Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 4 - Love Blue Flowers

Chapter 4 - Love Blue Flowers

Maisara yang baru siap menggosok tudungnya untuk dipakai di tempat kerja terkejut apabila terdengar bunyi jeritan Naura secara tiba-tiba.

"Kau ni dah macam orang gila kenapa? terjerit-jerit pukul 10 ni." Marah Maisara. Dia menutup suis seterika dan memberi peehatian sepenuhnya kepada Naura yang duduk di birai katilnya.

"Kan Aku jumpa Arif tu patu patu dia bagi Aku buku dia yang baru ni. AHHHHH." jeritan Naura membuatkan Maisara membaling sebiji bantal kearah gadis itu. Bingit telinga dia dengan Naura ni.

"Hah ya patu? dia kata nak masuk meminang kau ke? Tak kan? Jadi ingatlah yang ini realiti. Dah keluar sana. Esok Aku nak gi beli barang." Naura menggeleng. Matanya masih belum mengantuk dan tenaganya masih banyak. Jadi dia perlulah mengambil kesempatan untuk mengusik Maisara.

"Naura Airina sila keluar sebelum Saya yang keluarkan awak dari bilik Saya." arahan dari mulut Maisara terpaksa juga diikuti. Pintu ditutup dengan perlahan dan dia terus masuk ke kamarnya.

"Bosanlah." runguk Naura yang kebosanan. Memang bosan dia sampai tiada tahap lagi dah dan baru dia teringat. Dia belum menelefon khabar ahli keluarganya lagi.

'Haih kau memang pelupa ke.'

Cepat dia mencari nombor mamanya di dalam senarai log panggilan. Dia terus menekan nama 'Ibu' yang siap dengan emoji love merah lagi.

"Assalamualaikum ibu." beria sahaja suara si anak menyapa telinga ibunya.

"Waalaikumussalam. Apo hang call malam-malam buta." sergah pula si ibu dengan nada biasa. Tiada tinggi mahupun seperti terasa.

"Aish Naura call baru kul 10. Bukan ibu selalu tidur pukul 11 ke sebab nak borak ngan mak Mai tu. Hah rilek bu." Si ibu tahu sahaja dengan sikap anaknya itu. Cukup pandai bergurau dan degilnya tu mengalahkan degil budak kecil. Biasalah Naura.

"Ni bila nak bawak menantu ibu ke sini? Sebulan sekali je ni kita boleh jumpa. Hah ada kang ibu dengan ayah pergi dulu." usikkan yang diberikan pada Ibu Naura tidak membuatkan Naura ketawa. Pergi dulu? dia pantang dengar kata-kata itu.

"Ibu.. Nantilah Naura carikan menantu ibu tu. Mana tau suami Naura tu anak Dato ke Tengku ke Perdana menteri ke hah ibu doa je yang terbaik untuk anak ibu ni." senyum.

"Iyolah. Dah pergi tidur. Esok jangan lupa lawat kubur arwah mak." pesan Ibu Naura. Naura cuma tersenyum. Mak yang dimaksudkan oleh ibunya adalah mak kandung dia dan ibu yang dimaksudkan dalam panggilan itu pula ibu tiri dia.

Dia tidak kisah kalau ayah dia mahu berkahwin lagi asalkan wanita yang dipilih oleh ayah mampu membuatkan mereka semua bahagia dan tiada tentangan daripada orang luar.

PAGI itu usai sahaja bersarapan bersama Maisara, dia terus pergi ke kubur. Niat mahu mengajak Maisara dibatalkan apabila kawannya itu datang bulan.

Selesai membaca yassin, dia menyentuh batu nisan yang sudah ditulis dengan nama Nurin Aqilah itu buat beberapa kali. Jatuh air matanya apabila teringat kali terakhir dia bertemu dengan maknya.

"Assalamualaikum mak. Rina datang ni." kata Naura sambil mengesat air matanya. Tanpa dia sedari ada pemuda sedang memerhatikan dia dari arah kiri.

