"SAMPAI bila lagi awak nak lari dari Saya? Sampai Naura beranak ke?" soal Taufiq kepada Maisara yang berdiri dihadapan dia bersama seorang jejaka disisi gadis itu. Maisara gigit bibir.
"Yang nak naikkan suara dah kenapa?" balas Maisara pula.
"Sejak bila Saya naikkan suara?" tanya Taufiq pula dengan suara sedikit meninggi.
"Itu apa? Bukan naikkan suara ke?" Maisara turut meningggikan suara dia kerana tak mahu kalah. Jejaka disebelah Maisara cuma mampu membisu seperti orang tiada suara sahaja kerana takut kalau-kalau dimarahi Maisara jikalau dia memotong perbualan mereka.
"Jantan ni siapa?" Taufiq mengalihkan topik lain kerana malas dia bertekak dengan Maisara dan suara dia turut berubah dan kini menjadi dengan nada biasa.
"Kawan Maisa..." Maisara memotong ayat sahabatnya itu dan berkata
"Bakal suami Aku." Taufiq gelak sinis. Lah bakal suami? Patutlah tolak lamaran dia itu hari.
"Dah tunang?" Soal Taufiq kepada jejaka itu. Jejaka itu menggeleng perlahan.
"Belum tunang. So ada chance nak ngorat si pokok ni." Anak mata Maisara membulat kerana Taufiq menggelarnya 'pokok'. Ugh cubalah bagi nama yang sedap sikit ini tidak dia samakan Maisara dengan pokok?!
"Dekat gallery ni ada cafe kan?" Taufiq mengangguk. Dia sudah mengubah suai gallery kakaknya. Dulu tiada cafe di dalam gallery tapi kini. Pekerja sudah bertambah, gallery dia juga sudah menjadi pilihan pertama kepada para pelukis yang ternama di Malaysia. Sebut sahaja Art Gallery AN semua akan tahu tempat itu.
"Gi ah dulu. Nanti Aku datang." Bisik jejaka itu kepada Maisara.
Maisara menapak pergi ke arah papan tanda Cafe berwarna coklat itu. Tidak mahu dia mengungkit kisah silam yang dulu. Malas dan rimas. Kalau boleh dia tidak mahu datang ke sini tetapi disebabkan harini hari jadi kawan sekolej dia ni jadi terpaksa lah dia ikut kehendak jejaka itu.
"Lupa nak kenalkan diri. Aku, J. Kerja sebagai penulis webtoon dan model." Huluran tangan J tidak diambil peduli oleh Taufiq.
"J? JYP?"
"EH BUKAN. Nama penuh Aku Isaac Jayden tapi nama nickname Aku J." Unik juga nama jantan ni. Kulit lelaki itu juga tidak seperti orang melayu. Ianya seakan-akan kulit berbangsa cina ataupun selain daripada cina.
"Tak nampak macam melayu ke?" Taufiq menggeleng.
"Mak Aku orang Perak and bapak Aku orang Amerika. So kurang muncul lah muka melayu ni. Tapi tak apa Aku pandai cakap melayu." Sengih.
"Oh. Eh gi lah cafe. Nanti lama Mai tunggu."
"Lupa pula pasal Sara. Chaw lu bro. By the way Aku suka galeri ni. Mesti kakak kau happy dapat adik yang boleh jaga galeri dia." Taufiq senyum tawar. Apa yang dikeluarkan oleh akhbar tidak sama dengan apa yang terjadi. Ada cerita mengatakan bahawa kakak Taufiq ke luar negara untuk bercuti panjang, ada yang mengatakan dia masuk penjara kerana cubaan membunuh. Ada juga yang kata Aliya Natasha telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
'Everything will be okay right? Macam pelik pula bila tak ada gaduh-gaduh ni.'
ADIF mematikan enjin kereta setelah tiba di hadapan Samudra Beach Chalet. Kereta porsche 911 turbo s. Mata-mata anak gadis di kawasan itu semuanya memandang Adif dengan mata yang membulat. Ceh padahal kereta kesayangan abang dia sahaja. Sejak tiada kak Naura jarang Arif mahu berjalan jadi dia hadiahkan kereta itu kepada Adif sahaja.
"Nombor 23. Ni 19. Mana 23 ni?" Soal Adif kepada dirinya sendiri. Bagasi kelabu ditarik perlahan lalu berhenti dihadapan pintu bilik nombor 23.
"Apa khabar tuan Adif?" Sapa seorang lelaki yang ditemani dengan pekerja muda memakai teg nama Seroja.
"Awak kenal Saya?" Lelaki itu mengangguk.
"Tuan Arif dah maklumkan kepada Saya jadi bilik tuan Adif telah ditukar ke bilik lain. Senang cerita bilik khas untuk keluarga tuan Arif lah." Adif kerut dahi. Apa ni?
"Tuan Arif pemilik resort ni. Tuan Adif...tak tahu?" Adif menggeleng. Seroja tersenyum.
"Sorry lah Saya amnesia tu tak ingat apa-apa. So mana bilik Saya yang sepatutnya?" Seroja menarik bagasi Adif lalu berkata
"Ikut kami ya." Adif mengambil semula bagasi miliknya. Dia tak nak orang lain menyentuh barangnya tanpa izin.
"Saya bawa sendiri. So jalan lah." Senyum. Seroja dan sahabatnya Muaz seorang pekerja disitu juga.
Adif menghirup udara segar semasa dalam perjalanan ke biliknya. Fikiran dia bebas dan tidak berat semasa menikmati keindahan alam pada waktu itu.
"Dah sampai. So ni bilik tuan Adif dan ni kunci bilik. Ada apa-apa hal boleh tekan button 1 dekat telefon dalam rumah ya. Kami minta diri dulu tuan..."
