"So.. jap. Adif operate then atuk kau pun dah sembuh. Dia mintak izin siapa? sedangkan after arwah Arif meninggal pun dia tak jumpa sesiapa." Dania mengangguk perlahan. Dia memandang semula Adif yang masih lena dibuai mimpi.
"Dia minta izin siapa? yang di angguk tu apahal?"
"Mana Saya tahu. Saya sendiri baru tahu yang dia nak bagi buah pinggang dekat atuk Saya. Kalau Saya tahu dah lama Saya tibai dia." balas Dania dengan nada lembut. Maisara garu kepala. Pening dibuatnya memikirkan hal Adif.
Terus dia bangun dari kerusi untuk menuju ke wad Naura yang akan keluar pada hari ini. Langkahnya terhenti saat Dania memanggil namanya.
"Jangan bagitahu Naura?" teka Maisara. Dania mengangguk perlahan.
"Hm." itu sahaja yang keluar dari mulut Maisara. Dia bukan marah kepada Adif namun dia marah kepada dirinya sendiri. Sudahlah semalam dia bertembung dengan Taufiq namun mulutnya berat sangat nak menegur lelaki itu.
PUAN KHALIDAH meletakkan semangkuk buah ke atas meja. Kepalanya masih pening dengan perangai suaminya iaitu Encik Abdul Dayyan. Ikutkan hati dia mahu saja dia berikan nasihat pada suaminya agar Naura masih mendapat kasih sayang dari seorang bapa.
"Ibu kenapa? pening ke?" soal Naura. Mulutnya mengunyah buah anggur yang manis itu.
"Pening sikit." senyum.
"Naura nak keluar kejap. Nak jumpa Mai. Apa-apa call Naura ya." Naura terus bangun dari sofa untuk naik ke biliknya.
MAISARA mengetuk pintu pejabat itu dengan kuat. Kemarahan dia semakin naik apabila dia dihalau oleh pengawal disitu.
"Kau tak bukak pintu ni memang Aku pijak kepala kau!" Jerit Maisara dengan suara yang lantang. Naura cuma berdiri disebelah kawannya. Bab berlawan ni dia memang tak ada kekuatan.
"Cik berdua sila beredar sebelum Saya buat panggilan polis." kata pengawal di firma itu. Maisara gelak sinis.
"Call lah. Awak ingat polis nak lepaskan jantan yang amek duit Saya ke? Peguam jenis apa amek duit orang?" pengawal disitu terpinga-pinga dibuatnya.
"Bukak lah pintu ni! Jangan sampai Aku seret kepala kau masuk penjara lah." jerit Maisara lagi. Kemarahan dia memang tiada had lagi.
Pintu firma dikuak oleh orang yang berada di dalam. Terus Maisara menendang kerusi yang menghalang jalannya. Naura dah kecut. Bab bergaduh ni memang dia duduk tepi.
"Aku suruh cari orang. Bukan berjudi dengan duit halal tu." kata Maisara dengan nada marah. Peguam yang berada di hadapan Maisara menggigil ketakutan dengan pandangan tajam Maisara.
"Aku ni haih nasib baik undang-undang Malaysia tak benarkan untuk membunuh. Kalau tidak dah lama kau mati. Dengan pekerja kau sekali!" kalini dia menunding jari pada pekerja peguam itu pula. Semua pekerja lelaki Cina itu menundukkan kepala mereka.
"A-Aku minta maaf. Maafkan Aku." tergagap lelaki itu ingin meminta maaf pada Maisara.
"Miss. Bagi kami masa. Saya yakin dia belum meninggal." kata seorang wanita Cina memakai teg nama Sonia.
"I give you 3 weeks." suara Naura memecahkan dinding pergaduhan itu.
"How about money?" soal peguam lelaki Cina itu. Tanpa berfikir panjang, Maisara terus melayangkan tumbukan di pipi lelaki itu.
"Duit, duit. Kau jangan ingat Aku ni perempuan tak pandai berlawan. Silap hari bulan Aku dah potong kepala kau. Kau dah habiskan duit kawan Aku ada hati tanya lagi pasal duit." kata Maisara. Dia melepaskan tumbukan terakir pada meja kerja berwarna putih itu.
"3 minggu. Ingat! 3 minggu!" berkali Maisara mengingatkan mereka tentang janji itu. 3 minggu itulah peguam itu harus mencari Arif. Tak dapat Arif pun tak apa asalkan mereka dapat petunjuk.
