis di depan orang ramai.
" Tapi, saya rasa bukan kerja awak seorang kan ? "
Caey Young mula rasa takut, jika Luhan tahu semua kerja Nae-yeon. Hidupnya akan hancur ; Siapa yang tidak tahu dengan Nae-yeon yang punya kuasa besar dari keluarga yang hebat serta kaya yang hanya boleh mengarahkan orang untuk sakiti sesiapa sahaja !