Chapter 5 - Mahu Kenakan 'Dia'

Semasa mereka duduk di atas sofa masing-masing. Lee-kyung menyoal Luhan " Awak okay kah ? , saya rasa gadis itu melampau , dia tidak minta maaf kah , huh gila . "

" Tidak mengapa , Saya rasa mahu kenakan dia , tetapi sangat manis kejadian tadi " sambil tersenyum kacak.

" kenakan dia ? , kenakan dia ? hah jangan dia masih pelajar baru . " kata Min Ryeon lelaki comel itu .

" Tiada masalah rasanya , dia enggan berkata maaf terhadap Luhan " Lee-kyung berkata tidak puas hati dan dia menyambung " Tetapi dia comel " bisiknya tapi boleh di dengar oleh Luhan dan Min Ryeon.

Luhan hanya ketawa apabila dia mendengar kata-kata Lee-kyung , " Kalau dia cantik mesti semua orang suka tapi saya mesti datang kepadanya lebih awal. "

" Apa yang awak cakapkan ni ? Bukankah hati awak susah di tawan para gadis ? . Termasuk Nae yeon dan Bora ? " .

" Wah , awak sudah bertindakkah , baru sahaja saya mahu bertindak tapi akibat saya di tempat kedua paling kacak di sekolah ini dan awak Luhan di tempat pertama jadi saya izinkan ".

" Ceh , perasannya " sambil Lee-kyung mencebik.

" Apa pula perasan , betullah apa yang saya cakap , di sekolah kita ada carta paling kacak untuk setiap tahun jadi saya berada di tempat kedua , tiga tahun berturut-turut tetapi saya tetap tidak boleh kalahkan Luhan. " dengan wajah yang kecewa tetapi sungguh comel sekali !

Di lobi utama , semua gadis-gadis sedang berbincang mahu kenakan Hun seu-mi dengan mengunci Hun seu-mi di bilik seni paling belakang pada esok harinya dan mereka akan membahagikan kumpulan satu untuk mengumpan Hun seu-mi untuk berjalan-jalan dan kumpulan dua menarik Hun seu-mi ke dalam bilik seni itu dan menguncinya.

Rancangan yang jahat sekali !