Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 9 - Chapter 9

Chapter 9 - Chapter 9

MASA KINI

SUNGAI BEREMBUN, RAMBAI TUJUH.

 

"AINAA.., Ainaa!!" Dari jauh Danish melaung nama rakannya itu dengan langkah yang agak berjaga-jaga, ketika dia melewati setiap reranting dan semak berduri yang menghalanginya dari mara dengan pantas. Diredahnya juga semak-semak yang rendah, sambil kepalanya tertunduk-tunduk mengelak reranting dahan yang menghalang perjalannya. Setibanya dia di hadapan pondok kecil yang ditumpangi Ainaa, dia terus menjenguk ke dalam pondok mencari kelibat rakannya. Nafasnya yang laju, membuatkan dia memengang birai muka pintu. Matanya meliar, mencari kelibat Ainaa. Rakannya itu masih tidak kelihatan.

"Ainaa!!" panggilnya lagi dengan nada suara yang tinggi. Nama rakannya itu dipanggil, semakin kuat dan semakin kerap. Dahinya yang merenik dengan peluh, dilap dengan belakang tangannya. Untuk dia tiba di tempat Ainaa, dia terpaksa meredah belukar dan dalam lima meter, dia terpaksa mendaki bukit cerun sebelum tiba di sungai berembun. Disini, ada dua jalan. Jalan mengikut alur sungai atau terpaksa meredah hutan seperti yang dia lakukan. Dia teerpaksa mengambil kira-kira 30 minit masa perjalanan. Jika dia memilih sungai, hanya kurang lima minit sahaja. Jalan yang dibuat ayahnya itu adalah satu-satu jalan manusia. Tetapi, tidak dijaga sehingga lorong jalan itu ditumbuhi semak. Apa perlu buat, dia terpaksa meredahnya untuk tiba di tempat persembunyian Ainaa.

Sebenarnya, tempat persembunyian Ainaa adalah tempat, bekalan utama tali air ke kampungnya, yang dibina oleh orang dulu-dulu. Dan, hanya segelintir sahaja yang mengetahui tempat ini, dan salah seorang yang tahu adalah ayahnya dan juga tuk gurunya. Jika, ada juga seberapa manusia yang rela mendatangi kawasan ini, mungkin kerana sungai berembun atau dikenali sebagai lata berembun. Tempat ini, masih terjaga tak seperti lata di sungai lain. Banyak yang di cemari tangan manusia.

Ainaa melangkah keluar, dari belakang pondok. Panggilan namanya, sudah di dengari dari jauh. "Kenapa?" soalnya sebaik dia menangkap kelibat Danish. Tangannya memengang kayu tajam yang di asah sewaktu dia berada di belakang pondok.

Kedatangan rakannya, secara tiba-tiba tidak seperti waktu biasa rakannya itu datang telah membawa persoalan yang menghairankan kepadanya. Langkah yang berjengket bersejingkat itu, membuat gerakannya agak terbatas dan lambat.

"Woah…" Reaksi Danish terkejut melihat kayu runcing di tangan Ainaa. "Weh..aku ada something nak beritahu kau." sambungnya pula. Nafasnya yang masih mengah dihembus, keras. Danish memberi ruang pada dirinya, melepaskan lelahnya. Tertunduk-tunduk dia, seperti orang berukuk. Jarak yang jauh itu, kadangkala agak menyusahkannya untuk berulang alik dari luar belukar dan meredah masuk ke sini. Tambahan pula, lorong yang sempit dan dia terpaksa mendaki menggunakan kaki. Habis calar balar, kakinya berbirat dengan semak yang diredah.

Kadangkala, hatinya berdetik agar Ainaa bersembunyi di kawasan yang berhampiran dan dekat dengan rumahnya. Tetapi, untuk mencari tempat lain. Memakan masa yang agak lama dan keselamatan rakannya itu pula, kurang terjaga. Sukar buat mereka berdua. Nyatanya, mereka tiada pilihan selain berlindung di dunia yang belum dikenali banyak manusia, di hujung ceruk kampungnya.

