Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 3 - Chapter 3

Chapter 3 - Chapter 3

MASA KINI- "Ibu?" Waziff yang masih beruniform pesakit, datang menghampiri ibu mentuanya.

Puan Zahrah mendongak, lama memandang menantunya tanpa rasa percaya seolah-olah dia memandang satu ilusi. Sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya, sudah tersenyum lebar memandangnya. Tanpa suara, air matanya merembes. Naluri keibuannya terasa tersentuh melihat anaknya semakin sembuh.

"Ibu??.."

Suara lembut Ammar Waziif, menyapa halwa pendengarannya membuatkan Puan Zahrah sebak. Terubat jiwanya mendengar suara menantunya. Walaupun Ammar Waziff itu menantunya, dia sudah menganggapnya seperti anak kandung. "Kenapa ibu, nangis?" melihat ulah ibu mentuanya yang menangis, segera tubuh ibunya itu dipeluk kasih.

"Ibu..ibu..rindukan Waziff." kepala anaknya itu, diusap sayang. Tersedu-sedu dia membaitkan rasa dihatinya. Sudahlah kedua anaknya hilang tiada jejak sejak dari peristiwa itu, menantunya pula menjadi tak waras semenjak itu. Terasa bertimpa-timpa nasib malang ke atasnya. Hanya Allah sahaja yang tahu, perasaannya. Apabila menantunya sembuh, dirasakan harinya kian tuah.

"Maafkan Waziff, ibu. Menyusahkan ibu." suara Waziff mengendur diiringi keluhan berat.

"Waziff anak ibu. Tak ada yang susah. Yang pasti, Waziff kena sembuh." wajah menantunya diusap dengan kedua tangannya.

"Ibu jangan risau, Waziff akan cari kakak dan adik ya." tutur Waziff. Tangan ibunya dipengang. " Waziff nak kita hidup macam dulu. Hidup bahagia." tambahnya lagi. Suara sayu. Puan Zahrah mengeleng perlahan. Dia tidak mahu menantunya terasa beban dan tertekan. Biarlah, usaha mencari itu diletak ke atasnya dengan caranya sendiri. Dia tidak mahu menantunya kembali sakit.

"Ibu nak Waziff betul-betul sihat. Jadi anak yang ibu boleh banggakan." tidak ditahan anaknya akan niat untuk mencari kedua-dua anak kembarnya. Dia tidak mahu menjadi asbab penghalang walau keadaan menantunya masih belum betul-betul sembuh.

Dari jauh, Puan Zahrah merenung sudut yang ditujukkan pesakit yang mempunyai nama Ainaa Sofea.

Puan Zahrah tidak tahu, apa maksud yang disampaikan oleh pesakit itu. Namun, jika benar kata-kata Ainaa Sofea tentang anak kembarnya. Dia ada harapan untuk menemui anaknya.

...

Tahun 2013, Di rumah Ainaa.

"AAA..kak..akak…" Mata Sofea masih terpejam rapat, walau sudah berjam-jam dia berdiri hingga kakinya melenguh. Bau busuk yang menerpa hidungnya, membuatkan dirinya semakin tidak keruan. Kakaknya masih belum tiba, sedangkan dia sudah tidak sanggup lagi menunggu. Gangguan itu, semakin kuat menduga dirinya.

"Kak…..kak.." Kedua tangannya menekup telinga. Dia ketakutan.

"Dik..buka mata..buka mata!!" Suara halus, yang tergiang-giang di pendengaran meminta dia menbuka pandangan. Tapi, dia takut untuk membuka pandangan.

Sofea mengeleng. Air matanya mula membasahkan mata. Perasaan takut semakin merajai hatinya. "Kak…" tangisnya. Bibirnya memucat.

"Adik…,bangun!!!" gesa Ainaa saat pelukan adiknya menyesakkan nafasnya. Ainaa mengeluh, dia kemudian melepaskan rasa penatnya memandang siling bilik. Fikirannya masih memikirkan mimpi yang menganggunya tadi. Mujur sahaja, ianya mimpi. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana reaksinya, jika benda itu berlaku di alam realiti.

