Doktor Iskandar melepaskan keluhan selepas selesai berbual dengan Naura. Cermin mata dan topeng muka dibuka lalu diletakkan di atas meja kerja.
"Maafkan Arif, sayang. Arif buat semua ni sebab Arif rasa bersalah." ujar Arif dengan nada kecewa. Sejujurnya dia tidak mengikuti rancangan yang diaturkan oleh Puan Aina. Setelah dia sedar bahawa ada seseorang yang cuba sabotaj kapal terbang tersebut, dia terus membuat aduan pada pihak atasan di situ namun sayang. Pihak atasan tidak mendengar kata-kata Arif dan semuanya berakhir begitu sahaja.
NAURA bosan duduk di dalam wad itu seperti orang dungu. Nak buat apa pun tak boleh sebab Maisara tiada. Menurut doktor Iskandar, Naura boleh pulang setelah Maisara habis kerja. Tadipun mujur Batrisya dan Alif sudi membantu di kedai dan mujur juga pelanggan tidak ramai.
Pintu wad diketuk perlahan. Naura terus baring semula seraya menarik selimut hingga ke paras kepalanya.
"Puan Naura, makanlah sikit. Nanti perut tu masuk angin." pujuk Fendi sambil membawa bekal makanan yang ditempah khas oleh doktor Iskandar.
"Tak nak!" Fendi mengeluh.
"Saya letak kat sini ya. Nanti Puan Naura makan. Kalau tak makan nanti anak dalam tu kena juga." tiba-tiba Naura rasa kasihan pada si anak. Niatnya cuma tak ingin makan atas sebab dia tiada selera namun apabila Fendi mengaitkan sekali tentang si anak, dia mula rasa bersalah.
Fendi keluar daripada wad tersebut dan dia terkejut saat melihat doktor Iskandar berada disebalik pintu.
"Terkejut Saya, doktor." ujar Fendi sambil mengurut dadanya.
"Sorry. Dia makan tak?" Fendi menggeleng. Doktor Iskandar memakai topeng muka dan cermin matanya. Dia terus menerpa masuk ke dalam wad isterinya.
"Saya tak nak makan! awak tak faham ke atau buat-buat tak faham?" soal Naura. Doktor Iskandar terkejut dengan jeritan isterinya. Naura tidak pernah bersikap begini saat dipaksa untuk makan mahupun tidur.
"Sa.. Puan Naura, makanlah sedikit. Nanti perut masuk angin tu awak kena duduk dekat hospital ni lagi." pujuk doktor Iskandar. Disebabkan tak nak duduk di hospital, dia terus bangun dari baringnya. Meja makan ditolak hingga ke paras dada Naura.
"Jangan ingat Saya beli dekat kedai tepi jalan ya, makanan ni." ujar doktor Iskandar sambil membuka bungkusan mi goreng itu.
"So doktor beli kat mana?"
"Kedai mamak tepi jalan tu." terbahak Naura ketawakan doktor itu. Disebalik topeng muka itu, Arif? atau doktor Iskandar sedang tersenyum melihat wajah ceria isterinya.
"Sedap?" soal lelaki itu. Naura mengangguk laju. Sedap dan pedas apatah lagi mi nya juga tidak berminyak.
"Berapa bulan Puan Naura pregnant?"
"Doktor kata baru 2 minggu lebih." senyum. Arif sebak. Kenapa dia perlu berbohong pada media dan ahli keluarganya bahawa dia telah mati? sedangkan dia masih berada di hadapan isterinya yang kelaparan.
"Isteri doktor dah pregnant berapa lama?" soal Naura pula. Dia membuka air milo di dalam tin untuk menghilangkan dahaganya.
"2 minggu juga." Naura mengangguk.
"Pergilah telefon dia. Mana tahu dia rindukan doktor." cadang Naura. Telefon? hm...
"Bukan tak nak cuma Saya takut dia marah. Lagipun kalau dia marah muka dia mesti merah lepastu dia demam. So Saya tak nak buat dia marah."
"Dah awak yang tak nak call dia. Anytime dia akan marah sebab dia ingat awak tak sayang dia. Besar sangat ke masalah awak dengan dia sampai tak boleh berbaik?" mulalah Naura ingin jadi penasihat rumah tangga. Walhal rumah tangga sendiri pun tak terjaga.
"Nanti lah Saya cerita. Kalau dah siap makan panggil nurse, nanti dia buangkan. Jangan tidur lambat sangat. Esok awak dah boleh balik." Naura mengangguk sambil mengunyah mee goreng itu.
Jam menunjukkan pukul 9 malam dan doktor Iskandar masih belum pulang ke rumah. Buat masa ini dia menyewa rumah di sebuah kondominium yang berdekatan dengan rumah orang tua Arif.
