ENCIK TAQIUDDIN mengejut Arif yang terlena diatas sejadah. Arif terjaga dari tidur lalu dia menggosok matanya buat beberapa kali. Perlahan-lahan dia cuba mengingat dimana dia berada sekarang ini.
"Rehatlah di rumah. Isteri kamu mesti tunggu kamu." ujar encik Taqiuddin sambil ukirkan senyuman. Arif mengangguk perlahan. Dia memandang jam di dinding berwarna hijau itu. Jam baru menunjukkan pukul 6:30 pagi. Dia masih mempunyai 4 jam lagi untuk pergi ke lapangan terbang.
"Terima kasih Arif sudi jaga anak uncle. Uncle terhutang budi dengan Arif." Arif masih mengukirkan senyuman tipis.
"Bukan Saya yang selamatkan Taufiq. Tapi Maisara." Terkejut encik Taqiuddin mendengar jawapan itu. Sangkaan dia tersasar jauh rupanya.
"Siapa pula Maisara? Boleh uncle jumpa dengan dia? Uncle cuma nak ucapkan terima kasih." tentang hal itu.. Maisara ada beritahu yang dia tidak ingin bertemu ahli keluarga Taufiq buat sementara waktu. Dia cuma.. trauma.
"Tengoklah macam mana Uncle."
NAURA meluangkan masanya dengan memandang Arif sahaja di rumah sewa Maisara. Naik bersemut rumah sewa itu dengan pandangan manis Naura terhadap Arif.
"Ya Allah singlenya hamba mu ini." ujar Maisara sambil meneguk air milo buatannya.
Naura masih setia menatap wajah Arif begitu juga dengan Arif. Kedua-dua sudah jatuh cinta dan seakan-akan dunia itu milik mereka berdua.
"Naura nak ikut." kata Naura dengan nada lembut. Arif menggeleng.
"Kan ibu dengan ayah dah on the way. Tak kan Arif nak suruh diaorang patah balik, sayang." balas Arif dalam nada lembut.
"Ya Allah kau berikanlah hamba mu ini kesabaran." Suara Maisara sedikit meninggi bagi pasangan itu dapat mendengar luahan hatinya.
'Kalau Aku baling minah ni. Jangan salahkan Aku. Tapi salahkan diri dia sebab selalu kacau orang.'
TEPAT PUKUL 9 pagi, mereka tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Senai. Encik Abdul Dayyan dan Puan Khalidah menghantar menantunya ke lapangan terbang.
"Janji call Naura bila dah sampai sana." ujar Naura sebelum Arif masuk ke perut kapal terbang. Arif mengangguk perlahan.
"Hati-hati dekat sana, Arif. Jangan lupa solat." pesan Puan Khalidah kepada Arif. Arif mengangguk sambil tayang senyuman.
"Gi lah masuk. Nanti tertinggal pula. Apa-apa call ayah."
"Baik, ayah." Arif menundukkan tubuhnya untuk melihat wajah Naura.
"Sayang jaga diri ya. Jaga makan minum. Dengar cakap ibu dengan ayah. Jangan tinggal solat. Faham?" Naura mengangguk perlahan. Namun tangannya masih belum lepas dari genggaman Arif.
'Ada lagi 15 minit. Tak akan nak lepaskan peluang kot.' Arif memeluk seketika tubuh Naura bagi melepaskan rindu. Kenapa dia berasa dia akan pergi buat selamanya? Sedangkan percutiannya cuma mengambil 2 atau 3 hari sahaja
"Ya Allah singlenya aku." kata Maisara sambil berpeluk tubuh. Naura menjelir lidahnya.
Naura dan ahli keluarganya melambai Arif sehingga lelaki itu masuk ke dalam kapal terbang. Tapak tangan Naura digenggam erat oleh encik Abdul Dayyan. Dia tahu puterinya risau akan keselamatan Arif.
"Jangan risau. In Sha Allah tak ada apa berlaku." kata encik Abdul Dayyan. Naura ukirkan senyuman tipis. Dia risau kalau-kalau sesuatu menimpa suaminya tapi ugh dia kena halau juga perasaan risau itu agar Arif dapat pergi.
DANIA melepaskan air matanya buat pertama kali di hadapan Maisara dan Naura. Naura dan Maisara yang tidak tahu apa yang berlaku cuma mampu memujuk sahaja anak gadis itu.
"Cerita lah kat kitaorang. What happen ni Dania?" tanya Naura dengan prihatin.
"Tadi doktor kata.. buah pinggang rosak. WUARGHH." Makin kuat Dania menangis. Makin serabut Maisara dibuatnya.
"Doktor tu ada masalah buah pinggang ke?" Dania menggeleng.
"Dah tu? Siapa pulak?" soal Naura.
"Atuk..." Mereka berdua mengangguk perlahan.
