Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 29 - Love Blue Flowers

Chapter 29 - Love Blue Flowers

Bunyi televisyen yang menarik perhatian Arif itu diperlahankan buat seketika. Kepalanya pening. Baru beberapa hari dia bekerja di hospital namun dia seakan-akan bekerja selama 3 bulan tanpa berehat.

"Tuan nak makan? kalau nak Saya boleh hidangkan." tanya tukang masak yang diupah oleh Arif. Arif menggeleng.

"Saya tak ada selera. Makcik balik lah dulu. Dah nak hujan ni." senyum. Wanita tua itu mengangguk perlahan lalu keluar dari ruang tamu yang mempunyai 2 orang anak muda.

"Ada apa-apa berita ke Qayyum?" soal Arif kepada pembantu peribadinya. Qayyum yang memakai kot berwarna hitam itu menghampiri tubuh Arif.

"Ada. Tengah hari tadi, Puan Naura berjumpa dengan bekas peguam keluarga encik Arif." Arif kerut dahi.

"Dah kenapa bini Saya nak jumpa manusia kaki kikis tu?"

"Sonia iaitu salah seorang dari pekerja disitu berkata Puan Naura ingin mencari Tuan. Dan buat masa sekarang Encik Lee masih cuba mencari kelibat dan petunjuk Tuan." Arif menghembuskan nafasnya. Tuala putih yang dipegang itu terus di campak ke atas sofa.

"Ada lagi?"

"Ada. Pada malam esok, Puan Aina akan membuat majlis makan malam bagi meraikan pelatikan suaminya sebagai pemilik Hospital Besar Damai." Arif gelak sinis. Nampaknya ada yang sudah termakan umpan.

"Pemilik sebenar masih hidup. Anak dia mati and now happy sebab dapat hospital. Huh talam dua muka." Qayyum menyerahkan beberapa keping gambar kepada Arif.

"Adif.. dia okey?" Qayyum mengangguk.

"Buat masa sekarang keadaan dia semakin stabil selepas buat pembedahan dan dari apa yang Saya lihat, Adif semakin rapat dengan Dania."

"Good. How about Putri and Imran? Diaorang masih kacau isteri Saya?" Tanya Arif sebelum menghirup air kopi di atas meja ruang tamu itu.

"Tidak. Cuma encik Imran masih lagi membuat fitnah di kampung Tuan. Putri dan Imran tidak tinggal bersama lagi dan kini Putri menetap di Singapore atas sebab sambung belajar." Arif gigit bibir. Apa besar sangat ke salah dia pada lelaki itu?

Apa guna sebarkan fitnah? Nak puaskan hati? Macam buat dosa free sahaja.

"Saya nak tanya awak."

"Apa dia Tuan?" Qayyum tayang wajah serius.

"Awak rasa patut ke Saya beritahu dia yang mak Saya tu manusia yang bunuh mak dia? Saya tak dapat tanggung lagi rasa bersalah ni." luah Arif. Qayyum mengangguk tanda faham dengan situasi tuannya.

"Bagilah tahu. Jujur itukan penting dalam hubungan. Mungkin bagi orang ini dikira buka aib tapi kes ni libatkan arwah mak mentua Tuan. Makin lama Tuan berahsia maka makin lama Tuan rasa sakit."

Arif menghadam kata-kata Qayyum. Makin lama berahsia maka makin lama sakit. Faham?

'Bukan tak nak bagitahu cuma tak kuat. Itu sahaja.'

KERETA Honda Naura dipandu laju oleh tuan kereta itu sendiri. Dirinya tidak dapat mengawal kelajuan kerana berita yang tak disangka. Dalam keadaan sarat mengandung inilah dia terpaksa tempuhi tanpa seorang suami.

"EHH tunggu dulu!" kata Naura pada 2 orang wanita yang sedang menyita kedai buku Naura.

"Ni apahal main sita-sita kedai Saya? Awak ingat Saya tak bayar sewa ke? hah? bukak balik benda alah tu." kata Naura pada manusia disitu. Namun kedua-dua wanita itu tidak mendengar bebelan Naura. Mereka meneruskan kerja mereka tanpa sebarang bunyi.

"Main kasar ke cik adik yang tak manis?" soal Adif yang baru tiba disitu.

"At least bagi kitaorang reason why you guys sita kedai ni. Tiba-tiba je main sita-sita. Aku sita badan kau baru tahu." kata-kata Dania juga turut diabaikan oleh 2 orang wanita itu. Fuh main kasar ke ni?

Naura mencuba untuk menghalang pergerakkan 2 orang wanita itu namun dia gagal akibat 3 orang anggota khas datang menghampiri dia.

