Seminggu
Dua minggu
Tiga minggu
Sudah masuk tiga minggu Adif tidak berjumpa Dania, begitu juga dengan Arif. Usai sahaja menghantar Maira ke rumah sewa yang baharu, dia jarang berjumpa keluarganya kerana sibuk mencari duit bagi memberi Maira makan.
Jap- dah kenapa nak bagi Maira makan sedangkan gadis itu masih mempunyai tenaga, tangan dan kaki begitu juga akal yang waras untuk bekerja. Adakah ini cara untuk Maira mempergunakan Adif?
"Puan tak kisah ke indentiti puan tersebar?" tanya Qayyum seraya meletakkan sebiji cawan berisi air teh o panas itu. Naura menggeleng sambil mengusap perutnya.
"Saya rasa disayangi at the same time rasa sedih sebab orang ingat Saya kahwin dengan Arif kerana duit." Qayyum ketawa kecil. Alahai kalau nak dibandingkan duit Naura lagi banyak daripada Arif kerana novel Naura sudah menjadi carian pertama saat pemilik kedai buku membuka kedai mereka.
"Puan dengan tuan okey ke? Kenapa sejak-sejak ni Saya selalu dengar puan nangis?" sekejap dia mengangguk sekejap dia menggeleng. Dia sendiri tak tahu sama ada hubungan mereka okey atau tidak.
"Entahlah. Dia macam dah bosan layan Saya ni. Pagi-pagi Saya muntah, mengidam, lapar, bosan. Bosan agaknya dengan perangai tak elok Saya ni." senyum.
"No. Tuan yang Saya kenal bukan lelaki yang cepat bosan dengan apa yang dia sayang. Dah dekat sebulan lebih dah nak masuk 2 bulan puan mengandung tapi masih sama. Sejak Maira masuk dalam rumah tu memang semua pelik. Tuan yang jarang bangun lambat dah mula bangun lambat. Selalu marah pekerja dekat hospital. Salah sikit je marah. Tuan really changed." apa yang Qayyum kata tu ada betulnya juga. Memang 360 darjah kehidupan Naura dan semua di dalam rumah itu berubah.
"Emosi Saya mana stabil sejak mengandung ni maybe itulah sebab dia jadi macam tu. Nak cari nafkah lagi. Nak bagi gaji awak lagi." kata Naura pula setelah selesai menulis bab baru dalam novelnya.
SUASANA di hospital mula riuh dengan bunyi jeritan dan raungan ibu yang sedang melahirkan anak, bunyi tangisan bayi, begitu juga bunyi para pekerja yang sedang memeriksa pesakit mereka.
Arif meletakkan stetoskop ke atas mejanya. Kepalanya pening dengan bunyi bising di luar pejabatnya dan dia juga baru sahaja selesai membedah pesakit yang terlibat dalam kemalangan.
Dia perasan bajunya terdapat kesan tompokan darah di beberapa bahagian lalu dia menukar kot bajunya dengan pakaian yang baru. Teringat pula dia pada kejadian di bilik bedah.
Masatu memang dia berasa takut dan mengigil akibat inilah kali pertama dia perlu membedah pesakit yang cedara parah di setiap bahagian tubuh. Seketika dia tersenyum saat mengenangkan isterinya.
Malam semalam, Arif tidur di atas lantai kerana dia berasa tidak selesa tidur bersama Naura di atas tilam. Perasaanya mula berubah perlahan-lahan. Dari cinta sekarang tiada cinta. Dia pun pelik dengan dirinya yang sekarang.
"Jijik ke Naura dekat mata Arif sampai Arif tak nak tidur sekatil?" tanya Naura yang berpusing ke arah dinding. Arif yang berbaring di atas lantai cuma berdiam diri.
"3 minggu. 3 minggu kita jadi macam ni. Awak betul-betul tak kisah ke pasal perasaan Saya ni? Awak cakaplah apa salah Saya sampaikan kita jadi macam ni."
"Boleh diam tak? Aku penat cari duit nak bahagiakan kau. Yang kau boleh memekak pulak tengah-tengah malam ni." jerit Arif dengan nada tegas. Perkataan Sayang yang sering keluar dari bibir itu telah tiada. Pelukan yang erat juga hilang. Diganti dengan jeritan kemarahan dari lelaki itu.
Berubah? 360 darjah semuanya berubah serta merta.
Arif mengeluh saat teringat akan peristiwa semalam. Dia kesal dengan perbuatannya pada masa yang sama tiada perasaan cinta terhadap Naura.
