Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 47 - Love Blue Flowers

Chapter 47 - Love Blue Flowers

ANAK mata tok wan menikam anak mata cucunya dan Naura. Puan Khalidah yang turut hadir bersama rasa bersalah, malu dan marah pada menantu dan anak tirinya. Ikutkan hati tok wan dah lama dia humban Putri ke dalam mangkuk tandas biar insaf sikit kalau susah sangat dia lempang muka gadis itu.

"Dari mana?" Soal tok wan dengan tegas. Arif yang berdiri di sebelah Naura menjawab pertanyaan itu.

"Makhamah." Balas Arif dengan jujur.

"Bercerai atau tidak?" Tanya tok wan lagi. Dia sudah seperti polis yang menyiasat suspek di balai dan suspek kalini ialah Naura dan Arif. Kesalahan yang amat berat kalini mereka lakukan.

"Tak. Arif merayu dekat pihak makhamah supaya penceraian tu dibatalkan dan kalau ikut undang-undang penceraian kami tak sah sebab Arif lafazkan talak tanpa niat." Naura diam seperti tiada mulut untuk bercakap. Dia letih dan sakit dalam masa yang sama. Letih disebabkan kena menjawab soalan dari makhamah dan sakit kerana masih melihat wajah suaminya.

"Macam mana ayah boleh tahu dulu? Sedangkan ibu yang ambil berat Rina daripada ayah." Luah puan Khalidah pula. Dia kecewa dan sedih kerana bekas suaminya dapat berita tentang kes penceraian itu terlebih dahulu. Jikalau dia tidak terdetik untuk datang ke sini agaknya dia masih diperbodohkan oleh anak tirinya sendiri.

"Ibu...Rina tak nak Ibu sedih. Lagipun sekarang ni dah okey. Kitaorang tak bercerai pun cuma mahu selidik jikalau kitaorang dah bercerai itu sahaja." Pujuk si anak dengan lembut. Puan Khalidah terus mendakap anak tirinya dengan erat. Naura membalas dakapan itu namun senyuman tidak diukir pada wajah ayunya. Tok wan pula menarik telinga cucu sulungnya sekuat hati.

"Kau buat dia menangis lagi tok wan tikam kau kat perut." Arif sengih.

"Ya baik tok wan. Lepaskan dulu tangan tu sakit ni." Sempat Arif mengaduh kecil sebelum tok wan melepaskan tangan dia. Sempat juga tok wan mencari kelibat cucu kesayangan dia iaitu Nazrul Hadif tapi di mana ya?

"Adif mana?"

"Bang! Bang! Abang woi!" Terjerit Adif saat masuk ke dalam rumah itu tanpa memberi salam. Arif dan yang lain pelik dengan telatah Adif yang sedang kejarkan sesuatu.

"Eh tok wan. Aunty. Apa khabar?" Terus bertindak sopan dengan dua wanita itu. Usai bersalaman dia terus mendakap tubuh abangnya dengan gembira.

"Kalau Aku tendang kau insyaAllah sampai kubur. Lepaslah!" Adu Arif. Pantas Adif meleraikan dakapan itu.

"Ah ni aunty tahu kenapa kau macam tak cukup nafas ni." Puan Khalidah sudah mengagak sesuatu. Semua mata kini tertumpu pada puan Khalidah.

"Tok wan oiii sat agi ada orang barulah dalam family kita. Bau nasi minyak dah kuat ni." Adif sengih begitu juga tok wan manakala Arif dan Naura terpinga.

"Dia nak kahwin dengan siapa?" Bisik Naura di telinga suaminya. Arif merendahkan sedikit kakinya agar dapat mendengar dengan jelas bisikan itu.

"Dania ngan Zixuan. Kau dengan siapa kalini? Anak pak Samad jual donut tu?" Usik Arif.

