MAJLIS perkahwinan Adif dan Dania sungguh meriah dengan kehadiran jiran tetangga dan sahabat karib pasangan pengantin. Tambahan pula keluarga belah Dania yang baru sahaja tiba di Malaysia turut hadir ke majlis itu. Bukan 1 buah kereta tetapi 10. Fuh boleh tahan hebat keluarga Dania ni.
Bukan setakat Malaysia, China, Thailand, America pun ada yang singgah ke Malaysia untuk hadir ke majlis itu. Namun Zixuan pula datang dengan wajah yang masam.
"Eyyy pretty, buat apa kat luar ni?" Soal Adif yang baru sahaja menghantar air kepada kakak iparnya Naura di dapur. Dania mengalihkan pandangan dia yang dari tadi melihat keakraban bapanya dengan lelaki berbaju putih itu.
"Tu ha. Dari tadi bapaknya duk berborak ngan jantan tu. Dia tak nampak menantu dia yang hensem bergaya ni ke?" Adif gelak perlahan. Dia menyentuh bahu isterinya lalu dia membawa tubuh itu keluar dari ruang bilik encik Luqman.
Mereka menuruni anak tangga seraya berpegang tangan. Arif, Taufiq dan Qayyum tidak henti menjadi tikus di ruang dapur saat melihat Adif dan sang tunang EH! sang isteri yang berjalan ke arah dapur.
"Tikus dalam rumah ni kenapa lah dah besar sangat?" Usik tok wan dengan tersengih. Arif mengupas epal hijau di atas meja lalu di potong perlahan untuk menjadikan pencuci mulut buat isterinya yang masih menjamu selera.
"Kau dah jadi suami orang jangan nak lupa pula bagi nafkah." Pesan Qayyum kepada Adif.
"Aku tahulah. Lagipun next month baru Aku boleh masuk pejabat." Terus yang lain kerutkan dahi. Aik pejabat?
"What do you mean office?" Soal Dania pula. Okey kalini betul-betul dia tak faham maksud Adif. Setahu dia Adif tidak pernah bercakap mengenai hal pejabat ataupun pekerjaan.
"Adif akan ambil alih syarikat yang tuan bina dia Australia ni ." Mata mereka semua terbuntang buat seketika termasuklah Naura.
"Why didn't you tell me about this? You didn't even talk to me that you were going to Australia." Marah Dania kepada suaminya. Puan Nur mengusap lembut belakang anaknya untuk bersabar.
"Relax. Aku baru je dapat tahu mamat ni dah buat syarikat kat sana so marah dia bukan Aku. Lagipun bukan kau pernah cakap ke nak belajar kat luar negara ngan Aku so now ada peluang." Nada Adif masih lembut seperti biasa. Baru 2 jam dia menjadi suami tapi dia sudah biasa dengan perangai Dania. Sebelum kahwin lagi gadis itu telah menonjolkan perwatakan yang unik.
"Mom setuju je kalau you guys nak pergi Aust abenda tu but atuknya bagi ke?" Kini anak mata terhala pada Encik Ng yang baru masuk ke dapur.
"What do you want?" Soal encik Ng dengan kerutan di dahi. Dania mendakap sebentar tubuh atuknya lalu dia berbisik perlahan di telinga lelaki itu.
"Tomorrow ah?" Dania menggeleng.
"Next month? Kenapa bukan next week je?" Ternganga mulut Dania dibuatnya. Lah setuju ke? Hm begitu mudah ya encik Ng melepaskan cucu kesayangan ke tangan Nazrul Hadif kalini.
"Dah solat belum korang ni?" Encik Ng mengalihkan tajuk asal perbualan itu. Dania dan Adif saling bertentang mata dan mereka cepat-cepat naik ke kamar untuk menunaikan solat fardhu Zohor.
"Mana cucu angkat I?"
"Siapa pula? Sejak bila you ada cucu angkat pula ni?" Tanya puan Nur pada ayah mentuanya.
