MASA KINI-SURAU
SOFEA menyandar lelah di dinding surau lama, tempat di mana mereka memilih untuk berehat sebelum mereka sedar kehilangan kakaknya. Dia tidak tahu, mengapa kakak kembarannya itu bertindak untuk pergi sendiri. Dia akui, kakaknya itu sangat berani jika dibandingkan dengan dia.
Tetapi kenapa? Kenapa, pergi sendiri.
Avienna, memilih untuk berada di luar surau kerana risau terganggu pengangannya sebagai penganut agama Hindu. Lagipula, wanita berbangsa India itu lebih selesa berada di luar surau untuk memantau sekiranya melihat kelibat sesiapa termasuklah saudara kembarnya.
Rafael yang bawa turun dari gunung itu, masih membisu dalam sudut sunyi. Tidak dibiarkan bergitu sahaja. Mereka telah mengikatnya kemas dengan tali dan di biarkan di satu sudut yang bertentangan dengan Sofea. Lelaki yang mereka sangka adalah orang yang mereka buru, sebenarnya adalah sebuah boneka rosak. Tidak ada manfaat.
Jika ditanya atau disoal berulang kali. Lelaki ini akan meracau atau paling tidak. Mereka akan dapat jawapan yang sama. Cuma, sedikit sebanyak. Beberapa maklumat yang dia dapat, membuka jalan cerita sebenar.
Semua ini berpunca dari, lelaki yang cuba membalas dendam pada ibunya dan juga bapa mereka. Ibunya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang muda setahun daripadanya yang bernama Amin dari kelas yang sama. Kerana orang di waktu itu masuk mengikut tahun belajar. Bukan seperti sekarang, mengikut berdasarkan tahun kelahiran. Disebabkan ayah mereka sahabat baik ibu dapat tahu, kawan mereka Amin membuat pemujaan dengan memuja jin dan syaitan. Ayah beri amaran dan suruh dia berhenti. Bertaubat, serta rela hati berpisah dengan ibu jika masih berterusan dengan ajaran syirik. Kerana cemburu dan marah, ibu dihantar pengasih dan tanpa rela, ibu dirogol oleh kekasihnya.
Demi menutup aib ibu, ayah tawar diri kawin dengan ibu bila dapat tahu ibu mengandung. Ibu kahwin dan pindah keluar kampung. Lepas sahaja bersalin, kekasih ibu yang dah jadi bekas kekasih tadi sengaja ambil anak ibu sebab kecewa ibu pilih ayah tetapi bukan diri dia, walaupun kawan ibu tawar diri nak bertangungjawab. Kawan ibu mahukan ibu balik padanya. Bekas kekasih ibu sengaja guna Rafael nak ugut ibu dan sangka anak mereka seorang sahaja, rupanya kembar tiga. Sofea jeda seketika, mengurai maklumat yang difahaminya satu persatu. Kenapa ibu tak cari Rafael danĀ kenapa Danish, buru mereka sedangkan dia tiada kaitan? dan di manakah bekas kekasih ibu? Lama sofea tenggelam dalam permikirannya. Dia masih keliru. Penerangan dari ayah mereka, penerangan dari kakaknya dan makumat yang dia peroleh dari Rafael. Dia masih keliru. Apa tujuan Danish, buat mereka bergitu?
"Jadi, kawan ibu mana?" Tanya Sofea ingin tahu. Untuk memanggil lelaki itu dengan gelaran ayah, adalah tak wajar baginya. Nak beri panggilan pak cik pon, itu adalah ayah mereka secara penderma jika mengikutkan logiknya walaupun hukum, mereka tiada hubungan pertalian seperti ayah kandung. Bahkan, dia boleh berkahwin dengan ayahnya itu.
Rafael mengeleng, laju. Anak mata Sofea yang tepat memandangnya itu, tak berani ditentangnya. Dia takut wanita itu memukulnya..
"Tak tahu ke, dah mati??"
Reaksi yang sama. Rafael mengeleng. Anak mata putihnya itu, timbul urat-urat merah. Tampak lelaki itu keletihan dan kurang tidur. Sofea merengus. Perasaannya sejak awal mereka sepakat untuk meninggalkan hutan itu. Hatinya, disuntik rasa tidak enak. Risau pada kakaknya itu membuak-buak.
"Punch him, if he still react the same. Or...want me to do it??" tanya Avienna yang masuk mengambil air mineral di dalam beg sandang sebelum dia kembali melangkah ke luar surau.
Surau yang mereka tumpang seketika itu kecil, sehingga perbualan di dalam pun dapat didengar dengan jelas dari luar.
Sofea senyum nipis. Kehadiran sahabat baik kakaknya itu, melegakan hatinya. Dia bangun dari sandarannya. Dia perlu tegas. Jika dia mahukan jawapan, dia perlu dapatkan sedaya upaya penjelasan dari satu-satu maklumat yang dia boleh dapat. Iaitu Rafael.. Kakaknya perlu diselamatkan.
