Chereads / Ainaa Sofea / Ainaa Sofea~

Ainaa Sofea

🇲🇾Doubly_crazy
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 207.4k
    Views
Synopsis

Ainaa Sofea~

PROLOG

"MAAFKAN SAYA..., puan." Ammar Waziff terdiam seketika. Menelan bebanan perasaannya, bahkan anak tekaknya terasa perit, bagai menelan hempedu. Protokol kerja dan tugasnya sebagai anggota beruniform biru itu menjadi taruhan nasibnya dan ianya tak mampu diubah.

Dia terpaksa walau hatinya sendiri tidak rela.

"Anak puan.., terpaksa tahan. Apa-apa urusan yang berkaitan, puan boleh datang ke balai." Wajahnya, dipaling ke arah lain.

Sakit! Ngilu hatinya, seperti ditarah dengan belati. Perasaannya berkecamuk. Amarah, kecewa dan terasa dirinya terkhianati namun, dia tak mampu membuang perasaan sayang pada isterinya itu.

"Ammar...."Suara Puan Zahrah, separa merintih. Satu-satu menantu lelakinya, dia pandang dengan riak hati yang kecewa. Dia sendiri di hambat kejutan. Ainaa mengurung diri, manakala Sofea direman dengan tuduhan menculik dan merancang pembunuhan dan di bawa ke balai. Mustahil anaknya yang lembut dan manja itu mampu membunuh orang.

Dia masih mengenali sikap dan peribadi kedua-dua anaknya.

Bagaimana tidak luluh jiwanya. Ingin menghalang, dia tiada daya. Hatinya remuk dan hancur. Anaknya yang sudah digari, dipandang tanpa upaya.

Sofea seakan membatu, hanya menurut setiap arahan yang diberikan. Malah, wajah suaminya langsung tidak dipandang. Sepertinya dia sudah tahu suaminya akan menahani, dirinya. Raut mukanya, pudar dan berkeluh serta anak matanya menekur ke bawah. Tidak merayu, tidak pula bicara.

"Tuan?!"

Waziff mengangguk, tatkala dia ditegur olah anak buahnya dan dia terus memberi isyarat pada anak buahnya untuk membawa isterinya seperti yang diarahkan.

Isterinya itu seakan rela dan akur dibawa masuk ke dalam kereta.

Mata Waziff berair. Hatinya meruntun kekecewaan. Saat kereta peronda mereka yang membawa isterinya hilang dari pandangan mata, dia berpaut pada tiang kayu rumah. Hampir dia melurut jatuh terduduk di atas lantai. Di hadapan mentua, dia menangis. Namun, sukar dia menidakkan suaranya yang kedengaran sebak.

Perit.

"Ibu..."suaranya lelakinya, melirih. Dukanya hatinya, sebagai suami. Sangkanya dia, mampu berlagak hebat dan kuat. Tetapi, usai sahaja isterinya dibawa pergi. Terasa jantungnya direntap kasar. Jiwanya meluruh.

"Maafkan ibu..ibu.." belakang menantu, ditepuk lembut. Perihnya ungkapan yang ingin dia luahkan. Hanya tergantung dalam dua kalimat. Apa salah dia? Apakah dosa dia, sehingga dirinya diduga seperti ini?? Hanya air mata, yang mampu diluahkan.

Zahra menarik lengan menantunya, duduk di atas kaki tangga rumah. Waziff tidak membantah. Diturut sahaja, ulah ibu mentuanya itu.

"Ibu, mana Kak Ainaa?? Mana Kak Ainaa?" soalnya tiba-tiba. Air matanya, diseka. Detik hati Waziff mula, dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Deru nafasnya, cemas tiba-tiba.

"Ada, ada, di dalam bilik."jawab Puan Zahrah perlahan. Serak suaranya, masih kedengaran. Dia yang masih bersedih kerana anak perempuannya itu, memandang dengan hairan melihat kekalutan Ammar Waziff.

Menantunya itu, bingkas berdiri tiba-tiba. Bagai terpenpam seketika. Raut air mukanya, gusar dan tegang. Pandangannya jatuh ke arah ibu mentuanya. Puan Zahrah kaget. "Kenapa, Ammar?" Ajunya, hairan. Kelihatan kedutan di dahinya, bersatu. Mempamer riak hairan walau wajahnya itu sudah basah dengan deraian air mata. Terselit kerisauan di hatinya.

