Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 2 - Chapter 2

Chapter 2 - Chapter 2

IMBAS KEMBALI

 

"Sayang isteri, jauh-jauhkan..sayang isteri, tinggal-tinggalkan."

Bisikkan halus, yang bergema ditelinganya mengejutkan dia dari lena. Waziff menoleh kepalanya ke kanan dengan muka yang mengantuk. Dahinya berkerut, tanda letihnya belum hilang. Matanya yang sepet, ditenyeh dengan tangannya, menghilangkan kabur pandangan. Dia lalu duduk seketika, termenung dengan renungan yang kosong. Kemudian matanya melihat ke arah belakang.

Memerhati sekeliling sekali pandang.

Tiada siapa yang berada di dalam bilik rehat kecuali dia seorang sahaja yang berehat ketika ini. Rengus nafasnya kedengaran kasar. Mungkin, kerana terlalu letih. Dia berimaginasi sendiri. Dia kembali membaringkan diri menyambung semula tidurnya yang terganggu.

Waziff, kembali lena.

 

HOTEL DI KAWASAN SRI HARTAMAS

KUALA LUMPUR

 

AINAA yang masih berjaga malam memusingkan badannya mengiring menghadap adiknya yang lena disebelahnya. Pelukkan erat adiknya, nyata membuatkan dirinya terjaga dan sukar melelapkan diri.

Tika dia cuba mengangkat tangan adiknya, agar tidak lagi memeluk tubuhnya, matanya sekilas menangkap lengan lain yang menyerupai lengan adiknya sedang erat memeluk tubuh mereka berdua. Yang membezakannya, lengan itu berwarna biru pucat umpama lengan mayat.

Mata Ainaa terus membuntang, kerana terkejut. Matanya yang baru sahaja terasa ingin tidur, berjaga sepenuhnya. Anak matanya, mencuri dengan melirik ke bawah. Darahnya tersirap.

Ainaa lantas mendongak, mengalihkan tumpuannya ke arah berlawanan. Dia memandang siling. Deru nafasnya, dan debar di dadanya yang dirasakan kini terasa memuncak dan kencang.

Terselit juga kelegaan. Apabila dia tidak mengangkat tangan yang salah. Tidak tahu apa yang akan terjadi jika dia memengang lengan itu.

Sofea yang berada di sampingnya sudah berdengkur, tanda dirinya yang terlalu penat apabila. Sampain sahaja mereka di hotel itu, adiknya terus lena. Ingin dikejutkan adiknya, adiknya seakan mengqada tidur lamanya. Jadi, dia membiarkannya.

Dia cuba bertenang sebaik mungkin. Lantas, dia melafaz bait-bait kalam Allah dengan nada perlahan. Di jelaskan sebutan huruf dan di betulkan bacaannya mengikut tajwid.

Bacaan kursi, baris akhir meniti dibibirnya seperti zikir.

Perlahan-lahan dadanya, dan seluruh tubuhnya hangat dan memanas bagai semangat yang luput, dan pudar telah diraih kembali. Lafas nama Allah, berturut-turut menjadi sandaran tali kekuatannya. "Kau..milik siapa?" tanya Ainaa bersuara keras setelah dia dapat menenangkan perasaannya.

Namun, masih tersisa perasaan yang berdebar. Ainaa menanti jawapan dari peetanyaannya, namun tiada jawapan atau tindakkan yang kelihatan pada pacainderanya. Terbit kelegaan di rengkung nafasnya.

Kekuatan, terasa meningkat. "Kau, milik siapa! Kenapa kau kata, adik aku milik kau?!!" Ainaa beriaksi marah dengan suara yang ditekan kuat, tetapi masih perlahan. Keadaan yang kekal sepi, menjadikan Ainaa mula menambah kata. "Jika kau masih berkeras. Aku tak akan duduk diam!" ugut Ainaa apabila soalan dia, tidak berjawab seperti dia berbicara kosong.

Tangan yang pucat itu, dikerling Ainaa dengan ekor matanya untuk memastikan tangan yang berada di atas badan mereka sebentar tadi sudah tiada. Sebaik matanya menangkap, kepunyaan tangan itu sudah tiada. Nafasnya berhembus kelegaan.

