BAB 5
TAHUN 2013
MONT KIARA
"KAU!! MILIK SIAPA?!!" Ainaa separuh memekik. Air mukanya, memerah malah urat di lehernya kelihatan timbul. Sofea tergamam seketika sebelum dia sedar mengapa kakaknya itu umpama dirasuk hantu. Bahkan oktaf suara Ainaa, sukar dikawal. Dia langsung tidak mengendahkan jiran yang mungkin menganggap mereka berkelahi. Apa yang pasti, dia mahu tahu siapa yang mencabar kesabarannya kali ini. Berani menganggu mereka!
Bebola mata hitamnya, seakan mahu terbonjol keluar mencerlung memandang ke arah si lembaga. Hilang pertimbangan sebagai seorang manusia yang beriman, apabila sengihan si jembalang itu semakin melebar dan memanjang ke cuping telinga yang bergantungan loceng-loceng kecil. Mengejek mereka dengan sinis. Seolah-olah, pertanyaan dari bangsa manusia itu adalah satu jenaka
Ainaa mengigil, badannya mengeletar dalam amarah yang meluap-luap.
Sofea ketakutan. "Kak…" bait perlahan itu, terasa membisik pendengaran Ainaa. Lengan kakaknya, ditarik ke arahnya apabila kakak kembarannya itu tidak memberi respon pada panggilannya. Lalu, tubuh kakaknya yang seakan memanas seperti cerek di atas tungku api itu didakap ke dalam dakapannya. Belakang bajunya kakaknya berkeringat walhal kaki tangannya mengigil kesejukkan.
Ainaa tersentak!
Dia seperti dirasuk lembaga alam ghaib yang membuatkan dia seolah-olah berada dalam kawalan seseorang sehinggalah adiknya memeluk dirinya.
"Ahh?!.."
Mujur, dia tersedar.
Perilakunya kini, berada di luar kawalannya. Nafas lega, melurut lega di pengkung dadanya. Lantas, dia mencari kelibat bayang lembaga yang menganggu mereka sebentar tadi.
Saat mata Ainaa dapat menangkap kelibat lembaga alam ngaib itu, dan ingin menyoalnya kembali. Kaki kirinya terundur setapak ke belakang dan kepalanya mendongak ke dada langit mencari wajah lembaga yang mengerikan itu. Sofea memeluk erat kakaknya. Umpamanya lembaga itu tinggi berkaki-kaki hingga kakaknya terpaksa mendongak ke atas.
Wajah Ainaa yang tiada sekelumit senyuman itu tidakpun kelihatan berada dalam ketakutan. Bahkan, renungan Ainaa bengis dan mempamerkan wajah garang yang mengerunkan. Yang jelas, dia diamuk perasaan amarah. Namun seketika, Ainaa menepuk lembut lengan adiknya yang masih memeluknya erat dari arah belakang. Dia tahu, adiknya ketakutan. Dia juga..tetapi, marahnya telah memadamkan rasa ketakutannya itu hingga dia mampu bersua secara berdepan apabila lembaga itu menghampirkan wajahnya yang huduh di hadapan wajahnya.
Sofea, membalasnya dengan mengeratkan pelukan tubuh kakaknya.
Bisikkan halus, membisik di telinga Sofea sehingga tangannya yang sedang memengang lengan baju Ainaa terlepas serta merta. Kedua telinganya digosok kasar, ngilu. Terasa udara sejuk terhembus dan menyusuk masuk hingga tubuhnya mengeletar. Namun seketika, rasa ngilu hilang. Sofea tercengang-cengang kehairanan. Namun, dia mula sedar. Bisikkan itu dari lembaga yang sedang berkomunikasi dengan kakaknya sebentar tadi.
Dia kaget!
"Aku milik dia…."
Ainaa yang sedari tadi memerhati kelibat lembaga tinggi melangit itu, mengalihkan renungan anak matanya ke halaman rumahnya, dan pandangannya tertumpu pada kawasan sudut yang berhampiran jalan rumahnya. Dia bergerak ke balkoni. Sofea yang tegak berdiri, bergerak mengikuti langkah kakaknya apabila pengangan hujung baju kakaknya menarik dirinya bergerak ke arah yang sama. Reaksi dari kakaknya, menambah rasa ketakutannya.
