Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 6 - Love Blue Flowers

Chapter 6 - Love Blue Flowers

PUAN AINA laju berjalan menuruni anak tangga untuk membuka pintu rumahnya. Pelik juga dia dengan jam 3 pagi ni ada yang datang ke rumah.

Encik Hafiz selaku suami kepada Puan Aina Nabilah turut menemani isterinya untuk membuka daun pintu.

"Arif? kenapa ni?" soal Puan Aina dengan bimbang saat melihat tubuh lemah Arif Iskandar terpacak dihadapan rumahnya. Arif tidak menjawab soalan mamanya, dia terus menerpa masuk ke dalam rumah dan baring di atas sofa empuk di ruang tamu.

Puan Aina meletakkan tangan di dahi Arif kalau-kalau anak terunanya itu sakit. Encik Hafiz mengurut kepala si Arif.

"Arif tak sakit. Arif cuma nak tidur sini je." balas Arif dengan riak wajah yang tenang.

"Adif mana?" soal Encik Hafiz usai mengurut kepala anak sulungnya.

"Dia kat rumah. Tadi Arif gi rumah Taufiq tu yang singgah sini sebab nak tidur. Boleh?" Arif tayang muka simpati. Benar dia baru pulang dari rumah Taufiq atas sebab dia ingin bercerita tentang masalahnya dan dia benar-benar inginkan seseorang yang boleh ada dengan dia.

"Tidur je lah sini. Esok terus balik tau kesian nanti Adif tinggal seorang je." pesan encik Hafiz sebelum dia mendaki anak tangga untuk naik ke bilik.

"Mama.." panggil Arif dengan lembut saat Puan Aina ingin mengikut langkah suaminya.

"Apa?"

"Bulan depan puasa kan?" Puan Aina mengangguk perlahan. Dia kembali berdiri di hadapan anak terunanya.

"Arif nak bawak Adif pergi Pahang. Dia dah lama tak jumpa tok wan. Tapi Arif nak ajak sekali Naura dengan housemate dia Mai. Boleh?" kalini laju Puan Aina mengangguk. Memang dia setuju kalau ada Naura dan Mai.

Mulut budak berdua tu sahaja sudah mampu membuat dia ketawa tidak henti inikan mahu tambah lagi Arif dan Adif dan juga mak mentuanya hah memang pecah agaknya dengan gelak ketawa tu.

"Minta izin dulu mak ayah diaorang. Jangan paksa diaorang tu. Kalau tak boleh cakap tak apa."

"Mama suka Putri atau Naura?" tanya Arif lagi.

"Naura lah. Kalau Putri tu mama dah tahu perangai dia tu. Pengotor pun ada. Haih entah apa lah papa kamu nampak kat Putri tu." sungguh dia tak faham kenapa suaminya berkenan sangat dengan Putri tu. Dia tidak kisahlah tentang pangkat atau harta cuma dia tak nak Putri yang selalu menipu dan membelakangkan orang tuanya itu berkahwin dengan salah satu anaknya.

Bayangkan duit yang Putri pinjam dari Puan Aina pun sampai sekarang gadis itu tidak membayar semula. Lah-lah Puan Aina halalkan sahaja. Bukan sikit tapi banyak yang dipinjamkan. Katanya hendak membuat modal kedai tapi sampai sekarang kedai pun tak ada.

"Then mama masuklah meminang dialah." ujar Arif sambil mendaki anak tangga untuk kebiliknya. Ada senyuman disebalik bibir tanpa dia sedar.

Puan Aina terkejut buat 10 saat dan akhirnya dia tersenyum. Yes! Niat dia hendak menjadikan Naura sebagai menantu akhirnya tercapai juga! Memang dah lama dia impikan gadis sebaik Naura jadi menantu dia namun dia terlalu sibuk dengan menguruska rumah anak yatim dan rumah orang tua untuk membelikan barang-barang. Jadi tiadalah masanya.

NAURA DAN MAISARA tidak henti bertekak dari Arif dan Adif masuk ke kedai hinggalah Adif dan Arif pergi mengajar budak-budak.

"Masalahnya Aku nak pergi."

"Tapi kedai macam mana? Kau beria sangat nak bukak kedai time puasa ini apa?"

"Naura pleaseee. Dah bertahun kita tak bercuti masa bulan puasa. Duit kita dah berkepuk ni. Jom lah." rayu Maisara kepada Naura yang masih bersikap dingin.

