Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Ainaa Sofea

🇲🇾Doubly_crazy
--
chs / week
--
NOT RATINGS
207.4k
Views
Synopsis
Jalani kisah yang rumit difahami, yang dialami oleh sepasang kembar yang tiba-tiba hilang. Mengapa dan dimanakah mereka, telah menggamit persoalan demi persoalan? ada sesuatu yang tidak kena, dan mereka cuba mencari jalan keluar. Apakah, mereka dapat mengetahui siapa dalang yang sebenar dan mengapa perkara ini mengkucar kacirkan hidup mereka sekeluarga.
VIEW MORE

Chapter 1 - Chapter 1

Awal tahun, 2013

Kawasan perumahan Pantai Permai, Cheras.

 

AINAA merenung kosong siling bilik dengan mata yang terkebil-kebil sejak dia merebahkan dirinya. Berkali-kali matanya itu, dipaksa tidur. Namun, tetap juga matanya celik segar bugar. Seakan tidak pernah merasa mengantuk.

"Huarghaaa..aaa.." mulut ternganga luas, dia menguap besar. Hujung matanya berair menandakan tubuhnya letih dan penat. Diusap lelehan sisa air mata dengan belakang tangan. Deringan notifikasi dari telefon mudah alih itu, membuatkan dia berpaling pada sisi katil. Lantas, telefon itu di ambil.

Tangg!! Telefonnya jatuh. Rungutan tak jelas mula kedengaran di bibir keringnya. Terbantut ulahnya, bagai diganggu dengan gangguan tak di undang berulang kali. Lantas, dibiarkan gajet itu berada di lantai bersama rungutan kecilnya terluah secara semula jadi.

Matanya yang mengantuk, sukar dipejamkan walhal dia sudah berkali-kali menguap besar.

Badannya yang melunjur dengan posisi kepala menghadap ke arah selatan dan kakinya ke utara, telah membuatkan dia memalingkan roman wajahnya ke kiri barat, supaya air mukanya benar-benar menghadap ke arah kiblat, sekurang-kurangnya sunnah nabi itu mampu membawa dirinya lena.

Jasadnya yang kelelahan setelah seharian bekerja, membuatkan dirinya di asak rasa penat yang amat sangat. Matanya, cuba dipejam semula. Dipujuk agar dia lena dibuai mimpi. Tetapi usahanya, hanyalah sia-sia apabila otaknya tetap ligat berfikir, malah matanya tetap membutang. Keluhannya bergema, menyoroti salur nafasnya. Susah betul, matanya untuk lena.

Telefon pintar yang semakin canggih, mengikut edaran zaman itu mengagumkan, dicapai dari bawah katil, mujur skrinnya tak retak. Lalu dibuka sehingga pancaran cahaya dari skrin berdigital itu memantulkan cahaya di wajahnya. Skrin layar telefon, dikuis dengan jari mencari-cari andai ada sesuatu yang mampu memberinya tidur seperti pil ubat walau itu hanyalah harapannya yang sia-sia.

Waktu sudahpun melangkau ke lewat pertengahan malam.

"Huagh..hah..mnnn" dia menguap lagi. Rahang mukanya, dirasakan lenguh kerana asyik menguap namun, dia tetap tidak lena. Matanya berair, di tubir mata dan kepalanya mula mengeluarkan tanda-tanda pening kepala dan seakan dunia sekelilingnya berpusing-pusing. Mungkin, kerana dia terlalu memaksa diri untuk lena atau kerana dia tidak berhenti berfikir tentang khayalan merapu, dia juga kurang pasti.

Kringgg!!!

Deringan dari pemanggil, tertera di skrin berdigit itu, mempamerkan nama adiknya sebagai pemanggil di skrin panggilan.

"Ah!" Ainaa sedikit tersentak. Sangkanya, malam buta bergini pasti ramai yang sudah lena mengigau mimpi. Rupanya, adiknya masih berjaga malam. Adakah adiknya, masih mengarang di laman web itu?

Kepalanya sempat menduga peranan adiknya sebagai seorang isteri. Adiknya yang bernama Sofea, merupakan saudara kembarnya yang mempunyai wajah yang seiras dengannya tetapi berlainan personaliti. Adiknya lebih lembut, berbeza dengan dirinya yang berperwatakkan kasar. Masih belum tidur? Usul hatinya hairan.