"Sara tu. Mana dia? Dari tadi I tak nampak lubang hidung dia." Soalan kalini diajukan pada Taufiq yang sedang menghirup teh tarik buatan puan Khalidah di belakang tubuh tok wan.
"Dia.. erm dia...nanti dia datang lah tu." Naura menggeleng kepalanya. Bukan dia tak tahu Maisara tak mahu datang ke majlis pernikahan Adif kerana akan berjumpa dengan jejaka hangat di pasaran iaitu Taufiq.
"Hello everybody, Mai dah sampai!!!" Jerit Maisara dengan gembira seraya meletakkan beg tangannya di atas meja dapur. Semua tersenyum saat melihat susuk tubuh Maisara namun tidak pada raut wajah Taufiq.
"Lama sangat berkenalan dengan J sampai lupa bagi salam?" Perli Taufiq tanpa menatap wajah ayu itu. Maisara menjeling lelaki itu. Dari luar dia dah bagi salam sampai mahu terkeluar anak tekak dia boleh pula si Taufiq main tuduh menuduh?
"Eh gila, Aku dah bagi salam sampai nak terkeluar anak tekak ni boleh kau tuduh? Wah wah nak kena simbah dengan air sirap ke?" Marah Maisara dengan nada yang sedikit tinggi. Malas Naura nak dengar pergaduhan itu terus dia menyumbat timun ke dalam mulut kawanya.
"Elok Aku sumbat timun daripada Aku sumbat kasut laki Aku." Balas Naura sambil pasang wajah tak bersalah namun Maisara mengunyah juga timun itu.
MALAM itu, Naura menghadap komputer ribanya sambil menaip sesuatu dengan pantas. Arif yang dari tadi menyelak helaian dokumen tentang hospital terus mengangkat wajahnya saat Naura mengaduh kecil.
"Why? Why? Sakit ke?" Tanya Arif dengan cemas. Sekejap Naura menggeleng sekejap mengangguk. Arif kerut dahi.
"Dah okey. Tadi sakit tapi tadi je lah. Sekarang tak." Arif mencuit hidung isterinya seraya mengurut bahu Naura.
"Tadi kan, Naura dapat mesej dari Putri." Ujar Naura dalam nada tenang. Arif terpaku anak matanya menikam anak mata Naura yang sepet itu.
"She apologized to Naura and Naura seen sebab Naura tak tahu nak maafkan atau tidak." Arif menarik kerusi kerjanya lalu dia duduk dihadapan Naura. Pen di tangan Naura diletakkan di atas meja dan mata mereka singgah sebentar pada telefon Naura yang tidak henti berbunyi.
"Sayang, untuk Ariflah, Arif may forgive betina tu because there is no function for us not to forgive her."
"Ayat tu dah bagus tapi bila masuk betina tu rasa tak elok. Abang cuba tukar ayat tu sikit." Pinta Naura dengan sengihan.
"I mean. Arif akan maafkan dia sebab tak ada function untuk kita tak maafkan dia lagipun if dia dah mengaku salah perlu ke kita berdendam. Tak perlu ya wahai sayangku."
"Oh really? Actually Naura tak nak berdendam pun dengan dia and rasanya Naura nak maafkan dia but before that, Naura nak dia minta maaf dekat Adif. Sebabkan dialah Adif terpaksa cari rumah sewa, kerja part time kat mana-mana. Susahkan orang namanya tu." Arif mengangguk tanda setuju dengan tindakan Naura.
"Go check your notification. Dari tadi memekak je." Arah Arif sebelum kembali ke meja kerjanya. Naura meraih tangan Arif sebelum lelaki itu kembali semula ke dokumen kerja.
"Naura nak cakap sikit." Arif sudah sedia untuk mendengar kata-kata Naura.
"Okey cakap." Tangan Arif menggengam erat jari jemari Naura buat seketika.
