Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 34 - Love Blue Flowers

Chapter 34 - Love Blue Flowers

ZIXUAN memeluk tubuh saat menunggu Dania membeli air mineral di cafe universitinya. Pada masa yang sama Zixuan turut mencari kelibat Adif di universiti itu namun sejak-sejak ini Adif jarang bertemu dengan Dania. Adakah Adif sudah sedar tempat dia dihati Dania?

"Balik dengan siapa Dania?" soal makcik di kaunter itu. Dania menyerahkan wang ringgit sejumlah 2 ringgit kepada makcik itu sebelum dia membalas soalan.

"Kawan." senyum.

"Ni kenapa sejak-sejak ni tak rapat dengan Adif? kesian makcik tengok dia seorang-seorang. Kalau ada pakwe pun janganlah tinggalkan si Adif." .

"Dia.. ada datang ke? Saya tak perasan pun dia. Motor dia pun tak ada." Pelik. Biasanya Adif akan berjumpa terus dengan dia bila tiba di universiti tapi kenapa berubah pula.

"Adalah. Pukul 7 dah datang sini tolong makcik. Bagus budak tu. Bila dia nampak je kamu terus dia buat tak tahu. Gaduh ke?" laju Dania menggeleng. Pelik betul ni.

Zixuan menghampiri Dania yang asik dengan perbualan tentang Adif. "Sayang, jom." ucap Zixuan dengan nada romantis.

"Nanti borak lagi ya makcik. Terima kasih." senyum dan terus berlalu pergi dengan langkah yang berat. Fikirannya benar fikirkan hal Adif. Kali terakhir Adif berbual dengan dia adalah 2 hari lepas. Apa masalah ni?

Zixuan membuka pintu kereta untuk Dania masuk dan dia terus menutup pintu setelah Dania memakai tali pinggang keledar.

"I hantar you balik rumah ya. I nak jumpa client jap lagi." ujar Zixuan sebelum keluar dari kawasan itu. Dania diam.

"I cakap dengan you, dear. Tak dengar ke?"

"Sorry. I fikirkan assignment tadi. You cakap apa?" hm nampak betul menipu. Walhal dia berfikir tentang Adif.

"I hantar you balik rumah. I nak jumpa client. Ke you nak makan dulu ngan I?"

"Hm hantar je lah balik rumah. Makan dengan you tu I dapat apa? sikit-sikit phone. Lusa kita nak bertunang tau and you masih ngan kerja you. You tak bagi I attention langsung. I nak kenal dengan you pun you kata nanti lah. Lepas kahwin lah. Jangan fikir hal you je lah. I ni? assignment berlambak dengan lecturer ajak gaduh. Faham lah I ni jugak." tiba-tiba sahaja Dania naik angin dengan sikap Zixuan. Zixuan menahan kesabaran. Ikutkan hati dia, mahu sahaja dia menampar wajah Dania.

"Sorry. Lately ni I banyak projek." senyum.

"Kalau you kahwin dengan I sebab duit. Please. You tak akan dapat satu sen harta family I. Grandpa I pun tak suka dengan you ni. I tak pernah nampak you solat pun. And now? bau badan you bau arak. Jaga air muka family I. If masuk Islam sebab harta better matikan je niat you. Harta family hanya untuk I and anak-anak I. Suami I tak akan dapat. Faham?!" pintu kereta dibuka oleh Dania dan dia menghempas pintu itu dengan sepenuh tenaganya.

Zixuan memukul kemudi kereta dengan kedua-dua belah tangannya. Dia benci dengan perempuan seperti Dania. Acah alim. Dulu, gadis itu tidak pernah berpakain sopan bahkan sering memakai pakaian yang seksi tapi selepas berkenalan dengan Adif. Tiba-tiba berubah.

"Harta kau hanya untuk family kau and anak-anak kau? Please. Jangan ingat Aku tak berani Dania." senyum sinis.

TELEFON pintar Dania berdering dengan sangat kuat dan itu menarik perhatian Dania yang baru sahaja selesai mandi.

