"CUT." Arah Arif kepada pembantunya. Pembantunya iaitu Sabrina mengikut arahan tuan pengarah bagi melaksanakan pembedahan itu.
"Cut." Arah Arif lagi.
"Cut." Sabrina memotong benang yang digunakan untuk menjahit luka pembedahan itu.
"Done." Arif meletakkan gunting yang digunakan ke atas meja disebelahnya.
"Doktor dah boleh beredar. Biar kami kemaskan dan bawa pesakit ke wad." Kata Fendi seraya melihat keadaan pesakit yang alami kecederaan di bahagian lengan dan perut.
Kembali sahaja ke pejabat, Arif menukar pakaian untuk kembali bekerja sebagai doktor biasa. Walaupun dia bekerja sebagai doktor bedah tapi dia mengambil pelbagai bidang di hospitalnya.
Qayyum yang dari tadi membaca buku di sudut hadapan meja itu dihiraukan oleh Arif hinggalah...
"Sejak bila baca novel ni?" Tanya Arif sambil membutangkan bajunya.
"Sejak puan Naura ajar Saya maksud buku." Arif kerut dahi. Perlahan dia mendekati Qayyum untuk mengetahui maksud 'buku'.
"Means?" Arif tak faham. Qayyum menutup bukunya lalu dia fokus kepada tuan Arif yang telah duduk dihadapan dia.
"BUKU ada banyak cerita. Ada happy ending ada sad ending ada juga cerita mengarut. But bila difikirkan balik kita perkara yang ada dalam buku tu berkait dengan diri kita. Kita tentukan masa depan kita dan bukan orang lain. Dalam buku ada cerita pasal anak Dato Mega Holding kahwin ngan orang yang dia tak suka and anak Dato tu kahwin sebab tak nak ambil syarikat bapak dia. Pada orang lain itu perkara bosan but ada sahaja di realiti. Basic je and we know ending dia. Mostly cerita novel banyak happy ending. And jalan cerita teratur. So why awak nak endingkan hidup dengan sad ending? It's your choice not orang lain. Tak tahu cerita macam mana? Sinopsis ada. Awak lah penulis dan pelakon dalam hidup awak. Sinopsis? Awak dah aturkan. Cuma awak buntu how nak create the story and terfikir nak happy ending or sad ending." Gaya percakapan Qayyum sebiji seperti Naura. Dan Arif mula teringat kepada gadis itu.
"Dia pilih happy ending or sad ending?" Tanya Arif.
"Sad ending..." Qayyum pernah bertanya kepada Naura dan Naura balas penamat yang menyedihkan. Kenapa?
"Why? Dia berhak dapat happy ending."
"Dia cuma kata sometimes kita kena rasa sad ending sebab dah banyak kali kita happy. And disebabkan sad ending itulah orang ramai banyak belajar perkara yang diaorang tak nampak. Satu demi satu rahsia kebaikan terbongkar and masatu ramai hargai si dia." Arif diam. Diam seribu bahasa. Dia menyesal dengan kelakuan dia. Apa ni? Dia benar-benar menyesal kalini.
"So back to the buku. Buku ada banyak cerita dan dia kata penulis meluahkan segalanya melalui tulisan. So why not saya baca luahan orang. Saya boleh rasa apa yang penulis tulis. Luahan seseorang boleh buat kita rasa dekat dengan dia. Walaupun sekadar tulisan. And you know what bos? Saya tercrush dekat heroin cerita ni." Sengih. Sejujurnya apa yang Naura katakan itu betul juga. Kitalah pelakon, kitalah pengarah, kitalah penulis skrip dan kitalah yang menentukan penamat cerita.
Arif menapak ke arah laci meja kerjanya lalu dia menarik laci itu untuk mengambil novel Naura Airina. Dia membaca sinopsis novel yang bertajuk Our Story. Novel yang menarik perhatian Arif semenjak Naura menjadi isterinya yang sah.
Jalan cerita yang menarik dan bagus begitu juga penulis cerita ini.
'Jangan lari dari masalah, tapi lari ke arah orang yang anda sayang. Semestinya dia akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah itu.'
Kata-kata dalam novel itu mula menyedarkan Arif tentang kehidupan dia sekarang. Dia lari dari segala masalah. Bayangkan hingga sekarang ibu bapa Naura masih tidak tahu khabar berita tentang rumah tangga anak mereka. Dia tidak tahu di mana Naura dan tidak tahu keadaan anaknya. Dia cukup ego dan pentingkan kerja daripada isteri.
"AKU sepak muka kau boleh terkeluar biji mata tu." Marah Imran kepada adiknya, Putri.
"Yang nak menyalak apahal? Aku serabut boleh lagi kau tambah kan masalah." Balas Putri yang dari tadi terperap di dalam kamarnya.
"Engkau dah lupa Allah ke? Yang pergi santau si jantan tu apahal? Macam tak ada agama Aku tengok kau buat macam ni." Jerit Imran kepada Putri. Dia terkejut pagi tadi apabila Qayyum datang ke kediamannya dengar memberi amaran kepada Imran sekeluarga agar tidak mengacau lagi rumah tangga Arif.
