Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 25 - Love Blue Flowers

Chapter 25 - Love Blue Flowers

MUKA Naura ditampar oleh Puan Aina dengan tangan kanan wanita itu. Naura diam. Dia cuba bersabar dengan tindakan ibu mentuanya. Walaupun di ruang tamu itu sudah dipenuhi dengan ahli keluarga Arif dan Naura, dia masih cuba menguatkan dirinya.

"Aina!" jerit Puan Khalidah. Dia ingin mendekati tubuh Naura namun tubuhnya dihalang oleh beberapa pekerja rumah itu.

"Kenapa anak Aku yang mati? sepatutnya kau!" teriak Puan Aina. Naura yang duduk melutut dihadapan Puan Aina menahan air mata.

"Na.. Naura minta maaf, ma.." rayu Naura. Dia tidak tahu mana salahnya. Dia tidak mana kesilapan yang dia lakukan. Namun dia tetap rasa bersalah kepada keluarga Arif.

"Kau tak layak panggil Aku, mama! Mulai harini keluarga Aku dan keluarga kau tak ada kena mengena lagi! Katakan ada anak dalam perut kau tu. Huh satu sen harta yang patut diserahkan kepada anak tu pun Aku tak akan bagi." kepala Naura ditolak kuat oleh jari telunjuk Puan Aina.

"Astarghfirullah, Aina. Kamu dah kenapa buat Naura macam ni?" soal tok wan yang baru selesai menunaikan solat Zohor. Dia berlari mendapatkan cucu menantunya.

"Anak Aina tak boleh mati mak! Dia anak Aina mak." kata Puan Aina diselangi tangisan di pipi.

"Kalau kak Naura bukan ahli keluarga ni jadi Adif pun tak nak jadi ahli keluarga ni." Adif bersuara setelah sekian lama berdiri di pintu masuk. Dia menjadi pendengar disitu semenjak Naura ditampar oleh Puan Aina.

"Yang kau nak terikut perempuan ni kenapa, Dif?" soal Encik Hafiz pula. Adif membuka kasutnya lalu dia bersalaman dengan encik Abdul Dayyan dan Puan Khalidah.

"Mama dengan.. sorry should i call you guys aunty and uncle?" senyuman sinis ditunjukkan kepada kedua ibu bapanya. Perlahan dia menuju ke arah ruang tamu dengan baju yang basah akibat terkena hujan.

"Aunty and uncle tiba-tiba kata kakak ipar Saya adalah punca arwah abang Saya mati. Kenapa yakin sangat? bukan aunty dengan uncle ke yang suruh arwah abang Saya pergi jemput nai nai tu? Paling hebat lah you guys tak nak berikan harta yang sepatutnya turun kepada cucu aunty dan uncle. Wasiat arwah atok dah kata 20 % harta keluarga Hafiz akan diserahkan kepada anak-anak Arif Iskandar, iaitu abang Saya. Tapi aunty dengan uncle kedekut nak mampus." Dia membuka jaket kulitnya lalu dia meletakkan di atas sofa.

"Papa tak ajar kamu kurang ajar!" jerit encik Hafiz. Adif ketawa sinis.

"Saya belajar dari apa yang Saya lihat. Masa Saya accident. Uncle dengan aunty salahkan arwah abang Saya sebab Saya nak jumpa dia. Apa masalah uncle dengan aunty ya? Memang jenis suka lepaskan kesalahan pada orang tak bersalah ke? Jangan ingat Saya amnesia, Saya tak akan dapat semula ingatan Saya. Ingatan tu akan pulih. You should be careful not to get caught by me." Adif menghabiskan ayatnya dengan mengenyit mata kepada kedua ibu bapanya.

"Uncle Dayyan.. aunty Khalidah patut bawa kak Naura pulang." arah Adif seolah-olah dia adalah ketua disitu.

"Naura.. tunggu." Ujar tok wan sambil menapak ke arah Naura yang baru bangun dari melutut. Dia memegang erat tangan anak gadis itu seolah-olah itu adalah anak dia.

"Mak pun nak menangkan dia?" soal Encik Hafiz. Habis rosak rancangan dia kalini. Niatnya cuma tidak mahu orang luar mengambil harta keluarga dia sahaja namun lain pula yang jadi.

"Tak perlu nak salahkan takdir. Dan tak perlu nak tuduh menuduh. Cucu Aku mati bukan sebab dia. Cucu Aku mati sebab Allah sayangkan dia. Kau marah Naura bukannya Arif boleh hidup balik. Dan jangan kau langgar wasiat arwah suami Aku." anak mata tok wan menikam anak mata Encik Hafiz dan Puan Aina. Sudut di ruang tamu menjadi suram dengan suara lantang tok wan.

