Satu langkah
Dua langkah
Tiga langkah
Naura menghentikan langkahnya saat Arif menyuruh dia berhenti. Kain berwarna biru itu di buka oleh Arif. Terkejut Naura saat membuka kelopak matanya. "Arif.. apa semua ni?" soal Naura dengan nada teruja.
"We're going on a picnic today. Why?" Arif meletakkan tangannya di atas bahu Naura. Naura mengangkat wajahnya untuk memandang wajah Arif.
"And that's why awak masak tadi? Sampai tak bagi Saya tolong?" Arif mengangguk. Terima kasih lah kepada Adif dan Dania yang sudi membantu dia untuk menghias tempat itu. Mulanya Adif dan Dania menolak tapi atas sebab untuk Naura jadi mereka setuju sahaja.
"Suka tak sayang?" Laju Naura mengangguk. Gila tak suka dengan adanya warna kegemaran Naura yang berwarna biru dan putih. Fuh memang hebat cita rasa Adif dan Dania ni.
"Please take a seat, Sayang. Ops I mean Puan Naura." Naura menepuk perlahan bahu Arif sebelum mengambil tempat. Mujur Arif memilih tempat di bawah pohon yang besar jadi tidaklah Naura terpaksa duduk bawah sinaran matahari ni.
"Jadi harini Saya sebagai Arif Iskandar akan menjadi pembantu buat Cik Puan Naura. Kita mulakan dengan sesi makan-makan." Naura ketawa kecil. Entah kenapa dia gembira melihat Arif yang sekarang ni. Begitu tenang bahkan sering tersenyum.
"Ni namanya spaghetti oglio bin.. eh binti hm lantaklah bin ke binti." Naura ketawa lagi. Arif tersenyum.
"Now kita ada air.. sebentar Saya fikir nama air ni." Arif kerut dahi untuk fikirkan apa nama nak letak pada minuman itu.
"Air oren bin manggo ke?" Teka Naura.
"Sejak bila oren kahwin ngan manggo, Sayang? ni air oren kan? bukan air manggo?" Naura menjongket bahunya lalu dia mengambil botol air itu lalu dituang ke dalam cawan.
"Air oren." balas Naura usai meneguk buat kali ketiga.
Arif meletakkan pinggan yang berisi spaghetti lalu dia menatap wajah indah Naura. Naura turut membalas tatapan itu dengan senyuman yang manis.
"Nah bunga." Arif memberikan sejambak bunga mawar berwarna biru. Naura menerima bunga itu seraya mengukirkan segaris senyuman.
"Kenapa pilih 3 kuntum bunga je?" soal Naura.
"3? bukan ada 4 ke?" balas Arif dengan hairan.
"3 je lah. Awak tak reti kira ke?" terus Arif tepuk dahi.
"Allahuakhbar, Saya terkira awak sekali." sengih. Naura tayang muka blur. Pagi-pagi macamtu siapa je mahu layan pickupline. Sudahlah pagi lepastu panas lepastu tetiba bagi pickupline. Mujur suami.
"Geli.." kata Naura dengan sengihan. Arif tarik muka.
"Your wife tak reti bab-bab nak pujuk. Sorry." balas Naura sambil menyuapkan sandwich strawberi kedalam mulut Arif. Arif mengunyah jugak makanan yang disuap oleh Naura.
"Sayang nak tahu tak maksud 3 kuntum bunga tu?" Naura mengangguk perlahan. Arif mendekati cuping telinga Naura lalu berbisik..
"I love you." Naura tergamam.I love you? ok.. ok. okey je ni. Sumpah okey..
'Nak pengsan Aku T T.'
Tanpa mereka sedari, ada 2 makhluk ciptaan Tuhan sedang memerhatikan mereka berdua dari pohon yang redup.
"Dah boleh makan ke nyah?" tanya Adif.
"Sabar lah. Aku nak tengok lagi drama ni." jawab Dania. Adif terus melabuhkan punggung di atas rumput.
"Abang kau ngan kau lain ya. Abang kau sweet yang kau ni kayu ke? tak de perasaan?" selamba badak je Dania berkata begitu. Kalaulah Dania tahu bahawa Adif hampir menampar wajah abangnya gara-gara Arif telah mendapat Naura, mesti Dania terdiam.
"By the way esok Aku amek cuti so kau gi ah Universiti naik motor."
"Asal pulak?"