Pondok buruk itu sebenarnya, pondok kayu yang dibina ayahnya untuk waktu berehat, sebulan sekali kerana membetulkan tali air yang disalur terus ke kampung. Jika ada hujan lebat yang turun, tali air itu terpaksa dicuci sekerap mungkin untuk melancarkan saluran arus air yang mengalir. Tambah-tambah pula, di musim tengkujuh. Kerana waktu itu, hujan turun dengan lebih kerap.

"Ada orang tengah cari kau. Kau jangan keluar ke mana-mana. Bahaya." Danish memberi amaran. Setelah nafasnya agak stabil. Dia duduk bertinggung, dengan kepalanya mendongak memandang ke arah Ainaa yang berdiri tidak jauh dari bingkai pintu pondok. Jarak semeter itu, membuatkan Danish terpaksa mendongak sedikit tinggi.

Gusar dan risau, bertandang di hati Danish setelah dia sendiri melihat gambar yang disuakan oleh tamu yang datang berkunjung ke rumahnya. Hal yang tak disengajakan itu telah membuatkan dia tidak senang duduk.

Kedatangan dua kunjungan, satu berselubung dengan wajahnya yang tidak kelihatan kerana ditutupi kain penutup wajah dan satu lagi, bertudung dan wajahnya kelihatan tegas. Berkulit hitam manis. Jika dilihat sekali pandang, wanita itu kelihatan seperti berbangsa India yang memeluk agama Islam. Entahlah, agaknya sahaja.

Kerana dia merasa khuatir, dia perlu memaklumkan pada Ainaa. Walau apa caranya, dia perlu memberi amaran kepada temannya itu. Bahawa rakannya itu, masih diburu dan mungkin akan ada bahaya yang bertandang seperti kejadian lalu.

"Siapa!" tanya Ainaa keras. Khabar dari Danish, menghambat satu perasaan kurang senang. Perasaan cemas, mendebarkan hatinya. Adakah, manusia tak berwajah itu mengejarnya lagi?

Lelaki yang kelelahan itu, mengeleng tidak tahu. Masing-masing terdiam seketika.

"Kalau apa-apa yang berlaku, kau anggap sahaja tidak tahu." Ujar Ainaa, kemudian. Danish angguk. Penat yang masih meragut kudratnya membuatkan dia sudah dapat membalas pesan dari rakannya itu. Dia kemudian bangun, lalu berjalan ke satu batang pohon manggis dan tersandar penat, yang mempunyai cabang dua yang terletak di berhampiran pondok buruk. Nafas yang turun naik, menjadikan tekaknya pula kekeringan. "Kau dah makan?" tanya Danish, rambang. Lenguh kakinya, apabila bertinggung terlalu lama.

"Belum." utara Ainaa pendek. Buah bekalan untuk dia melapik perutnya, tidak bersentuh langsung. Malah, ada pula yang mencari dirinya menjadikan seleranya mati.

Perasaannya, tidak tenang. Khabar maklum yang diberitahu oleh Danish, benar-benar mendatangkan kerisauan. Jika kakinya sembuh sepenuhnya, mungkin perasaan risau itu, dirasakan kurang membebani. Entahlah, seakan ancaman itu tidak habis memburunya.

Danish mengeluh. Kepalanya mengeleng dengan sikap Ainaa yang kurang menjaga permakanan diri, yang selalu menjadi wanita itu tidak sedarkan diri. Jika terimbau kembali pertemuan mereka, dia pasti tidak dapat mengenali wanita kental ini.