Putri bangun dari katil lalu menghampiri abangnya yang berdiri dengan tegak di sebelah almari pakaian dia.
"Betina sundal tu yang rampas dia dari Aku. Kau boleh biarkan lagi? Eh Aku ni adik kau. Adik engkau! Darah daging kau! Bodoh ke tak boleh nak faham perasaan adik sendiri?" Kata Putri pula.
"Series. Aku tak ada adik yang perangai macam syaitan." Putri gelak sinis.
"Setakat PA dia datang sini lepastu bagi amaran apa benda? Tuan badan tu tak ada kaki atau malu tengok muka Aku yang cantik ni? Bini dah lari pun sibuk duk terkejar betina tak guna tu." Imran terkejut kalini. Naura sudah melarikan diri? Makin bertambah masalah dia kalini.
"Dendam Aku dekat Arif memang belum padam tapi sebodoh dan sejahat Aku tak pernah lagi cuba hancurkan rumah tangga orang lah! Santau orang bagai! Aku benci dia sebab dia punca Aku dipandang hina walaupun Aku tahu dia tiada maksud nak buat Aku macam tu. Perasaan benci datang macam tu dan kau kena ingat. Keluarga dia baik dengan kita sebab kita yang jaga tok wan masa diaorang tak ada. Kau guna duit simpanan Aku semata-mata nak masuk dalam keluarga tu. Aku tak marah sebab Aku masih bersabar. Tapi bila kau buat benda terkutuk...series wei Aku tak rasa Aku layak jadi abang kau."
Dia marah pada mulanya bila dia mengetahui Putri menggunakan duit simpanan dia untuk membuat pembedahan plastik namun sayang wajah adiknya yang cantik dan menawan bertukar menjadi lebih hodoh. Ni sebab kena tipu dengan pihak hospital atau macam mana?
"Tapi dia perampas. Si sundal tu. Apa susah sangat kau nak faham perasaan Aku? Apa susah sangat?" Kalini Putri memegang kedua-dua lengan abangnya lalu mengoncangkan tubuh itu beberapa kali. Kemarahan dia semakin membuak dan anak matanya sangat garang.
"Sudah Putri! Sudah! Cukup! Aku ni abang kau. Hormat Aku sebagai abang bukan kawan kau. Kalau perangai kau macam ni sampai bila-bila orang tak akan terima kau. Maruah kau sebagai orang Islam mana? Hilang? Buta sangat dengan cinta kenapa? Perampas? Tiada istilah perampas sebab memang jodoh dia dengan Naura. Kalau kau rasa kau lagi layak dengan dia berbanding Naura, pergi cermin diri kau. Tengok betul-betul kau layak ke tidak. Dia baik kau jahat. Sehina Aku ni belum pernah lagi macam kau."
"Jangan cakap pasal hukum hakam dengan Aku. Diri kau pun tak betul." Putri menjeling abangnya sebelum dia menghalau lelaki itu keluar dari kamarnya.
Imran menapak ke dalam bilik untuk menenangkan fikiran dengan berzikir. Semasa berzikir dia mula terfikir kenapa dia bencikan Arif Iskandar dan Nazrul Hadif sedangkan dua adik beradik itu sungguh baik kepada orang kampung.
"Aku ni pun satu hal sebabkan orang tuduh Aku tolong anak pak Jamid lah jadi macam ni. Kalau Aku tak tolong dia masa dia terjatuh dalam sungai tak ada lah orang ingat Aku buat benda terkutuk tu. Niat nak tolong tarik lah-lah Arif ngan Adif datang sebab nak tolong sekali. Bila tok imam lalu tepi sungai je mati Aku tak pasal-pasal kena tuduh buat benda haram. Yang tegurnya Aku bukan dua manusia tu."
Imran mengeluh perlahan. Disebabkan perkara kecil itulah satu kampung memanggil dia Budak Gatal. Maruah tercalar, aib tersebar sana sini. Habis semua habis. Tapi dia bersabar lagi kerana dia sedar kifarah akan datang sekiranya orang itu membuka aib seseorang. Balasan setimpal juga akan ada pada orang itu.
Imran mencapai telefon pintar di tepi katilnya lalu dia mencari nama Arif untuk mesej lelaki itu.
Setelah 3 minit berfikir akhirnya dia menghantar juga pesanan ringkas buat bekas sahabatnya. Walaupun ada getaran di jiwa kerana takut langkah dia kalini salah namun dia cuba menguatkan semangat untuk menebus kesilapan adiknya.
"Assalamualaikum, Arif. Aku ni Imran. Aku nak minta maaf bagi pihak adik Aku dan Aku nak minta maaf sebab pernah berdendam dengan kau. Selepas kejadian anak pak Jamid, Aku jadi macam ni. Maafkan Aku." - Imran Hadi.
"BAPAK panas. Aircond rumah ni rosak ke Qayyum? Soal Maisara kepada Qayyum yang masih setia berada disamping Maisara yang sedang membantu dia membuat kerja.
"Aircond depan je. Aircond lain okey je." Balas Qayyum seraya melunaskan kerja yang diberikan oleh Arif sebentar tadi.
