Pada waktu tengah hari yang cerah sekali , Semua berebut untuk mendapatkan 'susu strawberry'. Memang itu kegemaran pelajar di sekolah itu , tetapi susu itu stoknya adalah terhad hanya yang ternama sahaja boleh mendapatkannya.
" Tumpang lalu , semua ! Cik Bora yang cantik mahu membeli Susu Strawberry ! ". kata kawan baiknya Yurin.
" Eh , Cik Bora beri laluan semua , Ratu Cantik mahu lalu " kata Dae yeon kawan baru kepada Hun seu-mi.
" Thanks " kata Cik Bora sambil tersenyum menawan .
" Hahaha sama-sama Cik Bora . " kata Dae yeon .
sambil berbisik dengan Hun seu-mi , " Begitulah kalau mahu ambil hati Cik Bora " .
Hun seu-mi sedikit pelik dan hairan " mengapa mahu ambil hatinya ? " ujar hatinya.
" Alamak Susu Strawberry nak habis " kata Hun seu-mi. Dia sangat mahukan Susu Strawberry itu.
Sementara tempat itu hampir lenggang tetapi kejutan kali kedua pula berlaku. Tempat itu menjadi sesak seperti ada 'artis K-pop' yang datang !
Rupa-rupanya kumpulan terkenal datang sekali lagi iaitu I-Land three yang datang ! . Apa lagi smua gadis memberikan laluan kepada idola mereka teruramanya Park Luhan. Mereka tidak akan membuat 'sayang' mereka kurang selesa.
Semua gadis-gadis di situ mahu mengambil kesempatan terhadap mereka bertiga sehingga Cik Bora terhimpit oleh mereka. Yurin mengarahkan mereka untuk supaya berhenti tetapi tiada satu pun yang perasan kerana tempat tersangat sesak.
Sehingga Hun seu-mi terjatuh ke pancuran air yang besar dan menjerit " Hah !!! " jerit Hun seu-mi !.
Lantas semua menoleh ke belakang termasuk Park Luhan. " Tolong , saya basah ni " kata Hun seu-mi mahu menangis. Dia sememangnya anak manja dan tidak pernah di perlakukan begitu.
Semua terkejut melihat dia sudah terjatuh di pancuran air itu dan tempat itu menjadi senyap.
Apabila Dae yeon mahu menolongnya tetapi Park Luhan pula berjalan menuju ke Hun seu-mi dan menghulurkan tangannya untuk memberikan pertolongan. Dae yeon terhenti dan menyaksikan semua itu.
Semua juga menyaksikan dengan perasaan cemburu sehingga mahu membalas dendam dengan Hun seu-mi !
Hun seu-mi memegang tangan Park Luhan dan Luhan hampir hilan keseimbangan dan oh tidak !
Mereka terjatuh bersama-sama dan berpelukan di pancuran air itu ! . Mereka termenung seketika dan Hun seu-mi menolak bahu Luhan akibatnya perkara itu semakin pelik kerana Luhan terjatu sekali lagi dan mencium pipi Hun seu-mi secara tidak sengaja ! .
Semua yang berada di situ terkejut dan ternganga mulut mereka termasuk kawan-kawan Park Luhan.
" Hah , apa ni ? "
" kurang ajar punya perempuan ! "
" Kamu harus terima hukuman "
" Berani kamu ! " . Semua kritikan tidak di hiraukan Hun seu-mi .
Hun seu-mi mahu bangun semula dan Park Luhan turut bangun dengan secepat mungkin . Hun seu-mi berlari meninggalkan Luhan tanpa tidak berterima kasih .
Park Luhan segera berlari ke bilik peribadi milik mereka ....