Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 1 - Love Blue Flowers

Love Blue Flowers

🇲🇾Irlylune
  • 52
    Completed
  • --
    NOT RATINGS
  • 77.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Love Blue Flowers

Hari pertama lagi, Naura Airina sudah membebel kerana pekerjanya datang lambat. Mujurlah ada kawannya Noralia Maisara yang turut membantu membukakan kedainya itu.

Ikutkan hati dia mahu memotong gaji pekerjanya, Rifhan Alif tu. Walaupun Alif tu anak Tengku sekalipun etika pekerjaan kenalah jaga. Bukannya datang kedai sesuka hati je.

"Asal datang lambat?" Soal Naura sesudah dia datang ke kedai bukunya.

"Jalan sesak." Naura ketawa sinis. Sesak? Pukul 11 pagi ni sesak ke? Orang pergi kerja semuanya pukul 7 pagi dah keluar ini dia pukul berapa tah keluar.

"Awak dengan Batrisya je lah pekerja Saya. Kang hah potong gaji baru tau. Bulan ni dah 2 kali awak datang lambat. Setiap hari tau orang kedai ni ada je yang datang." Bebel Naura. Batrisya yang sedang menyusun buku di rak yang kosong mampu pekak kan telinganya.

Ada saja harinya dengan bebelan cik Naura Airina. Gara-gara Alif lah dia terpaksa mendengar bebelan itu. Sampaikan cik Maisara kata dia nak buatkan trofi QUEEN OF MEMBEBEL untuk cik Naura.

"Maafkan Saya cik Naura."

"Saya tahu datang lambat lagi memang Saya kejut awak pukul 5 pagi tu. Kedai bukak pukul 10 awak sampai pukul 11. Awak ingat ni apa? Hotel? Sesuka hati check in patu keluar. Sesak apa. Saya yang tadi singgah pergi rumah parents Saya pukul 8 tu dah hilang sesaknya. Kalau bangun lambat cakap." Masih belum habis bebelan Naura. Alif pasang telinga sajalah. Memang salah dia tak kunci jam semalam. Lepas Subuh terus dia tidur gara-gara tidur lambat semalam. Ini pun mujur ibunya sempat kejutkan dia.

"Selamat datang." Suara operator yang telah diset kan oleh Naura menarik perhatian mereka bertiga.

"Dah pergi." Alif terus masuk ke dalam stor untuk mengambil beberapa buku baru untuk disusun semula.

"Boleh Saya bantu encik?" Kini mood Naura yang marah sudah bertukar seperti biasa. Peramah dan ceria.

"Saya nak cari novel terbaru A.I." Naura mengangguk perlahan tanda dia faham apa yang diminta oleh pelangannya.

"Sini semuanya edisi terbaru novel A.I. Encik bolelah pilih dulu." Naura ingin berlalu pergi untuk menyambung kerjaya yang tertunggak. Langkahnya terhenti apabila lelaki itu memanggilnya.

"Saya nak edisi dia yang sebelum ni. Maksud Saya buku dia Title Of Our Love. Awak ada?" 

"Maafkan Saya, encik. Buku tu dah habis stok lah. Bulan depan baru stok tu sampai. Maafkan Saya." Lelaki itu mengangguk perlahan.

"Dekat sini ada kerja kosong tak?" Soalan yang tidak dijangka oleh Naura membuatkan dia memandang setiap pekerjanya.

"Kerja.. kosong? Erm buat masa ni tak adalah." Kerja kosong? Bukan dia tidak mampu untuk membayar gaji lelaki dihadapannya cuma tiada lagi rasanya kerja yang boleh lelaki itu lakukan.

"Kedai buku ni dekat 2 buah kedai. Tak akan tak ada kerja kosong."

'Abende kau!! Macam mana boleh lupa bapak kau besarkan kedai ni jadi 2 kedai. Aduh!'

"Allahuakhbar. Lupa pulak Saya. Kalau kerja pun awak tolong susun buku, lap rak denga meja dekat bahagian kedai sebelah patu kedai Saya dengan kedai sebelah ni kitaorang campur pekerja. Kedai sebelah owner dia Maisara but boleh panggil dia Mai." Naura hentikan perbualan dia untuk memanggil Batrisya yang masih menyusun buku.

"Ya cik Naura?"

"Panggilkan Mai." Batrisya mengikut arahan bosnya.

"Dikira boleh start kerja ke?" Soal lelaki itu. Naura mengangguk. Dia tidak pentingkan sijil belajar pun. Belum tentu kalau orang tu tidak pandai perangai dia juga teruk. Setiap orang perlu diberikan peluang kedua.

Maisara ataupun Mai yang baru selesai membuat kopi untuk pelangannya terus masuk ke kedai sebelah melalui pintu dapur.

"Apa?" Tanya Mai sambil membetulkan lengan bajunya.