NAURA menghirup mi kari yang dipesan itu. "Asal kau beria sangat cari arwah suami kau? Dah sah dalam artikel tu kecoh penumpang yang nak gi Jepun tu dah meninggal. Yang kau nak cari lagi apahal?" soal Maisara dengan rasa pelik.
"Adif ada bagitahu yang Arif tak naik pesawat tu. Memang Arif ada beli tiket but dia tak ikut gi Jepun." Maisara terkejut.
"What the? okay how Adif tahu?"
"Adif gi tengok cctv dekat lapangan terbang tu and dia nampak Arif tak masuk pesawat tu. And now Aku cuma nak tahu why dia tak datang balik kat Aku?" Naura membuka telefon pintarnya lalu mencari video cctv yang Adif pernah hantar kepada dia.
"Kau biar betul? Aku tak percaya semua ni. Bole jadi ni semua dah di edit oleh si pengawal yang jaga tu. Entah-entah mak mentua kau sengaja nak kau habiskan duit demi cari suami kau." teka Maisara pula.
"Kita tunggu je keputusan peguam tu. Aku suruh cari sendiri tak nak. Bila kau suruh peguam hah amek kau peguam tu sendiri berfoya dengan duit kau. Alih-alih Aku jugak kena bagi ceramah dekat diaorang." Naura buat tak tahu sahaja dengan bebelan Maisara. Malas dia nak bertekak dengan gadis ni. Sudahlah dia mengandung tambahan pula dia semakin rindukan suaminya. Haih.
Telefon Naura berdering di atas meja. Itu sudah mematikan mood untuk Naura fokus pada makanan. Masa nak makanlah ada sahaja orang mahu telefon.
"Hello?" tanpa membaca nama yang tentera di paparan skrin, dia terus mengangkat panggilan itu.
"Hello siapa ni?" soal Naura lagi.
Tut. Tut. Tut. Panggilan dimatikan oleh pihak yang menelefon Naura.
"Siapa?" soal Maisara sambil menyuapkan laksa Johor dalam mulutnya.
"Entah. Salah nombor kot." senyum.
"YANG kau tak bercakap tu kenapa wahai Arif Iskandar?" marah lelaki yang berada di atas katil. Arif garu kepala.
"Takut. hehe." sengih.
"Kau kalau Aku korek biji mata kau tu fuh mesti best. Dah lah tipu isteri. Bukan bini kau je kau tipu. Satu Malaysia ni kau tipu. Konon mati padahal ni depan Aku ni."
"Kau cakap macam senang je Pian. Aku yang tanggung bukan kau." kot putih dibuka lalu digantung pada penyangkut baju itu. Cermin mata dilepaskan dari wajah bersih untuk diletakkan di atas meja. Rambut yang menutup bahagian kelopak matanya mula disikat rapi.
"Fuh memang patut Naura sukakan kau. Hensem jugak suami dia ni."
"Kau puji Aku ke? Terima kasih." sengih. Taufiq tayang muka meluat.
"Bagusnya kita. Kau lari dari Naura. Mai lari dari Aku. Kau nak dekat Naura tapi kau tak boleh. Aku nak dekat Mai tapi tak boleh. Apa masalah kita eh?" Taufiq mengeluh perlahan.
"Maybe dia trauma ngan kakak kau."
"Aku ni kan. Actually. Sayangkan dia. Tapi at the same time Aku tak mampu. Kau tengoklah dia dari family yang tak ada masalah. Datang Aku ni ada family problem."
"Masing-masing ada masalah. Masing-masing ada kekurangan dengan kelebihan. Aku bagikan contoh. Isteri Aku ada fobia dengan guruh tambahan pula dengan gelap. Itukan kekurangan dia. Aku yang ada kelebihan tak takut guruh ngan gelap kenalah tolong dia." Taufiq kerut dahi. Tak faham.
"Kelebihan dia, dia tak ada family problem and kekurangan kau ada family problem. Kita tak tahu oneday dia akan tolong kau keluar dari problem tu. Allah hantar seseorang pada kita mesti ada sebab." senyum. Pemikiran yang matang dan bertutur dalam bahasa yang lembut. Itulah Arif Iskandar. Itulah cinta hati Naura Airina.
'Layak ke Aku keluarkan Naura dari terowong gelap? sedangkan Aku juga salah satu punca dia masuk dalam terowong tu.'