Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 43 - Love Blue Flowers

Chapter 43 - Love Blue Flowers

MAKANAN yang telah dihidang dibiarkan oleh Arif. Adif yang masih menikmati keenakan makanan itu tidak ambil peduli hal abangnya.

"Kakak ipar kau dah hilang, kau masih ada selera makan?" soal Arif.

"Kak Naura tak suka Aku bazirkan makanan. Rezeki depan mata Aku makan je lah. Yang kau tu ajak Aku makan kat tempat mewah ni apahal? Gila ke bawak Aku kat restoran ternama ni?" ni Adif tak puas hati. Dia ingatkan Arif ingin membawa dia ke kedai mamak atau kedai tepi jalan sekali Arif angkut dia ke restoran 5 bintang. Sudahlah malam ni ada perlawanan bola sepak antara Johor dan Kedah. Melepas dia kalini!

"Aku baru lepas event buku, itu ajak kau sekali." Adif mengangguk. Dia memotong kecil chicken chop nya untuk dikunyah. Arif yang melihat selera Adif itu tersenyum seketika. Dia menolak perlahan pinggan dia yang berisi burger cheese itu kehadapan Adif.

"Encik Arif?" sapa seorang gadis memakai baju lengan pendek dan singkat berwarna hitam dan skirt putih paras lutut. Mahu muntah Adif disitu saat bau aroma minyak wangi gadis itu. Busuk!

"May I have your signature?" Arif mengangguk sambil mengambil pen dan buku dari tangan gadis itu untuk ditandatangan.

"Novel cinta je pun. Tapi peminat keliling pinggang." kutuk Adif seraya meneguk air jus anggurnya. Arif buat tak tahu sahaja dengan mulut adiknya. Dia pun pelik juga kenapa novel dia menjadi pilihan orang ramai sedangkan novel dia hanya berkisahkan hal cinta sahaja.

"Encik Arif ada nampak puan Rina?" soal gadis itu sebelum melangkah pergi. Arif mengeluh perlahan. Inilah malas dia nak datang ke majlis ini.

"Dia demam. It's okay tak lama lagi dia sihat. Why?" senyum.

"Nothing. I cuma nak signature dia je. If dia tak ada boleh you kirim salam dekat dia?" Arif mengangguk perlahan. Gadis itu berlalu pergi dengan senyuman yang riang.

Berbalik semula kepada Adif yang masih mahu muntah saat terbau aroma minyak wangi itu. Entah kenapa dia begitu tidak selesa dengan minyak wangi itu.

"Esok cuti sem kan? Kau tolong Aku kat hospital boleh?" laju Adif menggeleng. Tidak mahu dia bau ubat-ubatan di situ. Nanti ada juga dia kena aturkan itu ini. Malas.

"Aku nak gi Terengganu. Makan angin. Cari jodoh." senyum. Arif kerut dahi. Gila ke cari jodoh sampai ke Terengganu? Kat Johor ni dah tak ada perempuan ke?

"Aku nak tanya ni..."

"Apa dia?" Balas Arif yang sedang mengunyah kek yang dipesan itu.

"Kau tak cuba cari kak Naura?" Dah lama Adif ingin bertanyakan soalan itu. Mereka cuma bercerai atas dasar lafaz dan bukan makhamah. Hak Naura masih belum dapat. Bagaimana pula dengan penjagaan anak-anak dalam kandungan Naura pula?

"Ada tu ada tapi tak jumpa. Satu Johor ni Aku cari dari Segamat ke Mersing. Mersing ke Kluang. Batu pahat lagi Aku cari. Semua tempat Aku pernah bawak dia tu memang tak ada. Aku syak dia ke luar negara." Inilah yang dirisaukan oleh Arif. Naura tu gayat ataupun takut dengan tempat tinggi, trauma dengan guruh. Kalau apa-apa jadi macam mana?

"Gi lah suruh orang-orang kau cari dia. Ni tok wan dengan aunty tak tahu lagi tau. Kalau diaorang tahu memang kepala kau tu dah hilang." itu lagi lah. Tok wan tak habis-habis nak bercakap dengan Naura alih-alih Arif cakap Naura penat nak rehat.

Nombor telefon Naura pun telah ditukar. Tambahan lagi Naura telah menyekat nombor telefon Arif dan media sosial. Memang tak tahulah mana nak cari.

"Aku dah suruh tapi sampai sekarang diaorang tak jumpa."

"Nanti Aku dah balik sini Aku cari dia. Apa punya suami lah. Cari kat negeri sama je." Adif menggeleng. Niat Arif mahu sahaja dia memukul adiknya itu. Ikut sedap mulut je nak bercakap. Kalau kena penampar ni agaknya bisu seminggu.