"Let's say hidup Naura tak lama after lahirkan anak-anak kita. Boleh janji dengan Naura tak jangan bandingkan anak-anak kita macam orang lain. Jangan kongkong hidup diaorang sepenuhnya dan jangan tinggalkan diaorang." Kerutan di dahi Arif mula timbul. Kenapa secara tiba-tiba Naura bercakap soal kematian?
"Naura cuma kata let's say bukan mengiyakan perkara tu."
"Okey then, Arif doakan semoga sayang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan Arif janji tak akan buat perkara yang sayang tak suka dekat anak-anak kita." Mereka berdua diam buat seketika. Hanya bunyi nafas dan notifikasi Naura sahaja yang menemani masa itu.
"Imran...dia memang bencikan Arif ke?" Arif memandang raut wajah Naura yang ingin tahu itu. Seketika Arif tersenyum.
"Adif bukan Arif tapi betulah tu. Semuanya disebabkan salah faham. Disebabkan Arif dengan Adif, Imran kena fitnah dan disebabkan Adif pula buat hal. Dulu kan dia nakal so mana-mana orang tua memang akan cop budak nakal sebagai budak tak ada masa depan. And yes fitnah pasal Adif pula disebabkan Adif tersadung kaki anak mana ntah patu orang ingat dia buat maksiat. Tapi sayang nak tuduh pun tak boleh sebab Arif tak ada kat situ untuk jadi saksi. Macam budak-budak je masa tu." Naura mengangguk perlahan. Masing-masing mempunyai masalah dan kisah silam yang tersembunyi.
ANAK PATUNG doraemon dibaling ke wajah Adif. Adif yang baru sahaja baring di atas tilam yang empuk itu bangun semula dari baringnya.
"Sakit woo." Adu Adif.
"Dah kau ambil tempat Aku, siapa suruh? Nak tidur dekat belah kanan bukan kiri." Adif mengalihkan badannya ke arah tilam belah kanan pula. Dania duduk di tepi katil seraya melihat buku notanya.
"Dania, daddy memang tak kan terima Aku ke jadi menantu dia?" Dania mengangkat wajahnya lalu dia mencapai alat kawalan jauh lampu untuk menutup lampu bilik itu dan dibiarkan lampu meja sahaja.
"Tadi Aku lalu depan bilik daddy lepastu Aku dengar dia borak ngan atuk lah. Dia terima kau seadanya cuma jangan leka sebab kita ni kahwin muda umur baru berapa dah kahwin. Tapi pada pendapat Akulah kau ni matang je dalam perkara penting cuma dengan Aku je kau sengaja jadi budak-budak." Adif mula main tarik muka. Malas pula dia nak mendengar perkataan budak-budak itu.
"Atuk kata dia nak timang cicit." Dania terus naik ke atas katil. Perlahan-lahan dia menarik comforter hingga menutupi kepalanya. Adif tersengih. Dia sendiri tiada niat mahukan anak pada umur begitu kerana dia masih belum bekerja dan masih belajar.
"It's okay. Just tell me if dah ready. Tapi after Aku habis belajar or lepas kerja. Sebab buat masani Aku belum kerja lagi so pendapatan pun berkurang. Fahamlah." Bisik Adif ditelinga Dania. Dania seram sejuk.
KRING KRING KRING
Dania menghempas comforternya seraya mengangkat panggilan telefon itu. Ish sudahlah jam menunjukkan pukul 4 pagi kalau ada hal mustahak sekalipun jumpa je lah esok.
"Hello? Siapa ni?" Tanya Dania setelah mengangkat panggilan nombor yang tidak diketahui. Dan telefon itu milik suaminya, Adif.
"Pu-Putri. Adif Aku nak jumpa kau, Aku dekat jalan besar ni. Tak tahu nak kemana. Tolonglah Aku." Rayu Putri dalam nada tangisan. Mata Dania terus membesar dari niat yang mengantuk terus bertukar jadi tidak mengantuk.
"Perempuan miang, kau kacau lagi laki Aku. Aku heret kau masuk penjara." Balas Dania. Seketika dia melihat jikalau suaminya terjaga dari tidur.
