DANIA berlari ke arah wad pembedahan. Tercungap dia akibat berlari ke hospital. Anak matanya tercari-cari jururawat yang bekerja di situ namun tiada sesiapa disitu.
Lampu merah bertukar menjadi berwarna hijau. Seorang demi seorang keluar daripada wad pembedahan itu. Akhirnya dia dapat bertemu dengan doktor yang mengendalikan pembedahan tersebut. Doktor memakai teg nama Yana membuka pelitup muka setelah keluar daripada wad.
"Macam mana keadaan Adif ya doktor?" soal Dania dalam nada risau.
"Alhamdulillah, he condition is stable and kami akan pindahkan dia ke wad biasa. After that kami akan bedah atuk kamu pula." Dania lepaskan keluhannya.
"Untung kamu dapat boyfriend macam dia. Sanggup buat surgery demi atuk kamu." lantas Dania menggeleng. Boyfriend? ew siapa yang nak lelaki amnesia tu?
"Dia kawan Saya."
"Saya sepupu dia." terlopong mulut Dania buat 2 minit. Lah sepupu Adif? patutlah senang sahaja Adif mahu membuat pembedahan tanpa tandatangan ibu bapa lelaki itu. Asal kan ahli keluarga sahaja dah boleh buat pembedahan kata si doktor.
"Saya dengar cerita abang dia, Arif dah meninggal dunia. Macam mana dengan bini dia?" hal itu.. hm keadaan masih sama. Walaupun sudah seminggu Arif meninggalkan mereka namun Naura masih setia menunggu kepulangan suaminya, Arif.
"Kak Naura.. alhamdulillah sihat dan kandungan dia pun sihat juga." Yana terkejut.
"Dia pregnant? Oh my god why aunty Aina tak bagitahu Saya. Okey so say congratulations to Naura and if dia ada rasa sakit sana sini ke call Saya ya. Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Dania menjawab salam di dalam hati. Cepat-cepat dia berlari ke arah wad VVIP iaitu tempat atuknya berada.
Pintu wad dikuak perlahan dan terus Dania menerpa masuk untuk melihat keadaan atuknya.
"Yéyé, duìbùqǐ Dania bāng bùliǎo yéyé. (Atuk, maafkan Dania tidak dapat menolong datuk)." ujar Dania sambil menggengam erat jari jemari atuknya.
"You helped me. You take care of me even your parents don't allow you to take care of me. I'm so proud with you, Dania. Awak dah matang, dah besar and awak jaga Saya dengan penuh kasih sayang." air mata Dania jatuh. Dari kecil dia cuma mendapat kasih sayang daripada atuknya sahaja. Ibu bapa dia? hancur. Mereka pentingkan kerja daripada anak mereka sendiri.
"Don't cry, princess." air mata Dania disapu oleh atuknya. Senyuman pada lelaki itu cukup membuatkan Dania kembali tersenyum.
"Encik Ng , let's go to the operating room." kata seorang jururawat yang baru tiba. Dania meninggalkan bilik itu dengan senyuman dibibir. Dalam perjalanan ke bilik Adif, dia terlanggar seorang lelaki.
"Sorry sir. Are you okay?" soal Dania dengan cemas. Lelaki itu mengangguk.
"Hey, you are not okay. Your fingers are bleeding." Lelaki itu terus menyorokkan jari yang berdarah.
"Doktor Iskandar. Encik Ng dah bersedia untuk dibedah." ujar jururawat lelaki memakai teg nama Fendi.
"Give me 5 minutes, Fendi. Suruh diaorang get ready." lelaki itu terus masuk ke dalam bilik kerjanya. Namun Dania tidak henti berfikir tentang lelaki itu. Entah kenapa dia berasa dia macam pernah dengar suara lelaki tersebut.
'Macam yang selalu call Aku tu. EH entah-entah stalker. Lari dulu~~"
TOK WAN mengusap lembut perut cucu menantunya buat seketika. Kandungan Naura kini sudah mencecah 2 minggu namun Naura makin kerap menangis akibat terlalu merindui arwah suaminya.