"Eh bukan! Aku dengan Dania lah. Dia batalkan pertunangan sebab Zixuan kaki botol lah apa lah then atuk dia nak satukan Aku dengan Dania. See tak sia-sia Aku baik dengan atuk dia. Inilah dinamakan orang berguna." Adif senyum bangga.

"Adif royek kat tok wan. Adif betul-betul nak kahwin dengan Dania?" Soal tok wan dalam loghat Pahang. Adif tidak menjawab. Dia tidak memahami soalan itu. Royek? Apa tu?

"Royek tu beritahu. Bagitahu lah tok wan. Kau nak kahwin dengan Dania betul-betul ke?" Arif sebagai tukang penerjemah tanpa gaji terus beritahu Adif maksud royek itu.

"Ish tok wan ni. Tak akan lah Adif nak tipu." Mulut Adif muncung sedikit. Merajuk lah tu.

"Hah dah tu? Tak akan lah Dania boleh jatuh cinta dengan cucu tok wan yang tak hensem ni. Musykil Aku dibuatnya." Naura diam sahaja dari tadi. Dia berasa amat penat dan tubuhnya hampir tumbang ke lantai.

Sementara puan Khalidah dan tok wan mengusik Adif, Arif meminta izin untuk bilik kerana mahu berehat. Naura turut mengikut langkah Arif hinggalah tiba di birai katil.

"Marahkan Saya lagi?" Soal Arif dengan lembut. Naura diam.

"Hm." Naura membuka lilitan tudungnya lalu dia membuka tali leher Arif dengan lembut. Wajahnya agak tegang namun perbuatan dia kalini amat lembut. Dia bencikan Arif yang dulu namun dia masih sayangkan Arif. Faham tak? Semakin dia benci semakin sayang dia pada lelaki itu.

"Ajar Saya macam mana untuk jadi Arif yang dulu. Saya tak nak sia-siakan peluang yang Saya ada, sayang." Ungkap Arif dalam bilik yang sunyi itu. Hanya bunyi nafas mereka berdua sahaja bagi menghidupkan suasana yang tidak sunyi.

"Tengoklah macam mana." Balas Naura nak tak nak. Dia rindu tapi benci makin menebal. Dia sayangkan lelaki itu tapi dia berasa...tiada hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang lelaki yang bernama Arif Iskandar.

"Jangan letak kepercayaan dekat Saya tapi letak pada Allah. Anytime Saya boleh kecewakan awak. Sayang bantu Arif untuk jadi lebih baik untuk keluarga kita. Tapi kalau sayangkan seseorang perlu ke tebalkan rasa benci dan marah? Kalau Allah kata Ya maka Ya lah nasib kita. Semua peristiwa yang kita lalui ada hikmah jadi ambil pengajaran, sayang. Now you tell me apa sayang dapat bila berjauhan dari Arif? Perkara baik atau buruk?"

"Dua-dua tak dapat. Dah lah pergi mandi. Busuk!" Sengaja Naura mengubah topik itu. Dia juga berfikir apa yang dia dapat selama berjauhan dengan Arif. Baik? Atau buruk? Atau kedua-duanya? Tetapi 100% eh tidak! 200% bukan juga! 1000% dia rindukan lelaki itu. Ego! Semuanya ego!

SEBULAN TELAH BERLALU, tok wan dan puan Khalidah akan datang bertandang ke rumah Arif dua kali seminggu dalam sebulan manakala hubungan Arif bersama Naura semakin baik. Adif pula sudah kembali ke alam kolejnya dan semakin kerap bertemu sang pujaan hati.

"Assalamualaikum cik tunang." Sapa Adif dengan senyuman di pipi. Lupa nak bagitahu! Seminggu sahaja selepas Dania putus tunang, tok wan terus masuk meminang Dania dan alhamdulillah pihak perempuan terima seadanya pinangan itu.

"Waalaikumussalam. Terkejut Aku!" Marah Dania yang baru siap melunaskan kerjanya. Adif sengih. Dia mengambil tempat dihadapan tunangnya sambil menarik perlahan buku kerja Dania.