"Arif tu ada kan. Okey apa kau gi dengan bakal suami kau tu. At least bagilah yang single ni merasa ada kampung. Rumah mak Aku tu bukan kampung tau dah dikira bandar." Arif yang terdengar perkataan BAKAL SUAMI terus tersenyum seorang diri.

"Ish ya lah." Naura terus masuk ke pejabatnya. Malas lah dia nak fikirkan hal itu. Lebih baik dia berbual dengan ibu dia di telefon.

Maisara bersorak kuat setelah Naura bersetuju dengan permintaannya. Memang payah kalau nak suruh Naura berjalan tapi kalau bab pergi tempat bersejarah bukan main lagi kaki gadis itu.

"Dia setuju?" soal Arif.

"Setuju lah. Hah kejap." Maisara mengambil pen dan sticker note di ruang kaunter untuk menulis nombor telefon ibu ayah Naura.

"Ni nombor telefon parents dia. Kau kena minta izin dengan parents dia tau. Sebab parents dia susah nak bagi Naura keluar." Arif mengangguk. Seperti ibu bapa yang overprotective? begitu?

"Naura tak suka ke bila Aku datang sini? Tak ada lah after dia pengsan tu dia macam dah makin jauh dari Aku. Dia tak suka.."

"Tak suka? Kau tahu semalam dia punya beria cerita kat Aku masa kau dengan dia berborak tu uishh. Aku punya senduk kat dapur pun dia boleh buat main tau. Angau betul korang ni." teringat dia sewaktu Naura bermain dengan senduk milik Maisara. Memang habis rumahnya semalam penuh dengan beria si Naura.

"Tapi bila depan kau memang dia asyik jauh je. Bukan sebab tak suka cuma dia malu. Pandai-pandailah amek hati dia tu."

'Malu? haih ngan Aku pun dia nak malu ke?'

"NAURA AIRINA!" jerit Maisara setelah kereta Hondanya tiba dihadapan rumah kayu modern. Sah lah itu rumah nenek Arif dan Adif. Nampak sahaja suasana kampung namun rumah uish cantik tu.

"Shhh Aku uzur ni Mai. Tak ada masa nak lawan cakap kau." balas Naura nak tak nak. Dia keluar juga dari perut kereta itu. 5 jam perjalanan itu dia cuma tidur sahaja akibat perut dia yang segugut jadi diam sahajalah dia mampu.

"Assalamualaikum tok wan!" jerit Arif dan Adif. Naura tersenyum melihat kecomelan Arif dan Adif yang seperti kanak-kanak itu.

"Tok Wan tak ada." sahut seseorang dari belakang Naura. Naura dah takut.

"Mana tok wan pergi ya mak.." terdiam terus Adif saat melihat seorang nenek berpakaian sopan sambil membawa plastik-plastik yang dipenuhi dengan barang dapur.

"Siapa ni bang?" bisik Adif di telinga kanan Arif.

"Apa khabar tok wan?" sapa Arif sambil bersalaman dengan wanita itu. Yang lain ikut juga langkah Arif.

"Khabar baik. Ni cucu tok wan ada 2 je. Yang datang lagi 2 perempuan ni kenapa? Mak kamu mengandung agi ke?" seloroh tok wan. Arif dan Adif menggeleng.

"Minta kena marah dengan Adif lah dapat adik baru. Ni kawan kitaorang. Yang tinggi macam pokok kelapa ni Maisara tapi panggil je Mai. Kalau yang sebelah dia tu Naura." Tok wan mengangguk sekejap lalu dia menilik muka Naura dan Maisara.

"Comel orangnya." senyum. Naura turut tersenyum dengan pujian itu.

"Yang ni cantik ya. Sesuai pula dengan si Taufiq." pujian Tok wan beralih kepada Maisara yang berdiri tegak itu.

"Taufiq tu hensem tak tok wan?" bisik Maisara.

"Uish bukan hensem je. Kaya pun ada." sengih.

"Tak nak lah Saya yang kaya ni. Baik tok wan bagi Saya yang macam anak pak Imam. Bolehlah dia bimbing saya yang tak dapat dibimbing ni."

"Kau kalau aku kunci mulut kau bagus juga." Naura sudah membesarkan matanya. Maisara tersenyum.

"Abang Arif!" mereka semua terus memusingkan badannya ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara itu.

"Putri? tak pernah pulak engkau datang sini nak jenguk Aku ni." balas Tok wan sambil bercekak pinggang.