"Pekerja baru?" Teka Mai. Dia berdiri disebelah Naura.

"Sila perkenalkan diri." Pinta Naura dengan senyuman dibibir.

"Nazrul Hadif. Boleh panggil Adif je." Senyum.

"Adif? Hah umur berapa ni? Kang ada kitaorang kena fitnah sebab amek budak sekolah kerja kat sini." Seperti biasa Mai akan bertindak seperti pemilik dua kedai itu. Naura tidak kisah pun apa yang Mai nak lakukan asalkan perkara tu berfaedah.

"23." Mai dan Naura saling berpandangan. Bapak muda gila. Paling muda dalam kedai ni pun si Batrisya. Itu umurnya 24 tahun.

"Lah muda dari kitaorang semua. Hah anggap je kitaorang ni kakak dengan abang kau." Ujar Alif yang dari tadi menjadi pendengar setia perbualan mereka.

"Baik."

NAURA dari tadi memusingkan pennya akibat kehilangan idea untuk novelnya. Sudah 3 tahun dia menjadi penulis novel dan dengan izin Allah novelnya sudah terlaris di setiap kedai buku di Malaysia.

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari dan dia masih belum mengisi perutnya lagi. Nak mengajak Mai, gadis itu terlebih dahulu sudah ada berjanji untuk keluar makan dengan keluarganya. Alif dan Batrisya sudah keluar terlebih dahulu tanpa fikirkan tentang bosnya. Adif? Erm..

"Cik Naura tak nak makan ke?" Soal Adif sambil mengisi botol-botol air di kaunter.

"Saya nak makan dengan siapa? Mai pun dah keluar. Yang lagi dua orang tu pun da tinggalkan Saya." Naura muncungkan mulutnya.

"Erm makan dengan Saya je lah. Saya boleh kan temankan cik Naura?" Adif mengakhirkan ayatnya dengan senyuman dibibir. Lesung pipit di pipi kiri lelaki itu menambahkan lagi ketampanan Adif.

"Hah ya lah siapa belanja?" Bab ni memang Naura sengaja ingin mengusik pekerjanya. Setiap kali ingin keluar makan inilah soalan pertama yang akan diajukan oleh Naura.

"Saya lah. Saya kan lelaki. Kalau cik Naura yang nak bayarkan nampak tak manis pula."

'Siapa ajar dia ni?? Ini kali pertama Aku jumpa orang macam ni!'

"So nak makan apa? Nanti Saya belikan." Tanpa melengahkan masa Naura menyuruh Adif untuk dekatkan tubuh itu dengannya. Adif menurut kata Naura.

"Maggie je?" Soal Adif setelah Naura selesai berbisik dengannya. Naura tepuk dahi.

"Jangan lah kuat. Ni buatnya Mai dengar memang dia marah Saya." Naura mencebik. Adif rasa serba salah pula dengan perangainya tadi. Terkejut sebernanya dengan permintaan Naura. Dia ingatkan Naura inginkan makanan yang mahal atauapun western food tapi maggie sahaja.

"Serupa Saya masakkan untuk cik je."

"Betul? Boleh?" Adif mengangguk. Maggie je bukannya gadis itu minta ayam masak merah pun.

"Kat pantri belakang ada maggie dalam paket. Awak boleh tolong?"

"Maggie je kan bukan nasi kandar kan?" Seloroh Adif. Naura ketawa kecil dengan gurauan Adif.

"Awak boleh ke buatkan Saya nasi kandar?" Laju saja Adif menggeleng. Nasi kandar? Dia tahu masak nasi sahaja. Nasi kandar tu dia belum mahir lagi.

MAISARA terus mengunci pintu rumah setelah masuknya azan marghrib. Naura awal-awal sudah naik ke bilik untuk menyiapkan novelnya yang perlu dihantar hujung bulan ini.

"Rina, gi solat dulu." Mai berdiri dihadapan pintu bilik Naura sambil memeluk tubuhnya.

"Aku uzurlah. Gi main jauh-jauh." Halau Naura. Tangannya laju menaip di papan kekunci laptopnya. Dia benar-benar gemarkan menjadi seorang penulis sejak dibangku sekolah lagi dan selepas SPM dia terus menghantar skrip ceritanya di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini dia berjaya mengeluarkan 3 buah novel dari hasilnya sendiri.

"Kau buat banyak-banyak novel ni sebab Arif Iskandar atau sebab kau minat?" Tanya Mai seraya mengambil tempat di atas katil Naura.

"Apa kau cakap ni Mai?" Naura buat-buat tak faham.

"Aku tahu kau minat gila dengan buku cinta si Arif tu but kau buat atas nama Arif atau minat ni. Aku tak halang cuma nak tau." Terang Mai. Dia cuma nak tahu punca Naura mula berkarya dalam novelis ni. Dulu Naura susah nak dapatkan keyakinan untuk menghantar manuskripnya kini bukan main lagi dah siap je hantar. Yang penting syarikat penerbitan yang mengambil novelnya adalah syarikat yang sama dengan penulis Arif Iskandar ataupun A.I.

