Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 12 - Love Blue Flowers

Chapter 12 - Love Blue Flowers

NAYA DAN NURUL baru sahaja selesai mengedit gambar-gambar perkahwinan Naura dan Arif. Gambar-gambar tersebut sudah disusunkan di dalam album kerana pasangan itu akan mengambil pada petang nanti.

"Naya..kau tak rasa pelik ke tetiba Naura kahwin? cause dia sendiri rasa belum ready." kata Nurul usai memasak maggie.

"Tak pelik pun sebab parents dia yang aturkan. Hidup Naura sentiasa macam tu jadi Aku tak boleh nak buat apalah. Alah lagipun suami dia kaya apa Arif Iskandar tu nyah. Anak orang kaya, penulis novel lagi patu dulu belajar sampai luar negara. Kau pikir mak bapak Naura nak bagi Naura kahwin dengan orang biasa- biasa?" balas Naya. Keluarga Naura amat mementingkan pekerjaan dan hati budi seseorang untuk berkawan mahupun berkahwin dengan anak daranya, Naura Airina.

Kadang sampai mereka semua ingin sahaja membawa Naura lari kerana apabila Naura gagal dalam sesuatu contohnya seperti gagal dalam peperiksaan. Ayah Naura semestinya akan memarahi Naura hinggalah Naura menangis. Bukan kerana Naura tidak pandai cuma aras fikiran itu amat berbeza dengan aras fikiran budak-budak yang lain.

"Aku risau kalau-kalau Naura kahwin sebab terpaksa."

"Nurul.. sah dia sukakan Arif tu. Dah lama cuma dia tak perasan. Petang ni kau tengoklah dia datang ni macam suami isteri atau tidak."

"If they don't come like husband and wife, what do you want to do?"

"Kita eratkan lah hubungan diaorang. Dapat pahala apa buat macamtu. Aku ni sayang tau Naura tu. Tapi Aku risau satu je lah.." perkara ni memang dia risau betul. Katakan Arif tahu mungkin Arif sekali tidak akan bercakap dengan Naura buat sebulan.

"About Naura working as a novelist?" Naya mengangguk. Hal itu perlu dirahsiakan oleh semua orang dan rasanya belum tentu Arif akan menerima gadis yang sudah memotong namanya sendiri. Maksudnya kini Naura menjadi lebih popular daripada Arif.

"Arif is also a novelist. Husband too. He must understand Naura's feelings bro." bagi Nurul itu tidaklah penting mana kerana Naura sudah gembira namun kenapa masih dibangkitkan lagi? Hal itu sepatutnya dibiarkan sahaja.

"Ngak bisa bahasa inggeris." senyum. Naya faham je apa yang Nurul cakap cuma dia malas nak translatekan ke dalam bahasa melayu.

"I mean Arif pun suami dan novelis. Mesti dia faham perasaan Naura. Dulu Naura bujang memang lah Naura nak novel dia terlaris. Kat tv pun paling tidak cerita dari novel Arif dengan si Naura. Now you tell me mana Arif nak marah? Chill brother. Makan kacang dulu." jawab Nurul sambil mengunyah kacang.

"Kekek lu makan kacang. Eh tapi semalam Aku tengok yang jadi pengapit Arif tu Taufiq tau." Nurul kerut dahi. Taufiq anak siapa pula?

"Aish kau ni. Kawan Arif a.k.a anak kepada encik Taqiuddin yang terbitkan buku Naura ngan si Arif tu. Kau memang tak suka eh baca mesej ngan berita." Nurul tayang muka cari gaduh. Kenapa dia perlu tahu? wajib ke? tidak kan?

"Hah kenapa? Kau nk usyar dia?"

"Eh simpang malaikat 44 pun Aku tak nak dik. Kau hingat akak teringin nak suami orang kayo?" balas Naya dengan jelingan maut.

NAURA yang sedang berperang mulut dengan Maisara di dapur terus berdiam diri saat Taufiq dan Arif masuk ke dapur sambil membawa plastik-plastik yang dipenuhi dengan barang dapur.

