Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 20 - Love Blue Flowers

Chapter 20 - Love Blue Flowers

ADIF menumbuk dinding biliknya beberapa kali. Marah, geram dan sakit melihat Puan Aina bertambah mesra dengan kakak iparnya. Ini bukan kerana cemburu tapi kerana keselamatan Naura. Bukan main lagi siap cakap MAMA DAH ANGGAP NAURA MACAM ANAK MAMA. Huh anak? anak apa benda? kalau perangai pun ajak gaduh.

Arif telahpun menyuruh kawannya Fikri untuk membuka semula kes arwah mak Naura. Walaupun kes itu telah ditutup atas sebab tiada bukti kukuh begitu juga saksi maka pihak atasan membuat keputusan untuk menutup kes itu.

"Salah satu caranya kau kena ingat balik memori tu. Kau fikir Aku sanggup ke tengok orang jahat dalam rumah kita ni?" ujar Arif. Adif mengambil bola tenisnya lalu dia melempar ke arah dinding.

"Aku cuba. Tapi kau tahukan susah." Arif tahu susah bagi Adif namun dia tidak tahan dengan semua ini. Buatnya Puan Aina mahu mengapa-apakan Naura. Hah macam mana?

"Ya but try. Bukan nak paksa tapi kau faham kan Aku macam mana. Ni Aku nak balik. Kalau kau tak okey call je Aku." Adif mengangguk. Arif memang tegas dalam perkara begini apatah lagi melibatkan orang yang dia sayang. Terus Arif menapak keluar dari bilik itu.

ARIF merangkul tubuh Naura dengan rapat. Naura yang baru selesai melipat baju terkejut dengan kelakuan suaminya. "Arif.." Arif meletakkan dagunya diatas bahu Naura. Dia bukan manusia yang pandai luahkan perasaan melalui kata-kata. Dia cuma mampu luahkan perasaan melalui perbuatan.

"Give Arif 5 minutes. Arif penat." ucap Arif dengan nada perlahan. Naura mengambil alat kawalan jauh di sebelahnya lalu dia menutup televisyen itu. Naura mengambil selimut yang telah dilipat itu lalu dia menutup bahagian tubuh Arif. Tidak sampai 5 minit, Arif sudah terlelap di atas pangkuan Naura.

"Sayang.." panggil Arif dalam separuh lelap.

"Hm.." balas Naura sambil menepuk badan Arif. Macam bayi pun ada jugak tapi tak apa dah halal apa nak kisahkan lagi.

"Next week. Arif kena pergi Jepun sebab nak amek nai nai ngan aki." Naura kerut dahi. Nai nai? apa tu? nama? atau makanan?

"Nai nai tu maksudnya nenek dalam bahasa cina. Nai nai keturunan cina and aki orang Pahang same with arwah atuk dengan tok wan. Tok wan tu mak kepada papa and nai nai pula mak kepada mama." Naura mengangguk faham. Tak sangka keluarga Arif dari golongan yang hebat-hebat bahkan ada kacukan.

"Patu Naura duduk umah ni seorang-seorang? Kalau kak Nab ada tak ada ah Naura nak risau. Ni kak Nab ngan family dia dah gi makan angin." balas Naura dengan nada sopan. Itulah yang nak bincangkan sekarang.

"Sebab tu Arif nak bincang dengan sayang. Sayang Arif ni nak ikut tak Arif gi Jepun? Kalau nak Arif tempah sekali tiket." Naura bukan tak nak cuma dia gayat sahaja. Baru dia naik ke balkoni bilik Arif tu dia hampir menjerit cuba kalau dia naik kapal terbang, agaknya dah mampus orang yang bawa kapal terbang tu.

"Tak nak lah. Nanti kedai siapa nak jaga. Entah-entah tiket pun mahal. Nanti membazir pula." senyum.

"Kalau macam tu ajaklah Mai duduk sini. Tak adalah sayang cakap ngan sofa." sengih. Naura diam.

'Keluarga belah mak dia macam kaya raya je. Nak ke nai nai tu terima Aku jadi cucu menantu dia. Hm capek.'

TAUFIQ terkejut mendengar bunyi kaca dari biliknya. Namun dia tidak mampu untuk bergerak kerana dilarang oleh kakaknya, Aliya Natasha.

"I don't want to be rude but kau lah punca." kata Aliya setelah keluar dari rumah itu.

"Taufiq tak pernah mintak untuk lahir kat dunia ni. Taufiq tak pernah mintak untuk tengok akak marah. Taufiq tak pernah mintak untuk hidup kat dunia ni.." menggigil badan Taufiq ketika bersuara dihadapan Aliya. Air matanya mengalir kerana dia tidak mampu untuk hadap perkara ini lagi.

"Then? Why don't you die now?" Aliya menolak tubuh Taufiq hingga Taufiq terjatuh. Taufiq hormat Aliya sebagai kakak dan ahli keluarganya namun Aliya menganggap Taufiq sebagai musuh.

"If I die, will you be happy?" laju Aliya mengangguk. Gembira? lebih dari gembira.

"Noralia Maisara? Who is that woman?" Aliya menampar wajah Taufiq beberapa kali. Taufiq diam. Dia tak nak beritahu pasal Maisara.

"It's ok if you don't want to tell. But you know, I won't keep quiet. My employee will get information about her and maybe I will end the Maisara life." Taufiq terus melutut dihadapan Aliya. Dia tak akan benarkan gadis jahat itu menyentuh Maisara.

"I only have two choices. You or her. Should I kill Maisara first encik Taufiq?" Aliya memanggil bibik untuk datang segera ke tingkat atas.