"Mak.. Rina sekarang ni dah berjaya. Mesti mak bangga dengan Rina kan. Memulakan Rina tak ada semangat nak hantar tapi lepas Rina dengar cakap seseorang ni.. Rina rasa okey Rina nak hantar dan kalau syarikat tak terima pun Rina tak akan putus asa..." air mata Naura jatuh lagi. Laju mengalir di pipi.

"Mak tunggu Rina kat syurga ya. Rina rindu mak.." ucap Naura lagi. Entah kenapa dia begitu emosi sangat pagi ni. Haih..

"Naura Airina?" terus dia mempalingkan wajahnya dengan tangisan yang masih bersisa itu.

'Arif?'

"Sorry. Sepatutnya Saya bagi salam. Assalamualaikum." ucap Arif dengan senyuman di bibir. Naura menjawab salam itu di dalam hati.

'Kenapalah dia datang sini. Aku nak layan perasaan pun tak jadi.'

"Erm... mak. Rina balik dulu ya. Assalamualaikum. Rina sayang mak tau." Arif tersenyum melihat Naura yang sempat bercakap lagi di situ. Cepat dia mengejar langkah Naura yang sudah jauh tinggalkan dia.

"Nangis?" soal Arif dengan lembut.

"Hm." itu je mampu dia balas. Tiba-tiba dia tiada tenaga untuk bertemu dengan semua orang.

"Naik kereta ke teksi?" soal Arif lagi. Entah kenapa dia benar-benar prihatin tentang gadis itu.

"Jalan kaki."

"Naik kereta Saya. Lagipun dah nak hujan ni." Naura menggeleng. Tak nak dia menyusahkan lelaki itu. Walaupun mengambil masa 10 minit untuk berjalan pulang ke rumah dia tidak kisah kerana itukan salah satu senaman juga.

"Dah nak hujan ni." pujuk Arif. Naura tetap menggeleng. Dia memang tak nak menyusahkan lelaki itu dan sesiapa pun. Walaupun dia ada keretanya sendiri namun dia malas juga nak pandu kereta Honda yang dibeli dengan duitnya sendiri.

"Sokay. Saya jalan kaki je. Kalau hujan pun Saya boleh lari." Tiba-tiba ada air yang jatuh dari langit. Arif sudah berpeluk tubuh.

"You want to run, right? Then larilah." Terus Arif masuk ke dalam keretanya. Naura terlopong.

Sepatutnya ramalan harini cerah dan bukan hujan. Tak apalah hujan tu kan rahmat. Rezeki juga hujan ni.

Nak tak nak dia masuk juga ke dalam perut kereta Mercedes Benz itu dengan langkah yang berat. Sayu pula dia nak tinggalkan kubur arwah ibunya.

"Boleh bagi Saya alamat? Kang ada Saya terbawa awak masuk hutan ni." seloroh Arif sambil membetulkan kerusinya.

"Taman Pelangi Indah. Dekat dengan simpang masuk ni." Arif mengangguk.

"Naura." panggil Arif lembut.

"Hm?" Naura tidak memandang pemilik suara itu. Dia lebih memandang ke luar cermin kereta. Entah apa yang ada di luar pun dia tak tahu kerana jalan sudahpun berlecak.

"If you don't feel comfortable with me ... tell me." Naura kerut dahi.

"Saya selesa je dengan encik Arif. Saya rasa encik Arif ni tak selesa dengan Saya. Oh it's ok lepas ni bila sampai je rumah Saya cuci kereta encik Arif ya. Barangkali Saya jijik." Terkejut Arif mendengar kata-kata Naura. Mulalah dia yakin bahawa Naura ada masalah yang dia sendiri tak tahu. Eh kenapa dia perlu tahu juga? bukannya dia pakwe atau tunang atau suami Naura Airina.

"Awak tak jijik. Saya suka dengan sikap awak macam sebelum ni. Dan sekarang ni awak tunjuk sisi yang berbeza. Mana Naura Airina yang semalam?" sayu saja suara Arif Iskandar yang menyapa telinga Naura.

