Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 22 - Love Blue Flowers

Chapter 22 - Love Blue Flowers

Dari atas hingga ke bawah Adif melihat pakaian Dania. Terpegun dia melihat kecantikan Dania. Dulu Dania yang sering memakai skirt paras lutut dan memakai pakaian yang jarang sudahpun berubah. Dari skirt paras lutut itu sudah digantikan dengan seluar bahkan baju pula digantikan dengan baju kemeja berwarna merah jambu.

"Bunga untuk atuk Aku ke?" soal Dania kepada Adif yang masih terpegun itu.

"Hah? Apa dia?" Adif kembali ke alam realiti. Uish jauh sangat dia berangan sampai naik pelamin dengan Dania.

"Bunga tu untuk atuk Aku ke?" Adif memandang sejambak bunga di tangan kanannya.

"Oh haah. Nah." Dania mengambil bunga itu sambil mengerutkan dahinya. Pelik melihat Adif tidak keruan secara tiba-tiba.

Adif memerhati Dania yang rancak berborak dengan atuknya dalam bahasa Cina. Walaupun ahli keluarganya ada juga tergolong dalam kalangan Cina namun sepatah apa pun dia tak tahu.

"Zhè shì nǐ de péngyǒu ma? (adakah ini kawan kamu?)" soal lelaki tua itu kepada cucunya. Dania mengangguk perlahan lalu dia memanggil Adif untuk duduk disebelah atoknya.

"Tā jiào shénme míngzì? (Siapa namanya?)" soal lelaki tua itu lagi.

"Adif." jawab Dania. Lelaki tu itu mengangguk perlahan. Terus dia menggengam erat jari jemari anak muda itu.

"Nǐ xiān chūlái. Wǒ xiǎng hé nǐ de péngyǒu tán tán (Awak keluar dahulu. Saya mahu bercakap dengan kawan kamu.)" Dania mengambil beg galasnya lalu terus menapak keluar dari wad VVIP itu. Adif terpinga-pinga. Sudahlah dia tidak fasih berbahasa Cina ini tiba-tiba kena tinggal.

Lelaki tua itu duduk sambil bersandar dengan sebiji bantal. Dia memandang wajah Adif seakan-akan anak muda itu adalah cucunya sendiri.

"How long have you been friends with my grand daughter?" Adif terdiam. Haih tadi bahasa Cina sekarang English pula. Bahasa Melayu tak nak ke?

"4 or 5 months like that." balas Adif tanpa teragak-agak.

"You are like a good boy but at the same time you are naughty. Am I right?"

"Yes, how do you know?" lelaki tua itu ketawa kecil.

"Your face has scars." Adif menyentuh parut di atas keningnya. Kata Arif, dia mendapat parut itu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"I got these scars while accident. And that's why I'm amnesia."

"So you don't remember anything? " Adif mengangguk. Lelaki tua itu menyentuh parut di atas kening kiri Adif. Lalu dia tersenyum.

"Can you promise me?"

"What is it?"

"I won't live long in this world so please take care of Dania while I'm gone." senyum. Adif terdiam. Dia bukan tak ingin menjaga Dania namun dia pelik kenapa mesti dia? sedangkan diri dia ni pun masih diuruskan oleh Arif dan Naura begitu juga dengan Dania.

"When Dania falls, please give her encouragement. She is the only grandchild I have." Lelaki tua itu hentikan percakapan dengan meneguk sedikit air suam yang dituang oleh Dania sebelum cucunya keluar dari situ.

"I chose you because you are the only one my grand daughter can see. She is naughty but at the same time she is sad because her parents value work more than their own children." Adif mengangguk perlahan. Patutlah Dania sering berseorangan di dalam Universiti rupanya tiada kawan.

Pintu wad dibuka oleh Dania. Dania menapak masuk dengan senyuman manis di bibir. Lelaki tua itu membalas senyuman cucu perempuannya.

"Yéyé, cānguān shíjiān kuài jiéshùle. (Atuk, masa melawat hampir tamat)." Lelaki tua itu mengangguk perlahan.

"Bangun. Masa melawat dah nak habis." ujar Dania kepada Adif.

"I go first. Get well soon." senyum. Langkah Adif terhenti saat lelaki tua itu memanggil namanya.

"I love the scars on your eyebrows. Take care Adif." Adif mengangguk sambil bersalaman dengan lelaki itu. Keluar sahaja dari wad, Dania dan Adif kembali diam.