"Janganlah nangis, Naura. Dah seminggu Arif pergi dan seminggu tu lah kamu nangis." tegur tok wan. Naura masih setia memeluk baju kerja Arif. Hanya itu yang mampu dia melepaskan rindu.
"Tok wan, kenapa polis tak dapat cari lagi Arif?" soal Naura sambil mengelap air matanya.
"Biar polis buat kerja diaorang. Kamu tu buat kerja kamu sebagai bakal ibu. Kamu kena tuntut hak kamu demi anak-anak kamu. Kuatkan semangat untuk jaga anak-anak kamu." seminggu dia menjaga Naura di rumah Arif, barulah dia sedar kenapa Arif sayang benar dengan Naura Airina. Perwatakan Naura seperti kanak-kanak dan gadis itu akan bertindak seorang yang matang saat ada seseorang yang memimpin dia.
Naura seorang gadis yang berhati mulia dan baik. Namun entah bagaimana orang yang sudah dianggap seperti ibu sendiri sudah menjadi orang luar.
"Banyak sangat ke harta yang arwah atuk tinggalkan dekat Arif sampai Naura kena tuntut hak tu balik."
"20 peratus. Tak akan tak banyak. Hospital yang arwah suami tok wan pun atas nama Arif sekarang. Wasiat tu kata kalau kamu lahirkan anak, hospital bawah nama Arif tu akan jadi hak anak kamu. Dan resort sekarang ni akan jadi hak anak kamu juga. Semua kos pembelajaran dan hospital, pihak syarikat akan bayarkan." Naura terdiam. Kaya juga keluarga arwah suami dia. Jadi tak pelik lah kan kalau barang hantaran Naura semuanya dari jenama yang mahal.
'Kuat ke Aku untuk jaga budak ni tanpa seorang ayah? kuat ke Aku?'
"Kau nak makan apa, Naura?" soal Maisara sambil melihat menu KFC di kaunter. Naura mengangkat bahunya. Selera makan dia sudah pun putus saat dia menerima berita bahawa Arif tiada di lagi.
"Makan set ngan Aku je lah. Set biasa. Dah Aku gi order dulu. So kau pergi pilih tempat." Tanpa berfikir panjang, Naura mengambil tempat dibahagian hujung sekali. Terus terang sahajalah. Itu adalah kedai yang pernah Arif dan Naura singgah. Dan meja yang Naura ambil itu adalah meja di mana tempat dia dan Arif pernah duduk.
'Sayang, Naura janji Naura akan kuat. Naura buat demi anak-anak kita. Sayang tunggu Naura dekat syurga ya.' air mata Naura jatuh.
"Madam? are you okay?" soal lelaki memakai pelitup muka berwarna hitam dan berpakaian seperti seorang doktor itu.
"Surely yes." senyum. Lelaki itu membawa keluar sehelai kain bandana berwarna biru pekat itu lalu dia memberikan kepada Naura.
"Lap air mata tu. Saya tak tahu apa yang berlaku but stay strong. Pasti ada hikmah disebalik semua ni." Naura tidak mengambil kain bandana tersebut untuk mengelap air matanya namun dia cuma menghadiahkan segaris senyuman paksa buat lelaki itu.
"Naura.. nah kau makan. Dah seminggu kau tak makan mesti baby dalam perut tu lapar." ujar Maisara setelah tiba di meja tersebut. Lelaki yang berbual dengan Naura itu dia tolak ketepi. Kesihatan Naura dan kandungan gadis itu lebih penting.
"Saya pergi dulu, madam. Stay strong!" si lelaki memberi kata-kata semangat seakan-akan lelaki itu mengetahui masalah yang Naura hadapi saat ini. Kalau orang lain boleh sahaja menziarahi orang yang mereka sayang di kubur namun Naura.. kubur arwah suami dia pun, dia tak tahu. kenduri tahlil pun Puan Aina dan Encik Hafiz tidak menjemput menantu mereka begitu juga dengan Adif dan tok wan.