Rambut yang panjang terurai, di tarik kehadapan sambil-sambil dia membetulkan kendudukan kepalanya. Mata dan senyuman itu, membuatkan Ainaa berfikir lama. Hilang nikmat tidurnya.

"Kau tak perlu tahu, aku milik siapa." ulang Ainaa, perlahan. Ujaran makhluk di dalam mimpinya itu, sungguh membuatkan dia tertanya-tanya.

Lembaga itu, dihantar orang. Tetapi, yang menjadi persoalan. Mengapa dia hantar, dan apakah sebab dia untuk menganggu Sofea. Fikir Ainaa, menyimpul soalan yang tergantung tiada jawapan.

"Kak…kak…" Ainaa menoleh pandang. Memandang adiknya yang masih mengigau dan meracau sendiri. Keluhan kecil terbit, tanpa sengaja. Dahinya menyatu, apabila adiknya masih tidak sedar setelah dia mengejutkan beberapa kali.

Sofea masih bergumam, memanggil-manggil namanya. Ainaa mengeluh berat. Bukan tidak dikejutkan adiknya, sudah acap kali namun adiknya masih terpejam rapat. Langsung adiknya tidak sedar, dia cuba mengejutkannya.

"Dik…hei, bangun!! Ya Allah..bangun!!" bahu Sofea dipukul kuat. Pipi Sofea ditepuk berulang kali. Namun, usahanya sia-sia. Ainaa mula tidak senang. Adiknya bukan susah bangun seperti waktu ini. Dahi Sofea yang berkeringat, dan seluruh tubuh adiknya seolah-olah tegak tak bergerak mendatang rasa tidak enak pada hatinya.

"وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ"

Bisik Ainaa, ditelinga kanan adiknya. Namun, saat dia cuba mengulanginya. Lehernya dicekik dari arah belakang hingga nafasnya tercungap-cungap. Tubuhnya seakan dihimpit dan dadanya pula, terasa dihempap beban berat.

Bulu rumanya, tegak. Nafas berat, terasa menghembus di sekitar pipinya. Ainaa menjeling dengan ekor matanya.

Anak mata Ainaa membulat.

"وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ"

Lafaz Ainaa sekudrat tenaganya, walau tersangkut-sangkut. Air mukanya, mula membiru. Nafasnya tersekat. Semakin dia memaksa baris kalimah itu terbit di bibirnya, semakin kuat cengkaman di lehernya.

"Akak?" Sofea terjaga. "Akak?!" matanya tercelik, saat kalimah suci itu beralun di telinganya.

"Allah….." cengkaman yang kuat, mulai terasa longgar. Ainaa mencungap penat. Deru nafasnya, terasa tidak cukup baginya.

Sofea tercengang dengan reaksi Ainaa apabila kakaknya memeluk tubuhnya erat. Dada kakaknya yang berombak, dapat dirasa olehnya. Namun, saat dia cuba membalas pelukan kakaknya, matanya menangkap kelibat lembaga yang turun dari atas katil mereka lalu membalas pandangannya dengan sengihan panjang, kemudian lembaga itu pergi dan hilang entah tidak kelihatan.

"Akak…" Badan Sofea mengigil. Rasa takut, menjengah lagi.

"Tahu..dia sudah pergikan…" ujar Ainaa perlahan. Tenaganya, dirasakan luncut dan menyusut.

Ainaa merengangkan tubuhnya. Memandang Sofea. Wajah adiknya pucat. Diselubungi ketakutan. Dia rasa, mereka perlu berubat. Dia tak boleh tinggalkan adiknya sendirian buat masa ini. Sesuatu itu, mengekori mereka. Dan sehingga kini. Lembaga itu, asyik memandangnya dengan senyuman yang meleret.

Bersambung..