"Kak...kau..kau, nampak ke?" wajah Sofea pucat. Bibirnya membiru. Takut!
"Dik..apa yang 'dia', bisik pada kau."
Darah Sofea menyirap. Dia terkejut. "Bisik?"
"Kak!!" Dia baru tersedar, kakaknya mampu melihat bayangan si mahkluk halus itu secara jelas. Termasuklah sesuatu yang membisik di deria pendengarannya tadi. Sofea, melihat ke halaman rumah.Sofea lekas menoleh apabila saudara kembarnya menoleh, memandangnya. Seumpama, menanti jawapan darinya.
"Apa yang dia cakap?" tanya Ainaa.Dia mengulang semula pertanyaannya. Wajahnya masih tegang. Namun, suaranya sudah mengendur. Deru pernafasannya, kelihatan stabil.
"Aku milik dia.." ujar Sofea. Namun…setelah dia menjawab soalan kakaknya. Sofea dilanda kehairanan. "Macam mana akak tahu, saya… boleh dengar?"
"Sebab akak nampak dia ludah telinga kamu." jawab Ainaa pendek.
"Akak..,apa ni!! jangan main-main.." Sofea meriding, dengan rungutan seperti anak kecil. Cepat sahaja tangannya itu mengosok-gosok telinganya dengan kasar. Matanya berair, dengan perasaan geli dan ketakutan. Usahanya dia yang mahu membuang ludah yang dimaksudkan kakaknya.
"Hehehe..."tawa halus lembaga, membuatkan Sofea merapati kakaknya. Memeluk lengan kakaknya dalam keadaan ketakutan.
Ainaa diam dan membiarkan sahaja ulah adiknya. Bahu adiknya, ditepuk lembut. "Kita siap cepat. Tutup laptop kamu." arah Ainaa. Mug cawan masih berbaki air minuman, diteguk hingga habis lalu dibawa ke sinki dapur. Sofea turut membuntuti kakaknya. Tidak betah dia duduk sendirian tanpa kelibat kakaknya. "Malam ini kita tidur dekat hotel."
Bukan dia sengaja menakutkan adiknya. Sesuatu itu, tidak pernah meninggalkan adiknya walau beberapa ketika. Dan hingga kini, lembaga itu akan tersengih apabila matanya terpandang pada 'dia'.
m"Akak..tunggu adik." kelam kabut Sofea, menutup komputer ribanya. Lantas, dia mempercepatkan langkah kakinya mendekati kakaknya. Badannya mengigil, seolah-olah berada di musim sejuk kerana ketakutan yang mulai menawan hatinya.
Udara dingin, terhembus di cuping telinganya. Ngilunya berdecit. Bulu rumanya menegak.
"Cepat!!"
Ainaa menapak keluar kedalam bilik, mencapai cardigen nipis yang tergantung pada hanger baju. Rambutnya yang sudah ditocang, dilurutkan sebelum diikat semula dengan kemas. Baju cardigen yang diambil, disarung pada tubuhnya yang hanya mengenakan sehelai singlet dan seluar palazo longgar.
Dirumahnya, dia lebih banyak mengenakan baju nipis kerana cuaca di bandaraya yang panas kering. Kadang-kadang, panasnya mampu mencapai dua puluh darjah celsius hingga ke tiga puluh dua darjah celsius.
"Sudah?" Ainaa menjenguk ke arah adiknya. Sofea terangguk-angguk dalam keadaan membetulkan tudung sarungnya. Beg komputer riba, dibawa sama ke dalam pelukkannya.
Jelingan Ainaa, membuatkan lembaga itu sengih panjang hingga lebarnya hingga ke telingga. Lantas, dirangkul lengan adiknya supaya berlekas untuk beredar.
Seperti alergik, lembaga itu menjauh tatkala Ainaa mendekati adiknya. "Cepat! cepat!!"
Bersambung...