"Dia duduk kat rumah.. sambung layan perasaan."

"Kalau ada masalah boleh share dengan Saya." senyum.

"Saya dengan encik Arif bukan kawan, tunang, isteri, awek pun bukan. Saya cuma peminat encik Arif sahaja." sengaja dia menekankan PEMINAT itu. Dia tak naklah Arif salah faham dengan niatnya itu.

"We can be friends, cik Naura Airina." Naura tarik muka apabila Arif tayang senyumannya. Aish dia tak boleh cair dengan godaan lelaki!

"Stop calling me cik Naura Airina. Just call me Naura." tegas suara Naura pada Arif. Arif masih lembut seperti tadi. Melihat sahaja wajah gadis itu dia sudah mampu tersenyum tanpa disuruh pun tak mengapa.

"I can call you Naura but you should call me Arif." adil! Tidak kira umur atau darjat. Semuanya sama sahaja. Tak ada lebih atau kurang.

"Dah sampai. Terima kasih encik Arif. Ops! I mean Arif." Naura keluar melulu setelah mengucapkan ucapan terima kasih itu. Terus dia sedar bahawa Naura lebih layak dijadikan isteri daripada Putri a.k.a anak kawan papanya yang bekerja sebagai kerani sekolah dan tergolong dalam kalangan orang miskin.

Bukan kerana harta atau pangkat cuma personaliti Putri dan Naura amat berbeza. Naura seorang yang bekerja keras, rajin, baik dan hormat orang tua. Tetapi Putri jangan kata hormat, buat kerja rumah pun malas.

"Haih cik Naura Airina awak tunggu Saya jadikan awak milik Saya."

PETANG ITU, Maisara dan Naura keluar membeli belah ke IKEA. Cuma mahu membeli set sofa baru untuk diletakkan di kedai Maisara sahaja dan mereka berdua akan singgah untuk mengisi perut yang bakal berbunyi.

"Mai. Ni kau tak nak warna biru? Kan kena dengan kedai kau." ujar Naura sambil melirik ke arah sofa yang boleh sekali menjadi katil. 2 dalam 1. Maju ya sekarang ni.

"Hah ya nanti kau dah siap tulis novel tu kau datang kedai Aku terus tup tidur. Memang Aku lelong kau."

"EEEE kau ni. Baling sofa ni baru tau." Naura mencebik.

"Assalamualaikum." sapa seorang wanita dari arah belakang Naura dan Maisara. Mereka berdua mempaling wajah dengan serentak.

"Mama." Naura bersalaman dengan Puan Aina. Maisara mengikut juga langkah Naura itu. Walaupun dia tidak kenal dengan insan dihadapannya namun hormat itu perlu ada.

"Mama, ni mama tak nak buat untuk berus gigi Adif?" tanya Arif sambil membawa berus jamban ke arah Puan Aina.

'Ya Allah.. jumpa agi. Memang jodoh kau lah Naura Airina!!!'

"Oh. Arif pergi letak balik." terus dia meletak semula berus jamban ke tempat yang asal. Memang dia sengaja mahu melihat wajah Naura buat seketika namun dia malu lah pulak nak menatap buat 3 minit wajah anak orang.

"Ni siapa Naura?" soal Puan Aina seraya memandang wajah ayu Maisara.

"Maisara. Panggil je Mai. Saya kawan Naura." usai memperkenalkan diri. Terdengar pula jeritan beberapa orang gadis dari arah kiri. Hah tak salah lagi gara-gara wajah Arif dan Adif lah yang berjaya menarik perhatian beberapa gadis situ.

"Kau tak nak join?" soal Maisara. Naura menggeleng.

'Tak de masa Aku nak ikut jadi gila.'

"Setakat muka diaorang Aku tak heran. Hensem lagi bapak Aku." bangga pula dia nak kaitkan wajah bapanya dengan Arif dan Adif. Memang jauh beza namun Ayah lah tetap hensem dan pilihan nombor satu anak perempuan.