Roman Waziff terus bertukar cemas. Tangannya lekas, meraba poket seluar, telefon pintar itu dikeluarkan. Pantas jarinyanya, membuka gajet ringan miliknya. Link blog isterinya ditaip, laju. Debaran mulai menjalar. Mujur sahaja, dia gemar membaca hasil karya isterinya.

Dan kerana sebab hasil nukilan isterinya, isterinya ditahan, atas persamaan penulisan dan tragedi yang berlaku. Kisah yang ditulis isterinya, benar-benar memeranjatkan. Walaupun dia cuba menafikan, namun bukti terlalu jelas sehingga dia sendiri menjadi kelu.

Paparan skrin smartphonenya, tertera blog ' Creative Humor Style'. Jarinya, cepat-cepat scroll halaman cerita ke bawah sehingga terpapar halaman baru. Cerpen baru telah lima minit dipublish. Setara masa update, dengan penahanan isterinya. Mata Waziff membulat. Jam tangan, dilihat sekilas. Pukul satu lima minit. Dadanya berombak laju. Berdebar.

Anak mata Waziff ligat, membaca barisan cerita. Setiap kali dia menghabiskan bait setiap perenggan. Setiap kali itulah, debaran di dadanya memuncak.

Blog dibaca. 'Ainaa tersengih panjang. Perangkap sudah mengena mangsa. Tiada siapa yang mampu menahan langkahnya lagi. Sofea sudah terpenjara oleh tangan suaminya sendiri. Aina bersandar di pintu biliknya yang terkunci.'

"Kesian kau dik. Padan muka kau! Kau tahu..apa salah kau?! Sebab kau..kembar aku! Hahahaha!!" Hilai tawa bergema, di tingkat atas. Mata Waziff membuntang. Dialog yang baru sahaja dibaca, sama dengan lontaran yang didengarnya.

"Akak?!!" Puan Zahrah yang turut terdengar, bergegas ke biliknya mengambil kunci sebelum menapak langkah pantas ke tingkat atas, bilik anaknya. Perasaan ibunya, cemas. Waziff turut berulah sama. Kakinya pantas memanjat anak tangga tanpa ragu.

" Kak! Kak, bukak pintu!!" Bonggol pintu, di pulas berkali-kali. Pintu bilik kakak iparnya, diketuk dari luar. Bilik berkunci. Tawa yang didengarinya, sudah tidak kedengaran lagi. Perasaan risau, membuak-buak. "Ibu, kenapa bilik Kak Ainaa kunci?" Ajunya sebaik Puan Zahrah tiba dengan beberapa gugus kunci.

Puan Zahrah, keresahan. "Ibu..ibu kunci tadi. Ibu, risau. Takut kakak ipar kamu, mengamuk." Kunci bilik Ainaa diberikan. Wajah tuanya, sudah kering dengan air mata. Jiwanya dirundung perasaan keliru, cemas dan berdebar dengan reaksi menantunya yang berubah sikap tiba-tiba. Hatinya kacau.

"Pintu tak boleh dibuka. Ibu betulkan ini, kuncinya? atau ibu, ada simpan kunci lain?" Waziff semakin cemas. Kunci yang diberikan ibu mentuanya, di pulangkan semula. Berkerut dahi wanita tua itu, menerimanya kembali. Waziff tiada pilihan. Dia perlu mencari jalan untuk mengeluarkan kakak iparnya. Pintu kayu itu, dihentak dengan kudrat lelakinya. Masih belum menunjukkan hasil. Suara Ainaa langsung tidak kedengaran. "Kak!!" Panggilnya, berulang kali. Cemasnya memuncak!

"Kenapa, ni?? Bagi tahu, ibu? Kenapa?? Apa yang berlaku?? " Puan Zahrah turut merasa cemas. Penuh tanda tanya. Desak hati, tak dapat ditahan lagi. Dia, tidak tahu..apakah yang berlaku sekarang. Ulah menantunya, sangat-sangat mengelirukan dirinya.

Waziff meraup mukanya. Telefon pintar miliknya, diserahkan pada mentuanya. Ingin diceritakan, mungkin dia akan dipanggil gila. Kerana, apa yang terjadi ketika ini seakan-akan sesuatu yang di luar akal fikiran waras. Terasa tangannya mengigil. Telefon sudah bertukar tangan.

Blog anaknya, dibaca. 'Waziff bergegas ke tingkat atas tatkala terdengar hilaian tawa kakak iparnya. Puan Zahrah turut sama, mengikut rentak menantunya walaupun buntu. Pintu bilik kakak iparnya, di kunci dari luar. Tiada jalan lain, hanyalah satu pintu sahaja sebagai laluan masuk dan keluar dan tingkap yang siap di pasang jeriji dari luar.

