Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 4 - Chapter 4

Chapter 4 - Chapter 4

STUDIO PENYIARAN, 2013

KUALA LUMPUR

 

"MEOR, weh. Kau ganti Ainaa petang ini. Dia tak dapat datang. Ada urgent katanya." ujar Aishah, setelah dia selesai membuat panggilan di pantri pejabat. Telefon pintar, berbentuk sabun itu tidak lepas dari pandangannya. Matanya tak lekang memandang skrin telefon, membalas whatsapp di telefon bimbitnya. Mug berisi coklat panas, dihirup nipis.

Terkadang, wajah hitam manis itu tersengih sendiri. Tersenyum-senyum membalas pesanan. Entah apa yang menjadi perbualan, sehingga kadang kala si gadis itu tertawa geli hati.

Meor menepuk dahi. "Aduhhh.." keluhnya. Dia memusingkan kerusi, duduk sambil memandang rakan sejawatnya dari meja kerjanya. Dia baru sahaja bercadang, membawa anak dan iaterinya keluar berjalan-jalan di Kelana Jaya. Makan-makan diluar. Sekali sekala bawa keluarga setelah bersusah payah dia mencari pendapatan sekeluarga.

"Spoillahh…takkan aku juga. Kau tak boleh?"

"Na..aaaa.." Aishah mengeleng. Jari telunjuknya digoyang, menolak permintaan rakannya itu.

"Habislah, merajuk lagilah bini aku tu..siapa yang boleh ganti ni??" Rungut Meor. " Aku baru je plan, nak ajak family aku makan steambot." tambahnya lagi. Pening kepalanya. Perkara, dah dirancang awal. Namun, tak jadi di akhir masa. Janganlah, dia tidur luar malam ini.

"Steambot je pon" ejek Aishah. Walau dia tidak fokus akan ujaran Meor. Dia masih mampu membalas ujaran lelaki itu, secara bersahaja.

Aishah malas mendengar rungutan rakannya, lagipun. Ainaa baru sahaja minta cuti emergency. Orang seperti Ainaa, yang workholic susah nak mohon cuti. Tambah-tambah dua tiga hari. Pasti, rakan baiknya itu ada urgent.

"Steambot je, kau kata. Aku dah plan dari minggu lepas." Hampir meninggi suaranya. Meor tak berniat nak melantunkan suara tinggi atau berniat untuk memaki hamun. Cuma, rasa kecewanya membekas apabila dia tidak dapat menunaikan janji-janjinya. "Aishah…., boleh tak…"

"Sorry, okay. Terima kasih jelah, wahai sahabat seangkatan. Bye, aku cau dulu." potong Aisyah, mengambil tas tangan di kaki meja kerjanya dan kemudian, dia bingkas bangun lalu beredar meninggalkan rakan sekerjanya. Tahu sahaja, apabila rakannya minta pertolongannya. Dia pun dah plan nak keluar dengan tuning petang ini sebab tunangnya akan ada program kelab di Genting.

Meor mengeluh. "Haish..ada sahajalah Ainaa ni. Masa aku nak spend time dengan keluarga akulah, dia ada urgent. Ada emergency. Ingat, plan aku tu tak emergency?!!. Tak boleh ke tahun depan ke, tahun lagi satu ke." bebelnya tak henti. Merungut-rungut dia apabila terpaksa mengorbankan masanya.

"Sudah-sudahlah tu, membebel. Buatkan aja." Balas Shahirah, sementara lalu sahaja dia menegur rakannya.

Shahirah yang baru sahaja keluar dari bilik ketuanya, kembali ke meja kerjanya. Jika ketuanya mempunyai mesyuarat penting, dialah individu yang paling sibuk. Ada ketika, hanya sekali dua sahaja dapat melihat dia berada di ruangan bilik kerjanya.

Meor mengeluh. Rancangannya musnah macam itu sahaja, Tak ada rezeki, nampak gayanya.

 

Balkoni, di ruangan atas rumah sewa Ainaa.

 ...

Di awal 2013.

