Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 7 - Chapter 7

Chapter 7 - Chapter 7

AWAL TAHUN 2013,

KAWASAN REHAT DAN RAWAT - TAPAH.

SOFEA tersentak. Malah, berubah air mukanya berubah beriak dengan ulah yang tidak percaya. "Kak..,kau tuduh aku?"Secara tidak sengaja, adiknya melantunkan suara yang agak tinggi terhadapnya. Mata Ainaa membulat, kerana terkesan dengan lontaran suara adiknya.

Terasa egonya pula yang meninggi. Namun, dia lekas mengawal egonya, agar tidak menambahkan mata-mata yang mulai memandang ke arah mereka. Mungkin, adiknya tidak sengaja berujar dengan lontaran suara yang tinggi.

Siapa sahaja yang berada di posisi adiknya, pasti akan berulah sedemikian. Andai dia juga di tempat adiknya, pasti dia akan kecewa. Tetapi, apa yang berlaku pada rakan sejawatnya. Mendatangkan persoalan.

Hakikatnya, Ainaa juga dibelit rasa keliru dan buntu.

"Apa ni, kak?!"

Rentak nada suara Sofea membentak, kecewa. Keluhan kecil terbit, di bibirnya. Bukan dia sengaja bersikap kurang ajar dengan kakaknya. Sofea terasa dengan kakaknya. Kecewa yang amat sangat.

"Sampai hati, kau kak.." ujarnya lagi. Tidak terluah rasa hati Sofea. Segala perasaan yang berada di dalam dirinya kini, terasa kian berkecamuk. Telefon pintar kakaknya, dipulangkan kembali.

Sedih, apabila kakaknya sendiri mengesyaki dirinya. Siapa lagi yang mahu percaya, jika darah daging sendiri, sudah mula sangsi dengannya. Bukan dia tidak menunjukkan bukti pada kakaknya. Kakaknya sendiri, sudah lihat.

Ainaa turut mengeluh. Rengkung nafasnya, terasa terbeban dengan perasaan baru. "Akak tak berniat nak mengata kau dik, akak.." Ainaa cuba untuk menafikan perasaannya.

Namun, dia juga tak mampu untuk menipu diri sendiri.

KRING!!

Deringan pemanggil, menganggu perbualan di antara mereka. Anak matanya, cepat mencuri nama pemanggil. Hatinya, diburu rasa debar. Serba salah dan buntu.

Dalam ketika dia yang sedang mencuba, untuk menjelaskan perasaannya kepada Sofea, panggilan rakannya datang mengganggu.

Ainaa memandang, melihat Sofea. Hatinya serba salah untuk mengangkat panggilan dari teman sekerjanya. Wajah adiknya suram dan bungkam.

"Hello!"

Panggilan diangkat, lambat-lambat dia menjawab. Ainaa mengharap adiknya itu memahaminya situasinya saat ini.

Sofea memaling muka. Sedih dan kecewa. Terasa dirinya, bertimpa-timpa dengan ujian dan dugaan. Apa salah dia, hingga dia terpaksa pikul beban ujian seberat ini.

Dari corong sebelah, kedengaran suara Meor yang bersuara kecewa. "Weh…, aku dapat tahu. Adik kau, tulis blog pasal anak aku. Aku nak jumpa dia." Suara Meor, serak dihujung talian, membuatkan Ainaa mengeluh kecil.

"Bukan dia yang tulis." Bicara Ainaa. Pendek, jawapannya.

Tangannya, menepuk bahu adiknya. Supaya, dengan tepukkan itu mampu membuatkan hati adiknya tenang walhal, hatinya juga sudah terasak dengan debaran yang menganggu.

"Kau tahu cerita tu. Apa yang berlaku..macam mana adik kau tahu, anak aku hilang. Kalau dia dah tahu, kenapa dia tak beritahu aku dahulu. Cerita itu, update awal seminit dari berita tu." bicara Meor. Ulahnya, terdesak.

"Ainaa..,anak aku. Satu-satu anak aku, hilang. Aku tak ada musuh, aku tak ada sesiapa yang berdendam dengan aku. Kalau, adik kau tahu anak aku hilang, kenapa dia tak beritahu aku. Kita dah lama kenal." Ujar Meor kecewa.

Ainaa merunduk kepala, memandang lantai. Rengus nafasnya, terasa sesak.

" Tapi…takkan adik kau boleh tahu macam itu je. Ada orang lain bagi tahu dia ke?!! Mesti adik kau tahu, di mana anak aku. Aku nak jumpa dia sekarang. Aku nak anak aku balik." oktaf suara Meor meninggi.

Ainaa menghentak kaki, gelisah. "Bukan adik aku yang tulis Meor. Lagipun, dia tak tahu apa-apa." Nada suaranya, ditekan.

Sofea yang turut mendengar perbualan di antara mereka. Turut gelisah.

"Hei, macam mana adik kau boleh update blog macam itu je tanpa apa-apa information. Anak aku hilang, weh!! Kalau bukan dia yang upload, siapa lagi. Dan, mana ada orang reka cerita jalan yang sama. Pasti ada orang yang bagi tahu dia. Wei!! anak aku tu!! Pagi petang, siang malam aku cari. Tak ada!! Mesti adik kau tahu!! mana dia?? kau bagi alamat adik kau. Aku nak jumpa dia."suara Meor, serak di gagang panggilan dengan ujaran mendesak.

