TAUFIQ tidak henti menggoyangkan bahu kiri Arif seperti inginkan perhatian. Arif melepaskan keluhan kecil lalu membuka cermin matanya. Rambut yang disikat rapi mula dikusutkan. Fikiran Arif mula serabut.
"Aku ni tengah fikir pasal plan. Tetiba kau datang je cakap pasal Maisara. Bukan Aku suami dia pun." marah Arif. Taufiq masih tidak henti menggoyangkan bahu Arif.
"Alah bagilah Aku jumpa Mai."
"Ada kang kena ngan Aku ni. Aku bukan suami dia. Mak dia. Bapak dia plus bukan sepupu dia. Haih penatlah." Arif terus keluar dari bilik kerjanya. Taufiq masih belum putus asa. Dia mengejar Arif hingga ke ruang tamu.
"Bini kau pregnant ke sampai makan 2 pinggan nasi goreng?" soal Taufiq setelah melihat Naura duduk di ruang tamu bertemankan Qayyum dan makcik Wati.
"Kalau ya pun kenapa? Anak Aku bukan anak kau." Taufiq berpeluk tubuh. Haih sabarlah Taufiq akan datang kau pula merasa adanya seorang isteri.
"Sayang." panggil Arif dengan nada lembut. Naura bangun dari sofa lalu berjalan menghampiri Arif. Selendang yang hampir jatuh itu mula dinaikkan semula ke atas bahu.
"Arif nak keluar ngan Taufiq dulu. Before Isyak Arif balik ya." Naura mengangguk lalu bersalaman sebelum suaminya keluar. Taufiq melihat sahaja perbuatan Arif dan Naura itu. Ugh dia dapat merasa betapa singlenya dia pada masa itu.
"Oh my god. What happen with you guys?" Arif menjelir lidahnya.
"Rasa single tak?" soal Naura seakan-akan mengejek lelaki itu. Taufiq terus tarik muka. Langkahnya dibuka untuk keluar dari rumah mewah itu.
'Please. Singlenya Aku, Ya Allah. Sabar Fiq sabar.'
ADIF meneguk perlahan air sirap di ruang tamu. Anak matanya tercari-cari kelibat Taufiq yang masih belum pulang. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun kelibat lelaki itu masih tiada hingga sekarang.
Ting tong! loceng berbunyi. Adif bangun dari sofa lalu membuka pintu rumah tersebut. "Lambat, abang balik." ujar Adif.
Tangannya kini penuh dengan plastik yang dibeli oleh Taufiq. Segera dia membawa ke dapur kerana plastik itu agak berat. Taufiq mengantungkan kunci keretanya lalu terus meneguk air sirap Adif di atas meja ruang tamu.
"Nanti kau kemaskan. Aku nak tidur. Penat Aku." Adif mengangguk. Tidak sampai 10 minit Taufiq duduk di sofa, lelaki itu sudah tertidur. Adif menggeleng kepalanya.
"Banyaknya stok makanan dia beli. Kat rumah ni ada Aku ngan dia je. Yang beli banyak-banyak dah kenapa?" bebel Adif. Tangannya laju menyusun barangan yang dibeli oleh Taufiq kedalam kabinet dapur.
Usai mengemas dia masuk ke kamar Taufiq untuk mengambil selimut untuk dibawa ke ruang tamu. Terus dia mengambil telefon pintarnya setelah selesai menyelimutkan Taufiq yang sudah dibuai mimpi.
"Kau buat apa?" - Adif
Adif menutup lampu dan pintu biliknya dan terus baring ke atas tilam. Lampu disebelah katil menyinarkan wajah tampannya begitu juga degan parut di wajahnya.
"Chat kau." - Dania
"Bakal tunang tak chat ke?" - Adif
"Lol. Bakal tunang tipu-tipu je. Aku tak nak tunang dengan dia pun." - Dania
Adif terus bersila. Sudah dia agak hal ini akan terjadi. Dania dan Zixuan secara tiba-tiba dan majlis pertunangan akan berlangsung minggu depan. Semuanya pelik.
