"PUAN jangan buat kerja gila lah. Ingat cerai ni benda senang ke?" Ujar makcik Wati yang dari tadi menjadi pendengar.
"Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Kepala Saya serabut. Saya takut Putri ambil dia dari Saya. Saya takut kerjaya Saya musnah." Kalini Naura menangis di tengah-tengah ruang tamu itu. Arif cuba mendekati Naura namun dihalang oleh makcik Wati.
"Sayang, cuba sayang ingat balik. Ujian yang Allah bagi ni semuanya tidak lebih dari kemampuan hamba dia. Kenapa sayang nak mengalah? Kenapa? Takut Arif hilang dari pandangan sayang?" Bicara Arif dalam tone suara yang lembut. Air mata Naura disapu oleh dirinya. Dia cuba mentafsir semula ujian ini dan akhirnya dia faham.
"Lusa atau next week kita pergi makhamah because we still don't know apa akan terjadi sebab Arif lafazkan talak tanpa niat and keputusan dekat tangan mereka." Pujuk Arif lagi. Tersedu-sedu Naura menangis di ruang tamu itu. Kesian pula Arif pada isterinya.
"Saya call peguam dulu ya tuan." Arif mengangguk perlahan. Makin sibuklah Qayyum nampaknya dan makin sibuklah Arif memantau kesihatan Naura dan kandungan Naura.
SUASANA kembali aman dan tenang setelah mereka selesai menjamu selera di meja makan. Qayyum berjumpa dengan peguam manakala makcik Wati pergi bersiar-siar bersama kawan-kawan dia.
Naura dan Arif pula...
"Buatnya kita memang dah bercerai awak nak kata apa? Dah lah kita duduk serumah. Saya nak pergi tidur hotel tak bagi. Lepastu membebel bila Saya tak nak tidur sekatil." Arif mencebik.
"Suka putar belitkan keadaan. Kalau nak sangat awak tidur sini. Saya tidur bilik kerja. Puas?" Naura mengangguk laju. Dia tak nak tidur sekatil dengan lelaki itu kerana dia berasa gerun dan takut keadaan jadi seperti dulu.
Langkah Arif terhenti saat teringat sesuatu.
"Welcome back, sayang. I miss you. Ayat yang Arif nak ungkapkan bila Naura balik. Tapi dah diubah. Jadi, welcome back Naura Airina. Semoga hari awak indah sementara tinggal disini." Pintu dikunci oleh Arif sebelum dia melangkah keluar. Naura termenung ditepi katil. Dia mula rasa bersalah.
Dia tahu Arif merindui dia dan dia sedar lelaki itu ingin menebus kesilapan dia. Tetapi Naura cuma... trauma? Entahlah tapi macamtulah.
SUASANA di meja makan tegang saat Naura dan Arif tidak berbicara. Tiada senyuman pada wajah manis Naura dan anggukan dari gadis itu. Arif pula sering kali mengukirkan senyuman manis kepada isterinya setiap kali mereka bertentang mata.
"Lusa puan dengan tuan kena pergi makhamah. Jangan tak pergi pula. Puan tu jangan nak lari ya sebelum masalah selesai." Pesan Qayyum seraya menuang jus tembikai kedalam cawan makcik Wati.
"Suka hatilah..." Balas Naura perlahan. Dia serabut dalam masa yang sama dia ingin Arif memanggil dia 'sayang'. Tahu tak betapa rindunya dia pada perkataan itu? Suara itu? Wajah dan senyuman lelaki itu? Tetapi kenapa dia membalas dengan riak wajah yang angkuh bahkan sombong?
"Naura nak tambah lagi?" Soal Arif dengan lembut. Naura diam.
'Naura? Bukan sayang?'
Naura bingkas bangun dari duduknya dan menuju ke dapur. Usai membasuh pinggan dia kembali ke kamar untuk bersendirian. Arif mengangguk tanda faham. Dia turut bangun dari meja makan sebelum masuk ke bilik kerjanya.
