Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 41 - Love Blue Flowers

Chapter 41 - Love Blue Flowers

AIR mata yang masih mengalir di pipi telah dilap dengan kain bajunya. Kereta yang dipandu tidak tahu di mana tujuan untuk berhenti begitu juga dengan emosi yang tidak stabil pada masa itu.

"Nampak sangat termakan umpan betina tu. Kalau Aku tak izinkan dia masuk rumah tu memang semua tak akan terjadi." ungkap Naura yang masih menangis.

Tidak pernah sekali dia melihat riak wajah yang itu. Riak wajah marah dan bengis namun entah kenapa dia berasa itu bukanlah suaminya yang dia kenal. Kebiasannya Arif manja dan ceria bahkan tidak pernah sekali dia memarahi Naura namun kini berubah setelah hadirnya Maira.

'Aku tak yakin dia Maira. Entah-entah dia Putri. Walaupun muka berubah sikit tapi Aku kenal suara betina suka kacau hidup Aku. Eee siapa dia tu?! Maira ke Putri?'

"APA masalah kau, jantan? Ceraikan kawan Aku macam dia tak ada perasaan." marah Maisara usai dia dengar berita dari Qayyum. Atas kerana dia menganggap Naura sebagai keluarga dialah, dia terpaksa jejak kaki di rumah jantan tak guna ni.

"Jangan sampai Aku naik tangan dekat kau." kata Arif dengan berani. Rambut Arif yang kusut itu semakin dikusutkan atas kerana fikirkan dia buntu.

"Buat lah. Buat! Mana Arif yang dulu? Arif yang sayangkan Naura lebih dari ibu yang bunuh arwah ibu mentua kau. Kau berubah bila betina tu datang. Kau tak layan Naura macam dulu. Jangan cakap kau menipu ya. Dalam rumah ni ramai spy yang Aku ada. Dan kau ingat dia mengandung anak engkau. Anak kau. Waris harta kau. Anak dalam perut tu masih perlukan kasih sayang seorang ayah dan sekarang. Tetiba hilang sebab ayah dia ni bebal. Kau ceraikan perempuan yang terima kekurangan kau." Maisara tahan sebak di dada.

"Kau tak rasa bersalah? tak rasa bersyukur dapat isteri yang sayangkan kau? terima seadanya kau? dia tak pandang harta. Dia boleh hidup susah sebab itulah hidup dia dari dulu. Kau..." kata-kata Maisara terhenti saat suara makcik Wati kedengaran di dalam bilik utama. Sebentar tadi Arif menyuruh makcik Wati mengemaskan bilik itu dan buang semua barang Naura.

Tapi- kenapa makcik Wati memanggil Arif tidak henti?

"Astarghfirullah." istighfar terus Maisara dan yang lain setelah melihat sehelai kain kuning yang diikat seperti sup bunjut itu. Menggigil badan Arif kerana dia terkejut dan dia marah. Marah pada manusia yang lakukan hal yang jijik itu.

PANG! Adif menampar kuat wajah Maira yang masih tidak mahu mengaku kesalahannya. Dia tidak kisah pasal jantina lagi. Yang dia tahu dia jijik dan benci dengan gadis seperti itu. Mempergunakan orang lain untuk ambil keuntungan sendiri.

"Tak rasa berdosa ke tampar perempuan?!" jerit Maira sekuat hatinya. Maisara bangkit dari sofa lalu dia menolak Adif ketepi. Kini dia berdiri betul-betul berhadapan Maira.

"Tak rasa berdosa ke buat perkara syirik ni? Kalau Aku.." belum habis lagi Maisara menghabiskan kata-katanya. Makcik Wati sudah menolak Maisara ketepi. Hah sudah main tolak-tolak pulak.

"Hah kau rasa ni." makcik Wati piat telinga Maira dengan sekuat hatinya. Apa dia kisah ini anak orang atau monyet yang penting dia dapat membalas atas kelakuan Maira kepada Naura dan Arif.

"Sakitlah orang tua!" marah Maira pula. Makin menjadi perangai Maira apabila Adif menampar wajahnya. Dia sangkakan Adif berbeza dengan Arif rupanya tidak. Arif bencikan perkara jahat dan sanggup lakukan apa sahaja agar orang jahat itu insaf begitu juga Adif. Tetapi... Adif menampar wajahnya dengan begitu kuat bahkan dia rasa nyawa dia hampir terlepas.