"Ni apahal menjerit sampai luar pintu?" soal Taufiq seraya menuang air masak ke dalam cawan. Maisara berpeluk tubuh.

"Tangan Naura terkena minyak panas patu bila Aku nak sapukan minyak dia tak bagi. Mana tak marah." Terus gigit bibir. Arif terus menarik kedua-dua belah tangan isterinya untuk melihat bahagian yang terkena minyak panas.

"Kau kalau Aku zip mulut tu baru tau." bisik Naura. Maisara tayang muka tak bersalah. Pantas Arif menarik tangan isterinya untuk naik ke bilik. Kalau dibiarkan mesti akan meninggalkan kesan.

"Sakit?" soal Arif dengan penuh prihatin. Jari jemari Arif membasuh tangan kanan Naura dengan penuh berhati-hati lalu dilapnya dengan tuala yang kering.

"Saya tak rasa apa-apa." senyum. Entah kenapa dia tidak merasakan apa-apa kesakitan pun. Kalau dulu kena minyak sikit pun dia nak menjerit seperti budak-budak.

Arif mencapai minyak gamat di atas meja solek itu. Naura perhatikan kelakuan Arif terhadapnya. Arif yang berada dihadapannya sungguh berbeza dengan Arif yang orang luar katakan. Menurut orang luar, Arif sangat sombong tidak kira pada wanita mahupun lelaki namun dihadapan Naura.. berbeza. Lelaki yang penyayang, baik hati dan lelaki yang bertanggungjawab.

"Saya tahu suami awak hensem tapi jangan pandang lama-lama. Takut bosan." tegur Arif dengan nada usikkan. Cepat-cepat Naura memandang ke tempat lain.

"Esok kita balik Johor Bahru ya. Tok wan nak jumpa orang baru." orang baru yang dimaksudkan oleh Arif ialah Naura. Tok wan tidak dapat hadir kerana Putri asyik sibuk ingin mengikut dia ke hulur ke hilir. Naik pening tok wan dibuatnya. Kini Imran telah membawa Putri ke Melaka untuk makan angin. Barulah tok wan boleh bertemu dengan Naura.

"Arif.. Saya.." perbualan mereka dihentikan akibat ketukan dipintu yang kuat itu. Arif menghadiahkan senyuman buat Naura lalu membuka pintu bilik tersebut.

"Ya ayah?"

"Marilah turun. Kita makan tengah hari sama-sama." Arif mengangguk faham. Encik Abdul terus menuruni anak tangga untuk ke meja makan.

"Kenapa?" soal Naura usai Arif menutup rapat pintu bilik.

"Ayah ajak makan." Jawab Arif sambil mengusap lembut kepala isterinya. Naura tidak mengelak lagi. Dia tahu perbuatan itu mungkin membuatkan Arif terasa jadi dia tak nak lah lakukan perkara sebegitu.

"Sayang nak cakap apa tadi?" tanya Arif sebelum mereka turun ke bawah. Naura menggeleng lalu berkata

"Naura lupa nak cakap apa tadi." sengih. Arif mencebik bibirnya. Naura tidak lupa pun apa yang dia ingin cakapkan kepada Arif. Cuma dia belum bersedia lagi untuk berkata bahawa Naura seorang penulis yang kuat berahsia dari pihak media dan semua peminatnya.

NAURA DAN ARIF berjalan sakan pada petang itu sebelum mereka berangkat pulang ke Johor Bahru. Harini mereka akan mengambil album gambar dan meluangkan masa bersama teman-temannya. Masuk sahaja ke dalam kedai Naya dan Nurul, mereka mengambil tempat yang berhadapan dengan seorang juruwang di kaunter.

"Kak Naya! Kak Naura dah sampai!" jerit gadis itu. Naik terkejut Arif dan Naura dibuatnya.

"Uish sinaran cahaya pengantin baru buat Aku rasa nak tidur." kata Naya sambil memberikan album gambar perkahwinan itu.