Kekuatan hati yang semakin bertambah, kian mengusai hati. Aku, tak boleh berdiam. Benda itu, pasti dihantar orang. Detik hatinya bertekad di dalam rangkaian hati.

Namun, pelukkan adiknya, dirasakan semakin erat. Ainaa merungut, dengan dahi yang berkerut. Saat matanya melihat adiknya, mengiring berlawanan.

Hatinya dirasuk debaran.

"Kau tak perlu tahu, aku milik siapa." Dongak lembaga yang sedang memeluknya. Mulutnya yang panjang, tersengih lebar hingga mencapai ke cuping telinga. Bau sampah, bertebaran menusuk pernafasan Ainaa.

Ainaa menutup pandangan. Bergetar jiwanya, dan terasa darahnya menderu ke otak. Zikir nama Ilahi, menjerit di dalam hati.

 

MASA KINI

Hospital Sakit Jiwa-Tanjung Rambutan

 

PUAN ZAHRAH melangkah deras, tergesa-gesa seolah-olah dirinya tidak dapat bersabar tatkala dia dihubungi oleh pihak hospital, bahawa menantu lelakinya telah sembuh dan sihat sepenuhnya. Perkara itu terlalu mustahil untuk sembuh kata-kata doktor pernah memaklumkannya dahulu hingga, dia pernah membawa menantunya itu berubat di 'Darul Syifa`.

Keputusannya masih sama.

Dia perlu melihat dengan matanya sendiri. Jika benarlah menantunya itu sembuh dari sakit mental. Bahagianya dia sebagai ibu.

Walaupun, khabar itu belum pasti. Perasaan gembira di lubuk hatinya, terpamer di setiap sudut wajahnya. Berseri-seri, sehinggakan senyum dibibirnya tak lekang.

"Misi, boleh makcik jumpa dengan anak makcik?" aju Puan Zahrah, di kaunter hospital. Riak gembira yang menghiasi wajah tua itu, berselang seli dengan wajah sedih. Perasaan itu, bercampur baur bergelumang di tangkai jiwanya. Terserlah perasaan itu di wajahnya yang semakin diragut usia.

"Nama anak, akak?" tanya jururawat yang bertugas.

"Ammar Waziff bin Abdullah" ujar Puan Zahrah apabila disoal Jururawat. Beg kecil berwarna coklat tua, dijinjit kemas.

"Kak, pesakit bernama Encik Waziff telah berada di dalam bilik rawatan buat masa ini. Kak boleh tunggu, sebentar di ruangan menunggu." utara jururawat itu dengan lembut dan hemah, sambil tangannya menunjukkan ruang menunggu bagi pelawat yang datang ke hospital.

Puan Zahrah mengangguk, kemudian dengan perasaan sabar dia melangkah ke ruangan menunggu.

Wajahnya berseri-seri setelah sekian lama, dia berulang alik menjenguk menantunya di hospital. Dahi yang berkeringat, dilap dengan tisu. Bangku kosong, dijadikan tempat dia menunggu sementara menantunya keluar.

Selang beberapa minit, satu suara memanggilnya.

"Ibu! Ibu, jenguk anak lain ke?" soal seorang wanita muda, berbaju hospital. Tersengih-sengih dia menanyakan soalan dengan rambutnya yang ditocang tinggi. Gelagat yang datang, melintasinya menegur dengan selamba.

Kening Puan Zahrah, terangkat kerana terkejut disebabkan dia di sapa tiba-tiba dan hairan apabila yang menegurnya adalah pesakit mental yang jika dilihat dari segi pernampilan baju yang tersarung di tubuh pesakit yang menegurnya. Bagaimana, pesakit seperti ini terlepas tanpa pengawasan. Dia menoleh ke kiri dan kekanan sebelum memandang semula ke anak muda yang berada tidak jauh dari dirinya. "Anak tanya makcik ke?" tanya Puan Zahrah berhati-hati, kerana berhadapan dengan pesakit-pesakit yang mengalami sakit mental bukan seperti menegur orang yang biasa. Adakala, mungkin mereka akan beriaksi seperti orang lain, dan ada juga yang bertindak kasar dan tidak terkawal. Puan Zahrah masih hairan apabila tiada penjaga yang mengiringi pesakit yang berada di hadapannya.