"Siapa ni? Hello I nak bercakap dengan Nazrul Hadif bukan bini dia. Please bagi I cakap dengan dia." Suara gedik Putri menambahkan lagi api kemarahan Dania.
"You have no right to call my husband at 4 o'clock in the morning. Jalan besar? Hah then kau jalan lah balik rumah kau. Jangan nak mengatal sangat macam perempuan tak ada maruah." Panggilan dimatikan. Baru Dania sedar suara dia telah menyedarkan Adif yang sudah terlena.
Adif menarik perlahan tubuh itu untuk duduk di atas katil. Dania memberikan semula telefon Adif kepada tuan punya badan. Adif mengambil semula telefon itu lalu dia menyentuh pipi Dania.
"Siapa call? Sampai buat bidadari Aku ni marah?" Tanya Adif dengan wajah yang ingin tahu.
"Putri. Tak minta banyak tapi boleh tak block nombor dia, ig ke fb ke twitter ke semua sosial media tu please block dia and jangan jumpa dia." Adif ketawa kecil sambil mengangguk kepalanya.
"Jap ya Aku buat." Adif membuka kata laluan telefon dia lalu membuat semua perkara yang isterinya suruh.
"Dia nak apa call pagi-pagi buta?"
"Tolong dia kat jalan besar sana. Masalahnya banyak jalan besar lepastu yang dia keluar kul 4 pagi dah kenapa? Dia kan ada abang pergilah call abang kesayangan dia tu." UwU Adif sudah dapat bau-bau cemburu. Dania peluk tubuhnya dengan erat. Dia yakin dia cemburu tapi entah kenapa dia berasa sikapnya berlebihan.
"Did I ever tell you? that you're cute when you're jealous." pipi Dania mula kemerahan. Dup dap dup dap dia berdebar kerana anak mata Adif masih setia melihat anak matanya.
"Fikir comel? Dah jom solat." Dania sudah bangun terlebih dahulu manakala Adif baring semula di atas katil.
"Nazrul Hadif, awak tak nak jadi imam Saya ke?" Perkataan awak yang jarang ataupun tidak pernah sekali digunakan membuatkan Adif teruja dan gembira.
"Solat apa ni? Hajat? Taubat? Sunat fajar?" soal Adif dengan begitu senang hati.
"Kita buat tiga-tiga tu boleh? Lagipun subuh lambat lagi." Senyum. Adif bersetuju dengan cadangan isterinya. Sebelum kahwin lagi dia dan Arif sering melakukan solat sunat bersama tapi selepas Arif berkahwin maka dia melakukan seorang diri sahajalah.
ENCIK Hafiz menyentuh bahu Arif dan Adif. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di tengah-tengah anaknya. "Apa khabar Dif? Rif?" Sapa encik Hafiz kepada anak-anaknya.
"Sihat alhamdulillah. Papa macam mana?" Gilira Arif menyoal papanya.
"Papa sihat sahaja. Lagipun dekat sini ramai kawan papa yang selalu ajak papa main futsal kadang main badminton. Best juga."
Adif dan Arif ukirkan senyuman tenang. Dia berasa tenang kerana encik Hafiz mampu terima semuanya setelah perkara silam diungkit semula bagi menyelesaikan masalah itu. Kadang-kadang encik Hafiz ingin juga menjenguk isterinya di penjara tapi puan Aina pula tidak membenarkan pelawat datang.
Rumah Seri Kenangan memberikan impak yang positif kepada keluarga Arif dan hari mereka juga gembira disamping gelak tawa insan yang disayangi kecuali encik Abdul Dayyan dan puan Aina.
"Menantu papa mana?"
"Harini Dania ada majlis pelantikan sebagai lembaga pengarah syarikat yang kak Naura tanya abang."
"Naura macam biasalah. Sejak kawan dia si Farhana dengan Maisara datang terus lupakan Arif. Ada masa nanti dia baru ingatkan Arif ni." Encik Hafiz mengangguk perlahan. Bukan calang-calang menantu dia semuanya hebat-hebat belaka.