"Abang tak nak buat sesuatu ke dekat Naura tu? kesian Saya tengok dia asyik termenung je." ujar Puan Khalidah usai menuang air teh.
"Rina tu anak Saya. Saya tahulah dia macam mana." balas encik Abdul Dayyan.
"Abang sanggup ke tengok anak abang tu duduk termenung macam orang tak ada hala tuju? Dia tu walaupun bukan anak kandung Saya, tapi Saya sayang dia bang. Naura lagi rapat dengan Saya berbanding ayah kandung dia sendiri."
"Awak bercakap tanpa berfikir ke Khalidah? Dia anak Saya. Saya yang besarkan dia. Awak ingat Saya nak ke tengok anak Saya jadi orang tak berguna?"
"Arwah menantu Saya meninggal. Cucu Saya akan membesar tanpa seorang ayah. Hak cucu Saya dah diambil oleh keluarga belah sana. Awak ingat Naura akan kuat? Awak cuma biarkan anak awak jalani ujian dia seorang diri tanpa kata-kata semangat. Awak tak ambil peduli tentang Naura lepas arwah kak Nurin tak ada." pergaduhan antara suami isteri itu menarik perhatian tok wan yang baru selesai solat taubat. Terus dia menuju ke balkoni biliknya untuk melihat kedua-dua ibu bapa Naura.
"Khalidah. Abdul. Sudah-sudah lah tu. Aku dah pesan dekat Naura. Dia tu pun Aku dah anggap cucu Aku jugak. Tak ada faedah korang bergaduh macam orang kalah judi." tegur tok wan sebelum masuk semula ke dalam bilik.
"Abang dengar ya. Apa-apa jadi dekat Naura. Saya tak akan maafkan keluarga Arif sampai mati! Abang tinggalkan Naura dalam gelap lagi memang Saya patahkan pinggang abang! amanah arwah kak Nurin tu masih Idah pegang. Idah akan jaga Naura macam anak Idah sendiri." terus Puan Khalidah melangkah masuk ke dalam rumah. Encik Abdul Dayyan termenung buat seketika.
Agaknya salah dia juga kerana mendidik anak gadisnya dengan kejam. Memang betul ibu bapa masing-masing ada cara mereka sendiri namun adakah dengan cara itu akan buatkan anak-anak kita berasa gembira?
Petang tadi saat Puan Khalidah ingin menjenguk Naura di hospital, dia tidak membenarkan isterinya pergi atas sebab ada Maisara disana. Namun dia tahu Maisara sedang bekerja dan tiada siapa yang menjaga Naura. Dia cuma mahu Naura berdikari tapi ini sudah melampau!
'Maafkan ayah, Rina.'
ayat itu sajalah yang sering bermain dalam kotak minda Encik Abdul Dayyan. Ingin diucapkan ayat itu pun dia tidak mampu. Ego? agaknya benar lah.
TAUFIQ mencari di seluruh tempat di Johor Bahru namun masih tidak berjumpa dengan gadis pemilik nama Noralia Maisara. Naik pening saat Taufiq dapat tahu bahawa kawannya telah meninggal dunia dan dia sudah kehilangan seorang kakak.
"Mana awak pergi ni Maisara? awak ingat Saya ni anjing ke tercari-cari tuannya?" soal Taufiq. Dia menghentikan langkahnya untuk membeli sebotol air mineral bagi melegakan tekaknya yang kering.
"Berapa harga dik?" tanya Taufiq usai mengambil dua botol air mineral dan sebungkus roti bersalut krim vanilla itu.
"Rm 4 ringgit." Taufiq tercari-cari lagi duit kecil dalam dompetnya namun tiada pula. Paling kecil pun duit 50 ringgit. Biasalah anak orang kaya.
"Saya bayarkan dia." kata seorang gadis yang berdiri di belakang Taufiq. Duit not 10 ringgit diberikan pada gadis di kaunter itu dan terus berlalu pergi.
"Maisara?" teka Taufiq. Suara pemilik gadis itu memang sama dengan suara Maisara.
"Adik nampak tak muka perempuan tadi?" soal Taufiq kepada juruwang itu.
"Nampak. Kenapa?" lekas Taufiq mengeluarkan telefon pintarnya untuk mencari gambar Maisara.
"Ni ke?" tanya Taufiq sambil menunjukkan gambar Maisara yang sedang tersenyum memandang kamera. Juruwang itu mengangguk perlahan. Taufiq terus tersenyum.
'Aku jumpa dia? Aku.. EEE Aku jumpa dia. Alhamdulillah.'
Perasaan Taufiq memang tak tahu lagi nak diluahkan macam mana kerana dia betul-betul gembira. Tapi setakat jumpa macam tu... macam tiada guna juga kerana tidak dapat berbual. Haih apalah nasib mu wahai Taufiq Sufian.