Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 49 - Love Blue Flowers

Chapter 49 - Love Blue Flowers

ENCIK Luqman memandang anaknya dari jauh. Dari sudut ruang menunggu itulah dia dapat melihat gerak geri Dania Ng. Disebabkan Adif ada hal maka Dania perlu menunggu sang suami walaupun dekat 15 minit menunggu.

"Johari, tengokkan sekejap anak Saya. Saya mahu ke tandas." Pengawal bernama Johari mengangguk perlahan lalu mengambil alih tempat encik Luqman.

"Lama lagi?" - Dania

"Dekat depan ni. 1 minit nanti sampai." - Adif

Dania mengalihkan pandangan apabila dia terdengar bunyi hon kereta. Dan- itu kereta Adif. Eh tapi kenapa wajah Adif nampak tegang? Cepat-cepat Dania berlari ke arah suaminya.

"Kau ni buta ke? Tak nampak Aku nak masuk?" Marah seorang lelaki berkulit putih seakan-akan orang cina itu. Dania terkejut. Lah- Zixuan rupanya. Beria sahaja dia lari ke sini rupanya lelaki tak sedar diri ni yang cari gaduh dengan Adif.

"Kau tu tak bagi signal. Nasib Aku elak tahu tak? Kalau tidak sayonara kau dekat situ." Balas Adif dengan nada marah. Encik Johari mendekati Zixuan lalu dia menyuruh lelaki itu untuk mengalihkan kenderaan bagi meredakan keadaan di kawasan itu.

"Kau ganti balik calar kereta ni." Tangan disilangkan itu menambah lagi api kemarahan Adif. Bukan sahaja Adif malah Dania dan encik Johari juga.

'Eh eh laki ni. Dia yang masuk tak bagi signal patu nak suruh laki Aku bayar pulak. Aku sepak meninggal terus.'

"Woi tak sampai 1 cm tahu kereta laki Aku dengan kereta kau. Ni dikira 1 meter tahu tak? Patu kau suruh dia ganti balik yang calar tu? Berzaman kau pakai kereta ni dan berzaman juga calar tu ada. Kau fikir aku tak boleh heret kau masuk makhamah sebab menipu orang?" Sudah masuk bab undang-undang pula. Dania sudah melakonkan watak peguamnya disitu hah siapa suruh cari pasal dengan bakal peguam ni? Kan dah kena.

Zixuan tidak goyah dengan kata-kata Dania. Dia masih berharap kemenangan kalini milik dia dan bukan Adif.

"Kalau dia langgar kereta Aku tadi kau fikir nyawa Aku tak melayang ke, sayang?" Sengaja Zixuan memanggil Dania dengan panggilan sayang. Kalau dia tak menang pasal kes kereta pun tak apalah. Sebab sekarang ni dia masih belum berhenti untuk mendapatkan Dania Ng.

"Nǐ fēngle? Nǐ méiyǒu zīgé jiào wǒ "qīn'ài de". (Adakah awak gila? Awak tak layak nak panggil saya "sayang".) Marah Dania dalam bahasa cina. Zixuan ketawa nakal. Sakit pula hati Adif dengan gelagat Zixuan ni.

"Qīn'ài de, lěngjìng diǎn. Nǐ gěi wǒ qián wǒ jiù zǒu. So easy." (Sayang, bertenang. Awak beri saya wang dan saya akan pergi. Sangat mudah.)

Adif dan encik Johari duduk di tepi jalan seraya menikmati keindahan syarikat antarabangsa itu dengan meneguk air jus oren yang dibeli oleh encik Johari sebentar tadi.

"Saya ni tak faham apa yang diaorang cakap. Jadi macam ni lah pakcik. Pakcik rasa salah Saya ke salah dia?" Soal Adif kepada encik Johari yang sedang mengunyah sebiji epal pula.

"Pakcik rasa salah dia lah lagipun kereta dia tak ada calar pun. Kalau tuan Adif nak tahu dia ni dari dulu lagi macam ni. Dulu sampai cik eh maksud Saya puan Dania tampar muka mamat ni. Beria je mamat ni. Apa orang kata? Syok sendiri." Mulut Adif ternganga. Garang juga isterinya dengan lelaki itu.

"I'm mad at this man but are you sitting here? Oh my god." Luah Dania kepada Adif. Adif terus bangun dari duduknya lalu dia berdiri dihadapan Zixuan.

"Dah kau duk bertekak dalam bahasa cina kau fikir Aku faham?" Bela Adif pula. Dania berpeluk tubuh. Zixuan segera masuk semula ke dalam perut keretanya saat ternampak kelibat encik Luqman. Wajah bengis lelaki itu sahaja sudah Zixuan tahu apa yang ingin disampaikan.