Lantas, jarinya menarik simbol panggilan. Panggilan adiknya, diangkat.

"Hello?!" jawabnya, pendek.

"Erm..,kak dah tidur ke?" suara adiknya kedengaran, di corong sebelah menanyakan soalan kepadanya tatkala panggilan itu diangkat.

Dahi Ainaa berkerut. Suara Sofea yang berada di corong sebelah, kedengaran gementar. Dan bicara adiknya, didengari lain dari kebiasaan. Tiada sapaan salam seperti kebiasaannya. Hatinya, terjentik rasa tidak sedap hati.

Teringat dia bahawa adiknya pernah bercerita tentang perkerjaan suami adiknya, yang selalu tiada di rumah dan kadang kala balik lewat tengah malam. Mungkinlah, adiknya itu sunyi tinggal bersendiri di rumah Kuarters Polis.

"Tak..tak tidur lagi. Tak boleh tidur." jawab Ainaa, agak lambat.

"Ada masalah ke?" Tanya Ainaa. Timbul naluri kerisauannya, di pangkal hati.

Bahkan, dia yang sedang baring menghadap siling bilik, mulai duduk. Kakinya, ditindih di antara satu sama lain. Dia duduk bersandar pada kepala katil.

"Tak.." jawab Sofea pantas. Bulu rumanya, masih tegak berdiri. Nak teruskan tidur, dia tak mampu. Nak teruskan berjaga...lagilah, dia tak mampu. Terasa ada sesuatu yang lagut memerhatinya. "Akak..akak, boleh tak datang sini!! Te..teman." suara Sofea, teragak-agak meminta bantuan saudara kembarnya walau mereka berkongsi kantung yang sama. Ada sesuatu yang berlaku.

Tangan Sofea mengigil. Sedari tadi, dia rasa ada sesuatu yang setia memerhatinya. Bahkan, setiap tingkah lakunya seakan dipantau akan sesuatu yang dia tidak nampak.

Apabila dia ingin menghubungi suaminya. Niatnya terbatl apabila terinagt bahawa suaminya, masih berkerja dan belum pulang dari kerja, sejak pagi semalam. Matanya yang besar kian meliar melihat sekelilignya, sesekali dia menjeling ke arah balkoni biliknya yang tertutup dengan sliding door dan langsir labuh berenda putih susu.

Bukan dia sengaja mereka-reka perasaannya atau sengaja berhalusinasi. Dia dapat merasainya, seolah-olah ada satu lembaga yang tersengih lebar, tidak henti-henti memerhati pengerakkannya.

"Suami kau..,kerja ke dik?" pertanyaan kakak kembarnya, diangguk walaupun dia tahu kakaknya tidak dapat melihat. Namun, reaksi spontan itu seakan terbiasa dibuat. Ujaran iya, terbit bersama tingkahnya..

"Haah, kak. Suami saya tak balik, rasanya." tekanya. "Akak, boleh datang?" dia kembali menyoal. Perasaan yang menyelubunginya, semakin kuat menekan perasaan takutnya.

"Bolehlah, tapi akak tak boleh stay lama-lama dengan kau di sana. Macam inilah, kita keluar pergi makan ke atau minum ke. Sebab esok, akak cuti separuh hari, itupun cuti time pagi. Petang, akak dah kena masuk kerja. Tempat kamu jauh sikit dari tempat kerja akak, takut rushing pulak esok. Sekarang, kamu pergi siap, akak datang ambil kamu dekat rumah" Ainaa memutuskan panggilan sebaik sahaja adiknya menjawab 'ya'.

Gerak hatinya semakin dirasakan tidak selesa, tatkala suara adiknya kedengaran bergetar dan boleh dikatakan adiknya seperti dihambat ketakutan. Mungkinlah..dia rasa susah nak tidur. Ada sesuatu yang nak berlaku, rupanya. Detik hati Ainaa. Bersangka atas kejadian yang berlaku secara kebetulan.