"Boleh Saya berjumpa dengan pemilik kedai ni?" hadir pula seorang lelaki lingkungan 50 an itu. Naura kecut perut. Hah sudah dah kenapa pula polis datang ni?

Keadaan disitu menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. Dan itu membuatkan Naura malu. Angkara siapa semua ni?

"Saya tuan kedai ni. Kenapa ya encik?"

"Puan Naura ditahan atas tuduhan membunuh Arif Iskandar." dua orang polis di belakang Dania dan Adif terus mengari kedua-dua pergelangan tangan Naura.

"What the hell? Hey lepaskan dia lah! Dia tak gila lagi nak bunuh suami sendiri!" jerit Dania dengan mencuba melepaskan Naura. Adif terdiam atas sebab masih terkejut. Adakah dia bakal kehilangan lagi seorang ahli keluarga?

"Jangan kurang ajar dengan pihak polis!" balas pegawai lelaki itu. Dania gelak sinis.

"Shut up! Kau yang kurang ajar sekarang ni. Tetiba tangkap orang pregnant. Lepastu tarik dia masuk dalam kereta." Naura masuk ke dalam perut kereta sambil menahan air matanya. Dia tak nak kelihatan wanita yang lemah dihadapan orang ramai.

"Siapa buat aduan?" soal Adif.

"Puan Aina. Ibu kepada..." terus Adif menuju ke motornya. Enjin terus dihidupkan dan dia terus membawa diri ke rumah yang disangka syurga itu.

Kemarahan dia semakin membuak. Kesedihan dan kecewa juga turut hadir ketika itu. Kenapa? kenapa ahli keluarganya tiada yang normal seperti tok wan dan arwah abangnya? Kenapa ibu bapanya begitu berminat dengan duit?!

PINTU dihempas kuat oleh Adif. Dia memasuki rumah tanpa berfikir tentang pekerja yang sedang melihatnya.

"KELUAR SEKARANG MAMA!" jerit Adif dalam keadaan marah. Satu rumah kecoh dengan jeritan nyaring Adif. Namun Puan Aina masih belum muncul

"KELUAR SEKARANG! AKU KATA KELUAR!" kini dia menumbuk pintu ruang tamu sekuat hatinya. Dan barulah bayang Puan Aina muncul bersama suami tercinta. Ew suami tercinta?

"What happen ni Adif? Tiba-tiba menjerit." soal Puan Aina dengan lembut. Dia cuba memegang kedua-dua belah pipi anaknya namun Adif menepis dengan laju.

"What happen with me? Apa masalah mama dengan papa sampai buat kak Naura macam tu? She's my sister-in-law. My family. Isteri arwah abang. Kenapa.. oh my god. Why?" Adif sebak saat menyebut arwah abangnya. Dia benar-benar tidak kuat untuk berlawan dengan kedua-dua ibu bapanya.

"She's not my daughter -in -law. Also not my family. Why do you want to say she's our family? sedangkan tak ada setitik darah family kita pun dalam tubuh dia." balas Encik Hafiz. Adif gelak sinis.

"Dia mengandung. She's pregnant. Anak arwah abang Arif. How dare you say like that? Nak buang dia? kak Naura tak kisah. Nak ambil hak dia? Kak Naura tak kisah tapi dia kisah bila anak-anak dalam perut tu tak dapat kasih sayang dari seorang nenek dan atuk. You guys are selfish. Bebaskan dia sebelum Adif yang bunuh diri."

"Okey. Teruskan lah rancangan, you. And please jangan sebut nama manusia yang dah mati tu. Dia dah mati jadi tak payah nak ingat dia balik?" selamba badak sahaja Puan Aina melepaskan kata-kata begitu.

"Wah jangan yakin sangat dia dah mati. Mayat dia pun kita tak jumpa. Silap hari bulan abang yang tangkap mama dengan papa." mata tajam dan menyeramkan itu mula menakutkan pekerja disitu. Adif memang ganas namun ganasnya hanya pada orang yang tidak pandai hormati dia dan orang lain sahaja.

"Mana hormat kau dekat orang tua kau ni? Kau ingat kau dah besar sangat? Tak fikir dosa ke sebelum buat ni?" sergah encik Hafiz setelah lama berdiam diri. Adif tepuk tangan dengan begitu kuat.

"Hormat Saya hanya pada manusia yang reti tunjuk hormat pada orang sekeliling. Dosa? baru fikir dosa pahala ke? sedangkan korang main tuduh je kak Naura yang bunuh arwah abang Saya. Mama tak ingat? bukan mama ke yang beria nak kan kak Naura. Kenapa jadi macam ni lepas beberapa bulan diaorang kahwin? Papa tak ingat? dulu papa dengan uncle Dayyan berkawan? katanya sekolah pondok sama-sama. Kenapa jadi musuh? Harta? sebab harta uncle Dayyan lagi banyak ke?"