Deringan panggilan dari balai diterima. Sofea, sudah tidak sedarkan diri ketika sampai di balai. Waziff semakin cemas. Kakak iparnya, pula terperangkap di dalam biliknya sendiri. Manakala, isterinya dibawa ke hospital.'

Puan Zahrah mengetap gigi. Deru nafasnya berombak. Wajah Waziff direnung. Takut! Hatinya meresah. Deringan panggilan yang tiba-tiba dari balai, tertera di skrin smartphone milik Waziff. Badan Puan Zahrah mengigil. Hampir-hampir terlepas pengangan telefon bimbit tersebut. Anak matanya tertancap pada Waziff. "Apa, semua ini?"

Puan Zahrah mengangkat panggilan. Matanya berair, ketakutan menjelma. Kenapa fantasi menjadi realiti. Gugup. Kelu. Reaksi wajahnya berubah. Terasa darahnya menyirap, bulu ruma di tengkuknya menegak.

"Ammar tahu." Menantunya pantas mengambil kembali telefon pintar miliknya dari tangan ibunya. Panggilan dari balai, hinggap di corong telinganya. Lama dia, berfikir. Apakah jalan yang terbaik. "Jangan hantar isteri saya ke hospital. Letakkan dia dalam sel, dan buat pantauan setiap 5 minit. Pastikan sel itu hanya ditemani, dari luar sahaja." Arahnya, tegas. Panggilan dimatikan. Hatinya mula mengesyaki sesuatu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Deria hatinya, mendesak. Hakikatnya dia buntu. Kelu akan situasi yang di hadapinya.

"Ammar, biar ibu panggil orang." Utara Puan Zahrah, lalu wanita berusia empat puluhan itu bergegas turun. Keselamatan anaknya yang masih terkurung, memberi kekuatan walaupun, dia masih diselubungi rasa ketakutan. Walau apa yang terjadi, dia perlu berusaha. Menantunya, mengangguk. Akur. Malah, mereka tiada hak untuk mempunyai pilihan.

Blog yang masih terbuka, dibaca kembali.

'Mata Waziff membulat. Terkejut bukan kepalang, saat membaca semula blog yang telah di update lagi. Waziff bertekad untuk mengubah jalan cerita dengan menukarkan lokasi isterinya, dan mengarahkan penjagaan rapi serta pemantauan yang ketat terhadap isterinya. Malah, dia mencuba untuk membuka pintu bilik kakak iparnya, walaupun pintu bilik kakak iparnya masih terkunci tanpa dapat mereka buka. Manakala Puan Zahrah, turun ke tingkat bawah, meminta bantuan daripada jiran. Hakikatnya, semua tindakan mereka adalah sia-sia.'

Waziff di landa kerisauan. Blog yang tertulis, benar-benar menguasainya. Dahinya berkeringat. Akalnya ligat.

Waziff bersandar penat. Dia keletihan. Fikirannya berkecamuk. Isterinya tidak sedarkan diri.. dan masih didalam balai. Dalam penulisan yang sentiasa diupdate itu, seolah-olah mengetahui setiap rancangannya. Ingin di tuduh isterinya mengupdate segala ceritanya, isterinya dipenjara. Tetapi, kenapa blog isterinya masih hidup. Bahan dan setiap hasil kerja isterinya, masih dalam rampasan.

Siapa?!!!

Siapa?!!!!

Siapa, penulis yang sebenar!! Adakah..ini hanya satu perangkap? adakah kakak iparnya, adalah dalang yang sebenar? tetapi, hanya Sofea sahaja yang tahu semua hasil tulisan ini, dan dia juga satu-satu saksi yang tahu itu adalah karya isterinya. Kakak iparnya tidak mempunyai bakat seperti isterinya. Penulis juga memerlukan bakat.

"Sofea!!! Keluar!!!" Pekiknya lantang. Sengaja nama isterinya, dipanggil. Walaupun dia ragu, dia perlu mencuba. "Sofea!!!! Kak Ainaa!!!" Nama kembar dua beradik itu, dipanggil tanpa jemu. Gerak hatinya kuat. Melantun-lantun suara Waziff, memenuhi sudut rumah dua tingkat.

"Berani..so brave.." Suara isterinya kedengaran dan suara kakak iparnya bergema, serentak.

Suara itu bersatu, darah Waziff tersirap. Matanya meliar. Bersiaga. Duganya tepat. Naluri hatinya, betul. Jadi.. siapakah yang berada di dalam sel? "Keluar!" jerkahnya. Berjaga-jaga.