Rambut panjangnya yang lurus tegak, ditocang satu sehingga menampakkan penampilannya dirinya kelihatan ringkas dan kemas. Bahkan rambutnya itu diikat tinggi hingga lehernya kelihatan panjang dan jinjang. Baju jaket hitam nipis, separuh itu disarung ke badannya. Malah, wajah yang tanpa makeup, hanya dioles sedikit pelembam bibir di bibirnya sudah cukup menampakkan seri di wajahnya. Dia terus bergegas turun dari tingkat atas, mengambil kunci kereta sebelum mengunci pintu rumah.

Kereta putih itu dipandu laju, membelah lebuh raya.

 

 

PERSIARAN DUA

Taman permata kawasan perumahan.

 

SOFEA menghantar pesanan ringkas pada suaminya, sebaik sahaja suaminya menghantar pesanan, bahawa dirinya tidak dapat pulang ke rumah. Itupun, sebelum dia cuba membuat panggilan beberapa kali menghubungi suaminya. Tetapi, panggilan itu tidak berangkat. Sofea tiada pilihan, dia hanya dapat meminta izin melalui rangkaian pesanan ringkas memalui telefon bimbitnya.

Setelah itu, Sofea bersegera menyiapkan dirinya dengan menyarungkan cardigan labuh berwarna putih susu, ke tubuhnya. Selendang putih, dililit ke kepalanya sehingga dirasakan tudungnya yang dipakai, cukup menutup auratnya sekadar sahaja. Takut yang masih merajai hati, membuatkan dia kelam kabut menyiapkan dirinya. Risau kakaknya datang, dalam masa yang sama, dia risau sesuatu itu menganggunya.

Tetapi, walau macam mana perasaan itu mula mengawal perasaannya, Dia terpaksa mengagahkan juga jiwanya, agar dia kelihatan tenang. Beg dompet kecil yang terisi maklumat diri dan beberapa keping wang, dijinjit bersamanya. Kadang-kadang matanya yang meliar, berhati-hati memandang sekeliling.

Jam tangan dikerling, sepintas apabila dia merasakan waktu terlalu lambat berjalan. Atau, perasaannya yang tak mampu lagi bersabar menanti kedatangan kakaknya. Waktu yang baru menunjukkan angka dua pagi, begitu mendebarkan hati. Belakangnya sudah berkeringat, dahinya berpeluh dingin. Bila kakaknya, nak sampai?

Sofa coklat lembut, yang menghiasi rumah menjadi ruang dia menanti ketibaan kakaknya. Matanya melihat jam ditangannya. Baru tiga minit, berlalu. Jiwanya kacau!

Kakinya, menghentak ke lantai menandakan hatinya yang kian gemuruh. Kenapalah di hari dia memerlukan khidmat seorang suami sebagai pelindung dan pengadu kesusahan, suaminya tidak dapat pulang ke rumah.

Semakin lama menanti, semakin menipis kesabarannya dan semakin memuncak perasaan takutnya. Nombor kakaknya, didail apabila penantiannya di rasakan terlalu panjang. Hampa. Panggilannya tidak berjawab. Mungkin kakaknya dalam perjalanan. Sofea menunggu lagi. Bibir bawah, sudah digigit. Menahan perasaan yang mulai menjalar.

Kringg!! satu panggilan masuk. Melonjak dia, tersentak dengan panggilan yang tiba-tiba masuk. Sofea terus mengangkat dengan sengihan yang lebar. Dia tersenyum nipis. Panggilan diangkat. "Ya..ya..,ya saya dah siap ni. Sekejap, akak dekat mana?" ajunya. Matanya bersinar-sinar.

"Di belakang...., adik" satu suara membisik di tepi telinga.

Bahu Sofea melonjak tersentak tatkala suara itu bergema di cuping telinganya. Tersirap darahnya, mengalir ke segenap anggota tubuh. Pantas, Sofea menutup matanya rapat. Badannya sejuk, mengigil. Suara Ainaa, yang masih dicorong tak mampu dibalas dengan bicara.

Serta merta, bulu rumanya tadi kembali menegak. Angin dingin seakan meniup lembut batang tengkuknya. Seluruh tubuhnya terasa sejuk membeku. Dia mengeras. Tidak bergerak sekelumit pon, seperti tugu batu yang membatu. Tubuhnya merinding, takut. Pegun!