"Aku buat atas minat Aku lah. Kau jangan nak buruk sangka pasal Arif eh. Kau buruk sangka pasal dia kau tunggu Aku korekkk biji mata kau tu." Kata-kata Naura berbaur ancaman dan itu tidak boleh membuatkan Mai takut pun dengan ancaman tersebut.

Dekat 14 tahun dia dan Naura berkenalan dan akhirnya persahabatan mereka kekal hingga sekarang. Macam-macam ujian yang dilanda atas persahabatan itu tapi dengan Naura yang penyabar dan Mai yang pantang dicabar memang kekal lah.

"Ni kan buku si Adif nak tu?" Mai mengambil buku yang telah disampulkan dengan pembalut buku di atas meja katil Naura. Buku Naura adalah buku yang boleh dikatakan susah hendak dicari kerana di kedai buku lain tidak akan mendapat tandatangan Arif Iskandar tapi Naura ada. Setiap buku Arif Iskandar semuanya ada tandatangan lelaki itu. Sampai naik muak Naura apabila selalu mendengar nama lelaki yang dia sendiri tidak kenal.

"Buku Aku limited edition eh. Kau pikir senang Aku nak bagi orang buku Aku yang ada semua tandatangan dia? No ya no!!!" Terus dia mengambil semula buku tersebut dan diletakkan ke dalam rak buku bersebelahan dengan meja kerjanya.

Penat-penat dia beratur untuk mendapatkan tandatangan idolanya tak kan senang-senang dia nak bagi orang.

"Title Of Our Love.. apa yang best sangat? Asal semua orang minat dia?? Kau tau tadi kat kafe pun semua cakap pasal Arif. Aku macam.. eh dia bukan anak raja pun yang kecoh sangat apahal." Mai tidak minat pun dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Dia minat membaca pun buku yang ditulis oleh Naura sahaja. Arif Iskandar? Huh lambat lagi.

"Muda auuuuuu. Umur dia tak salah Aku sebaya ngan kau. Dia belajar kat luar negara amek kos perubatan tapi after tamat je belajar dia buat keputusan nak jadi penulis. So dari zaman dia belajar until now lah dia buat novel. Semua novel dia memang mantap." Mai tayang wajah blur.

"Oh really? Tak pe teruskan minat anda. Saya nak solat sebentar. Walaupun Aku tak faham hoho." Berlari keluar Mai dari bilik tidur Naura. Takut juga Naura marah kerana dia tidak faham apa yang disampaikan oleh anak gadis itu.

MEJA makan telahpun dikemas oleh Adif, sampah pun sudah dibuang dan sudah gantikan dengan plastik sampah baharu. Ruang tamu yang bersepah juga sudah dibersikan. Inilah kehidupan seharian dia yang terpaksa tinggal bersama abangnya.

"Adif. Tolong Aku buatkan nescafe jap." Pinta seorang lelaki yang baru selesai menunaikan solat Marghrib.

Adif mengikut arahan si abang. Selesai dia menyiapkan air nescafe dia meminta diri untuk masuk ke dalam semula. Namun langkahnya terpaksa dihentikan gara-gara si abang memanggilnya semula.

"Apa?" Soal Adif.

"Mama suruh call dia. Aku dah kata kalau nak duduk ngan Aku setiap minggu kena call mama. Susah kah?" Naik penat Adif hendak mendengar panggilan 'mama' itu. Kerana mama iaitu seorang mak yang lahirkan dia lah dia terpaksa duduk di rumah abangnya buat sementara.

"Kredit Aku habis." Balas Adif dengan nak tak nak.

"Pakai bil pun kredit habis eh." Lelaki itu menggeleng kepalanya sambil menghirup air buatan Adif.

"Biasalah! Adif kan." Sengih.

"Asal buku kau cepat sangat habis eh. Aku baru ingat nak baca buku yang edisi pertama tu tapi awal gila habis." Cerita Adif. Oh abang dia seorang penulis novel yang Naura minati. Arif Iskandar, lelaki yang mampu membuatkan Naura jadi gila dengan membaca novel lelaki itu sahaja.

"Bulan depan ada lah tu stoknya. Aku dah bagi kau buku tu kan. Kau jual ke?" Laju Adif menggeleng. Dia bukan jual cuma dia tidak ingat di mana dia meletakkan buku itu.

"Lupa letak kat mana? Hah gi amek kat atas meja Aku. Aku dah kata jangan makan banyak semut kau makan juga. Inilah puncanya. Pelupa." Adif kerut dahi. Sejak bila dia makan semut? Selama ni dia cuma makan nasi dan lauk sahaja. Dan kata-kata mamanya.