Chereads / CINTA MANIS REMAJA : MANIS DIPENUHI BUNGA-BUNGAAN SEGAR ! / Chapter 2 - Wajah Cantik Pasti Semua Suka

Chapter 2 - Wajah Cantik Pasti Semua Suka

Hun seu-mi berjalan bersama guru kelasnya, menuju ke kelasnya. Di saat mereka hampir ke kelas hampir semua menjenguk kepala mereka di luar.

" Siapakah dia , cantiknya ? "

" Wah, beginikah bidadari syurga ? "

" Tidak dia adalah pari-pari yang diutus turun ke bumi " semua lelaki teruja melihatnya tetapi hanya beberapa pelajar sahaja yang duduk malas mahu mendengar gosip di awal pagi.

Guru kelas mereka iaitu Baek Wong sangat gembira ini kali pertama dia disambut dengan hangat sekali " Mesti mereka teruja dengan gaya rambut terbaru saya " Kata Baek Wong di dalam hatinya walhal sebaliknya.

Apabila mereka berdua melangkah masuk , semuanya berdiri. " Selamat pagi semua ! "

"Selamat pagi cikgu Baek Wong ! " hampir semua pelajar lelaki menjawab dengan semangat sekali !

" Lain sungguh kamu semua hari ini , ada sesuatu keajaiban berlaku kah , atau kamu semua suka melihat rambut terbaru saya ? " ujar Baek Wong sambil tersengih-sengih sendiri.

" Itu semua kerana gadis itulah cikgu , kononya pari-pari yang diutus turun ke bumi " jawab seorang gadis , jelas dia sangat cemburu kerana dia adalah yang paling cantik di dalam kelas iaitu Yurin pembantu peribadi Cik Bora dan merangkap kawan baik Cik Bora dan dia adalah top sepuluh ratu cantik di sekolah itu pastilah dia amat cemburu benar .

" Apa ? , aku fikirkan mereka gembira berjumpa dengan aku , oh aku hampir terlupa dengan pelajar baru di sebelah ku " getus hatinya .

" Sekarang kamu boleh perkenalkan diri kamu , pelajar baru " kata Baek Wong.

" Nama saya Hun seu-mi pelajar baru di sini , Sekolah lama saya ialah Sekolah Bandar Wushan , dan saya harap dapat diberikan tunjuk ajar kepada saya " ujar Hun seu-mi dengan gaya yang comel sekali. Hampir semua lelaki tergoda dengan Hun seu-mi " Awak boleh selalu berbual dengan saya jangan segan-segan ya ! " ujar pelajar lelaki berambut keperangan sedikit . " Diamlah kamu , dia yang akan belajar dengan saya " ujar lelaki berbaju bukan seragam sekolah.

" Diam semua ! Kamu tidak hormat guru di depan kamu ini ! " semua terdiam akibat dimarahi oleh Baek Wong . " Kamu boleh duduk di sebelah Lee-kyung . " ujar Baek Wong.

Semua pelajar perempuan terkejut dengan kata-kata cikgu mereka ada yang tidak percaya sehingga menyuruh kawan di depan mereka mencubit pahanya dan merasa sakit. Itu bukanlah mimpi tetapi di alam realiti !

Mereka terkejut kerana satu Lee-kyung adalah lelaki di tempat ketiga paling kacak dan berkelas serta paling popular, kedua pula Lee-kyung menjadi rebutan hampir semua pelajar perempuan dan dia merupakan dari kumpulan yang cukup terkenal di sekolah itu iaitu kumpulan I - land three kerana kumpulan itu ada tiga orang dan yang ketiga pula dia tidak suka jika ada orang berada di sebelahnya !

"Kamu tiada masalahkan Lee-kyung jika ada orang di sebelah kamu, dan kamu harus beri kerjasama kerana dia masih pelajar baru ?" kata Baek Wong.

" Ya tiada masalah " jawapan ringkas keluar dari bibir Lee-kyung yang seksi dan nipis itu.

Semua pelajar perempuan hampir terbeliak biji mata mereka, kerana tidak percaya buat kali kedua.

Hun seu-mi berjalan ketempat duduk paling belakan dengan aura menawan di mana Lee-kyung duduk, Lee-kyung memandangnya dengan tiada reaksi mungkin lelaki ini buta agaknya !