Sreett...srettt....

Bunyi geseran, menambahkan lagi rasa gerun di hatinya sehingga bibirnya dirasakan kebas, dia mula mengigil. Takut!! Takut!! Matanya, dipejam rapat. Dia tetap seperti awalnya, tidak berkutik langsung. KAK!!! Tolong!!! Kak!!!' jeritnya, di dalam hati.

Sreeeetttttttttt!!!!

Bunyi yang seakan mendekat dan mendekat, membuatkan hati Sofea semakin ditawan ketakutan yang amat sangat. Darah yang menyirap, semakin gemuruh.

Kak!! Tolong adik!! teriaknya sekuat hati, tetapi ianya hanya kedengaran dihati dalam emosi yang terdesak. Sekadar bergema di dalam jiwanya. Mulutnya terkunci kaku.

Bang!!!

Pintu di bilik atas, kedengaran dihempas kasar. Berkali-kali, sehingga tubuh Sofea yang tidak bergerak mulai terasa kebas dan melenguh.

Secara perlahan-lahan bunyi aneh yang mendatang dirasakan menghilang. Angin yang dingin, turut menghilang sekali. Malah, badannya yang melenguh yang terbeban dirasa longgar.

Derap langkah yang kian hampir di muka pintu luar terdengar, mendekati. Belakang baju, basah lencun dengan peluh. Telinganya yang sejuk dingin terasa panas, seumpama ada seseorang yang sedang bernafas di telinganya.

Dia ingin menoleh, tetapi tak terdaya. Takut!

"Adik!!" suara kakaknya, yang berada di luar rumah menyedarkannya dan membawa satu kekuatan yang tak disangka. Lantas, matanya yang terpejam rapat, terbuka luas lalu dia bergerak dengan langkah yang deras, menapak ke muka pintu. Tangannya ligat membuka pintu. Kelam kabut dirinya, langsung tidak dihiraukan mata-mata yang taat merenungnya. Dirasakan lembaga itu, senyum mengejek melihat dirinya dihantui ketakutan.

Ainaa sudahpun menunggu di hadapan pintu. Hatinya berdebar-debar. Kedengaran adiknya tergopoh-gopoh membuka pintu.

"Akak!!" jerit Sofea, tika pintu dibuka dari dalam.

Tubuh Sofea mengigil sejuk, malah kaki tangannya terasa membeku. Wajah Sofea pucat lesi, seolah-olah tidak berdarah. Terduduk dia saat merangkul tubuh kembarnya.

Ainaa cengang, seketika. Lantas dia memangku adiknya daripada terus rebah je tanah. Tubuh adiknya mengigil.

"Are you, alright? kenapa muka pucat lesi ni!!" suara Ainaa, kedengaran risau. Soalnya. Sempat juga matanya, meliar ke dalam rumah. Takut-takut ada sesuatu yang diluar jangkaan, punca adiknya bergini. Tubuhnya yang dirangkul kemas oleh adiknya, seakan tidak mahu dilepaskan. Ainaa menepuk lembut belakang adiknya, supaya bertenang. Rasa risau yang menjengah hatinya, mendatangkan rasa simpati tika tubuh adiknya mengigil dalam pelukannya.

Usai seketika. Setelah dirasakan adiknya semakin tenang dan stabil. Pelukan mereka juga sudah dilonggarkan. Ainaa membiarkan adiknya, berbicara. "Kak.." Sofea bersuara. Perlahan. Kakinya, masih sukar menapak kukuh. Ainaa membantu memimpinnya.

Namun, setelah seketika. Sofea sudah mampu bergerak sendiri. Tetapi, tangannya masih memengang kakak kembarnya. Tidak ubah seperti anak kecil yang ketakutan.

"Ya?" Ainaa membalas pendek. Wajah adiknya, direnung. Kelihatan adiknya semakin baik jika dibandingkan daripada awal selepas dibiarkan beberapa minit, memberikan adik ruang untuk bertenang.

"Kita..kita, pergi tempat lain." ujar Sofea. Suaranya masih beroktaf rendah. Anak matanya, mencuri lihat ke arah rumah. Walaupun, jarak dirinya dengan rumah sudah selang beberapa langkah. Dia tetap merasakan dirinya terganggu.