"So you don't like Zixuan?" - Adif
"Surely not. Why nak suka dia kalau dia nak kahwin dengan Aku atas sebab harta. Lol my parents dah jadi idiot ke sebab pilih orang yang berharta?" - Dania
"Anyways. Congratulations, Dania. May your relationship with Zixuan always be good. Sweet dream and... Aku sayang kau." - Adif
Dania terdiam saat membaca pesanan Adif. Lagi-lagi pada perkataan akhir itu. Aku sayang kau. Okey. Think positive. Mungkin sebagai kawan. Tapi kalau lebih macam mana pula?
"As a tukang gambar time majlis kau." - Adif
Telefon terus dicampak ke atas sofa. Dania tidak henti tersenyum namun senyumannya mula pudar saat ibunya mula memulas tombol pintu biliknya.
"Are you okay?" soal Puan Nur.
"Yes. Why mom?" senyum. Puan Nur duduk disebalah anak daranya. Wajah Dania sebiji seperti wajah arwah ibunya yang meninggal atas sebab penyakit kanser.
"Mom.. minta maaf. I know Dania dah besar but I don't know why I tak boleh lepaskan you. I sendiri tak jamin safety you when kahwin ngan Zixuan. Your daddy always abaikan you and I pun. Tetiba je dia suruh you kahwin. I yakin you belum ready." Dania senyum tawar. Dia dah malas nak fikir hal itu. Semuanya telah terjadi.
"Mom, cuba cakap apa yang you nak sampaikan? I- tak faham. I'm Dania and of course I'm ready. Kahwin? no hal lah. If Zixuan nak kan I because harta. I will make him regret it."
"Hm okay so selamat malam and baca doa before sleep after that if have a problem, you boleh cakap ngan I or atuk. Okey?" Dania mengangguk dan terus menarik selimut hingga paras kepalanya.
"Everything will be okay. Kan? Ya Allah ugh. I can't stop thinking about Adif lah."
HARI di hospital berlalu seperti biasa begitu juga rumah tangga Arif dan Naura. Semuanya berjalan lancar namun tidak untuk Naura. Ibunya sering bertanya bilakah Naura akan pulang ke rumah namun Naura tidak mahu pulang dengan segera kerana takut Arif akan melarikan diri.
"Akak balik lah sekejap. Sekejap je jadilah. Tok wan tu rindu benor ngan akak." pujuk Adif. Naura menggeleng kepalanya.
"Sekejap je. Bukannya rumah akak lari. Seminggu sekali pulang ke rumah arwah abang. Lagipun aunty dah tak ada sesiapa."
"Apa Adif cakap ni? uncle Dayyan kan ada." balas Naura sambil menyedut air teh tariknya.
"Uncle dah bercerai dengan aunty Idah. Everything is not the same as before. Dan sekarang ni... mama tengah cari akak dengan Adif. Akak rasa akak akan selamat bila duduk seorang diri?" Perbualan mereka dihentikan saat Dania dan Maisara tiba sambil membawa lauk pauk untuk makanan tengah hari.
Naura masih berasa ini adalah sebuah mimpi. Adakah benar ibu bapanya telah bercerai? Tapi kenapa? Ibunya baik begitu juga dengan arwah maknya. Secara tiba-tiba. Tanpa di duga. Mengapa?
"Makanlah. Harini Dania belanja." ujar Dania sambil meletakkan sayur bayam ke atas nasi yang masih panas itu. Naura mengangguk seraya ukirkan senyuman.
'Hilang pulak selera.'
"KENAPA kacau Naura." rengek Naura saat Arif tidak henti bermain dengan rambutnya. Arif menjelir lidahnya sambil ketawa.
"Makcik tengok Arif ni." adu Naura kepada Makcik Wati yang sedang menonton televisyen bersama Qayyum di ruang tamu.
"Sudahlah tu Tuan. Kesian Puan tu asyik kena kacau je."
"Sekali sekala makcik. Dia ni dulu bila duduk kat sana selalu je nak kacau Saya. Bila duduk sini hah turn Saya pula lah nak kacau dia." selamba Arif mencubit pipi Naura. Terus Naura pasang muka merajuk.