Pesanan ayahnya, dia semat dalam hati. Ayahnya sempat berpesan, bahawa dia dan ibu akan berusaha menamatkan sihir bersama-sama dengan ustaz di sekolah lama mereka. Dia dan saudara kembar perlu mencari orang yang mereka buru untuk hentikan sihir ini secara menyeluruh. Dia harap, mereka sama-sama berjaya.
"Sekarang, aku nak kau ceritakan pada aku. Siapa Danish yang sebenar. Jika kau berdalih. Aku gunting cuping telinga kau!"
Rafael ketawa mengekek seperti mengejek.
"Jangan cabar aku!" Jerkah Sofea, dengan satu jarum peniti di tekan di bahu Rafael hingga lelaki itu menjerit kesakitan. Sofea tersenyum sinis. Jarum yang tak sengaja dia jumpa di birai tingkap jemaah wanita, di ambil dan digunakan untuk mengugut Rafael, tak sangka dia boleh jad sekejam itu. Bukan pada orang lain, tetapi pada darah dagingnya sendiri. Sofea sengih. air mukanya, menampakkan riak wajah yang tak bersalah. "Spill ,or not. I will not tolerate."
"Dan..Dan, dia Dan adalah anak murid bapa. Heh! Heh!!..haha, bapa hebat. Tapi, Dan tak macam bapa. Bapa ada pengawal yang hebat yang tiada kalah. Dan kalah banyak kali." Oktaf suara bernada tinggi dan ada ketika bernada rendah seolah-olah ujarannya itu diselangi dengan ejekkan dan cemuhan.
Dahi Sofea berkerut. Lelaki yang di maksudkan bapa oleh Danish, semestinya Amin. Ada pengawal?..oh, pendampinglah?! Masih tak serik lagi?? "Bomohkah??"
"Siapa??" Rafael mendongak, tetapi dia merunduk semula ke arah tanah.
"Bapak kaulah, siapa lagi. Lelaki tak guna itu, syirik. Menduakan Allah, azab Maha dasyat!" selar Sofea, masih berang walaupun dia cuba mengawal kesabarannya. Syirik adalah sesuatu perbuatan dosa.
"Tak! Tak..tidak! Bapa bukan bomoh. Bapa guru silat."..." Rafael menyangkal. "Tak..bapa adalah guru silat. Rafael berlajar silat. Tapi tak kuat-kuat. Aku dah cuba. Cuma tak hebat macam bapa harapkan. Bapa sayangkan kakak dan adik sebab mereka kuat. aku tidak. Dan, sebab dia anak murid yang patuh. Aku.." percakapannya putus.
"Aku??" Sofea cuba memahami butir ucapan Rafael yang tidak lengkap. banyak menggunakan perkataan aku.
"Bapa ada pendamping. Bapa bagi aku, bagi kau orang. Bagi kakak dan kau. Dan nak juga, jadi dia mahu rampas dan mahu buat perjanjian waris baru. Itu..itu sebab, dia buat semua ini."
"Satu, satulah. Bagi aku faham!"
Rafael mengeleng dan membisik. "Shhhhh..dia datang. Dia datang nak cari aku. Diam." Sofea kaget.
Dengan nada rendah. "Siapa yang datang." Sofea menyoal.
"Bodohlah. Jahil datang. Dia pernah datang jumpa kau. Engkau yang lupa."
"Siapa??" Bulu rumanya meremang serta merta. Episod dia diganggu oleh makhluk terimbau bagai direkod dicoder.
Rafael sengih lebar sehingga menampakkan baris giginya. "Bapa hantar untuk jaga kau dengan kakak. Tapi, pak cik tua itu halau Jahil balik sampai bapa sakit-sakit. Pak cik tua itulah, yang buat bapa mati!"
Pakcik tua? Ayahkah??
"Shhh!!! Shhh! Dia datang. Kalau dia tahu aku ada disini, nanti Dan akan turun dapatkan aku. Aku dah bagi kakak kau barang itu untuk gagalkan permujaan dia. Tapi, apa kakak buat! Dan mesti marah sebab aku cuba gagalkan ritual dia." Seperti orang waras, Rafael berujar lancar hingga membuatkan Sofea menjarakkan dirinya, bergerak jauh sedikit dari Rafael. "Ada satu sahaja cara lagi yang Dan boleh dapatkan semula ritual itu."
"Apa dia?" Sofea memberanikan diri untuk bertanya.
"Dan perlukan perempuan yang masih dara sebagai persembahan ritual seperti yang bapa pernah buat pada ibu."
"Maksud kau?" Debaran di dada Sofea memuncak.
"Kakak kau!"
Bersambung...