Dania berjalan terlebih dahulu untuk menghantar Adif ke tempat letak motor. Adif mengikut langkah Dania dengan tenang. "Esok kau jaga atuk kau lagi ke?" soal Adif yang cuba memecahkan suasana sepi itu.

"Nope. Esok turn sepupu Aku si Lei jaga. Patu esoknya baru Aku. Asal?"

"Abang Aku nak gi Jepun so dia suruh kita ni tengok kak Naura." jawab Adif sambil memakai topi keledar.

"Oh no hal. Habis kelas kita gi. Take care, Dif." senyum. Pam! Adif terpaku terkaku terkejut terdiam ter apa lagi? hah fikirlah. Dia benar-benar terkejut melihat Dania yang semakin menunjukkan sisi yang baru. Selalu tersenyum dan mula berubah untuk menjadi yang terbaik.

"Buruk dalam bahasa cina apa?" tanya Adif sebelum menghidupkan enjin motornya.

"Chǒulòu."

"Kau nampak piaoliang (cantik) harini." puji Adif. Susah benar dia nak ingat perkataan tu sampai terpaksa berfikir selama 4 minit. Mujut dia pernah bertanya kepada Arif tapi itupun sudah lama. Dan yang peliknya kenapa tiba-tiba Adif puji Dania? UwU ada apa-apa ke?

'Lol. Did he praise me?'

ARIF merangkul tubuh Naura yang masih sibuk membaca buku di ruang tamu. Seketika dia tersenyum kerana mungkin esok adalah hari terakhir dia aka bertemu dengan Naura Airina.

"Sayang, Arif nak tanya ni." Arif masih setia mendakap tubuh sang isteri.

"Apa?" Naura menutup halaman buku itu lalu dia mendongak ke atas untuk melihat wajah Arif namun sayang. Yang dia mampu lihat cuma leher lelaki itu sahaja.

"Katakan Arif akan tinggalkan awak buat selamanya. Are you getting married again?" perkataan 'awak' yang keluar dari mulut Arif membuatkan Naura pelik. Awak? biasanya sayang dan bukan awak.

"Kenapa? Arif nak pergi mana?"

"Arif tanya je. Mana tahu sayang nak kahwin lagi." sengih.

"Naura tak nak kahwin lagi. Sebab Naura yakin hanya Arif boleh jadi suami Naura." senyum. Arif turut tersenyum. Bangga dan kecewa itu ada juga di dalam diri itu. Bangga kerana dia sajalah yang mampu menjadi suami Naura dan kecewa kerana dia masih mampu berdiri dan berpelukkan dengan gadis yang Puan Aina berdendam.

"Esok ibu dengan ayah datang. Jadi jangan nakal-nakal. Also Arif ada suruh Adif ngan Dania. Nanti sayang bosan." senyum. Pipi gebu Naura dicubit perlahan. Agaknya kalau dia keluar dari rumah ni dapat lagi ke dia melihat wajah itu lagi?

"Heh? Gitu? Okey. Babai baca buku dulu." dia kembali menarik selimut di atas kakinya dan membuka halaman buku yang baru. Nak baca buku kena ambil mood dulu. Kalau moodnya terbaling memang tak bestlah nak baca.

MAISARA gelak sinis saat melihat dua pencuri yang hampir dilepaskan oleh pekerjanya tadi. Mujur dia datang awal kalau tadi dia datang lambat mesti dah habis duit kat kaunter tu.

"Pulangkan je lah duit yang korang amek tu. Jangan sampai Aku lempang muka kau." kata Maisara dalam nada keras.

"Tak nak? Adam kau gi call polis. Kalau boleh suruh polis tu sumbat manusia ni dalam penjara dekat 30 tahun." Terus dua pencuri itu mengeluarkan semula wang ringgit yang mereka curi. Fuh boleh tahan ya. Baru 4 minit pekerja Maisara pergi ke dapur tak sangka tangan mereka mampu mencuri wang yang berjumlah RM 300 ringgit.

"4 minit kau gi dapur and 4 minit tu lah manusia ni buat kerja haram. Don't worry brother. Malaikat mencatat amalan mu." senyum.

"Nak duit tu kerja. Bukan mencuri. Kau curi duit lagi memang Aku baling kau kat sungai. Faham?" dua lelaki itu mengangguk. Seram pula saat mendengar Maisara menjerit seperti orang gila.