"Kau tak tahu apa-apa jadi diam!" jerit Puan Aina kepada anaknya. Kemarahan dia semakin menjadi dengan perangai kurang ajar anaknya.

'SABAR ya, sayang. Ibu tak boleh beli sekarang ni.' kata Naura dalam hatinya. Tangan kanannya masih mengusap lembut perutnya. Fikri yang memerhatikan keadaan Naura yang berada di dalam bilik soal siasat itu terus mengeluh.

"Kita bagi dia makan dulu." bisik Fikri kepada pegawai polis itu. Pegawai itu mengangguk perlahan.

"Gi ah order makanan dia. Kau ingat kerja Aku ke main order ni?" kalini Fikri bertindak seperti ketua disitu. Pegawai yang baru dilantik itu terus mengikut arahan seniornya.

Naura memandang kosong meja kayu itu. Fikirannya melayang dan sepanjang dia disoal oleh pegawai polis itu, dia bersikap jujur namun entah kenapa pegawai itu mula naik angin.

Dia belum gila lagi nak bunuh suaminya. Pegawai polis pun dah termakan umpan ke? macam ikan kelaparan kat sungai tu. "Aku tahu kau tak ada niat. Dan Aku tahu kau sayangkan dia."

"Hah?" balas Naura dalam keadaan kepala yang pening. Bilik yang gelap dan hanya mempunyai lampu yang suram itu sudah membuatkan Naura ketakutan.

"Kau tak ada niat nak membunuh. Arwah mak kau didik kau dengan baik. Kawan kau pun semuanya baik." Fikri melabuhkan punggung di hadapan Naura. Naura masih setia memandang kosong meja kayu itu.

Pintu dikuak perlahan oleh pegawai polis yang mengambil alih kes Naura. Dia membawa sedulang bubur ayam dan air masak sahaja untuk suspeknya.

"Makan." arah Fikri dengan tegas. Pegawai polis itu berdiri disebelah Fikri untuk menunggu Naura menghabiskan makanan.

Sudu di atas dulang itu diambil lalu dimasukkan kedalam bubur yang masih panas. Perlahan-lahan dia meniup bagi menyejukkan bubur itu.

Air mata Naura jatuh saat dia menyuapkan makanan. Dia takut, sedih, kecewa, marah dan rindu. Perasaan mula bercampur.

"Jujur Saya cakap. Saya tak bunuh suami Saya. Niat pun tiada. Dia lah satu-satunya lelaki yang boleh terima kekurangan Saya. Awak ingat Saya bodoh sangat ke.. nak bunuh dia?" ujar Naura setelah diam selama 3 minit.

"Kami terima aduan daripada ibu mentua Puan. Dan dalam aduan tersebut menyatakan bahawa Puan cemburu saat Putri iaitu perempuan yang menyukai arwah suami Puan. Dan ibu mentua Puan menyatakan yang Puan ingin membunuh Cik Putri dan arwah suami Puan." Naura gelak sinis. Jauh sangat ibu mentuanya merancang.

"Awak rasa Saya pembunuh?" soal Naura.

"Ya. Sebab muka innocent adalah muka pembunuh." senyum. Fikri menjeling pegawai disebelahnya.

"Saya tak bengap sangat sampai nak libatkan nyawa orang lain. Bukan suami Saya je meninggal malah orang lain dalam pesawat sekali. Katakan Saya dendam dengan arwah suami Saya. Kenapa Saya nak bunuh orang lain sekali? Sorry but Saya rasa awak lagi bengap. Mudah termakan umpan." senyum. Dia menyambung masa makannya. Kalini dia tidak akan menggunakan belas kasihan. Naura akan tunjuk sisi yang lain. Demi membersihkan nama dia dan demi mencari pembunuh yang sebenar.

"Boleh tak jangan tunjuk kau tu kuat? Bukti dah ada yang kau ni pembunuh." terus Naura ketawa. Fikri turut ketawa dengan kata-kata pegawai itu.

"Ke awak yang takut? awak kendalikan kes Saya. Dan awak yakin Saya pembunuh. Kalau pihak makhamah keluarkan jawapan yang Saya tak bersalah. Jujur Saya kata. Saya tak akan maafkan awak. Dan awak mungkin akan dipandang rendah sebab tak mampu cari pembunuh sebenar." pandangan yang ayu bertukar menjadi tajam. Naura benar-benar nampak seperti orang yang lain.

'Jangan yakin sangat boleh jatuhkan Aku. huh.'