Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 23 - Love Blue Flowers

Chapter 23 - Love Blue Flowers

ALIYA melemparkan senyuman manis buat Maisara yang masih berada di ruang tamu. Tangan yang dipenuhi dengan tompok berwarna merah, di lap dengan kain baju pembantu rumah itu. Anak matanya yang garang bertukar menjadi lembut.

"Sorry lambat sangat. Perut buat hal tadi." senyum. Dia mengambil tempat di hadapan Maisara. Kakinya disilangkan seperti seorang wanita yang elegan. Kedua-dua belah tangan Aliya bersatu manakala rambut anak gadis itu pula dilepaskan.

"It's ok. So cik Aliya nak kek ni untuk siapa? dan terangkan jenis kek yang cik nak. Lepastu.." Maisara kembali diam saat terdengar lagi panggilan seseorang.

"Lari..kau nak mati ke.. Mai?" bunyi nada deringan di telefonnya mematikan suara itu.

"Angkat phone jap." senyum paksa. Aliya mengizinkan Maisara untuk mengangkat panggilan itu.

"Asal Fikri?"

"Kau kat mana ni? Aku call Naura tanya pasal kau tapi dia tak tahu. Tadi call kau berapa kali pun tak dapat." Maisara tepuk dahi. Line U mobile kalau tak cari gaduh memang tak sah.

"Line tu hah problem. Asal ni?"

"Taufiq. Aku dah dapat kesan lokasi dia." Wajah Maisara terus mengukirkan senyuman. Finally dia dapat bertemu dengan lelaki itu.

"Jap Aku send location Aku. So nanti kau jemput Aku." Maisara memusingkan tubuhnya untuk bertanya tentang alamat rumah ini kepada Aliya namun gadis itu tiada di ruang tamu. Hantu? UwU takut.

'Mana pulak dia gi? Menghilang je kerjanya.'

"Aku tak tahu lah Aku kat mana tapi kau tahukan sekolah kau dulu? dia dekat dengan sekolah tu.. And Aku ada dalam rumah yang macam lama lah jugak."

"Jangan cakap kau kat Taman Melati. Kau tahukan situ banyak kes mati."

"Apa kau ni? Aku cuma.." bunyi tembakan lagi sekali membuatkan telefon pintar Maisara terjatuh di atas lantai. Apa telah terjadi ni?

PANG! Maisara terus pengsan di atas lantai. Aliya membaling kayu golf yang mahal itu ke atas lantai. Terus dia menyuruh pekerjanya untuk mengangkat Maisara untuk masuk ke bilik tetamu.

KEPALA Maisara ditolak beberapa kali oleh seseorang. Makin pening Maisara dibuatnya dan matanya masih tidak mahu dibuka. Namun disebabkan jeritan seseorang, dia membuka juga matanya walaupun terpaksa.

"Mai.." panggil Taufiq yang sudah terbaring di hadapannya. Maisara terkejut. Dia ingin mendekati Taufiq namun tubuhnya diikat dengan tali dan kepalanya masih lagi pening.

"Aku.. minta maaf Mai." ucap Taufiq. Baju Taufiq dipenuhi dengan tompok berwarna merah dan itu semestinya darah. Begitu juga dengan wajah Taufiq yang lebam.

"What drama are you doing?" soal Aliya yang masih tegak berdiri di tepi Maisara.

"Lepaskan dia.. Dia tak ada kena mengena dengan hal adik beradik kita." Aliya gelak sinis.

"Aku dah kata kau tu tak berhak bahagia but tengok lah sekarang. Punca bukan datang dari Aku tapi datang dari kau." Maisara diam. Dia cuba membuka tali ikatan itu seperti Fikri pernah mengajarnya. Dalam situasi ini dia tidak boleh bertindak terburu-buru.

"Akak nak apa dari saya? kalau nak duit Saya boleh bagi." Maisara kembali bersuara setelah dia berjaya membuka ikatan itu. Ceh ikatan yang tidak begitu profesional.

"Shut up. Aku tengah cakap dengan budak ni. Kau diam!"

PANG! Pipi Aliya sudah bertukar menjadi merah kerana ditampar oleh Maisara. Taufiq terdiam.

"Aku ni penat tahu tak? hal adik beradik tapi libatkan orang luar dah kenapa? tak matang ke?" tanya Maisara dengan berani. Kayu golf di atas lantai itu diambilnya sebagai alat memukul Aliya.

"Cuba kau faham Aku ni! Aku tak ada mak! Sebab budak tulah. Budak tu lah punca Aku jadi macam ni." badan Maisara digoyangkan beberapa kali oleh Aliya. Rimas pula Maisara dengan manusia macam ni.