Tinggal makcik Wati dan anak bujangnya sahaja di meja makan itu. "Qayyum ni kalau ada kuasa memang dah arahkan diaorang tiduk sebilik." Mata Qayyum dengan lembut.
"Depan rezeki pun cari gaduh. Entah-entah puan marah sebab tuan panggil puan guna nama dan bukan yang selalu dia guna." Teka makcik Wati. Qayyum turut bersetuju pendapat ibunya. Haih susahlah macam ni.
NAURA mengintai ruang tamu yang kedengaran bunyi gelak tawa Qayyum dan Arif. Akhirnya dia tersenyum saat Qayyum menyedari kehadiran dia walaupun dari sebalik pintu sahaja.
"Puan kenapa tak tidur lagi? Dah pukul 1 ni." Tanya Qayyum kepada Naura yang kini berdiri di belakang Arif. Arif buat tak tahu sahaja.
"Saya nak minta tolong." Senyum.
"Tolong apa?"
"Kalau awak tak kisahlah. Esok boleh tak belikan Saya keropok lekor cheese. Teringin nak makan." Senyum. Qayyum mengangguk. Faham benar dengan sifat wanita mengandung ni. Ada sahaja yang diidamkan.
"Kan berminyak tu." Suara garau Arif menyapa telinga isterinya.
"Heh? Ada Saya kisah?" Balas Naura perlahan.
"Tak ada makanan lain ke nak makan? Makanan berminyak juga awak nak makan." Naura gelak sinis.
Eh eh jantan ni. Suka hati dialah nak makan apa. Sibuk je.
"Dah teringin nak buat macam mana. Dah tak payah belikan. Berminyak kan. Tak sihat kan. Tak payah." Naura terus masuk ke kamarnya. Qayyum meraup wajahnya. Payah cakap dengan Arif ni. Perkara mudah jadikan susah.
"Apa pandang-pandang?" Soal Arif kepada Qayyum yang setia memandang dia dengan pandangan kosong.
"NAURA Airina." Panggil Arif kepada Naura yang duduk di birai katil seraya bermain gitar hitam milik Adif. Naura mengangkat wajahnya lalu dia menghadiahkan wajah kosong kepada Arif.
"Atas tu ada makanan. Gi makan. Kang sejuk tak sedap." Kata Arif dengan suara yang garau. Arif masuk ke kamar bilik kerjanya untuk bersiap menunaikan solat fardhu Asar. Naura angkat punggungnya lalu menghampiri meja makan yang bersih itu.
'Dia belikan Aku ni? Semalam beria benor kata berminyak ini bagi pula.' Bisik hati Naura sebelum dia menyumbat keropok lekor itu kedalam mulutnya. Arif yang bersembunyi disebalik pintu bilik tersenyum buat seketika.
Dia tidaklah jahat mana untuk membuat isterinya begitu cuma dia sengaja berubah menjadi orang lain. Dari percakapan nampak sahaja garang tapi sejujurnya lembut hati dia bila Naura gembira.
TAUFIQ kerut dahi apabila Isaac Jayden datang bertemu dia pada harini. Mujur Taufiq sudah membatalkan segala jadual jadi tidaklah Isaac Jayden tertunggu kedatangan Taufiq.
"Aku rasa. Aku kena beritahu hal yang sebenar." Kata J secara tiba-tiba. Taufiq yang sedang menghirup air kopi buatan pembantunya mula tersedak.
"Bagitahu apa? Kau ada buat salah ngan Aku ke?" Teka Taufiq. J menggeleng.
"Maisara. Aku baru je dapat tahu yang dia reject kau." Taufiq tarik muka. Malu pula dia apabila ditolak oleh gadis yang macam pokok itu.
"Hah kenapa? Korang dah nak kahwin ke? Kalau betul tahniah lah." Balas Taufiq nak tak nak.