"Lah awal ah puan Naura balik sini." Kata Qayyum saat membuka akaun blognya. Maisara terkejut lalu menarik komputer riba itu untuk melihat.
"Apa ini? Sudah lama tidak menjenguk kediaman arwah mak. Dan kenangan kembali terukir saat Aku bersama dia. Akan kah ada peluang untuk Aku kembali bersama dia? Awat cringe doh." Maisara menolak semula komputer riba itu. Qayyum tersenyum.
"Apa pasal nak cringe if dia bercerita pasal arwah puan Nurin. Alahai cik Maisara ni fikiran agak cetek ya." Usik Qayyum sambil membaca kembali blog itu. Sudah seminggu dia memantau blog dan media sosial Naura namun tiada update apa-apa pun tapi kalini dia pasti. Dia pasti Arif dan Naura akan bersama semula.
"Makcik tengok anak makcik ni dia boleh..." Maisara terdiam saat memusing badannya ke arah ruang tamu begitu juga Qayyum.
"Apa khabar?" Sapa gadis berbaju kurung hitam dan bertudung shawl putih.
"AHHHHHH" menjerit Maisara apabila melihat gadis dihadapan dia. Terus makcik Wati membulatkan matanya tanda amaran agar tidak membuat bising.
"Okey sorry. Just excited tengok dia." Sengih. Arif keluar dari bilik selepas mendengar jeritan Maisara yang kuat hingga menganggu waktunya.
"Yang kau jerit kuat sangat apahal? Ada lipas ke? Setakat lipas nak menjerit pun alahai cuba kalau kau jerit sebab Naura balik kan lagi ba..." Arif turut terdiam.
"Saya balik sini sebab nak tuntut penceraian." Senyum. Dan semua terkejut.
"Sayang, kita boleh tuntut balik sebab Arif lafaz bukan atas sebab niat." Naura kerut dahi. Apa ni?
"Awak dah lafazkan talak dekat Saya and now nak tuntut? Lawak apa ni?"
"Tuan kena sihir dengan Maira a.k.a Putri. CCTV sebagai bukti yang Putri pecah masuk bilik puan untuk letak penyihir di bilik tuan dan puan. Jadi semasa kejadian cerai itu boleh diambil kira sebagai tidak sah jikalau pihak makhamah kata tidak sah. Tapi kena ada bukti dan penerangan bagi pihak mangsa." Kata Qayyum yang seakan-akan peguam di situ. Makcik Wati bangga pula mendengar anak teruna dia berlagak seperti peguam walhal baca dari google sahaja.
"Tapi Saya tak nak dengan awak. Awak ingat Saya boleh ke dengan awak semula selepas apa dah terjadi?"
"Sayang, tolonglah. Bukan Saya yang minta semua tu. Saya tak minta untuk ceraikan awak. Saya cinta dan sayangkan awak." Ayat yang sering didengar di dalam kaca tv. Huh drama je lebih.
"Tolonglah Arif. Saya penat nak tanggung rasa bersalah ni." Rayu Naura. Arif menggeleng. Tidak kira apa pun terjadi dia mahu bersama Naura semula. Tidak kira!
"Hey Naura. Boleh tak kau fikir keadaan kau sekarang? Kau tu mengandung. Apa-apa jadi kat luar sana siapa yang kena? Jantan tu juga yang kena. Kau berminggu gi luar kota sampai jantan ni masuk hospital sebab rasa bersalah boleh pula kau kata macam ni. Ya silap dia tapi kalau kau kena sihir boleh ke kau kawal mulut kau tu? Perasaan dan kelakuan semua terbalik. Sekarang ni dia dah sihat, normal. Pihak makhamah akan putuskan sama ada korang akan bersama ataupun tidak. Sudahlah sarat mengandung lepastu ikut kepala sendiri. Suka buat orang risau."
Naura terdiam. Ada benarnya juga Maisara ni. Namun dia tidak mahu bersama lelaki itu semula. Cinta dan rindu masih ada cuma entah kenapa mulutnya berkata tak nak. Hati dan mulut berlainan. Apa yang dia mahukan?
"Aku ni bercakap atas sebagai kawan. Kalau Aku ni kakak kau dah lama Aku pukul-pukul badan kau. Dah besar tahulah mana baik mana buruk. Kau tu matang cuba fikir dulu apa akan jadi kalau kau tinggalkan dia. Kontrak kau dah dibatalkan, kerja tak ada, kau mengandung, tanpa suami, mak ayah lagi. kau fikir? Apa Arif nak cakap dengan mak bapak kau kalau korang ni bercerai? Fikirlah sikit. Kau dah ada masalah lagi kenapa kau nak tambah? suka sangat ke tambah masalah? Sorry lah tapi kalini Aku sokong Arif. Selama kau kahwin Akulah yang jadi orang tengah antara korang. Akulah yang jadi telinga dan mulut bahkan mata korang. And now? Ni kau bagi Aku? Pentingkan diri! Bagus sangat." Maisara mengambil beg tangannya dan berjalan keluar dari rumah itu. Dia tahu dari sudut hati Naura, Gadis itu masih mahukan Arif Iskandar namun dia ego.