Chapter 3 - Tiga Putera Kacak!

Di tempat makan Sekolah Mewah itu. Semua gadis-gadis beratur dengan panjang kerana menunggu sesuatu yang mereka suka !

Apabila 'si dia' keluar semua gadis-gadis itu menjerit

dan berkata "Oppa! Oppa sayangku bercintalah dengan saya sayang!"

"Sayang saya, saya yang paling cantik antara mereka semua. Pilih saya sayang" Semua adalah peminat yang tergila-gilakan Oppa Yeongi yang digelar dewa pemberi makanan kerana dia adalah penjaga di tempat makan mewah itu!

Wajah kacak, bibir nipis, putih melepak dan pakej utamanya ialah pandai menggoda semua gadis-gadis !

"Shh!, Diam sayang ku semua ada pelajar lain tidak akan senang makan"

Peminatnya sangat cair dengan kata-kata nya dan menjerit-jerit kegilaan. Bukan membuat diam malah hampir bergegar bilik makan utama itu!

"Tumpang lalu!" Lantas peminat fanatik itu menoleh ke belakang. Semua menjerit dengan sangat gila berbanding tadi, ini sangat kuat dari tadi sambil mereka menjerit "oh Tuhan! Mereka amat kacak".

"Mereka bertiga boleh buat saya gila!"

Semua gadis di situ menjerit hampir gila kerana kumpulan I-Land 3 sedang berjalan dengan kacak dan menggoda , pakej lengkap mereka yang sempurna membuatkan mereka sangat terkenal di sekolah itu!

"Park Luhan , Arh sayang"

"Lee-kyung ku, Saya mencintaimu"

"Tidak! Saya mahu kahwin dengan dengan Kim Min Ryeon" Semua peminat hampir gila mungkin memang sedang gila!

Apabila kumpulan I-Land 3 berjalan seorang perempuan berjalan dengan selamba sahaja di depan mereka bertiga. Gadis itu ialah Hun seu-mi.

"Siapa dia?"

"Dia tidak hormat ka dengan tiga putera kacak ini, Huh?" Sambil mencebik.

"Hoi , kamu siapa ? berjalan selamba sahaja!"

Hun seu-mi menjawab " Saya? Kenapa, mereka siapa? Cikgu kah atau pengetua?" Sambil menjawab sopan.

"Berani kamu!" Seorang gadis samseng yang berani menuju ke hadapan seperti mahu menerkam Hun seu-mi.

"Sudah! Jangan buat kecoh di sini." Park Luhan sangat marah sekali kerana membuat kecoh di kantin.

Semua terdiam kerana takut akan Park Luhan tidak bercakap dengan mereka nanti.

"Dan, kamu siapa? Saya tak pernah nampak wajah kamu sebelum ini?" Park Luhan bertanya dengan lembut . "Saya, hmm saya," Hun seu-mi tergagap-gagap apabila berdepan dengan wajah kacak tidak terbanding itu.

"Dia budak baru" Jawapan ringkas Lee-kyung.

"Oh , comelnya" Kata Kim Min Ryeon.

Gadis yang berada di situ tergamam , iya gadis itu memang comel tetapi mereka tidak akan mengakui nya walau sekali.

Hun seu-mi terus berjalan dengan menundukkan kepala kerana malu dengan lelaki yang menjadi rebutan itu.