 

"ADIK..kamu buat apa tu?" sapa Ainaa yang berjalan mendekati adiknya yang sedang duduk di balkoni rumah sewa miliknya. Di tangannya memengang dua biji mug yang berisi air nescafe panas. Karya adiknya yang berada di papan monitor laptop Ainaa, terpampang jelas mengambarkan kerjaya adiknya sebagai seorang penulis freelancer. Dijeling Ainaa sekilas dengan ekor matanya dan bibirnya hanya tersengih kecil kerana bangga melihat kejayaan adiknya, bukan sahaja seorang yang kreatif, cantik dan lembut. Mempunyai minat yang berbeza dengannya, dan karakter yang berlainan darinya. Jalur ibu jari pun berbeza, apatah lagi karakter.

Air yang dibuat dibancuh khas untuk adiknya, diletakkan di atas meja di hadapan Sofea. Manakala mug miliknya, di letakkan berhampiran dihadapannya. Kerusi besi itu ditarik keluar lalu dia mengambil tempat duduk sementara melihat adiknya menyambung kerja menulisnya. Seketika, mug berisi air panas itu dihirup nipis. Tergambar senyuman puas mengambarkan dirinya yang menikmati anugerah yang kecil itu.

Sofea tidak lekas memberi jawapan. Lama juga dia memerhati skrin yang berada di hadapannya.

"Tengah tengok blog..kak, dah lama saya.. " bicara Sofea terhenti. Matanya tertumpu pada halaman blognya sehinggakan dia tidak mampu menghabiskan ujarannya. Jarinya terus menekan pad kekunci, menarik helaian halaman blognya ke atas sambil matanya terus membaca blognya sendiri. Semakin banyak halaman yang dibaca, semakin bertambah debaran di dadanya.

Mata Sofea membulat, mulutnya bergetar dan hampir melopong tika bait ayat itu dibaca hingga akhir sepertinya halaman itu sedang mencetak setiap perbuatannya. Dadanya yang disulam dengan debaran yang memuncak, ketakutan dan terkejut telah membuatkan dia dibaluti kedinginan luar biasa. Kaki dan tangannya sejuk serta merta walau matahari membahang luar biasa.

Dengan lafaz bismillah, Sofea melurut perlahan dadanya dengan tangannya.

Ainaa menoleh, hairan. Dahinya berkerut, lalu dia meletakkan mug di atas lantai. Tangan adiknya, dipengang. "Eh, kenapa tangan kamu sejuk?"

Ainaa menanti, dia tidak mahu memaksa adik kembarnya itu bercerita. Walau hatinya dipagut kerisauan. Hari panas terik, tangan adiknya seperti berada di kutuhb utara.

"Akak…" Panggil Sofea. Terketar-ketar tangannya. Air mukanya, putih pucat seperti terserempak dengan hantu jembalang.

"Kenapa?" aju Ainaa, kaget. Dahinya, terjongket dengan reaksi wajahnya terpamer kerisauan. "Apa dia? Beritahu akak. Macam mana tangan kamu boleh sesejuk ini?!!" ajunya lagi, apabila Sofea tidak membalas pertanyaannya.Tangan adiknya, dibawa ke arahnya. Digosok berulang kali, memanaskan kedua-dua tangan adiknya dengan tangannya.

Sofea sendiri sukar, untuk menjelaskan situasinya kepada saudara kandungnya. Malah, jika mengikut pada pandangan secara logik akal fikiran, tak semudah itu orang akan mempercayainya apabila dia mengatakan dia tidak menulis halaman tersebut. Hakikatnya, halaman itu adalah halaman blog miliknya. Segala id dan nombor rahsia akaun miliknya, hanya dia seorang sahaja yang tahu.

Sofea mengambil masa untuk meredakan ketakutan. Dia tidak berada dirumahnya seperti sebelum ini. Dia berada di rumah kakaknya. Kakaknya pun ada, untuk temankan dia.

"Tengok ni kak…" tangan Sofea mengigil. Halaman yang baru dibacanya, adalah kejadian yang berlaku malam semalam dan pagi tadi. Entah benar atau salah kisah rekaan itu, dia tidak pasti. Namun, apa yang dia yakin buat masa ini adalah, tidak ada satu hurufpun yang ditulisnya sejak minggu lalu. Dan kebertulan, dia sengaja membuka akaun blognya hari ini kerana sudah lama tidak dibuka. Lagipun, dia gemar melihat bilangan pembaca yang membaca blognya.

Laptop kakaknya, ditolak ke arah yang bertentangan dari pandangannya dan skrinnya pula dibawa menghadapkan ke arah kakaknya. Pudar senyumannya sehingga meremang bulu rumanya. Seram sejuk, terasa menjalar di sekeliling pengkal lehernya.