"Banyak nota kau. Nanti nak rebus ke nota ni? Bagi pandai lagi?"

"Tak ada lah. Aku kan haritu berhenti then ni banyak lah terlepas. Lagipun Aku kan pelajar terbaik. Oh my god mesti kau banggakan dapat tunang yang bijak, pandai, cantik, comel, jelita, sopan, tinggi, kaya, manja, sihat walfiat lagi." Panjang berjela Dania bercakap hingga dia tak perasan Adif asyik menggeleng kepala.

"Ya lah kita tahulah kita ni tak pandai, tak hensem, tak comel, tak manja, tak kaya, tak tinggi macam awak nak tu. At least kita ni je yang sudi terima baik buruk awak tu. Janganlah berkira sangat." Dania sengih dengan nada merajuk Adif.

"Geli Aku." Balas Dania sambil menjongket sedikit keningnya.

Telefon pintar Dania memainkan lagu Resonance dari kumpulan NCT itu diangkat oleh Dania setelah membaca nama yang tentera di skrin.

"Allah! Lupa pulak Dania. Sorry kak. Kitaorang datang sekarang." Talian dimatikan tanpa seminit mereka berborak.

"Kau sengaja kan buat kakak kau tunggu kita. Dah jom. Kang tak pasal telinga Aku kena tarik ngan mom dan tok wan." Bebel Dania seraya mengemas alat tulisnya sebelum menuju ke kereta Audi miliknya.

"Jumpa kat butik ya. Chaw lu. Aku tak nak kena marah." Kenyit mata dan berlalu pergi. Wah mudah sangat Adif mengusik Dania yang memang cukup bersabar tu. Dia sengaja tidak mengingatkan Dania hal percubaan mencuba baju di butik kawan puan Nur pada tengah hari ni. Atas sebab seronok? Mungkin begitu. Dia suka melihat wajah tenang dan mendengar bebelan Dania saat Adif megusik dia.

ARIF DAN NAURA menggeleng kepala kepada Adif dan Dania yang datang lewat ke butik busana pengatin itu. Puan Khalidah pula tidak habis menahan tok wan daripada membebel Dania dan Adif yang datang lewat. Mana tak bebel kalau janji pukul 12:30 tapi sampai pukul 1.

"Janji melayu korang pakai ni." Kata Arif setelah lama berdiam diri. Puan Nur ditepi pula mampu menggeleng melihat anak. Alahai apalah nasib dapat anak tapi kerja tak menepati masa.

"Sorry tadi sesak betul. Series ya Dania tak tipu." Kata Dania pula bagi menyakinkan ahli keluarganya dan keluarga Arif.

"Adif lupa nak ingatkan dia pasal plan ni. Dah marah Adif je. Tapi tak apalah simpan je marah tu kitaorang dah sampai dengan sihat ni. Ayuhlah cuba." Adif cuba mengalihkan topik itu dengan sengihan di bibir.

"Aunty Idah dengan mom ada pilih tema melayu traditional sikit. Sesuai dengan korang ni nampak benor macam pasangan melayu terakhir." Kata puan Nur seraya menyentuh beberapa pasang baju yang telah dipilih olehnya tadi.

"Kenapa pink aunty?" Rengek Adif kepada puan Khalidah.

"Okey apa? Kan comel sikit. Kalau tak nak pink kita boleh ambil biru, putih pun ada. UwU hijau pun lawa juga." Kini tangan puan Khalidah meliar mencari baju yang kena dengan pasangan sejoli itu.

"Kalau susah sangat korang gi try satu kedai ni. Kalau tak ada, jangan sampai akak suruh korang pakai kain batik ngan kain pelikat plus baju 90an tu." Seloroh Naura seraya menilik gaun hitam ditambah dengan beberapa permata kecil itu.

"Naura!" Jerit puan Nur secara tiba-tiba. Terkejut semua orang termasuk pembantu kedai itu.