"Meor.." ulah Ainaa pendek. Cuba menenangkan rakannya.

"Apa!! Ainaa, tolonglah! Anak, aku tu!!" rayu Meor. Dari bicara Meor, Ainaa tahu rakannya sangat terdesak. Tetapi, apa yang mampu dia lakukan. Ingin memaksa adiknya beritahu, adiknya tak buat. Memang sukar dia nak percaya. Tetapi, blog sebelum ini juga, dia sudah baca dan adiknya tak tahu yang dia boleh melihat sesuatu yang ghaib. Tetapi, dalam blog. Sudah tertulis dengan jelas. Bukti yang adiknya tunjuk walau sedikit itu, membuatkan dia mula percaya.

"Kau jangan nak sorok adik kau..aku nak jumpa dia! Dia tahu mana anak aku hilang!! Cepat, bagi alamat adik kau!!" Tokok Meor, dengan suara yang marah.

"Semua itu, kebetulan je." Ainaa cuba memujuk. Seolah-olah memadam api yang marak dengan kain kering.

"Kebetulan!! Dia yang buat cerita itu!!!"

"Kau jangan nak jadi setan! Anak AKU!! Ouh... Sekarang kau tahulah adik kau, buat cerita bodoh tu!! That's why kau kata, semuanya kebetulan!! SEMUA YANG BERLAKU, SEPERTI YANG DIA TULIS!" lengking Meor, marah. Meluap-luap amarahnya.

Wajah Ainaa keruh. "Tak! Aku tak maksudkan begitu. Adik aku tak tulis. Tolonglah Meor, dia pun tak tahu macam mana cerita itu ada dalam blognya.!"

Sofea tersentak, apabila kakaknya menguatkan suaranya.

"Macam mana kau tahu, cerita adik kau kebetulan. Kau jangan jadi pembohonglah Ainaa! Takkan hantu yang tulis!" marah Meor. Terputus-putus nafasnya, apabila marahnya bergelojak.

"Tak..aku pun tak tahu. Meor...maksud aku, semuanya...memang macam realiti. Tapi, aku sendiri pun kena dalam cerita itu, sedangkan adik aku tak tahu apa-apa. Aku ada baca semuanya. Tapi, kau kena faham. Bukan adik aku yang tulis. Dia ada dengan aku, sekarang." jelas Ainaa. Dia memandang Sofea, dengan wajah simpati. Entah apa yang berlaku sekarang, bukan masa untuk dia mengesyak adiknya sendiri. Ainaa sendiri buntu dan keliru.

"Kau bersubahat dengan adik kau?!! Kau nak belalah adik kau sekarang. Mana anak aku? mana!!" Meor bertambah berang.

"Meor!! Aku tak gila, nak culik anak kau." marah Ainaa. "Aku dengan adik aku, dalam perjalanan ke kampung. Kau jangan nak tuduh aku dengan adik aku bukan-bukan." Bergetar suara Ainaa. Menjadi-jadi pula, rakannya itu menuduh dia dan adiknya.

Akalnya tidak secetek itu, menculik anak rakan sekerjanya. Apa manfaat yang dia perolehi. Dan, adiknya bukan seorang yang dungu. Tidak tahu menilai perkara baik atau salah.

"Habis..cerita dalam blog adik kau..macam mana dia tahu, aku....oh..., kau yang cerita dekat adik kau kan. Sebab aku tak ganti tempat kau." Tuduh Meor. Apa sahaja yang difikirkan boleh berlaku, mudah sahaja kata-kata tuduhan itu meluncur keluar dari mulutnya.

Tuduhan demi tuduhan, terasa membakar hatinya. Lantas, panggilan itu dimatikan. Hilang rasa hormatnya pada lelaki yang tua setahun darinya. Malah kata kata yang mengata dia bersubahat dan adiknya menculik anaknya, memang tuduhan rambang. Membahang wajahnya, sehingga telefon pintarnya itu dicampak ke dalam tong sampah.

"Akak.." tangan Ainaa, ditarik. Telefon kakaknya yang dibuang itu, dikutip semula. Tak sangka, kakaknya begitu marah sekali hingga telefon baru itu dicampak ke dalam tong sampah. "Kak..sudahlah ya." pujuknya pula, tatkala wajah kakaknya di selubungi perasaan marah dan kesal.

Ainaa memerhati ulah adiknya. Jelas sungguh rentak tingkah laku adiknya, yang cuba memujuknya. Jemarinya yang dielus, perlahan-lahan terus mengenggam tangan adiknya.

Sofea terkejut.

"Jangan nak gedik sangatlah..pujuk tu, mesti ada sebablah tu.." sindir Ainaa. Mengusik. Wajahnya yang tegang, sudah diganti dengan gelak tawa. Rasa syak pada adiknya, hilang serta merta.

Sepatutnya, sebagai anak sulung ataupun sebagai seorang kakak. Tak sepatutnya, mementingkan orang lain lebih dari darah daging sendiri. Orang lain datang dan mungkin pergi. Tapi, tidak keluarga kita.

"Maafkan adik." keluh Sofea.

"Sudah..kita kena bertolak cepat. Mungkin mak risau, dekat kampung tu." balas Ainaa, dengan riak bersahaja. Mereka kemudian, berjalan keluar ke parking kereta. Waktu yang semakin beranjak ke tengah malam, mengusarkan hati. Risau mereka tidak sempat pulang.

Bersambung...