Ting! bunyi loceng di pintu menandakan ada orang yang masuk ke dalam cafe Maisara. Dania cepat-cepat mengelap air matanya.
"Abang dah pergi?" soal Adif kepada Naura.
"Dah. Dah berlepas lah agaknya." Adif mengangguk sambil meneguk air kopi Dania.
"Air Aku lah!" marah Dania secara tiba-tiba. Tersedak Adif dibuatnya.
"Kau mana minum kopi. Jadi biar Aku yang minum." mujur Dania belum meneguk air itu. Sehingga titisan terakhir Adif menghabiskan air itu. Seterusnya dia menyuap macaron buatan Maisara pula.
"Korang.. bercinta ya?" sekali lagi, Adif tersedak. Dania gigit bibir. Hah ada apa ni? bercinta ke?
"Apa kak Naura ni. Tak akan taste Adif perempuan macam dia." balas Adif usai meneguk air masak yang diberikan oleh Maisara. Agak terasa juga Dania dengan kata-kata Adif. Teruk sangat ke dia ni?
"Dania okay je kat mata akak." balas Naura lagi. Di mata dia, Dania sangat sesuai dengan Adif. Adif manja dan degil. Dania pula tegas dan matang. Perfect couple!
"Disebabkan pakaian Aku ke kau tak nak terima Aku? Ke sebab Aku melawan cakap kau?" tanya Dania setelah sekian lama berdiam diri. Dia cuba berubah ke arah yang benar namun ini ke yang dia dapat?
"Kenapa tiba-tiba?"
"Tanya je..." Adif mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghantar mesej kepada seseorang.
"Puan Naura Airina. Pelanggan dah ramai. Sila tolong anak buah awak ni." ujar Batrisya sebelum dia masuk semula ke kedai buku. Naura bangun dari kerusi dan terus menuju ke kedai buku miliknya.
"Aku gi buat kek dulu. Nak apa-apa panggil Aku. Okey?" Adif dan Dania mengangguk lalu Maisara terus masuk ke dapur. Mujurlah ada juga perkara yang perlu dia lakukan.
"Sorry." - Adif
Dania membuka paparan skrin telefonnya setelah mendengar bunyi notifikasi yang menandakan ada mesej baru masuk.
"Sorry again. Kau okay je kat mata Aku. Sorry.." - Adif
Dania membaca mesej itu dengan ego yang tinggi. Adif mengeluh. Salah dia juga kerana buat Dania terasa namun niatnya bukan mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ataupun yang boleh membuat Dania terasa.
Adif terkejut saat membaca berita di telefon pintarnya. Terus dia memandang Dania dengan wajah sedih dan muram. Tangannya menggigil akibat risaukan keadaan seseorang.
"Asal?" tanya Dania sambil mengerutkan dahinya. Dia merampas telefon pintar Adif. Tajuk cerita itu dibaca perlahan-lahan. Adif memukul kepalanya kerana tidak percaya akan kejadian itu.
'Tak.. abang tak mati..abang tak mati.'
"Kapal terbang.. abang? Allahuakhbar." lemah terus jantung Adif saat teringat semula tajuk berita tersebut. Berita di mana Kapal terbang yang menuju ke Jepun terhempas di tengah-tengah laut.
Keluar sahaja dari dapur, Maisara mendekati meja makan Dania dan Adif. Perlahan-lahan Dania memberikan telefon pintar Adif kepada Maisara.
"Naura.." Maisara menuju kedai buku dan.. Naura sudah menangis di hadapan pekerjanya. Air matanya mengalir laju. Badannya menggigil kesejukkan, ketakutan apatah lagi hujan mula turun. Kilat pula semakin menyambar di langit.
"Arif tak akan mati kan..kan.. jangan cakap dia dah mati!"
"Istigfar, Naura. In Sha Allah tak akan jadi apa-apa." Adif menahan air matanya dari mengalir. Entah kenapa dia berasa Puan Aina juga terlibat dalam kes ini. Namun Arif adalah anak kesayangan Puan Aina tapi.. AHHH sudahlah..
Adif keluar dari kedai dan terus menghidupkan enjin motornya. Topi keledar berwarna hitam dipakai bagi keselamatan. Motor berjenama yamaha mt - 07 itu dipandu laju oleh Adif.
Dia tolak ketepi hal hujan itu. Dia kena cari abangnya itu. Itu sahaja harapan dia untuk membebaskan Adif dari mimpi ngeri. Semakin laju Adif membawa motor, semakin lebat hujan mula turun.
Dia dah hilang semuanya. Cinta pertama. Keluarga yang dia anggap aman bertukar menjadi keluarga yang penuh dendam dan masalah. Semuanya ada sahaja rahsia. Kalini dia kehilangan abangnya sendiri. Abang kandungnya, tempat dia mengadu. Lelaki itu sajalah yang beri dia harapan untuk hidup. Tapi kini? Allah lebih sayangkan Arif Iskandar.