"Arif." panggil Nurul dari arah kiri Naya. Arif memandang wajah gadis dihadapannya. Gadis berpakaian baju kotak-kotak berlengan panjang dan berseluar slack sambil menggayakan dengan rambut yang tidak diikat dan berkasut nike itu.

"Kawan kau yang jadi pengapit tu.. dah.. taken?" soal Nurul dengan rasa ingin tahu. Naura kerut dahi.

'Agak dah kenapa ni? Nurul dah ada tunang tak kan nak cari scandal?'

"Kau nak cari sugardaddy ke Nurul?" seloroh Naura dengan sengihan di bibir.

"Astarghfirullah ukhti. Saya dah ada tunang ya. Tu hah Mai. Aku tengok semalam bukan main lagi kawan suami kau duk tengok Mai." Arif tepuk dahi. Taufiq Sufian? Kawannya sendiri?

"Taufiq? Maybe he loves Mai? Maybe lah. But tak salah kan?"

"Memang tak salah tapi Mai tak akan bercinta cause dia dah trauma dengan lelaki. Kau tahu.." pantas Naya menutup mulut Nurul yang becok itu.

"Dah nak hujan tu gi lah balik. Kang lebat susah pulak korang. Go go. Kitaorang ada kerja agi." ujar Naya dengan senyuman di bibir. Tangannya dilepaskan dari mulut Nurul. Arif mengangguk lalu menarik tangan Naura untuk keluar bersama dari kedai tersebut.

"Engkau kalau Aku cilikan mulut tu memang bagus Nurul. You promised Mai to shut up from opening her old story. Capek gini." sungguh Naya hilang semangat pada petang itu. Nurul kalau boleh nak buka sahaja semua cerita kawannya kepada semua orang. Tak boleh simpan rahsia.

TEPAT pukul 10 pagi, Naura dan Arif sudah tiba di Johor Bahru. Mereka singgah sebentar di rumah sewa Naura untuk mengambil barang-barangnya untuk menetap di rumah Arif.

Arif memakirkan kereta di tempat letak kereta sebelum mereka berdua masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat itu. Naura tersenyum melihat kanak-kanak di hadapan rumahnya sedang bermain bersama apatah lagi jiran-jiran di perumahannya juga dikira baik.

"Bini hang kah Arif?" soal wanita yang duduk di rumah sebelah.

"Haah kak Nab. Naura namanya." Naura tunduk sopan bagi menghormati wanita itu.

"Nama akak, Nabilah panggil je Kak Nab." Kak Nab turut memperkenalkan dirinya dengan ramah kepada Naura.

"Naura Airina. Panggil je Naura." senyum.

"Elok benor bini hang Arif. Hah ni malam nanti datanglah rumah kak Nab. Makan dengan family akak sekali." Naura memandang suaminya. Arif turut memandang wajah isterinya. Naura tidak kisah asalkan suaminya setuju.

"Arif okay je. Naura setuju tak?" laju Naura mengangguk. Bolehlah dia bermain sementara dengan anak-anak kecil jirannya ini. Comel-comel belaka tambahan pula dengan lesung pipit pada kedua-dua belah pipi anak kecil itu.

"Ah ni anak sulung akak. Nama dia Qayyum. Baru umur 4 tahun tapi selalu je kacau si Arif." Qayyum berpakaian baju berwarna putih itu tersenyum manis kepada Naura.

"Comelnya anak akak." puji Naura. Arif tersenyum. Salah satu sebab dia minat Naura adalah Naura suka kepada budak-budak. Kalau dibandingkan dengan Putri. Hm hampeh. Budak nak dekat dengan Putri pun tak ada.

"Ayah.." panggil Qayyum kepada Arif. Bulat terus mata Naura saat Qayyum memanggil suaminya, Ayah.

"Ya Qayyum?"

"Ni ibu baru Qayyum ke?" soal Qayyum dala dukungan kak Nab.