Waktu itu, dia sedang berehat di atas pangkin yang dibuat ayahnya di atas pohon rendang. Sengaja membaringkan dirinya hingga dia tidak sedar, dia lena dengan asyiknya. Namun seketika, lenanya telah diganggu apabila ada seseorang cuba mencapai kakinya. Hampir sahaja dia tergolek jatuh namun, tangannya sempat mencapai tiang kayu untuk menahannya dari terus terjatuh ke bawah. Sangkanya, adiknya. Rupa-rupanya Ainaa, sebelum dia mengenalinya.

Tubuh Ainaa yang kurus kering, terbujur tidak sedarkan di pangkal pohon dan hampir keseluruhan tubuhnya diseliputi dengan darah pekat merah membuatkan dia terkejut. Namun, apabila dia menyedari wanita itu dalam keadaan agak parah. Dengan rasa simpati, dia cuba merawatnya walaupun tingkahnya agak kelam kabut. Cepat-cepat, dia membawa wanita itu ke beranda rumah dan membalut luka kaki Ainaa.

Datang Ainaa, sangat tepat pada masanya. Apabila keluarganya, tidak ada di rumah kerana mengunjungi kenduri saudaranya di Taiping. Dia pula, sepatutnya mempunyai kelas kimpalan. Batal di saat akhir.Terkial-kial jugalah dia membaluti darah di kaki Ainaa. Tanpa pengetahuan asas, dia hanya tahu membalut apabila dia pernah merawat luka kucing peliharaannya. Danish tersengih-sengih sendirian, apabila memori itu mengusik hatinya.

"Dan, aku rasa.. baik, kau tak perlu datang buat waktu seminggu ini. Elak dari mereka, jejak aku." utara Ainaa memecahkan sunyi di antara mereka.

Danish tersentak. "Kenapa?" soalnya. Tersentak juga, tika dirinya dilarang untuk datang. Bagaimana dengan makan wanita itu, yang bergantung padanya. Namun, wajah keruh Ainaa membuatkan Danish berfikir lama.

"Tidak apa. Aku pandai uruskannya sendiri. Kau baliklah dahulu. Tunggu waktu seminggu lagi, supaya tidak menimbulkan syak pada tetamu yang kau katakan tadi." ujar Ainaa. Terasa risau itu, membaham dirinya perlahan-lahan.

Danish terdiam. Kemudian mengangguk, faham. "Kalau macam itu, hati-hati disini. Aku akan datang seminggu lagi."

Dia faham situasi Ainaa yang mungkin takut, dijumpai pemburu yang memburunya. Dan, mungkin ini sahaja caranya untuk mengelak, rakannya dari ancaman bahaya. Walau dia tidak tahu apa asbab dan puncanya, manusia yang dimaksud Ainaa itu datang memburu Ainaa.

 

KAWASAN PEMBUKITAN-Sungai berembun.

WANITA yang berbungkus diri, mula meleraikan penutup di wajahnya. Rambutnya yang dahulu panjang lurus, sudah dipotong pendek. Rakannya juga begitu, menanggalkan tudung dari tersarung di kepalanya.

Baju yang dipakai mereka, diletak tepi. Tumpuan mereka, fokus pada dua jasad di tengah hutan.

Dari jauh, di sebalik batang pohon besar dan dedaun pohon rendang, mereka yang memerhati, mengintai dari jauh dan hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. Merakam setiap tingkah dua kelibat manusia yang bertemu di hadapan pondok kecil di tengah-tengah hutan tebal, sebelum seberapa ketika kelibat lelaki itu beranjak pergi meninggalkan jasad manusia yang dicarinya.

"Aku sudah jumpa.." gumam bibirnya, perlahan. Renungan anak mata hitamnya, mengikut gerak langkah lelaki itu sebelum hilang di balik belukar yang tebal. Dia perlu menanti..hingga waktu itu tiba.

Jasad wanita yang berambut pendek sepertinya, perlu berada dalam kawalannya sebelum wanita itu kembali hilang. Kehilangan kali ini, mungkin bukan lagi satu peluang buatnya.

Bersambung...