"What's going on, Nia?" Tanya encik Luqman. Adif tidak memandang anak mata bapa mentuanya. Dia takut, seram, dan gerun kerana dia bukan calon menantu idaman.

"Orang gila tu suruh Adif bayar balik kereta dia yang calar dekat berpuluh tahun. Padahal bukan Adif yang buat." Kini wajah encik Luqman menghala ke arah Adif yang menyorok dibelakang Dania.

"Lepas ni kalau dia kacau korang berdua lagi, call daddy. Lelaki macam tu patut diajar."

"Tak payah nak sorok muka tu. Esok ada kelas ke, Dif?" Tegur encik Luqman. Adif tersengih.

"A-ada tapi habis pukul 1. Ke-kenapa?" Tergagap Adif dibuatnya. Ya lah orang tak rapat sebelum ni tiba-tiba je mahu bertanya itu ini. Pelik.

"Ajak abang kamu sekali. Ikut I pergi main itu badminton. Nanti I share location."

"T-tapi kakak ipar Saya pregnant so belum tentu abang Saya nak join." Kata Adif.

"Really? Then ajaklah sekali kakak ipar you tu boleh temankan isteri you ni sekali."

"Okey uncle. No I mean daddy." Besar terus anak mata encik Luqman saat menantunya memanggil dia dengan panggilan uncle. Sejujurnya dia terima seadanya kehadiran lelaki bernama Nazrul Hadif itu cuma dia segan kerana perangai Nazrul Hadif jauh lebih matang daripada dia yang sudah dekat 50 tahun.

"BALIK je lah kalau datang sini tak makan." Ujar Maisara kepada Taufiq yang setia memandang dia.

"Aku tengah tilik kalau-kalau kau ni okey ke tidak untuk dijadikan isteri nanti." Tersedak Maisara dibuatnya. Taufiq sengih. Air yang dipesan oleh Taufiq diteguk laju ke dalam mulut.

"Siapa kata Aku nak jadi isteri orang?" Balas Maisara.

"Aik dah tu? Kau nak jadi isteri animal?"

"Punchline tak sampai lah, bro. Cuba lain kali." Kalini Maisara membuka bungkusan hadiah yang dibeli oleh Taufiq sebentar tadi. Taufiq pula ralit melihat telefon pintarnya. Biasalah. Taufiq dan kerja tidak dapat dipisahkan.

Maisara membaca tulisan yang tertulis di atas permukaan kertas itu. Senyuman diukirkan buat seketika.

"Straight to the point jap. Jom kita kahwin." - T.S

Lantas Maisara menyarungkan cincin berlian ke dalam jari manisnya. Lalu dia memandang raut wajah Taufiq. Hensem? Tidaklah sehensem bapanya. Kaya? Tidaklah sekaya mana. Baik? Bijak? Pandai? Hormat orang tua? Semua tu ada sahaja pada manusia biasa namun kenapa hatinya kuat mengatakan bahawa Taufiq adalah jodohnya?

"Awak, hantarlah Saya balik. Dah nak asar dah ni." Taufiq terkejut. Awak? Saya? Sejak bila perkataan itu ada dalam kamus hidup Noralia Maisara? Sejak bila?

"Geli eh? Then guna Kau Aku baliklah." Laju Taufiq menggeleng. Dia tak geli cuma pelik dan hairan. Adakah Maisara telah membuka kotak hadiah itu?

"Mai dah buka hadiah tu eh?" Teka Taufiq sambil membayar bil makanan mereka. Maisara mengangguk perlahan. Dalam hati dia hanya Allah sahaja yang tahu. Gementar, gembira, gemuruh. Semua pun adalah.

"Kenapa buka dulu? Kan Saya suruh buka waktu kat rumah."

"Dah buatnya kau eh no awak letak ular ke lipas ke tak sempat Saya libas awak." Sengih. Taufiq ketawa kecil.

'Andai dia jodohku maka dekat Aku dengan hamba mu. Andai dia bukan jodohku, jauhkan Aku dari dia dan dekatkan Aku dengan sang penciptaku.' tulisan Naura Airina bermain dalam kotak minda Maisara pada waktu itu. Kata-kata itu amat bermakna buat dia.

MALAM ITU, riuh rumah Arif dengan suara Arif, Adif, Taufiq, encik Hafiz, encik Ng dan encik Luqman saat JDT ataupun Johor Darul Ta'zim berjaya menjaringkan gol. Manakala pihak perempuan pula duduk bersembang di kamar makcik Wati.