"Good idea Naura Airina. Haiya why you always bagi idea? Boleh pitam aunty if you macam ni." Naura terpinga. Lah apa dia buat kalini?

"Elok juga idea tu tapi kita buat masa malam berinai. Okey?" Cadang tok wan pula. Dania dan Adif saling bertentang mata.

"Hehem tanya dulu tuan punya badan mahu ke tidak? Kalau tak mahu tak apa. Jimat sikit duit abang kau ni." Kata Arif pula dengan senyuman dibibir.

"Kalau ada yang mahu belanja Saya terima saja." Sampuk Dania yang sudah mengambil pakaian yang dipilih oleh keluarganya. Masing-masing mula masuk ke dalam bilik persalinan. Tok wan, puan Nur dan puan Khalidah bersembang di meja belakang bersama pengurus kedai itu untuk memilih tema manakala Arif dan Naura berada di hadapan.

"Tak dapat contact ayah lagi?" Tanya Arif sambil mengurut bahu isterinya.

"Ayah nak ke terima Naura ni balik? Naura kan bunuh mak sendiri." Undang pula rasa sebak di dada. Arif duduk disebelah Naura lalu dia menggeleng.

"Sayang fikir. Kalau ayah bencikan Naura dia tak akan datang masa kes penceraian kita. Dia tak akan marah Arif masa Arif jadi tak betul. Dia cuma tertipu dengan mainan mama."

"T-tapi macam pelik. Arif dengan Adif tak marah pula bila mama bunuh arwah mak Naura. Sentiasa tenang. 24 jam Naura dengan Arif but masih sama." Arif ketawa kecil.

"Adif marah tapi dia luah dekat Arif. Arif pun marah tapi Arif kawal marah Arif sebab tak nak Naura tengok Arif marah. Kalau lah boleh rakam masa Arif bagitahu mama dengan papa yang Arif wujud lagi mesti Naura dah call pihak produser untuk ambil Arif sebagai pelakon."

"Jangan hayati sangat watak tu takut terbawa." Pesan Naura.

"By the way Arif rasa nak ubah nama anak kita." Naura kerut dahi. Dah kenapa pula?

"Why why?"

"Nama anak kita dalam buku Arif bukan nanti satu Malaysia tahu ke siapa anak Arif Iskandar dan Rina? So kita kena tukar! But maksud yang baik- baiklah."

"Danish Farhan. Damia Farhana. Dah habis cerita."

"Lah awal nya pilih. Arif belum fikir lagi." Muncung terus mulut Arif. Naura malas nak layan suaminya terus dia bangun dari duduknya untuk bersiar-siar di dalam butik itu.

Puan Nur tersenyum melihat kemesraan Arif dan Naura yang seperti pengantin baru. Orang yang baru seminggu kahwin pun tidak seperti mereka. Sweet pun ada!

"Comel Saya tengok Naura dengan Arif. Macam pengantin baru." Puji puan Nur.

"Ya lah dah nak jadi ibu bapa kenalah sweet sekarang. Kalau tidak habis lepas dapat anak tak boleh bersama." Balas tok wan pula.

"Setuju tu. Tak sabar Idah nak tengok cucu. Tapi tengok gaya perut Naura macam dapat kembar sebab dia baru 4 bulan lebih tapi perut dia besar bukan main lagi." Masing-masing melihat terus perut Naura lalu mereka bersemuka semula.

"Arwah mak dia ada keturunan kembar ke Idah?" Soal puan Nur.

"Mungkin belah ayahnya. Sebab arwah tak pernah cerita dia ada keturunan kembar. Tapi kalau kembar apa salahnya. Jangan suruh orang lain biar Idah saja yang jaga."

"Amboi kalau begitu Nur pun nak jaga. Jangan kata seminggu sekali. Setiap hari Saya datang nak main dengan bayi. Sampai ke besar pun Saya nak jaga."