Halaman dibaca Ainaa. 'Sofea membatu, tegak berdiri di ruang tamu. Kaki tangannya, seoalah-olah mengeras terkunci langsung tidak berganjak. Nafasnya yang turun naik, menjadi tawa milik empunya makhluk tidak berbayang.'

Baris yang dibaca berperenggan itu, membuatkan jantungnya berdegup laju. Jari Ainaa menari pantas, menekan pad kekunci lalu menarik skroll ke lampiran bawah. Berkerut-kerut dahinya memahami setiap perenggan perkataan namun, dia terus membaca. Terkalih-kalih matanya, sesekali matanya memandang adiknya dan laman blog adiknya berulang kali.

'Nafas Ainaa kembali seperti awal. Seumpama lahir satu kelegaan apabila dia dapat menghirup nafasnya kembali. Namun, kudrat dan dayanya semakin menipis, hingga tubuhnya melayang dalam pelukkan adiknya. Sofea terjaga. Tubuh kakaknya yang berat itu, tidaklah ditolak jauh darinya. Malah, dirangkulnya dengan mesra. Dia sempat menjeling dengan sebelah mata yang terbuka, melihat kakaknya.

Kakaknya terjaga?

Saat dia ingin mengaju soal pada kakak kembarnya. Mata hitamnya, menangkap kelibat hitam berupa tubuh manusia sedang turun dari katil di belakang kakaknya.Tubuh kakaknya dipeluk erat. Senyuman panjang dari lembaga persis manusia itu, meleret memandangnya dengan ejekan. Sofea ketakutan.

"Akak…" pelukan erat Sofea semakin kejap. Ketakutannya bermaharajalela kini.

Ainaa yang cepat menangkap maksud adiknya, mengumam dalam bisikkan yang perlahan. "Masih tak tidur? Tidurlah..akak mengantuk ini. Esok kerja." utara Ainaa cuba membuangkan ketakutan pada adiknya. Dalam waktu yang sama. Ainaa dapat melihat di satu sudut bilik mereka terdapat satu sengihan panjang, yang tak sudah memerhati gelagat mereka.

Umpama, mereka diikat pada rantaian yang tidak terputus. Kemana mereka beranjak pergi, disitu jua mereka diekori. Mereka akan dijejaki sehingga nyawa mereka terlurut atau..saat warisan sudah terbayar.

Bersambung…'

Mata Ainaa membuntang. Semakin kuat debarannya, semakin laju degup jantungnya. Tersirap darahnya. Adiknya, dipandang dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat percayainya "Kau…kau, yang taip?" satu soalan diajukan pada Sofea.

Anak mata hitamnya, sempat jua melingas di belakang adik kembarnya. Lembaga itu, dilihat masih tersengih panjang.

Sofea pantas mengeleng. Menjawab dengan bersungguh-sungguh. Mustahil dia sempat menaip setiap perenggan itu hingga berhelai-helai jika dia sendiri, baru sahaja mengalaminya dalam beberapa waktu ketika. Hakikatnya, dia tidak sempat membuka apa-apa akaun miliknya dalam seminggu lalu sehinggalah tadi. Di sebabkan dia asyik diganggu dengan suara dan bayangan halus, dia tidak mampu menumpukan perhatiannya dalam penulisan.

"Gila!!!"

Ainaa bingkas berdiri. Debaran dan amarahnya memuncak, terasa perasaannya bercampur baur dengan barannya. Mungkin, jika yang berlaku itu hanya sebuah rekaan. Tidak mengapa. Dia tidak akan terasa seperti itu. Tetapi, semua yang tertulis di halaman itu, dia mengalaminya sendiri. Dan, adiknya tak akan mampu menulis rekaan yang sangat tepat, sedangkan dia tidak mengkhabarkan sekelumitpun kejadian yang dialaminya.

Tak tertahan lagi perasaannya, walau sebenarnya dia cuba mengendahkan kewujudan lembaga yang mengekori mereka. Ainaa bingkas bediri sehingga membuat Sofea beranjak ke belakang. Dia pun berdiri tanpa sengaja, melihat keletak kembarnya. Dalam jelingan tajam, Ainaa menunding jari ke arah satu sudut. Melemparkan marahnya. Panas bahang amarahnya, meruap hingga dia dapat merasanya di belakang tubuhnya.

"KAU…kepunyaan siapa?!"

 

Bersambung...