"No. Aku ngan Maisara cuma kawan. And Aku dah ada girlfriend. Tak akan nak curang. Okey back to Maisara. Dia sukakan kau. Series. Aku nampak dengan mata kepala Aku ni. Dia sukakan kau cuma dia terperap dalam gua."
"Tak faham cuba lukis." Sengih.
"Masa umur dia berapa entah. Dia hampir dirogol. Kau rasa? Engkau rasa minah tu tak trauma ke lepas jumpa lelaki? Mana-mana lelaki dia tak akan percaya dan setiap kali dia ada perjumpaan dengan customer lelaki. She will bawa Naura. Dari luar je nampak garang tapi Sara baik. Tapi tu lah. Dia cuma takut kalau-kalau jadi lagi. And dia kata dia bersalah sebab reject kau. Bukan dia tak suka kau. Dia suka cuma masatu dia trauma. Anytime ingatan tu akan masuk balik. And that's why dia jauh dari kau." Taufiq diam. Jadi trauma itulah yang menyebabkan Maisara jauhkan diri dari dia.
"Dia tak ambil kisah apa yang akak kau pernah buat sebab dia faham rasa kehilangan. Tapi dia kisah pasal keadaan kau. Kau okey ke tidak? Sihat tak? Dah makan ke? Itu ini. Dia nak je terima tapi trauma. Faham?" Taufiq angguk. Dia mula memahami cerita silam Maisara. Kalau bukan J sudi berkongsi cerita dengannya siapa lagi? Naura? Lambat lagi.
"SO dah terang lagi bersuluh penceraian kita tak diterima. Apa khabar sayang?" Sapa Arif usai masuk ke dalam kereta. Naura sembunyikan kemarahan. Dia gembira pada masa yang sama dia takut. Takut kehilangan Arif Iskandar lagi sekali. Mulanya dia terkejut kenapa penceraian itu tidak sah selepas itu Qayyum memberitahu dia bahawa Arif mengupah 3 peguam untuk melaksanakan kes ini. Encik Abdul Dayyan turut hadir dan mengucapkan rasa syukur kerana dia masih mampu melihat anaknya bersama lelaki yang dia cintai.
"Tak malu ke Qayyum tengok?" Arif menggeleng. Qayyum yang berada di hadapan turut tersenyum.
"Arif...minta maaf. Arif tahu salah Arif. Arif sedar Arif tak pandai hargai. Arif..."
"Cakap je kat rumah. Saya penat." Balas Naura yang masih setia memandang ke luar cermin kereta. Hujan mula turun pada waktu itu. Air matanya juga turut mengalir. Dia tiada niat mahu menjadi kurang sopan dihadapan suami cuma dia terlalu ikutkan perasaan marah. Marah dia pada Arif masih ada lagi dan cemburu dia pada Arif dan Putri turut hadir ketika itu.
BEG RODA Dania dibawa masuk oleh Adif setelah mereka tiba di kediaman encik Ng. "Dania pergi mana nak?" Soal puan Nur dalam keadaan risau. Dania tidak balas soalan itu selebihnya dia terus ke ruang tamu untuk bersemuka dengan ayahnya.
Encik Luqman aka Ng Li Jun yang ralit membaca fail ditemani Zixuan terus mengangkat wajahnya. "Wǒ yào nǐ qǔxiāo wǒ hé zǐ xuān de hūnyuē (Saya nak awak batalkan pertunangan saya dengan Zi Xuan.)" Ujar Dania dengan wajah kosong. Dia tidak rasa bersalah langsung ketika itu.
"Lah tiba-tiba je. I ada buat salah ke?" Adif yang berdiri bersebelahan Puan Nur cuma jadi pendengar sahaja.
"Wèishéme túrán qīn'ài de? (Kenapa tiba-tiba sayang?)" Soal Zixuan dalam bahasa cina.
