Chereads / CINTA MANIS REMAJA : MANIS DIPENUHI BUNGA-BUNGAAN SEGAR ! / Chapter 11 - Jemputan istimewa untuk orang yang istimewa.

Chapter 11 - Jemputan istimewa untuk orang yang istimewa.

Selepas dua hari di rumah, Hun seu-mi memulihkan kesihatannya dengan berehat secukupnya dan dia sangat bersyukur dengan penyelamatnya!

Ibunya tidak tahu dengan kejadian yang menimpa Hun seu-mi dua hari lepas kerana Hun seu-mi enggan memberitahu kepada ibunya, takut ibunya datang ke sekolah mangamuk pula.

" Pari-pari kamu sekolah hari ni ? Kamu betul-betul sihatkah ? " Sambil ibunya menyoal, sambil itu juga Puan Shin mendepakan tangannya ke dahi anaknya untuk mengetahui suhu anaknya.

" Iya ibu saya sihatlah lagipun ini hari. Hari penting buat saya. "

" Hari penting ? Kamu ada ujian ini hari ka ? " Puan Shin hairan kerana sekarang baru awal tahun terlalu cepat untuk ujian.

" Taklah ibu, ok selamat tinggal ibu ! " sambil menghabiskan sisa susunya dan berlalu pergi.

" ok selamat tinggal sayang ! "

----------------------------------------------------------------------------------

Di Sekolah.

" Mampu mununjukkan mukanya di sini ? Huh tak cukup ka kita di hukum. Bencinya ! "

Apabila Hun seu-mi sampai di sekolah, jelingan hebat untuknya di awal pagi makin hangat sambil mereka berbisik-bisik tanda tidak setuju dengan kehadirannya tetapi mereka tidak berani untuk bercakap di depan Hun seu-mi kerana sudah di ugut oleh Luhan untuk tidak menganggu Hun seu-mi. Jika ingkar, mereka akan menerima padahnya !

" Hun seu-mi ! Aduh, kamu ok ka ? Kamu sihat ? " Dae yeon mendekati Hun seu-mi, rindu dengan kawan baiknya.

" Saya sihat saja, hmm di mana "

" Luhan ? " Belum sempat Hun seu-mi menanya Dae yeon sudah memintasnya.

" Jangan risau dia hadir ini hari, kenapa awak rindu dia. Apa yang jadi pada kamu berdua semasa di bilik seni tu ? " Dae yeon mengusik kawannya dengan nada gatal.

" Kamu bercium ka ? "

Membulat mata Hun seu-mi mendengar semua perkataan Dae yeon itu. " Kamu gila ka ? Kamu fikir saya suka dia dan mahu mencium dia ? Huh sudahlah kamu sama saja dengan mereka. "

" Yalah, saya minta maaf, tapi Luhan cari kamu tadi, saya kata kamu belum sampai lagi. "

Hun seu-mi terkejut mengapa pula Luhan mencarinya pula, ' Ish aku bukannya penting sangat, kenapa dia mahu cari aku pula ? ".

Budah suruhan saya ! Wah makin cantik ! " Luhan memanggil Hun seu-mi sambil itu mengusiknya !

Hun seu-mi berkerut sedikit apabila melihat Luhan walhal dalam hatinya berbunga-bunga ! dengan berpura-pura selamba. " Kenapa ? Apa yang awak mahu ? "

" Saya mahu awak, erh tak saya mahu awak ambil beg saya. " merah padam mukanya menahan malu. Itulah cakap main lepas lagi !

" Oh, itu saja, heh senangnya. " sekali Hun seu-mi mengangkat beg itu macam tangannya sahaja yang terjatuh ke bawah menahan beg yang berat macam batu !

" Hahaha, itulah lain kali jangan lupa lihat dulu apa isi di dalam ! " terjatuh air mata Luhan menahan ketawa dan apabila dia melihat isinya di dalam sememangnya batu !

' Luhannn !!! ' protes hatinya mahu saja dia memaki hamun pada putera kacak di depannya itu. ! Dae yeon pun yang tadi menahan gelak terhambur semuanya di depan Hun seu-mi. ' Malunya ! '

" Ok sudah, saya minta maaf tapi saya nak bagi kad jemputan istimewa untuk orang yang istimewa. " Sambil membuat gaya kacaknya di depan Hun seu-mi.

Dae yeon terkejut kerana menurut semua orang, Luhan tidak pernah memberi mana-mana kad pada seorang gadis malah tidak pernah seorang gadis pun yang dia dekati, terlopong mulut Dae Yeon melihat semuanya. Hun seu-mi pula hairan kad apa pulani, dan orang istimewa haih peningnya. !

" Terima saja lah, untuk saya. " pujuk Luhan dengan lembut.

Hun seu-mi ' aduh tolong, kenapa kamu mesti tampan begitu. Tolong mata saya ! '