"Amboi bukan main bising dioarang jerit." Ujar puan Nur seraya menggeleng kepalanya.

"Nasib duduk jauh. Kalau sebelah Nia memang sah kepala Adif dah hilang." Gurauan kasar itu membuatkan mereka ketawa saat terbayang kepala Adif tiada gara-gara menjerit disebelah Dania.

"Kalau Dania macam tu. Kalau akak ni? Sah akak kejar abang Arif guna motor sebab menjerit tak ingat bini." Makin galak ketawa mereka. Aduhai bayangkan sahaja sudah lawak macam mana pula kalau jadi kenyataan? Naura mengandung lalu mengejar Arif menggunakan motor?

"Plus helmet terbalik. HAHAHAH." sambung Dania lagi. Ketawa mereka di dalam bilik itu tidak dapat dikawal lagi. Sampai luar bilik pihak lelaki boleh mendengar gelak tawa itu.

"Ni nanti jadi ke Naura pindah ke KL?" Soal puan Khalidah.

"Jadi tapi lepas pantang lah sebab Arif nak masukkan diaorang kat sekolah international katanya."

"Apa dah pupus ke sekolah kat Johor ni? Tak nak Johor tak apa Pahang tu ada je tok wan boleh jaga. Kan Wati?"

"Betul tu puan. Tapi apa salahnya si Arif nak yang terbaik untuk anak-anak dia. Cucu puan kan bakal peneraju syarikat lepastu resort apa semua anak puan dapat. Hah jadi kena didik betul-betul dari sekarang!" Ujar makcik Wati.

"Kalau jadilah Naura ke KL. Tok wan kita kena pindah juga ke KL."

"Setuju tu Idah. Tak ada makna Aku nak tinggalkan cucu menantu ni seorang diri. Nanti Dania pun Aku angkut duduk ngan Aku."

"Ewah-ewah kita ni tinggal seorang je ke cik puan oi?" Tegur puan Nur dengan nada merajuk. Hah mulalah sesi pujuk memujuk disitu. Naura dan Dania meminta izin untuk ke balkoni bilik utama.

"Kenapa kak?" Tanya Dania kepada Naura setelah tiba di bilik besar itu.

"Akak nak bagi Dania ni. Sekejap ya." Naura bergerak ke meja soleknya lalu mencapai sebekas kotak biru gelap untuk diberikan kepada Dania.

"Apa ni kak?"

"Gelang. Akak tengok sesuai dengan Dania jadi akak belilah. Dania pakai ya?" Naura mula membuka kotak itu dan mengambil seutas gelang.

"Mahal ni kak. Tak perlulah." Dania menolak dengan sopan.

"Pakailah. Hadiah akak sebagai tanda Dania sudi terima Adif." Senyum. Senyuman manis itu membuatkan Dania akur juga dengan kata-kata kakak iparnya.

"Cantik. Akak pilih eh?" Teka Dania apabila seutas gelang itu selamat dipakai pada pergelangan tangan kiri Dania.

"Ya."

"Sejujurnya akak happy bila Adif sukakan Dania." Sambung Naura apabila mereka membisu selama 2 minit.

"Kenapa? Sebab akak risau Adif tak akan jatuh cinta ke?" Naura menggeleng.

"Sebab akak dah lukakan hati dia. Akak sedar dia sukakan akak tapi masatu akak dah jadi tunang abang Arif. So yeah nak beritahu pun takut rasa bersalah and masatu pun akak lost contact ngan dia. Tapi akak bersyukur bila dia dah move on. Walaupun dia tak berani nak confess face to face tapi dia berani luahkan perasaan melalui surat."

"Surat yang dia tulis tu Dania yang tulis tau. See betapa hebatnya Dania dalam perkara ni."

"Lah patut lawa je tulisan." Sengih.

"Macam mana akak sedar dia sukakan akak?" Soal Dania dengan rasa ingin tahu.

"Attitude dia pun akak dah tahu. Arif kata dia berlainan bila depan akak. Masa depan akak, dia jadi diri orang lain tapi bila Dania dia jadi diri sendiri. Lagipun lebih elok kita bercinta dengan orang yang mampu buat kita jadi diri sendiri. Betul?" Dania setuju 100% dengan kata-kata Naura.

"Dania jangan sedih kalau nampak Adif berkepit dengan akak before kahwin. Dia banyak tanya akak macam mana nak ngorat amoi cina ni so you kena hargai."

"Wait so semua yang pasal dia ajak Dania keluar makan, jogging, hiking, makan, gi shopping tu dari idea akak?" Naura mengangguk.