"Haa..okay..,jom. Jom kita ke tempat lain." ajakkan adiknya, dipersetujui. "Tetapi, dik. Rumah macam mana? tak nak kunci?" utara Ainaa tatkala mereka bergerak ke arah kereta. Adiknya mengajak dia pergi tanpa mengunci pintu rumah. Tangannya yang dipengang adiknya, masih tidak dilepaskan.

"Hah??.." Sofea terkedu seketika. Matanya berulah pandang ke arah kakaknya. "Aaaa, kak temankan. Teman adik kunci, pintu." Tangan Ainaa ditarik, diminta untuk mengikutinya.

Kerana sedikit rimas. Ainaa mempelawa diri. "Tak apalah, biar akak kunci. Kunci rumah mana satu?" Bahkan, tangan adiknya kembali sejuk mengigil, malah badan adiknya kelihatan mengeletar. Dia terus meminta kunci dari adiknya. Hatinya memang ada merasakan sesuatu yang menganggu. Biar nanti, adiknya menceritakan.

Walhal, dia juga tidaklah terlalu berani. Bebola matanya sempat mencuri lihat, isi di dalam rumah. Namun, kosong seperti tadi.

Sofea tidak bergerak jauh, malah tika disuruh Ainaa untuk masuk dahulu ke dalam kereta. Adiknya, pantas mengeleng. Mungkin rasa yang menakutkan masih ada, adiknya berkeras dan mahu menunggunya selesai mengunci pintu rumah.

Waktu anak kunci membolos, mengunci pintu utama. Ainaa memengang tekuknya dengan tangannya apabila bulu ruma tengkuknya dirasakan meriding. Terasa dingin di sekeliling tengkuknya, seperti ditiup seseorang. Kakinya juga, seakan kaku untuk melangkah. Bahkan, belakang bahunya memberat, umpama dia mengangkat sesuatu beban yang berat. Darahnya berderau. Hatinya lekas berdetik tak senang. Dahinya berkerut, marah. "Kalau aku tak ganggu kau, kau jangan ganggu aku!" utara Ainaa keras. Perlahan-lahan dingin yang dirasakan awal tadi, hilang. Bahunya meringan.

Sofea yang menanti, dibalas dengan senyuman. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 

 

"AKAK, dua tiga hari ini. Adik susah nak tidur. Setiap kali adik tidur, mesti adik mimpi yang bukan-bukan." Air coklat suam, dihirup nipis. Disebabkan masih ada sisa perasaan yang belum reda, Ainaa memacu pemanduannya ke sebuah gerai makan di tepi jalan. Walaupun, waktu kian lewat. Gerai makan ini masih beroperasi lagaknya seperti gerai serbaneka 'Seven Eleven' ".

"Akak pon sama..dahlah hari-hari pergi kerja, balik lewat. Balik rumah nak tidur, mata tak mahu tidur." rungut Ainaa apabila masalah yang sama berlaku pada mereka adik beradik. Berlapis dahinya, mengingatkan tanda-tanda yang di alaminya dengan penyakit Chronic insomnia yang makin teruk. Ubat yang di ambilnya, tidak banyak menyelesaikan masalah penyakitnya. "Waziff, macam mana? dia tahu kamu, tak boleh tidur dua tiga hari ini?" tanya Ainaa pada adiknya.

Sofea mengeleng pantas. Lama dia berdiam. Air mukanya keruh. "Akak..adik takut nak cakap. Adik rasa macam ada something dekat dalam rumah."

"Something tu, ghostlah.." jawab Ainaa pantas.

"Haah. Macam mana akak tahu?" mata Sofea membulat. Terkejut, apabila kakaknya meneka dengan tepat.

Ainaa diam seketika. "Akak kena ganggu sekejap tadi. Terasalah sedikit. Tapi, tak teruk sangat sebab akak kena sekejap je. Malam ni, better kamu tidur di rumah akak. Bahaya jugak, kalau akak nak hantar kamu disana." ujar Ainaa dengan reaksi yang selamba. Namun, masih terpamer kerisauan diwajah itu.