"Clean the room. Jangan sampai Tuan tahu Saya dah balik. Faham?" laju bibik mengangguk. Dalam rumah ni kalau tiada encik Taqiuddin maka Aliya lah yang akan jadi ketua. Apa yang gadis itu inginkan mesti patuhi. Kalau tidak habis nyawa.

Aliya menuruni anak tangga untuk keluar dari rumah itu. Dengar sahaja pintu rumah ditutup rapat, Taufiq terus menampar wajahnya.

"Fiq, jangan macam ni. Nanti sakit." halang bibik Siti. Taufiq tetap meneruskan pergerakannya.

"Sakit? huh. Dah tak ada apa lagi nak sakit kalau perempuan tu dah mula dulu. Memang Taufiq macam patung kan dekat rumah ni. Taufiq kena patuh dengan semua orang. Sampai Taufiq jadi macam ni. Nak sangat Taufiq mati ke? Kalau nak cakap! Arwah mati sebab Taufiq? Jadi kenapa pilih untuk selamatkan Taufiq padahal boleh selamatkan arwah." Bibik Siti mengusap belakang Taufiq seakan-akan Taufiq itu anaknya. Dari kecil dia menjaga Aliya dan Taufiq dan dia juga tahu dendam Aliya pada Taufiq.

Taufiq anak yang patuh dan baik begitu juga Aliya cuma selepas arwah mak mereka meninggal dunia, semuanya berubah. Encik Taqiuddin kerja tidak menentu dan kurang beri perhatian pada Aliya. Aliya pula sering memukul Taufiq dengan penyangkut baju mahupun rotan. Tapi Taufiq.. anak kecil itu cuma berdiam diri dan tetap tersenyum. Walaupun Encik Taqiuddin pernah bertanya tentang kesan lebam di badan Taufiq, Taufiq cuma menjawab SEMUANYA SALAH TAUFIQ, PAPA TAK PERLU TAHU. Dan encik Taqiuddin pun cuma fokus pada kerja dan hanya beberapa kali bersemuka dengan anak-anak mereka.

NAURA meletakkan baju-baju Arif kedalam bagasi. Banyak juga baju yang dipilih oleh Arif kalini sampai naik penat Naura nak melipat. "Kenapa baju banyak sangat?" soal Naura kepada Arif yang baru selesai solat.

"Mandi kan sehari 3 kali. Baju kenalah banyak. Duduk sana dekat 2 hari itupun kalau kapal terbang tu nak bercuti. Awat?"

"Bukan nak kahwin lain kan?" usik Naura. Terus Arif ketawa kecil. Kahwin lain? bini seorang ni pun susah nak jaga tak akan nak kahwin lain.

"Why marry someone else if Arif dah ada sayang?" romantis sahaja kata-kata Arif. Terus Arif mengucup wajah Naura.

"Sayang nanti rindu Arif tak?" laju Naura mengangguk. Rindu? siapa je tak rindu orang yang tersayang?

"Arif nak apa bila datang sini? Mana tau Naura boleh buat Arif happy." senyum. Arif mendekati telinga Naura lalu berbisik..

"Arif nak junior kita." Arif angkat kening.

"In sha Allah. Kalau ada rezeki."

"Esok sayang cuti ya." ujar Arif sambil menutup bagasinya.

"Kenapa pula? Arif ada plan ke?"

"Ada. Plan Arif nak date ngan isteri Arif."

"UwU nak date kat mana? Jap nak gi tandas. Perut ni ajak gaduh pula." Arif ketawa kecil melihat telatah Naura. Boleh pula nak ke tandas dalam situasi begini

MAISARA meletakkan first aid kit ataupun alat pertolongan kecemasan di atas meja. Dia membubuh minyak gamat di atas kapas berwarna putih itu lalu dia menyapu di wajah Taufiq yang luka.

"Kau berhutang dengan along eh?" teka Maisara. Taufiq menggeleng.

"Kau gaduh ngan anak Jamil?" Taufiq menggeleng lagi. Anak Jamil mana ni? T_T

"Then why banyak luka?" soal Maisara. Dia mengambil plaster itu lalu dia menampal di permukaan wajah Taufiq. Muka yang hensem itu sudah ditutupi dengan kesan plaster dan muka yang bengkak. Sadisnya hidup ini.

"Kena cakar kucing." balas Taufiq sebelum meneguk air masak di atas meja.

"Jap ada customer." Maisara bangkit dari kerusi lalu dia mengukirkan senyuman kepada pelanggan yang baru masuk. Taufiq cuma jadi pemerhati sahaja di meja kaunter.

Taufiq mengambil pen dan kertas lalu dia menulis sesuatu sebelum beredar dari situ. Air matanya sebagai lelaki hampir gugur akibat terpaksa membuat keputusan itu. Sayang dia dan cinta dia pada Maisara hanya Allah sahaja yang tahu.

"Tulis apa?" tanya Maisara usai mengambil pesanan pelanggan.

"Ni duit." Senyum dan berlalu pergi. Maisara melihat duit not 10 ringgit itu lalu dia membaca kertas yang ditulis oleh Taufiq sebentar tadi.

'Saya terpaksa lupakan awak. Sorry, I have no intention of coming as a human being who wants love but I really have family problems. Maybe after my family problems are over, I'll come back. But .. if I'm not there.. doakan Saya. -Taufiq Sufian'

"Why do I want to cry? Ugh!" Maisara menyatukan. dua belah tapak tangannya.

'I have high hopes for him. LMAO I hate my self.'