"Adif je. Tak selasa lah Saya dengar korang panggil Saya ni tuan. Manusia biasa jangan pandang darjat. Layan sama rata. Thanks and have a great day guys." Potong Adif saat Seroja ingin katakan sesuatu.
"Baiklah kalau macam tu. Makan malam akan dihidang pada pukul 7 jadi Adif boleh lah datang ke sana if nak makan kat luar pun boleh dan kalau waktu pagi sarapan disediakan pada pukul 7:30. Minum petang pun ada juga tapi pukul 3 lah." Terang Muaz kepada adik majikannya. Adif mengangguk tanda faham.
"Okey terima kasih. So bye." Seroja dan Muaz berlalu pergi dengan perasaan yang senang. Mereka ingatkan anak bongsu encik Hafiz tidak sebaik anak sulung encik Hafiz. Rupanya mereka sama sahaja. Anak mata dan senyuman turut serupa.
TUALA PUTIH dicampak ke atas kerusi lalu badan direhatkan dia atas tilam yang empuk itu. Dia benar-benar penat saat memandu ke sini. Asyik singgah surau dan pam minyak sahaja kerana perutnya memulas dan ingin menunaikan solat Zohor. Sekarang ni dia lapar pula tapi penatnya belum habis lagi.
"Lapar lah." Kata Adif seraya menepuk perutnya. Dia teringat pada seorang gadis. Dania Ng. Apa khabar agaknya gadis itu ya? Semalam Adif menelefon dia dan Dania berkata dia selamat dan kini berada di Terengganu.
Sejujurnya niat Adif kesini bukan mahu berjumpa Dania tapi mahu membawa Dania pulang atas kerana majlis pernikahan Dania akan berlangsung tidak lama lagi. Zixuan pulang kerap datang berjumpa dia dan menuduh bahawa Adif membawa lari Dania. Alahai akhir zaman penuh dengan fitnah ya.
"Kau kat mana?" - Adif
1 minit berlalu. Akhirnya mesej itu telah dibaca oleh Dania yang berada di dalam talian.
"Samudra Beach." - Dania
EH?! EHHH?! Jodoh? Kenapa tempat mereka sama pula ni?
"Aku nak gi makan ni. Jangan kacau. Bye." - Dania
Dania tidak lagi dalam talian. Tapi Adif bersyukur kerana dapat bertemu Dania akhirnya. Cepat-cepat dia bersiap untuk pergi ke dewan makan. Dia mahu menjamu selera bersama Dania di sana dan bawa Dania pulang.
Adif memakai seluar track hitam dan baju kemeja jarang berwana putih. Tidak lupa juga dengan kaca matanya.
Masuk sahaja ke dalam dewan makan, semua pekerja tertumpu kepada Adif. Adif pula tercari-cari kelibat Dania Ng disitu namun tiada.
"Mana amoi ni? Tadi kata nak gi makan." Kata Adif pada dirinya sendiri. Mata Adif terpanh pada meja bahagian berlakang sekali yang bersebelahan dengan pantai. Seakan-akan ada cahaya sahaja di meja itu.
Gadis memakai seluar track putih dan berbaju lengan panjang purple tambahan dengan tudung shawl putih menarik perhatian Adif. YES! Dania!
Adif mengatur langkah ke arah Dania dengan perasaan teruja, gembira, dan...rindu. "Assalamualaikum cik Dania Ng. Apa khabar? Sihat? Kenapa makan seorang-seorang?"
Dania terkejut, terpaku, terdiam, hilang kata-kata dia saat melihat Adif duduk dihadapan dia. "What's going on? Aku nak bersendirian bukan berduaan dengan kau lah." Marah Dania secara tiba-tiba. Adif pula yang terdiam kalini.
"Can you just move? Pindah tempat lain." Adif menggeleng. Dania merengus geram.
"Jangan sampai tangan Aku naik kat muka kau lah." anak mata Dania menikam anak mata Adif. Adif mengalah juga dan duduk disebelah meja Dania.
"Kak Naura... ada call kau?" Dania menggeleng.
"Asal?"
"Dia hilang." Dania terkejut. Apa betul Naura hilang? Tanpa berita?!
"Lain kali cakap ngan Aku bulan depan. Kau tahu tak dia pregnant but kau duduk sini and berehat?"
"What do you mean Aku berehat? Kau tahu parents kau call Aku? Diaorang tanya Aku mana kau? Kenapa tak angkat call diaorang? I'm not your husband, not even your fiancé. Majlis kau lagi berapa minggu je tau." Dania pasang muka tak bersalah.
"I told my grandfather I wanted to go on vacation." Adif gelak sinis.
"And I told your grandfather not to ask me to be your guardian. Kau tahu apa perasaan Aku bila kau menghilang? Tanggungjawab kau tu Aku yang pegang. Kau fikir Aku boleh ke biarkan kawan Aku menghilang macam tu?" Dania terdiam lagi sekali.
Kawan? Jadi selama ni dia bukan orang penting dalam hidup lelaki itu.
"Baliklah. Selesaikan masalah family kau. Lari dari masalah nak buat apa? Kau fikir ni apa? Rakam MV lari-lari macam drama hindustan? Kau ada masalah, jangan lah tambah lagi." pesan Adif sebelum dia berlalu pergi dari dewan itu. Kekecohan dia sahaja sudah menarik perhatian orang ramai dan pekerja disitu.
Dania mengeluh perlahan. Dia tahu salah dia kerana melarikan diri dari masalah tapi dia ada sebab lakukan hal ini. Dia tidak mahu bersemuka dengan sesiapa termasuk Adif. Cuma mahu melepaskan tekanan dan nikmati semuanya sebelum bernikah.