"Kau tak takut, isteri kau mati? Kakak ipar kau, kau mungkin tak kisah dia mati.., kan?" Lembut suara itu menyoal. Mirip suara isterinya. Waziff bergetar.

"Apa semua ni??!" Ajunya. Waziff merendahkan suara. Tiada lengkingan atau jerkahan suara tinggi darinya. "Sayang..." panggilnya lembut. Dia juga keliru.

Suara dekahan tawa memenuhi mengisi pendengaran Waziff. " Jangan buat lawak!" Suara kakak iparnya, kedengaran bertingkah dengan tawa. Bersilih ganti.

"Sofea!!!" Jerit Waziff marah.

Keliru!

"Kakkk!!! Apa yang kau nak!! Apa yang kau, nak hah!!!" Amarahnya meletus. Barannya bagai menyerap seluruh kesabarannya. Hilai tawa makin memenuhi ruang bangunan. Makin lama, makin kuat. Seolah-olah tawa itu hanyalah di sebelah telinganya.

"Arghhhh!!!" Teriaknya, nyaring. Telinganya bingit saat tawa itu tidak berhenti. Pantas tangannya menekup kedua belah telinganya. Tawa yang kedengaran, hilang. Sunyi. Kedua tangannya, melurut ke bawah.

"Abang.." Waziff tersentak.

"Sofea..."

Terpaja dia seketika. Bagai terbangun dari lena. Air matanya tumpah. Bingung!

"Waziff!" Waziff melempiaskan pandangan ke arah yang dipanggil. Suara kakak iparnya kedengaran. "Kak?!" Panggilnya dalam buntu. Tiada sahutan- Sepi.

Pintu bilik, terbuka sendiri. Waziff menolak perlahan pintu bilik kakak iparnya, dia melangkah masuk.

Kosong!

Waziff terduduk tatkala panggilan dari balai, dimatikan. Panggilan dari balai, terasa menghentikan degup nafasnya. Kelu lisannya untuk menyoal.

Hilang!!

Isterinya hilang, dalam pemantauan.

"Kau punca segala-galanya..kenapa? kenapa kau nak hentikan setiap cerita, kami. Kau punca segalanya!!! Kau punca kami, mati!!!" Lengkingan suara yang memenuhi ruang tingkat atas bilik, terasa melantun-lantun. Suara tinggi dan adakalanya tingkahan dua suara itu seakan membisik perlahan di telinga Waziff. Tawa hilaian juga, kedengaran bergema, menganggu fokusnya. Kepalanya berdengung sakit. Matanya berpinar.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Waziff rebah. Gelap!

....

 

'KEHILANGAN serentak seorang penulis porpular yang berbakat besar, bersama saudara kembarnya yang merupakan seorang wartawan muda menjadi tanda tanya. Mereka merupakan suspek bagi lima kejadian yang mengaitkan halaman blog penulisan. Kedua-dua adik beradik itu telah hilang di dalam tahanan dan pantauan polis telah mengemparkan satu Malaysia. Sehingga kini, khabaran dua beradik ini, masih menjadi tanya tanya jutaan netizen. Pihak berkuasa juga, sudah menutup kes sebagai 'orang hilang' kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkan mana-mana pihak sebagai jenayah. Ada juga yang menganggap, dua beradik ini telah hilang angkara karya, yang bertajuk 'Ainaa Sofea' yang menjadi tular di media sosial. Adakah, ini punca utama?-Berita Sensasi Tular.'

Surat khabar dilipat lalu diletakkan di atas meja. Hatinya sayu. Puan Zahrah mengelap air matanya yang tumpah. Enam tahun sudahpun berlalu. Kedua anaknya, hilang tanpa jejak. Entah hidup..entah mati. Anak kembarnya umpama berkongsi satu jantung. Jika seorang mati, seorang lagi tak akan hidup.

Waziff yang duduk termenung di bangku putih, dielus penuh kasih. Sejak kejadian Sofea hilang, menantunya tak tentu arah. Sakit mental. Kini, dia di tahan wad kerana menganggu kawasan kejiranan.

"Ibu.." Waziff bersuara. Puan Zahrah memandang menantunya. Anak itu tersenyum buat kali pertama setelah enam tahun berlalu. Puan Zahrah menanti.

"MEREKA AKAN PULANG, IBU."Sambungnya dalam sengihan. Senyuman yang terpamer, menyimpan maksud yang dalam.

 

Bersambung..