"Dah masuk 5 bulan lah kan Naura mengandung?" Teka encik Hafiz. Arif mengangguk. Lebih tepat lagi 5 minggu 4 hari. WoW siap ingat lagi hari tu.
"Bawalah Naura ke klinik atau hospital untuk check jantina tu. Tak adalah korang salah beli pakaian. Buatnya anak dalam tu lelaki tapi beli pakaian perempuan. Hah macam mana tu?" Ada betulnya juga kata-kata papanya. Adif yang masih baru bab berkahwin ni cuma menjadi pendengar setia sahaja.
"Sakit ke kalau lahirkan anak?" Soal Adif dengan rasa ingin tahu.
"Kalau tak sakit tak ada nya scene drama bagai nak patah pinggang diaorang kalau nak lahirkan anak seorang."
"Papa dapat cucu seorang boleh kan? Adif tak nak bini Adif sakit." Sengih.
"Aku terajang kau insyaAllah sampai kubur jap lagi." Makin galak ketawa encik Hafiz dengan perangai heronya. Alahai seronok pula bila bertiga sahaja dengan hero dia. Tapi sayang perkara malang telah berlaku. Kalaulah dapat undurkan semula masa, dia akan memperbetulkan dirinya yang dahulu yang sering mengambil peduli tentang keadaan arwah puan Nurin.
DOKTOR Haslina mengukirkan senyuman kepada pasangan dihadapan beliau. Seketika Arif tidak henti berdoa agar kesihatan kandungan anaknya dan Naura masih terjaga. Naura kerut dahi setelah melihat kelakuan suaminya seperti gelisah.
"Yang ngandung Saya bukan awak. Nervous sangat dah kenapa?" Arif sengih. Bukan apa dia cuma gemuruh tentang jantina anak dan kesihatan kandungan Naura. Buatnya terjejas boleh jadi Arif yang kena marah dan bukan Naura.
"Elok je kandungan bini kau ni, Is. Tak payah nak nervous sangat." Ujar doktor Haslina sambil menyerahkan gambar kandungan Naura. Arif mengambil gambar yang telah diprint dengan tangan yang menggigil.
"Dua? Ni kenapa muncul dua kepala ni?" Tanya Arif kepada pekerjanya.
"Kembar lah jawabnya. Kita yang tak jadi doktor pun boleh fikir. Alahai doktor Iskandar ni." Kata Naura pula. Arif terkejut, terpaku, terharu, menangis? Dia macam- teruja! Kerana dia bukan sahaja dapat seorang junior namun dua!
"Untungnya korang dapat seorang lelaki seorang perempuan. Hah elok seorang hero seorang lagi permaisuri."
"Jangan excited sangat ya Arif sampai lupa jaga Naura. Jangan bagi dia buat kerja berat pastu jangan halang apa yang dia nak makan." Naura mengangguk dengan begitu semangat. Ya memang bab ni Naura bersetuju. Semalam dia teringin nak makan puding jagung tetapi Arif larang Naura pula gara-gara berat badan Naura semakin naik.
"Aik itupun dia ngadu? Amboi sayang sampai kesini ke ngadu? Tak nak try ngadu kat mak sekali? Elok sekali telinga Arif kena piat." Naura sengih. Doktor Haslina turut tersenyum dengan kelakuan suami isteri itu. Dalam ramai-ramai pesakit dia pernah jumpa, pasangan Arif dan Naura sahaja lah yang paling istimewa di mata dia.
Walaupun Arif ni pemilik hospital dan mempunyai resort di luar negeri namun percakapan dan bahasa tidak seperti orang berada ianya lebih kepada bahasa untuk orang biasa sahaja. Tidak perlu guna perkataan tuan ataupun ketua apa semua tu tak perlu.
"Saya gi dululah doktor, ada pesakit jap lagi yang patut dibedah. Terima kasih assalamualaikum." Bayang-bayang Naura dan Arif hilang dari anak mata doktor Haslina.