"Relax lah lagipun guna duit dia. Tak ada makna abang ipar hang nak bagi dia duit." Tombol pintu dipulas oleh Arif. Lalu Arif terpacak di hadapan pintu bilik saat melihat susuk tubuh Dania berada di dalam bilik itu.

"Adif tunggu kat luar tu." Kata Arif kepada adik iparnya. Dania terus keluar dari bilik itu tanpa memandang wajah abang iparnya.

"Aik hodoh sangat ke muka kita sampai dia tak nak tengok?" Omel Arif seraya melihat wajahnya di cermin meja solek. Naura ketawa perlahan lalu dia naik ke birai katil untuk berehat.

"Menang ke?" Tanya Naura.

"Entah. Arif terus masuk bilik bila dapat tahu sayang tak ada kat bilik makcik Wati." Kini Arif berada disebelah Naura. Mata mereka bertemu buat seketika.

"Awak, ada yogurt tak?" Arif mengangguk perlahan.

"Kenapa? Ngidam?"

"Hehehe. Ambilkan boleh?" Arif sudah bangun dari katil untuk menuju ke peti ais di dapur namun langkahnya terhenti apabila Naura memanggil nama dia.

"Terima kasih." Senyum. Arif membalas senyuman manis itu. Alah apalah nak berkira kalau suruh ambil yogurt dan layan isteri sahaja. Lagipun tak lama lagi isteri dia akan pertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat mereka. Jadi tak salah kalau nak berbaik dengan isteri.

Arif masuk semula ke dalam kamar setelah mengambil 3 bekas kecil berisi yogurt strawberi. Dia duduk disebelah Naura lalu membuka bungkusan itu.

"Bismillah oi." Tegur Arif saat Naura sudah menelan sesudu yogurt itu. Naura sengih.

"Bismillah." Senyum. Arif membiarkan Naura menikmati masanya. Jam telah menunjukkan pukul 11 malam dan ahli keluarga Adif akan tidur disini malam ini kerana esok mereka mahu berkelah di rumah agam encik Luqman.

"Apo makan comot sangat ni?" Lantas Arif mengelap kesan yogurt dipipi Naura.

"Arif buka perniagaan apa sampai ke luar negara?" Tanya Naura dalam keadaan ingin tahu. Arif membuka songkoknya lalu diletakkan di atas meja katil. Lalu dia mengambil tempat di atas lantai yang berhadapan dengan isterinya.

"Perniagaan kecil je. Dulu masa Adif sekolah menengah dia ambil aliran psv and yeah dia banyak juga lukis tapak rumah apa semua patu tiba-tiba dia apply akaun. Tapi disebabkan Arif tak nak dia bazirkan bakat dia tu so Arif plan ngan dia untuk bina syarikat kat sana. Lagipun itu syarikat kawan lama Arif but dia nak tutup sebab nama syarikat dia dah tercemar cause berita apa ntah. So tak salahkan if Arif nak beri Adif peluang kejar cita-cita dia."

"Kenapa tak pendekkan cerita buka syarikat engineer? " Arif menggeleng.

" Eh tak. Nanti dia ambil syarikat bidang seni." Sengih. Naura terlopong. Lah? Cerita bagai nak roboh mulut tetiba jadi seni?

"Apa kejadahnya cerita macam orang apa tiba-tiba seni?"

"Lupa nak sambung yang dulu dia ada belajar sampai dapat sijil gara-gara seni." Kecil besar kecil besar je Naura lihat suaminya. Kalau makan penampar elok juga. Kadang-kadang dia keliru dengan sikap suaminya. Sekejap itu sekejap ini.

"Merepek je kerja. Confuse Saya dengan awak ni." Naura terus bangun dari katil dan menapak keluar dari bilik itu. Arif tersengih.

"Mampus Aku kalau dia tahu Aku ajak Adif kerja kat tempat programmer." Arif Memang ada buka syarikat di luar negara tapi syarikat kain yang begitu exclusive tapi nama syarikat itu atas nama Adif maka Adif perlu ke luar negara bagi lihat pekerja disana dan dalam masa yang sama Adif mahu bekerja buat seketika dalam bidang programmer.

Dulunya, Arif sering mengajar Adif selok belok komputer tapi sayangnya salah ambil aliran di universiti namun disebabkan syarikat yang Arif minta ini adalah sahabat karibnya maka tuan punya syarikat pun terima kehadiran Nazrul Hadif.

Dan sebab-sebab Arif tidak beritahu hal yang sebenar ialah... Naura tak mahu Adif 24 jam menghadap komputer hingga terlupa tanggungjawab sebagai suami. Namun Dania okey sahaja cuma kadang-kadang rimas juga apabila Adif sering bercakap mengenai komputer.