'Ceraikan je lah betina tu. Dah second hand.'
LANGKAH encik Abdul Dayyan mati saat dia ternampak Arif bersama Maira di Pusat membeli-belah dan kelihatan hanya mereka berdua tanpa Naura disitu.
"Wah budak ni main kasar ke?" pantas langkah encik Abdul Dayyan mengatur ke arah Arif dengan perasaan yang marah. Kemarahannya membuak dengan serta merta apabila gadis disebelah Arif tidak henti cuba memegang wajah Arif.
PANG! Arif terkejut begitu juga dengan gadis disebelahnya. Naik turun nafas encik Abdul Dayyan setelah menampar wajah menantunya.
"Kenapa tak keluar sekali dengan anak Aku? Biar dia nampak korang berdua kat sini." sergah encik Abdul Dayyan dengan nada marah.
Arif memegang pipi kirinya yang masih sakit akibat termakan penampar ayah mentuanya. Maira disebelah terdiam dengan kejadian itu.
"Ayah jangan masuk campur dalam hal rumah tangga Saya. Isteri Saya biar Saya selesai kan. Jangan sampai Saya hilang adab dengan ayah." balas Arif dengan berani. Dia masih mampu mengawal kemarahannya kerana ini juga salah dia.
"Kau kurang ajar dengan Aku sekarang ni. Aku dah kata kalau tak boleh beri dia kasih sayang, bawa dia dekat Aku. Jangan biar dia tersadai macam orang tak ada hala tuju." Arif gelak sinis.
"Kuasa cerai ada dalam tangan Saya. Jangan sampai Saya ceraikan anak ayah lah. Anak ayah tu macam hotel. Check in je blah." senyuman sinis itu membuatkan encik Abdul Dayyan marah. Ada ke patut dia samakan anak dia dengan hotel?!
Kalini jangan diminta memang encik Abdul Dayyan laju menampar wajah menantunya dengan sepuas hati. Berkali-kali dia menampar wajah Arif tapi menantunya masih tidak membalas kelakuan itu.
"Aku bagi kau peluang untuk tunjukan diri kau yang betul. Yang kau perempuan pergi lah bertaubat. Dia ni suami orang. Menantu Aku. Suami anak Aku. Jangan kacau rumah tangga orang." Maira pasang raut wajah tak peduli. Ew perlu ke dia peduli dengan lelaki yang lebih berusia ni? Ugh plis-
PULANG SAHAJA dari pusat membeli belah, Arif masuk ke bila seraya menutup pintu bilik dengan sekuat hatinya. Naura yang duduk di ruang tamu pasang wajah tenang. Tiada guna lagi dia nak beria pada orang yang salah. Manusia cepat berubah dan dia berasa semua ini salah dia.
"Keluar dari rumah ni." arah Arif sambil membawa keluar beg baju Naura. Naura mengangguk sambil ukirkan senyuman. Dia tidak terkejut. Serius dia dah penat dengan lelaki yang mudah bosan.
"Keputusan ni awak yang buat. Jangan menyesal." kata Naura lagi sambil mengangkat beg bajunya. Makcik Wati dan Qayyum cuba menghalang pintu agar Naura tidak keluar dari rumah itu.
"Aku tak pernah menyesal! Kau dengar sini betina. Naura Airina binti Abdul Dayyan Aku ceraikan kau dengan talak 1." Suara Arif bergetar saat melafazkan nama Naura. Dan dia pasti keputusan dia kalini bukan keputusan yang salah.
Naura mengangguk sambil tersenyum. Air matanya mengalir satu demi satu. Qayyum dan makcik Wati terkejut dengan apa yang mereka dengar. "Terima kasih sudi benarkan Saya tinggal kat sini buat bebepra bulan dan terima kasih lah kepada semua ya. Anak Saya masih Saya jaga dengan penuh kasih sayang. Tanpa seorang suami pun Saya dah mampu jaga!"
"Naura.. jangan pergi. Tolong." rayu makcik Wati.
"Nanti jumpa lagi. Kalau nyawa Naura panjang. Selamat tinggal makcik. Doakan yang terbaik untuk Naura ya." senyum dan berlalu pergi. Jauh dari sudut hati Naura terasa dengan sikap Arif tapi dia diam.
'Apa ntah salah Aku sampai nak ceraikan Aku. Oh lupa nak yang sempurna. Aku ni kan tak sempurna. Malas Aku.'