"Ajal dan maut hanya Allah yang tahu. Kenapa nak salahkan orang lain? Bukan Taufiq yang minta nak lahir kat dunia ni. Kawan Aku ada je yang kehilangan mak dia. Tapi dia faham yang Allah lebih sayangkan mak dia. Allah akan tarik nyawa orang yang di sayang dahulu. Yang dia rindu. Kau tu kena bersyukur sebab diberikan peluang untuk bertaubat!" Aliya tutup telinganya. Malas nak dengar ceramah dari ustazah tak bertauliah ni.

"Aku dah lama tak pijak anak orang. Kalau nak sangat Aku pijak memang Aku pijak kau dulu." Berbaur ancaman sahaja dari kata-kata Maisara.

Pintu bilik tetamu diterjah masuk oleh beberapa pegawai polis. Maisara senyum sinis. Mujur Fikri boleh jejak lokasi dari telefon pintarnya kalau tidak agaknya Maisara dah goreng Aliya ni.

"Kami polis! Jangan bergerak!" ujar salah seorang pegawai polis tersebut. Aliya mengangkat kedua belah tangannya.

Maisara mengambil langkah untuk mendapatkan Taufiq yang masih berbaring di atas lantai. Darah yang keluar dari perut Taufiq semakin banyak.

"Mai, kau okay?" soal Fikri usai masuk ke bilik tetamu. Maisara mengangguk lalu membantu pihak hospital untuk menyelamatkan Taufiq. Air matanya mengalir laju kerana melihat Taufiq menahan kesakitan.

'Kalau Aku lari tadi..mesti dia tak kena macam ni.. Kenapa.. ya Allah kau selamatkan Taufiq.'

NAURA memeluk tubuh Maisara setelah tiba di hospital. "Kau memang tak reti nak beritahu Aku kan pasal ni."

"Aku.. Aku.. eee kau ni." Maisara muncungkan bibirnya. Dia tengah serabut boleh pula Naura marah padanya.

Fikri menuju ke arah Maisara, Naura dan Arif. Arif bersalaman dengan sahabatnya dan Naura menjadi patung disitu.

"Aku dah bayar bil hospital and dah call ayah dia. Doktor kata pembedahan Taufiq ambil masa sedikit so kau gi lah solat dulu. Biar Aku yang tunggu." Maisara menggeleng.

"Dia kena sebab Aku. Kau nak Aku pergi je macam tu?" Fikri mengeluh. Kes Taufiq masih dalam perbincangan tapi belum apa-apa lagi Maisara sudah berkata dia adalah punca.

Lampu merah sudah bertukar warna. Doktor sudahpun keluar dari bilik pembedahan. "Ini keluarga encik Taufiq?" soal Doktor memakai teg nama Yusri.

"Ahli keluarga dia dalam perjalanan ke sini. Saya kawan dia doktor." jawab Arif dalam nada tegas. Doktor Yusri mengangguk perlahan.

"Macam mana dengan dia doktor?" soal Maisara dengan nada risau.

"Alhamdulillah pembedahan semuanya berjalan lancar dan In sha Allah dalam 4 atau 5 hari ni dia boleh balik ke rumah. Buat masa sekarang encik dan puan boleh melawat dia. Saya pergi dulu." Maisara mengucap syukur di dalam hati.

' Allahuakhbar.. macam nak tercabut jantung Aku ni.'

ARIF melepaskan keluhannya sambil menyuapkan roti ke dalam mulut. Pukul 3 pagi dia masih berjaga di hospital untuk menjaga Taufiq. Naura tidur di rumah Maisara buat seketika.

Arif melihat mesej antara dia dan Naura. Dia membaca semula mesej-mesej itu buat seketika bagi mengubat rindu.

"Lama lagi ke kat sana?" - My Queen

"Nanti lepas Subuh Arif baliklah. Why?' - Arif

"Tak boleh tidur lah. Ni tidur ngan Mai susah gila. Dia siap berdengkur lagi." - My Queen

"HAHAHA. Sayang gi lah tidur. Arif dah nak tidur ni." - Arif

"Werk. Tak nak." - My Queen

Arif tergelak saat terkenang wajah isterinya. Mampu ke dia tinggalkan Naura di Malaysia? tanpa seorang suami. Sebak mula datang tanpa di duga.

"Fiq.. Aku tak tahu apa yang Aku buat. Aku tak nak hilang dia. Tapi Aku malu." kata Arif pada Taufiq yang masih terlena. Arif menyikat rambutnya ke belakang. Air matanya jatuh lagi sekali. Dia tidak sanggup mahu meninggalkan isteri yang dia sayang, cinta dan seperti nyawanya.

'Sayang.. maafkan Rif, sayang. Maafkan Arif.' Air mata laju mengalir di pipi. Serabut dia buatnya. Dia menyesal jatuh cinta dengan Naura. Dia menyesal kerana buat Naura menyukai dia. Dia menyesal semuanya.

'Bunuh je lah Aku! Bunuh je lah Aku. Aku malu!'