Bunyi burung yang berkicauan dan angin yang bertiup pada petang itu membuatkan Adif dan Arif dapat meluangkan masa bersama sebagai adik beradik. sudah lama mereka tidak dapat meluangkan masa walaupun duduk serumah.
Jauh berjalan di Pantai Stulang yang terletak di Johor Bahru, Adif dan Arif akhirnya singgah di kedai makan yang tidak jauh dari tempat letak kereta. Masing-masing memesan makanan kegemaran mereka sendiri dan sepanjang mereka makan tu tak ada seorang pun cuba untuk memecahkan suasana sepi itu.
"Esok, kau jangan lupa bawak kawan kau.. siapa nama dia? Aku lupa jap." suara Arif membuatkan Adif bangun dari berangan.
"Naura. Tu pun kalau dia nak." Dia belum memberitahu lagi kepada Naura tentang hal ini. Bukan dia tak nak bagitahu tap Naura selalu sahaja mempalaukan dia. Harini sepatutnya bekerja tetapi Naura memberi keizinan buat semua pekerja untuk bercuti. Sebab? Naura nak mencari hadiah buat Arif ketika perjumpaan novel tu.
"Naura je ke nama dia?" Soal Arif dengan rasa ingin tahu. Mee bandung dihirup perlahan setelah ditiup beberapa kali.
"Naura Airina. Nanti kau jangan tanya dia apa-apa pulak. kang ada dia ajak Aku hantar dia balik." pesan Adif. Nasi goreng ayam yang dipesan telahpun tiba di meja makan. Usai membaca doa, dia terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Makan panas-panas sedap ni! tambah lagi dengan air sirap
"Lawa sangat ke kawan kau tu sampai Aku tak boleh nak tanya dia itu ini." tangan yang memegang sudu dan garfu itu diberhentikan buat seketika. Lawa? bukan setakat lawa bahkan wajah Naura hampir sama dengan wajah arwah kawannya dahulu yang mati akibat lemas saat mandi di sungai.
"Kalau kau tengok muka dia memang kau sendiri jatuh cinta. Bukan setakat muka, dengan personaliti dia sekali." Makin Adif bercerita tentang Naura makin Arif ingin berjumpa dengan peminatnya.
"Ada peluang ni kau makan nasi minyak Aku." usik Arif. Namun usikkan itu membuatkan Adif tidak senang. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan Naura?
Tidak mungkin! Naura cuma menganggap dia sebagai pekerja dan seorang adik sahaja dan tidak lebih dari itu dan Naura lebih tua daripada dia. Memang tidaklah gadis itu mahukan lelaki yang baru kenal erti DUNIA ni.
NAURA baru sahaja tiba di hadapan syarikat penerbitan novel iaitu T.S Sdn Bhd. Bermula dari syarikat itulah dia mula menjadi penulis dan dengan izin Allah dia berjaya melariskan semua novelnya dengan sekelip mata.
Gara-gara Arif Iskandar lah dia baru dapat merasakan semangat baru. Dulu dia teruk dihina dengan kawan-kawannya kerana mereka yakin dengan menjadi seorang penulis tidak dijamin mampu hidup senang tetapi sekarang dia bangkit dari dunia gelapnya! Siapa kata jadi penulis tidak dapat jaminkan apa-apa sahaja? Kalau ada keyakinan dan rajin dalam sesuatu perkara pasti semuanya akan berjaya.
Naura menekan butang lif dihadapannya. Sambil dia menunggu, dia melirik ke arah Mai yang menemani dia untuk menghantar manuskrip itu. Bukan dia tidak mahu menghantar dengan menggunakan email cuma ada sesuatu yang encik Taqiuddin iaitu CEO syarikat ini ingin memaklumkan kepadanya.
"Eh Aku nak gi tandas jap. Anything call Aku." terus Mai berlari ke arah papan tanda yang ditulis 'toilet' itu.