"Alah tok wan, Putri busy lah sejak-sejak ni. Lagipun ni baru dapat cuti sebab nak jumpa abang Arif." Putri tayang senyum gatal pada Arif. Arif dah naik meluat.

"Hah dah jom masuk. Tok wan ada masak lauk favorite Adif." Adif ikut langkah Tok wannya dengan menarik satu bagasi biru miliknya ke dalam rumah. Naura dan Maisara pula mengeluarkan bagasi mereka berdua yang masih berada di dalam bonet kereta.

"Nah kau bawak yang ringan." Maisara berikan satu beg kecil yang dikhaskan untuk telekung dan sejadah kepada Naura.

"Tak kan kau nak angkut yang berat ni?" Bukan Naura tak biasa cuma dan berapa jam Maisara memandu jadi mestilah kawannya itu penat.

"Alah kau. Beras kat rumah pun Aku yang bawak." Maisara mengangkat bagasi besar itu keluar dari bonet kereta.

"Uih berat. Kau letak apa dalam ni?"

"Semua barang kau eh. Barang Aku sikit je ya." Sengaja Maisara hendak mengusik Naura kerana dia tahu Naura sedang sengsara dengan gaya gedik Putri kepada Arif.

"Sini Aku tolong." tanpa disuruh, Arif mengangkat bagasi itu dan terus masuk ke rumah. Dia tahu itu hint yang Maisara berikan kepada dia untuk menolong Naura. Dan dia juga tahu Naura cemburu saat Putri menggedik dengan dia.

"Abang Arif! Jangan tinggalkan Putri kat sini! Putri belum habis borak ni."

Naura dan Maisara saling berpandangan. Terkejut dengan apa yang dilihat. Putri selamba masuk ke dalam rumah tok wan untuk mengejar Arif. Ini bukan gedik namanya. Ini tak ada adab masuk rumah orang tanpa bagi salam.

SELERA Adif makin bertambah dengan lauk yang dimasak oleh tok wannya. Ketam masak cili api siapa je tak suka? lagi-lagi ada udang goreng tepung. Makin berselera lah Adif.

"Naura dengan Mai ni memang kawan berdua je ke?" tanya Tok wan kepada Naura yang menuang air ke dalam cawan Arif dan Maisara.

"Ada lagi kawannya cuma diaorang dekat Kluang. Kalau diaorang dekat JB tu agaknya boleh keluar surat khabar sebab nakal kitaorang." usik Maisara dengan menambah kuah ketam masak cili api.

"Tak apa. Tok wan suka yang nakal ni sebab Taufiq dengan cucu tok wan pun nakal." siap angkat kening lagi tok wannya.

"Mama kata dulu Adif baik. Hah jadi tok wan jangan nak tambah cerita ya."

"Alah mama kamu tu saja je. Dulu kamulah yang selalu kena marah dengan Arif sebab panjat pokok mangga. Itu kalau jatuh memang habis agaknya mama dengan papa kamu kerjakan."

"Tapi jatuh jugak sebab terkejut dengar bunyi tok wan jerit." sambung Arif yang duduk berhadapan dengan Naura. Putri yang berada di tengah-tengah meja mampu diam saja namun pandangannya tidak henti ralit pada wajah Naura dan Arif.

"Putri tak nak makan?" soal Naura dengan sopan. Terus gadis itu menggeleng.

"Diet lah. Kena jaga badan." senyum.

"Badan kau dah kurus kering nak diet apa?" bidas Maisara dengan wajah tak puas hati.

"Excuse me cik tiang lampu. Awak jangan nak main dengan kurus atau gemuk ya. Kan abang Arif." minta simpati juga pada Arif akhirnya. Arif diam sahaja.

"Abang? Geli Aku dengar."

"Eh kau diam ya, Adif."

"Macam mana kau boleh bertahan dengan dia ni Rif?" tanya Adif.

"Aku layan nak tak nak je." naik darah pula dengan si Arif ni. Punya beria dia nak tunjuk cinta dia boleh pula Arif menolak.

"Alah lagipun abang Arif dah tak boleh lari dari Putri. Putri kan salah satu calon menantu papa, abang." senyum dan Arif diam.

Sakit.. sakit sangat hati Naura pada ketika itu. Dia seperti orang bodoh yang melihat kejadian yang dia sendiri tak sangkakan. Putri yang cantik walaupun gedik itulah yang keluarga Arif inginkan dan bukan dia.