"Aku ada hal family. Kau tahukan atok Aku tengah nazak so Aku kena lah gilir-gilir jaga dia." Adif mengangguk perlahan.
"Habis kelas nanti Aku singgah ah hospital. Aku temankan kau." senyum. Dania terpanah dengan senyuman manis itu. Anak mata Adif masih setia menatap wajah Dania. Entah kenapa Adif menatap wajah ayu itu seolah-olah dia sedang menatap wajah yang dia sayangi.
'Dup dap dup dap jantung Aku. Please, I don't want to fall in love with an amnesiac man.'
ARIF menggengam erat jari jemari Naura sambil melihat kanak-kanak sedang bermain di tepi tasik. Seketika Naura dan Arif ketawa dengan karenah kanak-kanak itu.
"Naura suka budak-budak." kata Naura secara tiba-tiba.
"Betul? kalau macam tu tak sabarlah Arif." Naura tayang muka tak faham.
"Tak sabar apa?"
"Tak sabar nak tengok sayang main dengan anak-anak kita nanti." zap! bagai terpanah panahan cinta sahaja. Banyak pula pickupline yang diberikan oleh Arif kalini. Sampai naik malu Naura dibuatnya.
"Sayang." panggil Arif lembut.
"Ya?"
"Sayang."
"Ya Saya?"
"Sayang." kali ketiga terus Naura berpeluk tubuh. Abende sayang-sayang?
"Arif suka panggil isteri Arif, sayang. Comel je." senyum. Sisi yang jarang orang luar tahu inilah yang buatkan Arif istimewa. Siapa sangka dari crush menjadi pasangan. UwU nice drama.
"KAU cakap lagi sekali nombor plat kereta tu." kata Arif kepada kawannya, Fikri.
"JSN 3420. Asal?"
"Nothing. So itu je yang Naura kata?" soal Arif inginkan kepastian.
"Nope. She also say yang dia ada nampak seorang budak lelaki dalam kereta but dia tak tahulah siapa lagipun masatu hujan kan. And kereta tu dengar cerita dah dimusnahkan." Arif garu kepala yang tidak gatal.
"Thanks Fikri. Apa-apa Aku call kau ya."
"No problem. Chaw lu. Kirim salam kat bini kau. Assalamualaikum." panggilan ditamatkan. Arif kembali melihat Naura yang sudah terlena di atas katil.
Dia teringat akan perbualan Puan Aina dengan seorang lelaki di talian 2 hari lepas.
"Aku tak kira apa pun. Aku tetap nak musnahkan dia." kata Puan Aina dengan suara yang lantang.
Arif yang berdiri disebalik dinding cuma mendengar Puan Aina sambil berpeluk tubuh. Apa yang nak musnahkan ni?
"Kalau Aku tahu memang Aku bunuh sekali anak arwah tu." Arif terdiam.
Lamunan Arif terganggu saat Naura menangis sambil memanggil 'mak'. Terus dia mendakap tubuh Naura.
"Mimpi arwah mak?" tanya Arif usai Naura terjaga. Naura mengangguk. Makin kerap dia bermimpi arwah maknya sejak dia berkahwin dengan Arif.
Naura kembali terlelap selepas Arif membacakan Naura surah-surah alquran. Arif tersenyum namun disebalik senyuman itu dia menangis di dalam hati. Rasa malu dan bersalahnya dia pada Naura sangat tinggi. Nombor plat kereta yang diberitahu oleh Fikri adalah nombor kereta mamanya. Tempat dan juga kereta juga sama seperti jalan cerita yang pernah Adif memberitahu dia.
'Aku malu... Macam mana Aku nak tengok muka dia? Ya Allah..'
AHHHH ingin sahaja Arif menghentakkan kepalanya di dinding. Benci, marah, sedih, kecewa dan malu semakin membuak. Ingin sahaja dia mati. Kenapa nasibnya begini? kenapa mesti Naura?
Dia sedih melihat Naura yang sering menangis bila bermimpi arwah maknya. Kadang-kadang sampai naik lelah Arif untuk memujuk Naura.
'Maafkan Arif,sayang.. Arif tak tahu selama ni. Maafkan Arif. Maafkan Arif sangat-sangat.'
Air mata dia jatuh. Malu dan rasa bersalah itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kenapa.. AHHH dia benci semua ni. Mahu sahaja dia membunuh diri daripada menjadi anak pembunuh.
"Sayang, jangan maafkan Arif ya. Semua salah Arif.."