"Cik nak masuk tak?" soal pemuda yang sudah lama berada di dalam lif tersebut. Naura mengangkat wajahnya dan dia terpaku, terkaku, terkejut, terpesona dengan wajah pemuda itu. Siapa lagi kalau bukan Arif Iskandar.
"Cik? Cik nak masuk?" soal Arif dengan lembut. Naura mengangguk perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam lif dan dia menekan nombor 4 iaitu tingkat yang dikhaskan untuk CEO sahaja.
Masa tu jangan cakaplah. Mahu sahaja dia menjerit keseronokan akibat dapat bertemu dengan idolanya. Kalau dulu dia mampu melihat dari jauh sahaja dan dia akan menyuruh Mai yang ambilkan tandatangan Arif. Ish tak patut Naura ni.
Arif melihat gadis disebelahnya buat seketika. Tubuh yang kecil molek dan pipinya yang montel membuatkan tulang rusuk Arif bergetar. Uish teruk benar panahan gadis disebelahnya. Namun dia tidak dapat melihat wajah gadis itu secara keseluruhan. Tak pe mungkin bukan rezeki dia untuk melihat wajah ayu Naura Airina.
Ting! pintu lif dibuka. Terus Naura keluar dari lif dengan tergesa-gesa. Gementar dia untuk bertemu lagi dengan lelaki itu. Ni kalau dia bertemu lagi memang pengsan lah jawabnya.
"Cik Airina ke?" Soal kerani memakai teg nama Mellisa itu. Naura mengangguk sambil ukirkan senyuman.
"Encik Taqiuddin ada mesyuarat sekarang ni jadi cik Naura boleh tunggu di ruang menunggu sebentar."
"Ok. Terima kasih." sopan saja suara Naura dihadapan wanita yang seperti berumur 30 an itu. Naura mengambil tempat yang berselindung disebalik matahari. Sambil menunggu, sempat dia membalas mesej Mai.
Mai : "Kau dah masuk ke?"
Naura : "Belum. Kau lama lagi ke kat tandas tu. Aku ada hal nak cerita ni."
Naura mengangkat mukanya saat terdengar suara seseorang yang menghampiri kawasan ruang menunggu itu.
'Ya Allah! Jodoh Aku dekat ni! Tadi jumpa kat lif sekarang kat sini.'
"Apa khabar cik Airina?" sapa lelaki yang berdiri bersebelahan Arif Iskandar.
"Khabar baik." senyum. Arif tidak memandang langsung gadis itu. Dia lebih tertarik kepada poster yang ditampal pada setiap dinding di kawasan ruang menunggu itu.
Dulu memang penuh poster novelnya disitu namun kini hanya satu atau dua sahaja. Yang selebihnya novel yang sedang hangat di pasaran dan penulis novel itu pun dia tidak kenal.
"Siapa yang tulis novel ni Fiq?" tanya Arif kepada kawannya, Taufiq Sufian yang juga anak teruna encik Taqiuddin.
"Airina." Arif mengangguk sahaja. Dia masih seperti tadi. Tidak memandang wajah gadis itu.
'Airina? Naura Airina kah?'
Tiba-tiba dia teringat perbualan dia dan Adif semalam. Entah kenapa dia senang sangat dapat mendengar nama itu walaupun dia belum berjumpa dengan tuan punya badan.
"Aku nak gi tandas jap." Arif berlalu pergi meninggalkan Taufiq bersendirian bersama Naura disitu.
"Bukan biasa cik Airina hantar manuskrip dengan email ke. Ni kenapa datang sini?" Hairan juga dia. Selalunya Naura Airina akan menghantar semuanya manuskripnya dengan email dan bukan hantar secara terang-terangam begini.
"Saya ikut je arahan ayah encik Taufiq. Dia kata ada hal nak bincangkan." Taufiq tepuk dahi.