Pap! Naura pengsan pada waktu itu. Adif tidak berfikir panjang, dia terus mengangkat tubuh Naura untuk masuk ke dalam bilik tidur abangnya. Pantas Adif mengambil telefon pintar untuk menelefon pihak hospital. Sementara Puan Khalidah dan Encik menjaga Naura sepanjang menunggu kehadiran pihak hospital, Adif menelefon Maisara dan Dania bagi menolongnya.

NAURA terjaga daripada pengsan. Bibirnya perlahan-lahan menyebut nama Arif. Adif, Maisara dan Dania mampu menahan kesedihan di dalam hati mereka.

"Arif mana?" soal Naura dengan senyuman dibibir. Wajah gadis itu seakan-akan masih tidak tahu bahawa Arif sudah tiada.

"Kak Naura.. Dania suapkan bubur ya." ujar Dania. Mangkuk berisi bubur ayam yang dimasak oleh Puan Khalidah diambil oleh Dania. Perlahan-lahan Naura membetulkan duduknya.

"Kau pregnant." kata Maisara. Mulutnya cuba mengukirkan senyuman manis agar gadis itu tidak curiga tentang apa-apa namun anak matanya masih menunjukkan emosi sedih.

"Aku? pregnant? betul?" Adif mengangguk perlahan bagi menjawab soalan Naura.

"Alhamdulillah.." baru dia sedar Arif tiada disisinya.

"Dah sedar?" soalan yang diajukan oleh Puan Aina membuatkan mereka berempat terkejut.

"Aunty boleh keluar tak? buatnya anak dalam kandungan tu benci aunty, jangan salahkan mak dia pulak." Adif memarahi Puan Aina dengan pandangan yang tajam. Naura terkejut dengan tindakan Adif.

"Anak Aku mati sebab kau. Sebab kau dan bukan Aku." Naura.. terdiam.

"Naura, jom kita balik. Tak ada guna duduk kat rumah ni dengan manusia tak ada akal." Puan Aina mencelah perbualan Puan Khalidah. Tapak kakinya mengatur untuk mendapatkan anak tirinya.

"Kau tu mak tiri dia je. Tapi pelik macam mana kau boleh rapat dengan dia. Entah-entah dia dah bomohkan kau."

PANG! wajah pipi wanita itu ditampar kuat oleh Puan Aina. Kesan tamparan pada pipi Puan Aina membuatkan Naura terkejut. Bayangkan pipi yang berwarna putih kini bertukar menjadi merah.

"Kau tuduh anak Aku lagi memang Aku bunuh kau!" segera dia mendapatkan Naura yang sedang bersiap.

Naura memaut lengan Puan Khalidah untuk turun ke bawah. Adif, Dania dan Maisara mengikut langkah Naura dan mereka bertiga seakan-akan pengawal peribadi Naura Airina sahaja.

ADIF menurunkan tongkat motornya lalu melangkah masuk ke dalam balai polis. "Saya nak jumpa Fikri." ujar Adif kepada pekerja disitu.

"Dia kat tandas. Tunggulah dulu." balas pegawai polis memakai teg nama Erman.

Adif membaca tajuk berita di siaran TV. Kapal Terbang menuju ke Jepun terhempas di lautan dan menyebabkan ramai kehilangan nyawa.

"Adif? kau ke?" soal Fikri. Adif mengangguk perlahan. Belum pernah dia melihat wajah Fikri iaitu kawan abangnya dan seorang pegawai polis.

"Takziah, Dif."

"Cari.. Arif. Tolong." 3 patah perkataan itu sahaja sudah mengundang perasaan sebak pada Fikri. Semuanya amat terkesan saat Arif meninggalkan dunia ni walaupun baru beberapa jam.

"Pihak polis masih mencari. Bagi kami masa untuk cari penumpang. Ni Aku nak buat rondaan dulu. Anything happen with Naura or kau sila call Aku."

"Kenapa kena call kau pulak?"

"Naura, kawan Maisara and aku sepupu Maisara. Kau, adik Arif dan Aku kawan dia. Dah dikira tanggungjawab Aku untuk jaga korang. Doakan yang terbaik untuk arwah abang kau. Chaw lu." senyum dan berlalu pergi. Adif melepaskan keluhan. Tak akan dia nak duduk dan menunggu sahaja jawapan dari pegawai polis? Semestinya pegawai itu masih banyak kerja yang hendak dilakukan.

'Aku sanggup habiskan duit Aku untuk cari kau. Jangan risau. Aku tak akan ambil Naura dari kau.'

Itulah janji dia pada diri dia setelah Arif dan Naura berkahwin. Dia tidak mahu merampas kebahagian abangnya dan disebabkan Naura, Arif kembali menjadi manusia yang pandai meluangkan masa bersama keluarga dan Arif nampak lebih kuat dari yang dia sangkakan.