"I dah buat keputusan. I nak kahwin dengan Adif bukan Zixuan." Semua mata kini terhala ke arah Adif di hadapan pintu masuk. Adif turut terkejut. Penat dia bawa gadis itu pulang seraya memberi tazkirah tapi kenapa ini pula yang dia dapat?
Zixuan menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu kehilangan harta Dania. "You can't do stupid things like that lah!" Marah Zixuan.
"I can. Badan I suka hati I lah nak buat apa. Dad please. I don't want to marry a man I don't love." Pujuk Dania. Encik Luqman tidak termakan dengan pujuk rayu si anaknya.
"Go up to your room before I drag you out of this house." Arah encik Luqman dengan tegas. Dania menggeleng.
"Naik atas Dania! Jangan kau malukan Aku depan diaorang!" Jerit encik Luqman dengan kuat. Jeritan itu menarik perhatian encik Ng yang baru sahaja selesai mandi.
"Hah bagus. Jerit lagi sampai roboh rumah ni." Ujar encik Ng seraya mendekati tubuh cucunya. Zixuan telan air liur. Seram dia mahu bersemuka dengan orang tua itu.
"Dania nak putuskan pertunangan dia. You ingat I tak marah ke?" Encik Ng tersenyum.
"Yang you senyum kenapa?" Soal Zixuan dengan hairan. Encik Ng memanggil Adif untuk berdiri dihadapan anak sulungnya. Adif berdiri di sebelah Dania manakala encik Ng berdiri di sebelah cucunya. Kiranya Dania ditengah-tengah lah.
"Nur, come. You kena ada dengan kami sekali." Puan Nur turut menapak ke ruang tamu dengan debaran di dada. Dia takut kalau-kalau suaminya mula bertekak dengan Dania.
"Dania dan Adif akan bertunang dan berkahwin pada bulan depan. Lebih cepat lebih bagus." Zixuan dan encik Luqman bengang. Dania dan Adif pula terkejut, terdiam, gembira? Teruja?? Manakala puan Nur mengucap kata syukur dalam hatinya.
"I tak nak lelaki bangsat macam you jadi imam cucu I. Masuk Islam disebabkan cucu I? You better learn lebih banyak before masuk Islam and you Li. Jangan suka-suka paksa cucu I untuk berkahwin dengan pilihan dia tak suka. Terang lagi bersuluh Zixuan kafir bahkan dia hina Islam. You masih tetapkan pendirian paksa dia masuk Islam? You manusia ke haiwan?" Tajam juga kata-kata ayahnya kalini. Encik Luqman tahan kemarahan dia.
"Now Aku bukan milik kau lagi." Dania melepaskan cincin di jari manisnya lalu meletakkan ke atas meja. Sakit juga jarinya kerana saiz cincin itu agak kecil mujur dia buat keputusan mahu membatalkan pertunangan kalau dia teruskan? Agaknya apa jadi? Makin teruk adalah.
"Sayang, please can we..." Baru Zixuan mahu mencapai lengan baju Dania, puan Nur pantas bertindak.
"Keluar! Jangan kau dekat dengan anak Aku lagi. Permainkan agama, berjudi, dadah, arak. Jangan ingat Aku bodoh. Eh nasiblah dia buat keputusan nak batalkan ni kalau tidak kau dapat je dia lepastu blah. Ni ke yang you nak sangat jadikan menantu you, Li? Tell me. Ini ke?" Soal puan Nur kepada suaminya. Encik Luqman diam. Diam seribu bahasa seperti orang bisu.
"Talk to me, if you really want this man to be your son-in-law. Investigate his background first. I didn't think you could be fooled by this boy." Puan Nur gelak sinis. Akhirnya dia boleh menumbangkan ego suaminya yang setinggi langit. Adif masih tidak memberikan reaksi kerana dia berasa itu adalah salah dia. Begitu juga Dania yang lebih berdiam diri.