" Ahh, tolong saya tak sempat lagi nak jumpa ibu saya. Tolong saya ! " Hun seu-mi merayu-rayu meminta tolong dengan tangisan tersedu-sedan seperti ini kali terakhir dia hidup di dunia.
Dadanya turun naik akibat sesak nafas kerana udara di situ sangat kurang kerana tingkap tertutup tanpa cahaya. Hun seu-mi tidak nampak apa-apa di situ, sementelah bangunan itu sunyi tanpa Ada satu pun orang di situ.
Dia masih kurang faham dengan perangai pelajar di sini ; bukankah nama sekolah ini cukup terkenal dan ramai juga pelajar cemerlang ang di sini, tapi masih ada juga pelajar nakal di sini.
Apabila nafas tercungap-cungap kerana kekurangan oksigen di situ. Dia merasa seperti berpusing-pusing lalu jatuh pengsan !
Park Luhan berlari dengan lajunya semata-mata mahu menyelamatkan Hun seu-mi di tambah pula dia adalah pelari atlet di sekolah membuatkan dia popular amat.
Semua mata terarah kepada Luhan. Hairan ; mengapa mahu berlari pecut di bangunan sekolah ?
" Kenapa dia berlari ? Pergi siasat ! " Jung-min mengarahkan orang suruhannya untuk siasat sementara itu dia sedang mencari Hun seu-mi juga ; wah banyaknya peminat pelajar baru ini dan peminatnya bukan calang-calang orang !
" Hun seu-mi, Hun seu-mi ! Di mana awak ! " .
Dia melihat pintu yang berkunci di luar ; ya dia pasti itu biliknya.
Dia hanya menendang pintu itu dengan sekali saja ; Pak ! pintu terbuka.
" Hun seu-mi, bangun ! " Luhan memanggil Hun seu-mi, terkejut kerana Hun seu-mi terbaring lemah.
" Luhan. " Hun seu-mi membuka matanya sedikit dan memanggil nama Luhan dan terus tidak sedarkan diri.
Luhan nekad tidak akan memaafkan sesiapa yang terlibat membuat perbuatan terkutuk ini dan akan menghukumnya dengan berat !
Dia terus mengangkat Hun seu-mi yang pengsan pergi ke bilik kesihatan untuk berehat.
Semua yang melihat. "..."
Sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Nae-yeon keluar dari kelas untuk melihatnya ; sial ! perempuan murahan itu selalu membuatkan diri Nae-yeon marah !
" Tunggulah nasib kamu ! " Tidak berpuas hati dengan apa yang dia nampak.
Cik Bora dan pembantunya Yurin turut menjenguk apa yang terjadi ; Apa !
" Masih baru sudah pandai " merampas " ! Cik Bora sebenarnya saingan sengit kepada Nae-yeon tetapi akibat Cik Bora dari kalangan keluarga yang sama hebat sukar untuk dia menewaskan Cik Bora dengan wajah Cik Bora yang menawan serta cantik dengan cara semula jadi membuatkan orang tenang melihatnya.
Luhan hanya membiarkan saja, kontroversi yang berlaku dan terus membawa Hun seu-mi ke bilik kesihatan bimbang jika terjadi sesuatu yang buruk pada Hun seu-mi.
Di bilik kesihatan, hampir setengah jam Hun seu-mi pengsan dan sudah di beri bantuan pernafasan dengan segera katanya Hun seu-mi kekurangan oksigen di dalam badan dan hampir sahaja maut jika di biarkan lebih lama !
Apabila Luhan mendengar semua kata-kata itu mahu saja dia membunuh orang yang membuat Hun seu-mi terkunci !
Lelaki kalau sudah suka, dia sanggup membuat apa saja demi gadis yang di cintai.
" Luhan. " panggil Hun seu-mi.
" Hun seu-mi, Awak dah sedar ! Awak okay ? terus sahaja rehat ya. " Luhan yang separuh gembira dan separuh risau itu dan separuh marah juga terkejut Hun seu-mi sudah memberikan reaksi.
" Terima kasih, penyelamat tampan. " Sambil tersenyum, Hun seu-mi dengan separah tidak sedar itu.
" Ehm, ya sama-sama, sayang ehr, ehm tak saya main-main saja. " Merah muka Luhan akibat malu ; dia sendiri pun tidak tahu dengan perasaannya sekarang nasiblah Hun seu-mi tidak sedar dengan perkataan 'sayang itu.
Ya, Luhan panggil dia sayang !