Adam, pekerja baru itu turut terkejut dengan perubahan bos dia. Dia ingatkan Maisara seorang yang lemah lembut rupanya tidak. Semenjak Maisara tidak berjumpa dengan Taufiq, perangai gadis itu semakin menjadi. Kadang-kadang senyum kadang-kadang tidak. Ada sahaja masa untuk mencari gaduh.

Telefon pintar Maisara berdering. Terus dia mengangkat panggilan itu sambil berjalan ke luar kedai.

"Hello siapa ni?"

"Aliya. Aliya Natasha. Kakak Taufiq." Maisara terkejut.

"Kenapa ya cik Aliya call Saya? Cari Taufiq ke?"

"Eh tidak. Saya cuma nak jumpa awak. Bolehkan?" Maisara kerut dahi. Kenapa Aliya nak jumpa dia? tentang apa?

"I just want to order a cake from you. And that's why I want to see you." Laju Maisara mengangguk tanda faham. Alhamdulillah rezeki pada bulan ini sudah datang.

"Cik Aliya nak Saya datang? send location ya." Baru Maisara nak bergerak ke kereta, langkahnya dimatikan saat bertentang mata dengan seorang gadis di belakang keretanya.

"Cik.. Aliya?" gadis itu menurunkan kaca mata hitamnya lalu menunjukkan senyuman paksa.

"Kita gi sekarang. Dah nak hujan dah ni." Maisara mengangguk lalu dia masuk ke dalam perut kereta Aliya Natasha. Entah kenapa dia rasa takut pula saat masuk ke dalam kereta itu.

Dalam perjalanan ke tempat yag ingin dituju, Maisara cuma membisu. Topik yang ingin dibualkan pun dia tak tahu. Apatah lagi dengan wajah Aliya yang menakutkan.

Mereka berhenti di hadapan rumah mewah yang agak jauh dari tapak perumahan Maisara dan tapak kedai Maisara. Langkah diaturkan satu persatu untuk memasuki rumah mewah itu. Begitu suram bahkan seperti tiada siapa yang tinggal disitu.

"Rumah.. Cik Aliya?" Aliya mengangguk. Dia membuka pintu rumah itu.

'Asal seram sangat rumah ni?'

"Duduklah dulu. Saya nak tukar baju." senyum dan terus naik ke biliknya. Maisara takut. Menggigil badan Maisara kerana kesejukkan tambahan pula di dalam rumah itu terdapat beberapa patung dan gambar yang digatungkan. Namun gambar itu semuanya berwarna hitam dan merah. Seram? memang seram.

TOK! TOK! Maisara memusingkan tubuhnya untuk melihat siapa yang mengetuk dinding di ruang tamu. Namun tiada sesiapa pula.

'EEEE dah macam filem seram.'

"Maisara.." panggil seseorang dari arah belakang Maisara.

'Taufiq?'

Terus Maisara mencari kelibat tuan punya suara itu. Namun masih tiada sesiapa di belakangnya. Yang ada cuma pembantu rumah dan pengawal yang menjaga rumah itu sahaja.

Guruh dan kilat mula menyambar di langit. Maisara masih setia menunggu Aliya Natasha. Dekat 30 minit Maisara menunggu gadis itu namun cik Aliya Natasha masih belum tiba. Dia tertipu ke?

"Maisara.. lari.." suara itu lagi. Dia yakin dan pasti itu adalah suara Taufiq tapi di mana Taufiq?! semua pintu di ruang tamu ditutup rapat dan hanya pembantu rumah sahaja di ruang tamu itu.

"Lari.. Aku tak tahan ni Maisa.." bunyi tembakan di dalam rumah itu membuatkan Maisara terkejut. Yang peliknya hanya Maisara yang terkejut dan yang lain masih bersikap biasa. Bunyi tembakan itu seperti berada disebelahnya. Benar-benar dia terkejut namun tiada siapa yang menjerit ataupun pengsan.

'Taufiq?? Taufiq?'

Maisara ingin bangun untuk mencari Taufiq namun gagal kerana tubuhnya begitu lemah. Perlahan dia merangkak untuk melihat apa yang terjadi di tingkat atas namun disebabkan ada beberapa pengawal, dia matikan niatnya.

"Who told you to stop me? Matilah kau kat sini." pistol di tangan di lemparkan ke atas tilam. Pintu itu dikunci dan dia meninggalkan seseorang di dalam bilik tersebut.

'Kau mula Aku sambung. Benda simple tapi kau sengaja cari pasal.'