"Sebelum korang main dengan cicit Aku baik korang minta izin dulu dengan moyangnya. Tapi moyang kaya raya mahu minta izin ke tandas." Tok wan terus menuju ke tandas di belakang lagi. Bukan main besar butiknya. Seboleh-boleh luas lagi. Budak pun boleh juga main lari-lari jangan katalah budak-budak Arif dan Adif pun boleh sekali.

"Uish hodoh pula adik Aku seorang ni." Usik Arif setelah nampak kelibat Adif memakai baju pengantin berwarna biru laut bertemakan kain songket. Walaupun gayanya nampak seperti moden tapi masih mengekalkan tema asal. UwU sungguh menarik.

"Aku pukul kang." Mulalah Adif mahu mengajar si abang yang kuat menyakat. Dania tersenyum malu saat melangkah keluar dari bilik persalinan. Dia mengenakan tudung seledang berwarna biru laut yang menjadi pilihan hatinya.

"Hah dah cepat kahwin. Mom tak sabar nak renjis air tu kat you all." Usik puan Nur dengan sengihan.

"Sempit tak?" Soal pembantu kedai itu.

"Tak. By the way ni mom sewa je kan?" Puan Nur dan puan Khalidah menggeleng.

"Beli. Okey Carine nanti kami datang balik next week so you cucilah you bersihkanlah sebab anak I ni susah sikit nak jaga barang. You fahamlah kan anak dara I ni, Carine." Carine aka pembantu kedai itu tersenyum.

"It's okay ma'am. So bila tarikh majlis?"

"2 minggu lagi." Dania dan Adif saling bertentang mata. 2 minggu lagi mereka akan bersama. Tapi hubungan encik Ng dengan Dania dan Adif belum okey lagi. Macam mana kalini?

"If like that can ma'am or miss Dania isi dulu buku ni and bagi kami alamat dulu so nanti senang sedikit kami mahu siapkan itu majlis." Walaupun percakapan Carine agak terabur sebab berbangsa cina namun agak mudah untuk faham kerana Carine menggunakan bahasa 'rojak' yang sering digunakan oleh puan Nur dan anaknya Dania.

PUAN AINA menjeling Naura yang berada dihadapan dia begitu juga Arif yang setia berdiri di belakang Naura.

"Ada apa kalini? Nak Aku minta maaf ke?" Tanya puan Aina.

"Naura nak tanya khabar. Mama sihat?" Senyum.

"Aku bernafas lagi. Dah pergi balik. Kau tu Arif jangan bawa lagi isteri kau datang sini. Entah-entah dia dah bencikan Aku." Naura menggeleng sambil mengalirkan air mata.

"Naura tak bencikan mama. Lepas Naura dapat tahu hal sebenar. Naura tak bencikan mama langsung sebab mama jaga Naura macam anak sendiri. Mama bagi kasih sayang dekat Naura macam apa yang seorang mak bagi pada anak." Ungkap Naura dalam keadaan menangis. Puan Aina rasa bersalah pula buat anak gadis itu menangis.

"Kau tikam belakang mak kau ke? Aku yang bunuh mak kau sebab cemburu buta tapi kau masih tak bencikan Aku? Gila ke bini kau ni Arif?" Soalan diajukan pada Arif pula yang menjadi pendengar setia.

"Arif pernah tanya kalau sayangkan seseorang perlu ke tebalkan rasa benci dan marah? Dan jawapan Naura, tidak. Ambil positive bukan negative ma. Lagipun darah daging mama ada pada suami Naura jadi tak salahkan kalau Naura anggap mama macam darah daging Naura juga?"

"Baliklah. Tempat kau bukan kat sini." Puan Aina bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik itu. Disebalik dinding itu, dia menangis teresak-esak seraya memukul dirinya sendiri. Sucinya hati anak arwah hingga sanggup ampunkan dosa dia yang sebesar alam.

'Bencilah mama, Naura. Jangan buat mama rasa bersalah macam ni. Mama berhak terima semuanya asalkan Naura bencikan mama.'