NAURA jalan perlahan-lahan sambil mencuci mata pakaian bayi di pusat beli-belah bersama Farhana dan Fayyad.

"Naura lapar tak? kalau lapar kita singgah makan." Fayyad yang dari tadi menjadi pengawal peribadi dua gadis itu sudah tersenyum.

"Lapar jugak. Jomlah." senyum.

"Kalau Aku ikat kau kat pokok manggis depan umah tu baru tau. Ada ke patut tinggalkan kita kat sini." marah Farhana kepada adiknya. Naura gelak perlahan. Perangai Farhana sama sahaja seperti Arif. Begitu juga Fayyad. Entah kenapa apabila bersama mereka mula Naura teringat pada si Dia.

"Kak Hana pergilah dulu. Naura nak beli buku." kata Naura yang ternampak kedai buku disebelah restoran itu. Farhana mengangguk lalu dia melangkah masuk ke dalam restoran untuk memesan makanan.

NAURA tersenyum membaca sinopsis novel Arif. Istana. Tajuk yang pernah Arif memberitahu kepadanya.

ARIF mendekati Naura yang masih mengunyah buah jambu di balkoni. Buku di tangan Arif diberikan kepada Naura tanpa Naura sedari buahnya sudah diambil oleh Arif.

"Apa ni?" soal Naura. Arif senyum.

"Buku Arif. Lagi sebulan macam tu Buku ni akan dipasarkan but Arif nak bagi isteri Arif dulu. Suka?" Naura mengangguk perlahan.

"Macam tak suka je. Segala isi hati Arif, Arif luahkan dalam buku ni. Tapi watak berbeza lah. Arif jadi Aiman dan sayang jadi Nadhira."

"Kenapa letak nama anak Naura?" soal Naura lagi. Kalini dia membelek buku itu.

"Aip! Anak kita. Arif dah tak tahu nak letak nama apa jadi letak jelah nama anak kita. Bukan kena bayar pun. Anak kita permata hati kita. Sayang Arif permata hati Arif. Faham?"

"OHHHHH." panjang sangat OH Naura buat kalini. Arif menyadarkan kepala isterinya di dada bidangnya. Senyuman Arif masih segar waktu itu begitu juga kasih sayangnya pada Naura.

"Mama dengan papa..macam mana?" Arif diam membisu.

"Arif Iskandar. Mama dengan papa macam mana?" soal Naura lagi tapi kalini dia memanggil suaminya dengan nama penuh.

"Sihat. Diaorang dah terima hukuman diaorang. Tapi papa dibebaskan sebab tak ada kena mengena dengan hal arwah mak. Mama je kena penjara. Arif tak ingat berapa tahun tapi mungkin berbelas sebab mama yang bunuh arwah mak dan mama yang langgar Adif." Naura mengangguk perlahan. Sebenarnya dia sudah tiada perasaan marah terhadap ibu mentuanya. Sedih dan kecewa sudahpun hilang. Entahlah sejak kebelakangani dia mula tiada perasaan marah dan kecewa. Normal ke

"Arif sayang Naura sampai hujung nyawa Arif. Tak ada siapa boleh pisahkan kita kecuali Allah." tangan Arif hinggap atas bahu Naura. Naura berada di dalam dakapan yang hangat sambil melihat cahaya sinar purnama pada malam itu.

"For real. I will do everything if Arif hilang sayang."

NAURA meletak semula novelnya lalu dia mencapai buku Arif yang bertajuk Istana. Seketika senyuman diukirkan sewaktu dia melihat keluarga yang sedang melayan karenah anak-anaknya untuk memilih buku.

"For real Naura masih sayangkan Arif." ungkap Naura secara perlahan. Dia mengatur langkah untuk ke kaunter bagi membayar bukunya. Biarlah apa orang nak kata yang dia tahu dia mahu menangis dan meraung sekuat hatinya apabila membaca novel itu.

Arif bukan lelaki yang mudah. Dia susah bergaul dengan perempuan lain dan menjadi batu saat bersama yang lain. Tapi apabila meluahkan perasaan, Arif akan meluahkan melalui tulisan ataupun perbuatan. Melayan secara lemah lembut dan tiada unsur marah.

Sejujurnya dia merindui belaian kasih lelaki itu. Saat dia melangkah keluar dari rumah itu, dia rasakan semuanya hanya mimpi namun ini realiti. Cinta dan rindu pula semakin tebal apabila berjauhan. Kenapa dengan ujian ini? Dia berasa seperti... dia tidak mampu lagi. Dia lemah tanpa seorang lelaki yang menjadi suami.