"Haah. Ni ibu baru Qayyum." Qayyum mengangguk tanda faham. Dia melambai ke arah Naura dengan penuh ceria. Naura turut membalas lambaian itu.

"Okey Qayyum pergi dulu. Bye ayah, ibu." Laju anak kecil itu berlari masuk ke dalam rumah. Naura perhatikan Qayyum dari jauh.

"Naura jangan marah pula bila Qayyum panggil Arif tu ayah. Anak-anak akak dah anggap Arif macam ayah kedua diaorang. Lagipun suami akak pun dah anggap Arif macam adik dia. Jadi tak salah lah kan kalau diaorang panggil Naura sebagai ibu?"

"Naura tak kisah." senyum. Benar dia tidak kisah selepas Kak Nab memberitahu hal yang sebenar. Apa salahnya kalau anak sekecil Qayyum ingin memanggilnya Ibu. Nampak comel adalah.

Yang dia kisah tentang rahsia dia. Dia masih belum dapat memberitahu suaminya siapakah diri dia yang sebernanya. Di syarikat pagi tadi, Taufiq menelefonnya sebelum dia masuk ke tempat kerja. Sempat dia mengucapkan tahniah sebelum membebel kepada Naura.

Menurut Taufiq, Naura perlu memberitahu kepada Arif bahawa Naura turut berada dalam industri yang sama. Jikalau Naura tidak memberitahu boleh jadi Arif akan merajuk kerana merahsiakn hal ini.

USAI menunaikan solat Zohor, Naura termenung di atas sejadah sementara Arif sedang melipat sejadah dan membuka songkoknya. Arif melabuhkan punggung dihadapan Naura yang masih termenung itu.

"Sayang kenapa?" soal Arif dengan lembut. Naura mengangkat wajahnya lalu menatap wajah Arif

"Tak ada apa." senyum. Dia belum bersedia lagi. Aduhai Naura kenapa begini jadinya?

"Arif.. Saya nak cakap sikit." Arif masih setia mendengar kata-kata Naura.

"Katakanlah Saya kerja dalam industri yang sama dengan awak.. Awak.. marah?" Arif menggeleng. Kenapa dia perlu marah tentang hal sebegitu?

"Why? I mean kenapa nak marah?" Arif menarik nafas lalu melepaskan nafasnya dengan perlahan.

"Sebab mesti best bekerjasama dengan cik Rina seorang penulis novel yang sangat menjaga rahsia. Arif tahu sayang penulis novel. Arif tahu sayang ambil masa untuk bagitahu Saya hal ni. If sayang rasa Arif marah cause sayang dah potong line Arif. Arif tak kisah. Sebab sayang berhak." senyum. Malam pada hari mereka berkahwin, Taufiq memberitahu kepada Arif bahawa Naura seorang penulis novel yang sangat menjaga rahsia.

Sebagai suami, dia hormat akan keputusan isterinya dan semestinya dia akan menyokong kerjaya isterinya. Dia tidak kecewa kalau Naura lagi terkenal darinya asalkan Naura bahagia.

"Jujur tu penting dalam hubungan. Katakan awak menipu demi kebaikan. Tak semestinya pasangan awak akan terima. Jujur dan bincang elok-elok. Arif tak jahat macam sayang sangkakan." senyum. Dia mengucup lembut dahi isterinya. Naura terpaku.

"Allahuakhbar. Ter. Uish ter." Arif sengaja cari pasal dengan Naura. Dia tahu Naura masih belum selesa.

Naura membuka telekungnya dan kain. Arif cepat-cepat berlari ke bawah agar Naura tidak dapat mengejarnya. Naura tersenyum. Arif memang lelaki yang baik jadi dia perlu yakin dan memberikan kepercayaan kepada lelaki itu. Kalau.. dia menceritakan kisah silamnya.. adakah Arif akan menerima juga? Kerana Arif sudah pelik kenapa Naura kerap menangis dan menjerit saat terdengar guruh.