"Adif?" Dania terkejut dengan nama di paparan skrin.

"Hello? Adif kau kat mana? Asal susah sangat nak jumpa kau? Kau okay tak? Ada masalah ke?" bertubi soalan yang keluar dari mulut Dania. Adif disebalik panggilan itu mampu tersenyum dengan gembira.

"Jumpa kat TGV. Aku ada benda nak bagitahu." panggilan dimatikan. Dania terpinga-pinga. Tiba-tiba pula mahu berjumpa dia TGV tempat mereka selalu lepak bersama Naura dan Arif.

"Dia nak belanja Aku ke? Oh ma gad. Aku je yang beria sukakan dia tapi dia? hampeh. Pandang Aku je tak nak. Tu lah kau Dania ego. Ugh."

TIBA sahaja di TGV, Tebrau City, Dania memakai blouse muslimah berwarna ungu yang dibeli oleh Naura dan memakai tudung bawal berwarna putih. Nampak manis dengan senyuman dibibir gadis itu.

"Cik Dania ke?" soal pekerja di tempat itu. Dania mengangguk dengan hati yang berdebar.

"Encik Adif pergi tandas sekejap. Jadi sila ikut Saya." aneh pula dilayan seperti golongan diraja. Tak pernah pula ada service macam ni. Bayangkan TGV yang selalu dipenuhi dengan pelanggan kini tiada seorang pun. Yang ada cuma Dania dan pekerja yang lain.

"Cik boleh duduk di mana-mana sahaja ya. Wayang akan mula 2 minit lagi. Enjoy your time, miss." ungkap pekerja wanita itu. Dania berjalan dengan berhati-hati untuk menuju ke kerusi paling tengah di dalam itu. Entah apa cerita yang Adif pilih pun dia tidak tahu.

Bunyi dari skrin dihadapannya membuatkan Dania terkejut. Lampu di dalam panggung wayang itu sudah dimalapkan dan kini Dania membaca tajuk cerita itu.

'Cinta lelaki amnesia? Story apa ni? Story baru ke?'

Banyak soalan yang bermain dalam fikiran Dania dan salah satunya dimana Adif? Dan dimana orang lain? Kenapa dia sahaja ada di dalam panggung itu?

Dania kembali fokus. Anak matanya benar-benar fokus pada wajah lelaki dalam cerita itu. Sebiji dengan wajah Adif dan wanita di sebelah Adif adalah... dia. Gadis yang tidak henti ketawa dan tersenyum. Gadis yang menculik hati Adif.

"Kenapa rakam?" soal Dania sambil menyuapkan kek kedalam mulutnya.

"Kenangan." senyum.

"Okey so rakam Aku dengan baik." terus Adif ketawa kecil saat krim putar terkena pada pipi kiri Dania.

"You always look beautiful." kata Adif dengan perlahan. Kalini video Dania merakam aksi Adif sedang bermain di pusat hiburan seisi keluarga pula.

"Kalau Aku kalah macam mana?" tanya Diana saat membaling bola jaring ke dalam jaring. Adif tersenyum.

"Aku akan kalah. Main je." senyum. Dania turut tersenyum dan itulah perasaan yang paling gembira dalam hidupnya. Perasaan cinta dan kasih sayang dari seorang lelaki yang dia percayai.

"Don't worry if you lose. Because you always win in my heart. Dania number 1!" tulisan yang ditulis oleh Adif ketika di meja belajar itu membuatkan Dania menangis.

Kalini video dimana mereka berdua berada di

Begitu banyak rakaman video yang dirakamkan oleh Adif dan itu membuatkan Dania tidak henti menangis.

"Rakaman yang kau tengok pada harini adalah hari... Aku akan melamar kau." tulisan diakhir video itu membuatkan Dania tercari Adif.

"Hey, why you crying?" soal Adif dengan cemas. Dania mengelap air matanya lalu dia memasang riak wajah tidak bersalah. Adif tersenyum.

"Bila?"

"Bila apa?" Adif kerut dahi.

