Chapter 12 - Kad Jemputan

" Yeah, saya sudah dapat ! " Teriak ketua kelas itu dengan gembiranya.

" Oh tolonglah, cepatlah. Ok sudah dapat ! "

" Saya dapat juga ! Akhirnya ! "

" Kenapa lambat ni, tolonglah dewa penyelamat ! "

Hampir semua pelajar di dalam kelas itu teruja kerana dapat kad jemputan mewah dari Park Luhan. Memanglah mereka teruja !

Pada waktu itu, hanya seorang pelajar perempuan sahaja yang malas ambil tahu, Hun seu-mi.

Geng pembuli datang ke tempat Hun seu-mi.

" Kenapa kamu diam sahaja ? Luhan tidak bagi kamu kadnya ka ? Memang perempuan jalang macam kamu tidak layak ! " Sambil ketawa gila dan diikut oleh kawannya yang lain.

" Kamu janganlah ganggu dia. Dia memang sudah dapat awal dari kita semua ! " kata Dae Yeon dari jauh.

Membuatkan kelas itu senyap seketika: "..."

" Whattt ? " Cik Bora tidak percaya dengan semua yang dia dengar.

" Ya, memang dia yang paling awal di beri kad oleh Luhan. "

Hun seu-mi hanya diam sahaja biarpun mereka bercakap tentang dirinya. ' Lagipun ada aku kisahkah ? Tiada kan. '

" Sanggup Luhan buat begitu pada saya ! " Cik Bora kesal dengan perbuatan Luhan kerana dia yakin dirinya adalah satu-satunya yang boleh mendapatkan Luhan. Kenapa perlu Hun seu-mi ?

" Kamu perempuan tidak tahu malu ! Kamu fikir Luhan berminat pada kamu ? Huh. " Sambil Nae-yeon berkata dengan bongkak sambil menyentuh kukunya dengan wajah sinis.

Semua di kelas itu terasa janggal seketika. Akhirnya ketua kelas bersuara. " Diamlah ! Kita sepatutnya gembira kerana Luhan menjemput kita bukannya mahu bergaduh di awal pagi ! " Ketua kelas itu sebenarnya risau sahaja jika Hun seu-mi jadi apa-apa maklumlah minat dengan Hun seu-mi.

Nae-yeon dan Cik Bora hanya menjeling maut kepada ketua kelas itu.

----------------------------------------------------------------------------------

Semasa di pondok bunga Hun seu-mi menyanyi-nyanyi diikut pula dengan suaranya yang lunak membuatkan sesiapa mendengarnya pasti terjatuh hati dan tanpa teragak-agak terus memetik bunga di pondok itu walau akibatnya di denda tetapi akan memberikan bunga kepada pemilik suara itu !

Langit indah, Cinta kita

Seperti kelopak bunga

Cinta manis kita...

Hun seu-mi terus menyanyi untuk tenangkan fikirannya.

Tanpa sedar beberapa pelajar lelaki sedang mengintainya dan mendengar suaranya.

" Hehe, sedapnya suaranya memang layak jadi teman wanita aku. " Dengan suara gatal.

" Ish, diamlah nanti dia dengar, lagipun muka kamu itu hodoh tidak layak sekalipun dengan kamu ! " sambil mengejek tanpa rasa bersalah.

" Jadi kamu fikir, kamu kacakkah ? Sudahlah botak kena pula dengan tubuh yang pendek ! kamu fikir dia suka kamuka ? "

Lelaki yang mengatakan yang dia hodoh itu terkelu seribu bahasa.

" Kamu mengintai dia kah ? Biadab ! Perbuatan kamu haru di hukum ! " Seperti dewa sedang marah !

" Erh, saya minta maaf. "

" Ya, saya pun minta maaf. "

Dua lelaki itu menundukkan wajah mereka dari bertembung dengan Jung-min.

Mereka sangat menghormati Jung-min di sekolah kerana kelakuannya yang ganas sekali tetapi dia sangat terkenal kerana dikurniai wajah yang kacak,hidung mancung dan tinggi lampai itu membuatkan dia popular di sekolah tapi hanya seorang sahaja memandang dia bagai semut iaitu Park Luhan ! kerana Park Luhan yang mempunyai kuasa besar di sekolah mewah itu.

" Sudahlah main jauh-jauh ! "

Mereka terus berlari meninggalkan pondok itu takut Jung-min berkasar dengan mereka.

" Hai ! " sapa Jung-min sambil tersenyum menawan. ' mahu menggodala itu ! '

Hun seu-mi menoleh ke belakang untuk melihat siapa. Dia pernah ternampak wajah ini dengan kesan parut di kening.

" Erh, hai. " Hun seu-mi malu kerana hanya dia dan Jung-min sahaja di situ terasa kekok pula lainlah kalau ada Dae Yeon.

" Merdunya, suara awak ! " sambil memuji sambil mengekalkan wajah kontrol kacak itu. Sebenarnya dia sudah berlatih di depan cermin biliknya dan membuat latihan eksperi muka kacak itu, sudah dua hari dia berlatih semata-mata untuk membuatkan Hun seu-mi tergoda dan jatuh cinta dengan dia dan dia terfikir selepas tamat sekolah mereka boleh berkahwin ; aduh sampai ke situ pula dia ! "

Lihat bagaimana Jung-min bersaing dengan Luhan !