Raut Sofea mula berubah, air mukanya kelihatan takut. Soalnya, "Akak tak takut?"

"Merepeklah, kalau tak takut. Takut juga, sebab benda tak boleh nampak. Cuma, jangan takut sangat. Bahaya juga. Nanti ceritalah dekat suami kamu. Rumah tu kena berpagar. Carilah yang pandai ilmu agama, akak tak ada pengalaman sangat dengan benda-benda macam ni." sempat Ainaa membebel. Kopi kosong tanpa gula itu, dihirup dengan lirikkan senyuman.

"Abang tu, tak percaya dengan benda-benda macam ni, kak. Katanya karut." Sofea mengeluh, berat.

"Biasalah tu. Tetapi, rumah tu memang ada ke? tak silap akak, dah dua tahun kamu laki bini duduk di situ." ulah Ainaa sambil tangannya diangkat tinggi, dilayang sebagai isyarat, memanggil pelayan lelaki dari jauh.

Sofea menoleh sekejap, sebelum memandang semula kakaknya. "Tak." jawabnya ringkas.

"Erm, kamu ada main benda-benda tahyul.." Belum sempat Ainaa menghabiskan dialognya, Sofea memotong percakapan.

"Hish, akak ni! adik masih ada iman tau. Tak baiklah akak ni.." Mulutnya menjuih.

"Hah, tak ada. Tak apalah. Risau juga." bicaranya pendek. Pelayan lelaki yang berada berhampiran mereka, dipanggil.

"Akak nak order ke?" tanya pelayan yang dipanggil sebaik sahaja dia sampai di meja mereka.

"Kira semua." kata Ainaa.

Masing-masing senyap, tatkala lelaki tadi sedang mengira. " Dua puluh dua ringgit, semuanya." ujar pelayan tadi. Setelah usai berbagi duit, mereka bangun lalu menghampiri kereta.

"Terima kasih, kak belanja." Sofea berbasa basi. Lengan Ainaa dicuit, manja.

"Sudah..geli aih. Nak pergi mana ni? Nak balik terus rumah akak ke?" Ainaa menyoal. Badannya sudah dibolos, masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Ikut akak. Adik follow je." balas Sofea, yang sudah berada di seat sebelah pemandu. Ainaa mengangguk. Kereta yang dipandu sudah bergerak keluar dari petak tempat letak kereta. Sebaik sahaja dia memandu ke ruang selekoh, tangannya memutar setereng kereta ke kiri. Kereta membelok mengikut arah, kemudian meluncur laju ke jalan raya. Sofea tidak lagi ligat berbicara, begitu juga Ainaa. Masing-masing melayan persaan sendiri. Lagu yang dipasang pada radio kereta, mengalunkan rentak lembut menenangkan.

­­­

 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara-Bilik rehat.

 

WAZIFF mengeluh perlahan. Bantal nipis lama, berbau hapak peluh itu langsung tidak diendahkan. Rasa mengantuk yang menyapa kini, sukar dikawal lagi.

Kring!!!

"Erm..?" matanya yang masih mamai, mengangkat panggilan. Namun tiada sahutan dari corong sebelah. "Hello??" panggilnya. Matanya yang masih terpejam, tak mampu dibuka luas. "Siapa pula call ni? tak jawab pulak tu." marahnya.

Skrin telefon, terpapar nama isterinya. Waziff mencelik. Dia bingkas bangun dari baringnya, lalu duduk. Lantas dahi luasnya, ditepuk akibat kealpaannya. "Ya Allah, isteri aku call. Lupa pula mesej.

'Abang, tak balik hari ini. Sayang tidur dahulu.' bait-bait ayat, dihantar ke nombor isterinya.

Ting!! peti simpanannya berbunyi.

Mata yang masih mengantuk, ditenyeh lembut. Tertera mesej isterinya, minta izin untuk keluar dengan kakak kembarnya. Waziff kembali menyambung lena, sebaik dia menghantar keizinan kepada isterinya. Esok dia perlu kerja awal.

"Sayang isteri, jauh-jauhkan..sayang bini, tinggal-tinggalkan."

Bisikkan halus, bergema ditelinganya. Waziff menoleh ke kanan. Kosong-

 

Bersambung...