"Eh Putri kau dengar sini ya perbuatan dosa kau ni dah hancurkan rumah tangga orang. Kau tu sedar diri sikitlah. Kau fikir kalau buat pembedahan plastik tu Aku tak kenal kau?! Nak menipu pun agak-agak Aku ni dah makan garam dari kau dulu." suasana semakin tegang apabila hadirnya Arif yang baru keluar daripada bilik. Kira-kira 1 jam juga dia bersama ustaz yang dipanggil oleh Qayyum.

"Kalau kamu rasa nak bertuhankan syaitan lebih baik kamu berhenti. Tiada guna kacau rumah tangga orang yang cukup sempurna ni. Sekelip mata sahaja bukti akan terdedah. Ingat kalau dekat bumi sahaja dah ada makhamah apatah lagi ketika dunia lain?" faham kan maksud dunia lain tu?

"Salah ke Saya nak ambil dia? Salah ke? Apa istimewa sangat betina sundal tu? Saya yang bertahun dengan dia. Saya yang cintakan dia alih-alih betina sundal tu yang dapat dulu." sakit telinga Arif apabila Maira ataupun Putri memanggil isterinya betina sundal. Dasar tak ada adab.

"Astarghfirullah cuba bawa mengucap." ucap ustaz bagi menenangkan keadaan disitu.

"Engkaulah bawa mengucap. Kejap lagi kau yang mati." benar-benar tak diduga oleh mereka semua. Mulut yang berani melawan dan tidak reti hormat pada orang yang lebih tua.

"Kau dah boleh stop kurang ajar rasanya." balas Adif yang duduk di kerusi meja makan. Sudahlah Qayyum masih tidak berjumpa lagi dengan Naura entah bagaimana lah keadaan gadis itu.

"Chaw lu. Aku nak cari Naura." Adif beredar sambil membawa topi keledarnya. Mereka yang lain di ruang tamu masih fokus kepada Maira ops maksudnya Putri.

JAUH kau pergi tinggalkan diriku

Sepi hati ini membunuhku

Kucoba untuk cari penggantimu

Namun tak ada yang sepertimu

Rindu, aku sangat rindu kamu

Terasa saja kau masih ada di dekatku

Tak mudah aku melupakan dirimu

Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu, aku sangat rindu kamu

Terasa saja kau masih ada di dekatku

Tak mudah aku melupakan dirimu

Di saat aku sendiri.

Lagu yang berkumandang di corong radio mula mengingatkan Naura semasa detik-detik dia dan Arif bersama. Dia teringat waktu mereka berdua seronok bergembira hingga terleka tentang segala masalah. Gelak ketawa hingga menangis.

Dia mencurahkan perasaan sedih dan gembira kepada Arif dan begitu juga Arif. Memori yang masih segar bahkan indah itu akan ditinggalkan untuk diceritakan kepada anak-anaknya.

Jauh? Ya benar Arif jauh dari dirinya namun dirinya masih meronta untuk dapatkan lelaki itu semula. Rindu yang semakin meninggi cuma mampu digantikan dengan tangisa dan doa sahaja untuk lelaki itu. 2 minggu dia berjauhan dengan suaminya dan 2 minggu itu dia berada di Terengganu.

Jauh dari keluarga dan masalah. Dia mahu membina hidupnya sendiri. Tanpa seorang lelaki. Tiada lagi Naura yang lemah yang ada sekarang Naura yang ingin bangkit.

Pasu bunga di balkoni bilik itu disentuh oleh Naura untuk menilik sebentar pasu bunga kesayangan itu. Seketika radio yang masih memasang lagu Di Saat Sendiri dari kumpulan Dadali itu menarik emosi Naura.

Pantas Naura berjalan ke arah meja kerjanya di bilik tidur. Pen dan buku diari di ambil lalu dibuka. Dia mencoret sesuatu di atas permukaan kertas itu. Setiap hari dia akan menulis sesuatu di dala buku itu sebagai kenangan bagi diri dia sendiri.

Rindu ini membunuh diri

Adakalanya Aku gembira

Adakalanya tidak

Rindu yang semakin membesar ini semakin bijak melawan hasrat benci

Kini yang tinggal hanya rindu ku padamu

Aku merinduimu lebih dari membencimu

- Naura Airina -

Akankah semuanya berakhir dengan begitu sahaja? ataupun Arif akan bertemu semula dengan Naura? Masihkah peluang diberikan kepada Arif untuk membaiki kesilapan beliau? Benar dendam masih ada tapi jikalau masih sayang mengapa perlu egokan diri?