"Saya baru teringat pagi tadi. Dia kata nak buat program macam si Arif tu tapi Saya katalah yang awak lagi suka jadi penulis yang kuat berahsia ni. Tapi awak tak rasa better awak bagitahu semua orang ke siapa awak yang sebenarnya. Tak adalah peminat awak tertunggu je." ada betulnya juga kata Taufiq ni. Selama dia jadi penulis memang dia jadi penulis yang kuat berahsia. Tiada siapa tahu tentang identiti dia kecuali pihak syarikat dan rakannya.
Dia cuma ingin menjadi penulis biasa dan dia tidak mahu menjadi sibuk seperti Arif Iskandar. Arif Iskandar semakin sibuk dengan kerjanya hingga lelaki itu pernah terlantar di hospital gara-gara tidak cukup rehat akibat terkejar masa.
'Haih, sampai bilalah kau nak jadi pengecut ni Naura..'
MALAM ITU, memang tak disangkakan oleh Naura. Dia baru sahaja pulang dari syarikat dan terpaksa duduk di dalam bilik yang beraircond itu selama 3 jam. Mujur Mai memahami situasi dia ni kalau tidak memang Mai balik tinggalkan dia lah disitu.
Pulang sahaja dari syarikat dia menerima panggilan daripada Adif dan dia menjemput Naura untuk hadir ke rumah orang tuanya jikalau Naura ingin bertemu dengan Arif Iskandar a.k.a idola Naura.
Semua penat lelah ditolak ketepi dan dia terus bersiap untuk pergi ke rumah orang tua Adif dan Arif. Dia juga agak terkejut kerana Arif Iskandar adalah abang kandung Nazrul Hadif. Memang tak disangkakan lagi! Jodoh mereka sangat kuat! Erk.. jodoh antara Nazrul Hadif dan Naura Airina atau Arif Iskandar?
"ASSALAMUALAIKUM, mama." Sapa Adif dengan suara yang sopan. Wanita dalam likungan 40 an itu terus bersalaman dengan Adif dan Naura yang berpakaian sopan pada malam itu.
Saat Adif menjemput Naura dia sudah terpesona dengan kecantikan gadis itu. Tapi cepat-cepat dia matikan niatnya itu. Naura ada hati pada abangnya dan bukan pada dia!
"Ni ke kawan Adif? cantiknya. Siapa nama ni?" soal wanita itu dengan mesra dan ceria.
"Naura Airina. Panggil je Naura." senyum.
"Naura ya. Nama aunty Aina Nabilah tapi panggil je mama. Nampak mesra sikit." Naura mengangguk sahaja. Malu pula dia saat berdepan dengan keluarga ini. Rumah sahaja sudah seperti istana ini belum masuk ke ruang tamu, bilik utama, bilik air lagi. Sah macam drama korea lah ni.
"Mama! Adif tak sampai lagi ke? Arif dah lapar ni." jerit si anak sulung dari dapur. Naura berdebar. Jeritan dari dapur itu sahaja dia sudah tahu milik siapa. Arif Iskandar!! AHHHH dia mahu menyorok.
"Bang, ni Naura. Dan Naura ni abang Saya, Arif. Salam kenal dan mama jom kita pergi dapur. Adif dah lapar." terus dia menarik lengan 'syurganya' ke dapur. Tersenyum pula Puan Aina dengan mendengar panggilan mama dari anak bongsunya.
"Naura kan?" Naura mengangguk.
"Tunggu sini. Saya nak ambil something." Naura mengangguk lagi. Agaknya dia benar-benar gementar dengan melihat dan berbual bersama idolanya. Idola? rasanya sudah menjadi crush.. ERK?!
Tak sampai 2 minit menunggu di ruang tamu, Arif tiba di situ sambil membawa 2 buah buku untuk dihadiahkan kepada Naura. Dan dia berharap Naura sukalah dengan pemberiannya ini.
