Chapter 7 - Budak Suruhan [2]

" Baik ibu, saya pergi dulu ! " . Hun seu-mi meminta izin sebelum pergi ke sekolah .

" Jangan lupa bawa wang saku kamu ! " . Puan Shin mengingatkan Hun seu-mi l.

Ibu Hun seu-mi telah pun bercerai dengan ayah Hun seu-min, disebabkan Hun seu-mi satu-satunya anak perempuannya iaitu Hun seu-mi, Puan Shin nekad membawa Hun seu-mi pergi jauh dengan ayahnya kerana ayahnya akan memukul sahaja Hun seu-mi dan meminta duit untuk berjudi dan memaksa Hun seu-mi bekerja sambilan, Puan Shin tidak tahan dengan perangai, bekas suaminya itu lalu pergi ke Bandar I-Land untuk mulakan hidup baru bersama anaknya.

" Saya sudah bawa sekali, selamat tinggal ibu ! ".

" Selamat tinggal, 'pari-pari' ! " .

Hun seu-mi tertawa dan berlari pergi, takut ketinggalan bas.

15 minit kemudian ....

Sampai di sekolah, Hun seu-mi berdiri di pintu masuk utama sekolah itu menunggu seseorang iaitu Luhan !

Dia sudah berjanji kepada Luhan dan untuk menunggu Luhan pada jam 7:30 minit sekarang jam menunjukkan 7:28 minit. Dia hampir terlewat.

Apabila sebuah kereta mewah Royal's Golden yang berwarna hitam berkilau masuk dan berhenti di depan matanya, Hun seu-mi terkejut kerana kereta mewah itu satu-satunya yang ada di dunia mungkin di buat khas untuk keluarga diraja Park !

Park Luhan keluar dari kereta mewah itu dengan bergaya sekali seperti artis K-pop !

Semua gadis-gadis di situ mengiringnya berjalan, itu adalah peminat gila Luhan !

Park Luhan masuk ke kawasan sekolah tapi apabila dia ternampak pari-pari itu.

Dia terkejut kerana Hun seu-mi tidak mungkir janji kepadanya membuatkan angin Luhan bertukar menjadi sangat baik !

" Budak suruhan mari sini ! " . Panggil Luhan kepadanya.

Peminat-peminat Luhan di situ hairan ; Di mana budak suruhan ? .

Mereka sudah tahu kerana hanya Hun seu-mi seorang saja berada di tepi pintu gerbang itu.

" Jadi dia, budak suruhan Luhan ? ".

" Sial punya perempuan ! " .

" Kenapa perempuan murahan itu pula ! " .

Semua marah tetapi mereka tidak akan menampakkan reaksi marah pada putera mereka.

" Jangan risau, perempuan murahan itu akan ada nasib buruknya sendiri hari ini ! " .

Akibat pandangan yang sangat menakutkan oleh peminat Luhan. Hun seu-mi hanya tertunduk takut kerana dia dapat rasakan 'malapetaka' selepas ini dan Hun seu-mi hanyalah budak baru.

Luhan tidak tahu walau satu pun rancangan mereka itu dan tidak mendengar apa yang peminat nya katakan tadi.

" Budak suruhan, tugas pertama kamu, ambil beg saya ". Luhan hanya mengarah selamba saja.

Hun seu-mi akur sahaja, dia harus menghabiskan hukuman ini secepat mungkin sebelum keadaan menjadi sangat teruk !

Semasa mereka berjalan seiringan, gadis-gadis peminat Luhan menjelingnya tajam seperti pisau !.

Dia tahulah apa nasibnya selepas ini.

Apabila Lee-kyung dan Min Ryeon sampai. Mereka bertemu Luhan dan Hun seu-mi dan tergamam melihat Hun seu-mi menjadi 'budak suruhan' .

" Wah, cepatnya semua ini berlaku " . Min Ryeon tidak percaya apa yang sudah jadi di awal pagi yang indah ini.

" Luhan, inikah yang awak maksudkan kemarin ? " .

Sambil Lee-kyung mengangkat sebelah keningnya dengan wajahnya yang menawan.

Hun seu-mi tidak faham apa yang mereka cakap ini; Beginikah cara percakapan orang kacak ? .

Luhan hanya berdiam sahaja malas mahu menjawab.

Lantas dia menarik tangan Hun seu-mi dan memegang tanganya erat. Hun seu-mi terpanah; Beginikah cara orang suruhan dilayan, ini bukan nasib buruk tetapi nasib yang sangat baik. Jika ini yang terjadi sudah lama peminatnya mendaftar diri menjadi orang suruhannya.

Pastilah mereka mahu dipegang tangan oleh Park Luhan ! .

" Hmm, sebenarnya saya mahu pergi ke kelas. Boleh awak ambil beg awak ? . Lagipun kalau saya ikut sampai ke kelas awak mungkin peminat awak akan cemburu. "

" jom saya hantar awak ! " . Luhan menarik tangan Hun seu-mi sambil berlari bersama-sama seperti pasangan kekasih sahaja.

" Hei tunggu saya ! " Lee-kyung berlari ke arah mereka kerana di tinggalakan Luhan dan mengikut mereka dari belakang kerana dia dan Hun seu-mi satu kelas malah duduk hanya bersebelahan.