"Kita tinggalkan je diaorang tu. Mai dengan Naura jom ikut mama. Kita pergi cari sofa." Maisara terus bersetuju dengan cadangan Puan Aina. Shopping lagi penting dari dua lelaki di sana.

PENAT berjalan satu IKEA akhirnya dapat juga meneguk air walaupun air itu air sejuk. Adif menghulurkan tisu kepada Naura untuk mengelap mulutnya yang basah.

Arif yang melihat kejadian itu terus menarik muka. Makanan yang dipesan oleh Arif dan Adif sudanpun tiba dan kini hanya tinggal menjamu selera sahaja.

3 pinggan pasta dan 2 chicken chop terus diberikan kepada pemilik di meja itu. Naura dan Arif memesan chicken chop manakala yang lain memesan pasta.

"Meh Aku tolong." Maisara yang ingin memotong ayam di atas pinggang terpaksa batalkan niatnya setelah Arif disebelah Naura mengambil pinggan gadis itu terlebih dahulu.

'HOHOHO Arif buat macam tu kat Aku yahuu!!!'

"Ehh asal kau yang amek pinggan Naura? Aku yang pelawa nak buatkan asal kau yang buat?" soal Maisara. Selalunya dia akan memotong ayam untuk Naura apabila mereka makan di luar. Dia tahu otot-otot Naura tidaklah sekuat dia yang mampu menampar wajah anak orang hingga menangis.

"Aku dekat ngan dia. Akulah yang buat. Kang jatuh makanan dia tu kau yang bayar eh." bidas Arif setelah selesai memotong ayam buat Naura.

"Terima kasih." senyum. Puan Aina senyum sahaja melihat karenah budak-budak itu. Adif? barangkali menahan cemburu.

"Eee aku tak tahulah macam mana ada orang minat kau." benar! Dia memang tak faham macam mana boleh ada yang minat lelaki yang kuat menjawab ni. Sudahlah selalu menjawab lepastu poyo. Haduh! Pening kepala.

"Kau kena faham yang muka Aku ni hensem sangat. Kalah muka si ahli BTS tu." ceh! yakin benar pula si Arif ni. Adif mampu menggeleng sahaja kepalanya. Malas dia nak layan si abang yang bertekak dengan Maisara.

"Oh really? Kau nak Aku gelabah? Jap aku gelabah. Ya Allah kau ni series lah. Eh pakcik. I mean encik Arif, can I have a signature?" Naura menahan gelak. Begitu juga dengan Adif dan Puan Aina. Naik merah muka Arif saat disakat oleh Maisara.

"Entah macam mana Naura boleh bertahan berkawan dengan kau ni."

"Kau silap. Sepatutnya kau tanya macam mana Aku boleh bertahan dengan minah busy 24 jam ni. Yang tak boleh blah setiap kali novel kau keluar dia lah orang pertama nak beli." terus Naura memijak kaki Maisara. Maisara mengaduh kecil.

"Eh kau jangan nak pijak kaki Aku ya." pesan Maisara sambil meneguk air sirap bandungnya.

'Malu betul!'

Puan Aina sudah merancang pula majlis perkahwinan anaknya dengan gadis yang dia berkenan, Naura Airina. Gadis itu pasti menjadi menantu dia. Benar dia nampak Naura bukan setakat menjadi peminat bahkan ada hati pada Arif namun apabila dia melihat anak mata Adif pula dia berasa serba salah pula.

Adif mengunyah makanan ke dalam mulutnya dengan perlahan. Matanya masih setia melihat pergaduhan kecil antara Arif dan Maisara. Dan Naura pula cuba meredakan pergaduhan itu. Memang dia nampak abangnya seperti sudah jatuh cinta dengan Naura namun dia seperti tidak dapat menerima.

Hati dia sakit. 'AHHH Adif! dia abang kau! lepaskan Naura dan hidup kau akan kembali normal!'