"Nah." Arif menghulurkan 2 buah buku itu kepada Naura dengan seikhlas hati. Naura mengambil buku itu dan cuba berlagak 'normal'. Agaknya kalau Maisara turut mengikut dia kesini memang dia sudah pengsan di atas bahu kawannya. Haih!
'Sabar Naura! Baru dia bagi buku belum dia bagi hati tu.'
"So Naura kerja apa?" soalan itu secara rawak diberikan kepada Naura.
"Oh Saya ada buka kedai buku dan Adif sekarang pun.." Adif memotong jawapan Naura dengan menjerit nama mereka berdua.
"Mari makan!" jerit Adif walaupun meja makan dan ruang tamu itu hanya mengambil 6 langkah sahaja untuk ke meja makan namun jeritannya seperti Naura dan Arif berada di rumah jiran sebelah.
'Kalau Aku kena serangan jantung tu boleh maut agaknya dengan budak ni. Adif, Adif. Dah besar pun suka agi jerit.' omel Arif dalam hatinya.
Semasa di meja makan, Puan Aina banyak berbual dengan Naura bersama Adif. Arif hanya menjadi pendengar sahaja. Dia nak mencelah pun dia tidak tahu asal usul Naura. Yang dia tahu hanya satu. Aura Naura Airina amat berbeza dibandingkan dengan gadis yang banyak dia berjumpa.
Naura amat pemalu dan kadang-kadang pendiam juga. Dan Naura pandai menjaga batas pergaulan bersama Puan Aina dan Makcik Hasiah ataupun dikenali sebagai cik Siah yang merupakan orang gaji disitu.
"Arif kenapa diam je? Biasanya kamu yang banyak cakap." tegur Puan Aina sambil menambah sup ayam ke atas nasinya.
"Arif tak tahu mana nak celah. Jadi diam je lah." balas Arif.
"Naura jangan terasa dengan anak mama tau. Dia memang nak cakap pun main lepas je. Tapi dia baik." Beria Naura mengangguk untuk mengiyakan kata si Puan Aina.
"Mama nak tanya boleh?"
"Tanya lah." senyum. Arif dan Adif yang memandang tepat raut wajah Naura terus terpukau.
"Naura dah berpunya?"
"Huk!" tersedak pula anak bongsu Puan Aina. Sepatutnya Naura yang tersedak dan bukan Adif.
"Nah minum ni." Naura segera bertindak saat Adif mula tersedak. Memang patut pun Adif tersedak kerana dia makan laju-laju. Adif mencapai gelas berisi air sirap itu dan meneguk laju-laju. Dahaga!
"Laju- laju. Cuba makan dengan minum tu slow-slow. Tak lari pun makanan tu. Kang tercekik kang baru tau." Sisi Naura yang sebenar sudah membuatkan Arif tersenyum. Tak sangka dia gadis kecil molek itu juga seperti mamanya, Puan Aina. Bebel sahaja kerjanya. Dan yang lebih penting. Naura nampak comel apabila membebel.
"Mama ada geng nak bebel ni." seloroh Adif setelah dia menghabiskan air sirapnya hingga titisan air yang terakhir.
"Kalau Naura nak jadi menantu mama. Naura cakap je." Naura senyum malu. Aish! kalau boleh dia nak saja cakap dia mahukan si sulung tu. Tapi dia perempuan kenalah jaga adab.
"Ish mama ni. Naura tu entah-entah dah ada orang yang minat dia." Kata Arif. Tangannya laju menambah lagi nasi yang berada di hadapannya. Entah kenapa dia mula berselera malam itu.
"Saya belum berpunya." balas Naura dengan senyum tipis. Dan jantung Adif dan Arif sudah berhenti melihat senyuman dan mata yang bersinar itu.
Alangkah indahnya jikalau Naura mendapat suami yang penyayang dan mampu lindungi gadis itu. Dan sekarang ni ada soalan. Soalannya, siapakah yang layak menjadi suami Naura Airina? Arif Iskandar atau Nazrul Hadif? Hah pilihlah dulu.