"Bila kau buat semua ni?" Adif tersenyum.

"Dua hari lepas. Sebab tu busy sampai tak cari kau." senyuman di pipi masih setia disitu. Dania tidak henti menangis dengan lamaran yang disediakan oleh Adif.

Tanpa Dania sedari ada lelaki yang sedang memerhatikan dia dari jauh. Zixuan. Lelaki itu melihat Dania dan Adif dari bilik cctv di kawasan panggung wayang dengan wajah yang geram.

Rancangan dia untuk mendapatkan harta keluarga Dania tidak akan berhenti disitu. Rancangan itu harus diteruskan. Tidak kira Dania sukakan Adif ataupun tidak. Dania milik Zixuan bukan Adif.

"YANG diri kat situ dah kenapa?" soal Naura usai melipat pakaian. Arif berhati-hati menghampiri Naura yang berwajah ceria.

"Dah sampai masanya Arif beritahu, sayang. Mama.. mama yang bunuh arwah mak."

"Heh? Oh okey." malas diambil tahu terus Naura pergi ke belakang untuk membasuh baju. Arif terlopong. Lah ini ke reaksi yang dia dapat? kenapa Naura begitu diam sahaja pada harini? Adakah salah dia kerana tidak berterus terang terlebih dahulu?

"Sayang. Kenapa ni?" kalini Arif cuba mendekati Naura yang membasuh baju. Naura pasang wajah tak bersalah. Dia menatap seketika wajah Arif dengan pandangan kosong tapi Arif pula yang berdebar.

"Anggap je tak ada apa yang berlaku. Naura tak kisah." Naura bercakap dengan nada biasa namun anak mata Naura menunjukkan emosi yang sedih. Arif mengeluh.

"Arif tengah kumpul bukti. Mama akan masuk penjara kalau bukti-bukti tu ada." sambung Arif lagi. Naura kembali ke ruang tamu untuk mengelap bingkai gambar pula.

Laju tangan Naura menyambar kain lap di dapur sebelum dia menuju ke ruang tamu. Arif masih tidak henti memujuk isterinya.

"Sayang." Arif membuka ikatan getah rambut Naura dengan perlahan.

"Kalau betul awak berpihak pada orang yang berhak terima kemenangan sila tunjukkan pada Saya. Syurga awak bawah tapak kaki mak awak. Saya hormat mak mentua Saya dan Saya anggap dia macam mak Saya sendiri. Awak ingat...mudah ke?" Naura meraung dalam dakapan Arif. Air mata Naura mengalir jatuh ke pipi.

"Kalau awak tak lari masatu agaknya semua ni tak akan terjadi! Ayah tak akan ceraikan ibu! anak-anak kita masih dapat kasih sayang yang lebih. Awak tahu tak Naura penat hari-hari kena maki? Awak tahu tak impian Naura dah musnah? kenapa? Kenapa Arif kenapa?!" tubuh Arif dipukul oleh Naura. Arif turut menangis di dalam pelukan Naura.

Dia benar-benar rasa bersalah dengan sikapnya. Dia ingatkan rancangan dia akan berjaya tapi kalini kecundang.

Pintu rumah dibuka oleh Qayyum dengan tergesa-gesa. Pantas Naura mengelap air matanya dengan tapak tangan kirinya.

"Kenapa?" soal Arif dengan nada menahan air mata. Qayyum terus menunjuk pintu tandas. Qayyum berlari masuk ke tandas untuk melepaskan hajat.

Naura masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu tersebut. Arif mengetuk pintu itu beberapa kali seraya memanggil nama Naura.

"Sayang. Bukalah pintu." Naura buat tak tahu. Dia duduk disebalik pintu sambil menangis. Air matanya tidak henti mengalir.

"Pergi!" teriak Naura. Arif memukul dirinya sendiri kerana rasa bersalah. Dia bodoh! Dia berasa dirinya pandai tapi sekarang dia sedar dia bodoh. Rancangan yang dia rancangkan ini terlalu bodoh hingga menyebabkan isterinya merana.