"Tidur luar malam ni." terus Arif pasang riak wajah merajuk. Naura tayang muka tak bersalah.
"Ayah dengan ibu dah bercerai." Kata Naura sambil menyelak halaman novel Arif. Tangan di komputer riba masih setia pada papan kekunci di atas meja.
"Hm." balas Arif nada merajuk.
"Esok Saya nak jenguk tok wan ngan Ibu. Boleh?"
"Pergi je." terus Arif masuk ke dalam. Tinggal Naura sahaja di meja makan itu. Qayyum dan makcik Wati terus memandang wajah Naura.
"Ish ya lah. Janganlah pandang macam tu sekali." Qayyum dan makcik Wati mengangguk seraya tersenyum dengan hubungan Tuan rumah itu.
"Qayyum suka tengok Puan dengan Tuan. Nampak comel je." kata Qayyum kepada ibunya yang sedang berehat.
"Ibu tahu. Itu yang ibu tunggu kamu pula. Mana tahu lagi comel." sengih. Qayyum pasang wajah tak bersalah. Umurnya masih 20an tak akan mahu berkahwin pula. Sudahlah masih belajar dan kerja ini sahaja yang dia ada. Tak akan mahu berkahwin dengan anak orang tanpa sijil belajar. Nanti dituduh tak ada pelajaran pula.
NAURA menarik perlahan selimut yang diparas kepala Arif. Dia menarik hingga ke paras pusat lelaki itu. Arif terus memusingkan tubuhnya disebelah kiri. Merajuk lah agaknya. Haih.
"Gurau je. Janganlah merajuk. Naura cuma.. sensitif je." pujuk Naura sambil meletakkan kepalanya di atas dada Arif.
"Hm."
"Hm? Itu je? Sorry, sayang." Arif terus bangun dari baringnya. Kepala Naura kini berada di atas ribanya. Anak mata mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Hug me." kata Arif setelah diam 2 minit. Naura kerut dahi.
"Hm tu maksudnya hug me. Just hug me and everything will be okay." senyum. Naura menurut juga kehendak suaminya. Pelukan yang erat mula menabur cinta dan sayang dalam jiwa mereka.
"Don't make a face like that, Sayang. Kenapa nak nangis pula ni?" Kini Naura berada dalam dakapan Arif yang semakin erat. Pelukan dipinggang beralih ke pelukan di bahu.
"Why ayah dengan ibu nak bercerai. Ayah tak sayang Naura ke?" Naura menahan air matanya daripada jatuh.
"Ayah sayang Naura. Naura satu-satunya anak dia. Jangan fikir negatif, Naura." kalaulah Naura tahu betapa bencinya encik Abdul Dayyan kepada anak kandungnya sendiri. Semestinya Naura akan menangis dan meraung bahkan kesihatan Naura turut terjejas.
"Kenapa bunga ni macam nak layu je." ujar Arif. Tangannya mula memegang kedua-dua belah pipi Naura.
"Sebab bunga ni nak tidur. Esok pagi dia mekar." Naura menarik selimut hitam hingga paras bahunya.
"Arif nak sambung kerja sekejap ya." Naura mengangkat tapak tangannya lalu dia menghalau Arif untuk keluar dari kamar itu. Arif tersenyum.
"Night sayang Arif."Arif bangun dari katil lalu berjalan menghampiri pintu biliknya. Tapak kaki Arif bukan menuju ke bilik kerjanya namun menuju ke bilik tidur Qayyum yang berhadapan bilik tidur tetamu.
Qayyum keluar dari biliknya dan bersemuka dengan Arif yang menanti kehadiran dirinya. "Dah cepat. Nanti bini Saya marah tak tidur lagi." Qayyum mengangguk perlahan. Mereka masuk ke dalam bilik pejabat itu setelah yang lain tidur. Jam menunjukkan pukul 11 malam dan inilah masanya untuk merancang rancangan.
"Jatuhkan orang yang bersalah dan menangkan orang yang berhak. Jangan kita terlepas seorang pun." kata Arif kepada Qayyum yang duduk di hadapannya. Qayyum sudah bersedia dengan rancangan bijak Arif. Macam avengers pun ada juga. Ish hebatnya.