Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 10 - Chapter 10

Chapter 10 - Chapter 10

16 Januari awal tahun 2013,

Lebuhraya Tapah-Klebang Meru

SUNYI. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Sofea yang berada di seat sebelah pemandu, melemparkan pandangannya ke luar kereta, memandang lereng-lereng gunung dan selisih lalu pacuan beroda empat yang laju, membelah lebuh raya.

Fikirannya menerawang, memikirkan kewujudan halamam-halaman baru yang terbit tanpa pengetahuannya, benar-benar mendatangkan persoalan. Siapakah yang berani, menjatuhkan reputasinya sebagai seorang penulis terkenal. Jika, baris ayat itu ditelitinya, gaya penceritaannya dan gaya penulisannya mirip dan hampir menyamainya. Namun, dia kenal bentuk karyanya yang tersendiri.

Jujur dia katakan, tiada sedikit pun cerita yang terkarang itu, adalah hasil penulisannya. Adakah, ada manusia yang mempunyai dendam terhadapnya, sehingga menceroboh blog miliknya. Apakah niat, orang yang melakukan semua itu ke atasnya.

Mustahil, cerita yang direka itu berlaku sama sebagaimana kes anak rakan baiknya hilang adalah secara kebetulan. Nama, tarikh dan tempat adalah sama. Sofea mengeleng kepalanya, perlahan tatkala dia memikirkan perkara itu berulang kali. Soalan, demi soalan yang timbul tak punyai jawapan untuk dia kaitkan. Atas logik akal fikiran manusia, ianya terlalu mustahil sama kecuali, perkara yang berlaku adalah sesuatu yang dirancang.

Tetapi...siapakah yang merancang. Tepat dan terperinci.

"Akak..." Sofea memalingkan wajahnya, memandang Ainaa yang lagut dalam pemanduannya. Sedari tadi, dia tidak menegur kakaknya sebaik mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta. Raut muka Ainaa masih tegang, membuatkan Sofea memilih untuk mendiamkan diri.

"Adik rasa, kita perlu balik semula ke Cheras." bicara Sofea memecah tembok kesunyian diantara mereka setelah beberapa ketika.

Riak wajah Ainaa, ditilik secara mencuri lihat. Apakah, pandangan kakaknya, jika dia menyarankan mereka untuk kembali semula ke ibu kota.

Lama juga dia untuk membuat keputusan. Antara kes yang baru berlaku, ketika mana mereka baru sahaja berangkat untuk pulang atau datang semula ke Cheras, untuk mencari siapa yang cuba menggunakan halaman blognya sebagai perangkap buat dirinya. Dia perlu bertindak, jika tidak. Dia akan ditangkap atas kesalahan orang lain.

"Balik ke Cheras? What??" Ainaa mengerutkan dahinya. "Why?" ujarnya, menyoal. Bukan dekat untuk dia berpatah semula, ke Cheras. Dah jauh dia memandu. Mereka sudah masuk ke Negeri Perak.

"Dik, buat apa kita patah balik ke sana. Kita dah jauh ni…, memang gilalah kalau nak balik ke sana semula. Cheras, dik oi. Did`t you know how far that`s place??. Tak sampai beberapa jam, kita nak sampai ke rumah ibu. Karutlah kau!!" balas Ainaa. Terbit rungutan, sekaligus membebel panjang dia. Penatnya pun belum hilang lagi, tiba-tiba adiknya mengajak dia berpatah balik.

Sofea meraup muka. Dia risau. Dia juga rimas. Buntu dengan pilihan yang yang baginya, tepat. "Kak..kau tak rasa ke, adik macam sengaja larikan diri. Nak lepaskan diri, kononnya. Lagipun, mereka boleh laporkan benda ini dekat polis. Walaupun adik tak salah."

"Haha..,Itu yang kau anggap. Not everyone can tell what you`re think. Even not you. Orang lain akan kata lain. Lagipun, akak rasa benda ni maybelah, di sebabkan ada orang hantar sesuatu dekat kau. Lembaga yang ganggu kita. I think, we`re need to see our`s mother. Jadi, kita balik dulu. Kita tanya ibu macam mana." Sofea mengeluh mendengar bicara kakaknya. Kata-kata kakaknya itu, betul. Tapi, dia tak dapat nak tahan perasaannya saat ini. Jujurlah.., dia risau. Dia juga takut.

"Akak, pun tahu, adik tak buat perkara-perkara macam itu. Bagi adik, cukup keluarga kita faham. Adik tak nak keluarga kita fikir, adik buat benda-benda macam itu." luah Sofea. Beberapa kali dia mengulang perkataan yang dia tidak melakukannya. Dia tidak buat perkara-perkara seperti itu. Dia jadi penulis kerana nak angkat sebuah karya dari kisah benar supaya ramai yang boleh mengambil tauladan dan iktibar. Bukan menghasilkan kisah benar dan dijadikan naskah. Tidak. Itu bukan dirinya. Fikirannya semakin berserabut.

"I know. That`s why I told you we`re going home. We need to see our`s mother. Dik, kau kena berubat dulu!! That was a solution that`s I think it best for you and our`s family." Ujar Ainaa. Bukan dia tidak faham apa yang di maksudkan oleh adiknya. Andai katalah, mereka balik semula ke Cheras. Apa yang mampu, mereka ubah? Apa yang adiknya mampu buat...sekadar lapor pada balai. Semuanya tak mengubah apa-apa.

"Kak..patah semula ya. Kita tunda untuk balik. Jika nak berubat, bila-bila pun boleh buat." Sofea cuba memujuk.Mungkin, jika dia ada di sana. Dia dapat membantu atau membuat sesuatu tentang kehilangan anak Meor.

Ainaa menahan sabar. Mungkin adiknya risau dan rasa serba salah. "Fine. Kita tunggu selepas, kita keluar dari lebuh raya. Akak nak kamu, beritahu. Kenapa kita perlu, balik ke Cheras." Pedal minyak, ditekan ke bawah hingga menaikkan kelajuan. Beberapa biji kereta yang memandu perlahan, dipotong dengan kelajuan.

Ainaa menjeling ke sisi. Sofea di lihat, masih memerhati ke luar cermin kereta setelah dia memberi ujarannya tadi.

Apa yang harus dia lakukan....Ainaa gumam perlahan. Bayangan di sekeliling adiknya kelihatan hitam abu. Wajah adiknya gelap. Dijeling seat penumpang belakang yang di penuhi bagasi mereka. Sengaja dia berbuat demikian, walaupun dia mempunyai boot kereta yang kososng. Lembaga yang mengikuti mereka, sedang memeluk erat tubuh Sofea dan melepaskan pandangan ke arahnya. Ainaa berdesis perlahan apabila matanya bertemu.

Dia perlu fokus!

Bersambung..