Tawa si anak muda, nyata mendatangkan suasana janggal. "Ibu ingat saya gila ke nak cakap dengan tiang. Saya cakap dengan ibulah." ketawa si anak muda, bersambung sambung, dengan ejekan mengenakan Puan Zahrah.

Reaksi spontan, melebarkan senyuman dibibir Puan Zahrah. " Anak buat apa disini?" tanya Puan Zahrah. Matanya mencari-cari kelibat yang mungkin penjaga bagi anak muda yang berada di hadapannya.

"Ibu, tak perlu cari penjaga saya. Saya datang sekejap je. Saya nak bagi tahu, anak ibu dekat tiang sana." Si anak yang bertocang tinggi, melayangkan jari telunjuknya di satu tiang tanpa sesiapa.

"Mana?"

"Ibu buta ke? ada dua anak ibu dekat sana. Muka sama, rambut sama. Saya pun keliru…hahaha. Bodoh betullah. Muka sama!!" tawa si anak galak.

Hilang senyuman di wajah Puan Zahrah. Matanya terus memandang ke arah si anak yang masih ketawa mengekek. Berderau darahnya, menyirap.

"Ziela!! macam mana pesakit No1996 boleh berada di ruangan menunggu! Awak pergi dapatkan pesakit segera!" Satu suara jururawat yang kedengaran di lobi, berteriak dengan nada tinggi mengarah jururawat yang bertugas, datang pada pesakit itu. Pesakit muda yang dilihat sudah berubah ulah. Pandangan dari alis mata si anak, membuatkan dia disapa rasa gerun.

"Sekejap, Nurse Azila. Saya perlu sampaikan pesanan kepada Puan Zahrah." pesakit yang di gelar No1996, bersuara tegas.

Mata Puan Zahrah membutang. Bulu ruma tengkuknya tegak. Nafasnya, seakan tersekat-sekat. Tangan kirinya, melurut dadanya perlahan. Seakan-akan dia dihambat satu tamparan yang luar biasa. Mustahil anak ini tahu, anaknya adalah kembar seiras.

"Maaf ya puan, Aishah. Mari ikut saya."

"Nurse bodoh. Aku Ainaa Sofea! Berapa kali aku mahu ulanglah!!"

Azila senyum terpaksa. "Ya..ya, Ainaa Sofea..jom ikut saya. Kita balik ke bilik." pujuk Jururawat yang digelar Azila. Nama gelaran Ainaa Sofea, membuatkan Aishah tersengih dan ketawa.

"Siapa?" nyata kejutan itu, membuatkan Puan Zahrah melontarkan suara dengan oktaf yang tinggi apabila Aishah, meminta panggilannya mengunakan nama yang sama dengan kedua-dua anak kembarnya.

"Siapa?" ulang Azila terkejut, apabila dia dihalang oleh Wanita separuh usia itu. Terkedip-kedip matanya, mengulang pertanyaan Puan Zahrah. Namun, Puan Zahrah tidak kembali menyoal. Dia mengeleng sebagai jawapan Azila. Azila senyap, dan kembali memujuk pesakitnya.

Pesakit muda itu mula merentap lengannya yang dipengang kejap oleh Azila. "Nurse Zila, beri saya seminit dua. Puan Zahrah perlu tahu, anaknya tak hilang." ketegasan pesakit yang dipanggil nama Ainaa Sofea, membuatkan Puan Zahrah bingkas berdiri.

Roman wajahnya merona merah.

"Maaf, Puan. Dia tak sihat." Azila meminta maaf bagi pesakit yang menganggu seorang wanita yang berusia separuh baya. "Danish, minta bantuan." panggilnya memanggil jururawat lelaki. " Saya minta maaf ya puan, kerana pesakit saya menganggu puan." pintanya lagi, sementara memengang erat lengan Ainaa Sofea.

"Ibu perlu kekal di rumah itu. Mereka, tunggu." sinis Ainaa Sofea, menyindir dengan raut wajah yang mengejek sebelum beredar mengikut pujukkan Azila.

Nafasnya dilepas seolah-olah dadanya dicengkam kuat. Perasaan yang membuak-buak dengan rasa gerun dan terkejut akan apa yang dilontarkan pesakit tadi, benar-benar mengujinya. Terasa seluruh tubuhnya lemah. Puan Zahrah kembali duduk. Permikirannya terasa bejat.

Siapa dia?

 

Bersambung...