Ikutkan hati Adif mahu sahaja dia menampar wajah dua insan itu sekali gus memberi pengajaran kepada mereka kerana lakukan perkara terkutuk. Kalau ikutkan hati tok wan pula, dia mahu masukkan menantu dan anak dia sekali ke dalam penjara kerana melalukan perbuatan yang begitu kejam. Apa salah Naura sampai gadis itu tidak boleh datang ke kenduri tahlil arwah suaminya?
"Nak gi tandas jap." Maisara mengangguk tanda faham. Baru dia melafazkan bacaan bismillah, Naura sudahpun pengsan di tengah jalan. Maisara cemas. Dia buntu. Entah macam mana dia mahu kendalikan Naura pada saat ini.
"Wait, I call ambulance." ujar seorang makcik berbangsa Cina itu. Kepala Naura diletakkan di atas peha Maisara. Suasana yang aman betukat menjadi riuh. Dalam keadaan Naura begini memang Maisara tidak mampu lakukan apa-apa lagi. Naura..
"Puan Naura dah sedar?" soal jururawat lelaki itu. Naura terjaga dari pengsan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Okey.. ini bukan KFC tapi ni.. hospital?!
"Awak siapa pulak?" tanya Naura dengan aneh. Jururawat lelaki itu tersenyum.
"Fendi. Saya nak check suhu Puan sekejap." Naura duduk diam seperti patung. Fikirannya buntu.
"Okey siap."
"Dah Fendi?" soal doktor lelaki yang sedang menghampiri katil Naura. Naura berundur ke belakang sikit demi sedikit.
"Kandungan Puan Naura alhamdulillah okey sahaja cuma Puan kena banyakkan rehat. Jangan stres dan kalau boleh sebulan sekali lah datang ke klinik atau hospital untuk check up." Naura diam sahaja. Bukan tak mahu ambil peduli tentang anak dalam kandungan tu cuma dia malas nak bertemu dengan orang yang tidak dikenali.
"Arif.." panggil Naura dalam nada sedih.
"Fendi, ambilkan air vitamin atas meja Saya, sekejap. Saya nak berborak dengan Puan Naura." Fendi mengikut arahan doktor lelaki itu.
"Saya tak tahu masalah Puan Naura. Tapi kalau Puan Naura selalu skip makan dan stres itu akan memberi kesan kepada anak Puan." ujar doktor itu. Naura gelak sinis.
"Suami Saya dah mati. Mak mentua Saya dah buang Saya dari family dia. Saya mengandung tanpa seorang suami dan anak Saya akan membesar tanpa seorang ayah. Awak ingat Saya tak sedih?" disebalik topeng muka itu, doktor Iskandar cuma mampu mengucapkan bersabar di dalam hati.
"Saya tak jumpa isteri Saya sebab rasa bersalah. Dan Saya baru dapat tahu isteri Saya mengandung. Awak ingat Saya tak sedih juga? Saya terpaksa buat semua ni untuk keselamatan diaorang. Keselamatan isteri Saya masih terjamin dan percayalah semuanya ada hikmah." Doktor Iskandar seakan-akan memberi kata-kata semangat pada pesakitnya.
"Saya doktor dan awak pesakit Saya. Dengar cakap Saya kalau awak tak nak anak awak jadi apa-apa."
"Awak cakap macam awak kenal Saya. Awak tak tahu masalah Saya lagi besar. Saya rindu arwah suami Saya and now Saya kena ambil balik hak anak-anak Saya. Saya ni.. dah tak ada apa. Awak tak rasa apa yang Saya rasa.." air mata Naura jatuh. Doktor Iskandar cuma berdiri disebelah wanita itu.
'Maafkan Saya, sayang. Saya akan usaha untuk dapatkan balik hak anak-anak kita.'