SELESAI menunaikan solat Subuh, Keluarga Arif sudah siap sedia untuk ke rumah bakal isteri Arif Iskandar. Arif tidak teruja seperti Adif, mama dan papanya. Dia cuma fikirkan keadaan Naura yang senasib dengannya.
"Abang Arif kenapa tak happy?" soal Dania yang turut hadir untuk raikan hari bahagia Arif. Jap bahagia atau derita?
"Abang tengah happy lah ni. Dalam hati." senyum. Sengaja dia kuatkan suaranya agar Puan Aina yang sibuk menyusun dulang hantaran di dalam kereta itu dapat dengar suaranya.
"Nanti lepas kahwin Adif duduk rumah mama kan?" tanya Adif seraya meletakkan dulang hantaran ke dalam bonet kereta. Hantaran Arif di balas dengan 4 dulang manakala pihak wanita 6 dulang. Macam Adif pula yang nak kahwin kerana begitu beria dia pada pagi itu.
"Tak akan kamu nak duduk rumah orang yang dah kahwin? Dah jom kita gerak. Tok kadi pun dah on the way tu." balas encik Hafiz memanaskan enjin kereta. Tepat pukul 8 pagi mereka bergerak untuk ke destinasi yang ingin dituju dan Arif masih tertanya macam mana rupa Rina, sikap, suara, hobi dan lain-lain. Tapi yang peliknya rumah Rina dekat dengan rumah Naura. Kluang! Apa ni?!
"NAURA AIRINA!" jerit Nurul dan Sarah setelah tiba di dalam bilik tidur Naura. Aliya Natasha ataupun Aliya terkejut dengar jeritan itu. Terus dia menyambung kerjanya untuk menambah seri lagi wajah pengantin baru itu.
"Naura dah nak kahwin seh. Aku yang nervous apahal?" Nurul sebagai kawan rapat Naura juga hadir untuk menjadi tukang ambil gambar kawannya itu. Tidak perlu minta orang yang bayar mahal-mahal. Boleh sahaja minta tolong Nurul dan Naya yang bekerja sebagai photographer.
"Sarah. Can we talk?" Sarah mengangguk dan keluar dari bilik tersebut beriringan Aliya Natasha.
"Why don't you talk to me that Naura works with my brother?" serang Aliya dengan begitu marah. Mulanya dia setuju untuk menjadi juru makeup Naura atas sebab Naura kesuntukan masa untuk mencari orang namun dia tidak tahu pula bahawa Naura bekerja dengan Taufiq Sufian iaitu adiknya sendiri.
"If I tell you, do you want to help my friend? Aliya..listen.. harini hari Naura.. can we stop talking about this? Want to fight? tunggu di tempat kerja then kita gaduh." terus dia matikan kata-katanya dengan masuk ke dalam kamar Naura.
"Sarah, let's join us." pelawa Naya yang sudah bersiap sedia dengan kamera di tangannya. Sarah terus berdiri di sebelah Naura yang duduk dengan begitu sopan.
"Ni Mai mana? Tak kan kita je?" tanya Nurul setelah dia mengira beberapa rakannya di dalam bilik tersebut.
"Aku gi cari jap." Sarah keluar semula dari kamar untuk mencari Maisara yang akan menjadi pengapit Naura. Entah-entah Maisara sedang sibuk mengajak anak orang merewang sekali. Bukan boleh percaya budak tu.
Nurul memandang beberapa kali dari atas ke bawah baju dan wajah Naura. Memang sempurna dan cantik apatah lagi wajah itu amat serupa dengan wajah arwah mak Naura.
"Cantik kawan Aku harini." puji Nurul. Gaun pengantin berwarna biru dan ditambah pula dengan wajah putih Naura Airina. Bukan Naura yang meminta baju itu namun bakal suaminya. Katanya melambangkan sifat kejujuran dan kemulian. Katanya lah.
"KKKK Naura now you kena gelabah cause your future husband hensem gila wei." kata Sarah sambil menepuk kedua-dua belah tapak tangannya. Memang tak disangkakan lagi Naura akan berjodohan dengan lelaki itu. Wah kecilnya dunia ni.
"Dah sampai? Awalnya?" jam baru menunjukkan pukul 8:30 pagi. Kenapa awal sangat? Naura mahu melarikan diri. Dia takut kalau-kalau suaminya itu orang jahat ataupun kaki perempuan. Dia tidak mahu!
"Kad jemputan sah-sah tulis pukul 8:40 akad nikah. Patu kul 12 baru majlis nak raikan tu." Naura garu kepala dengan penjelasan Maisara. Maisara tampak tenang dengan gaya baju kurung modern berwarna biru laut itu.
"Hah pihak lelaki dah sampai. Cik Naura Airina silalah keluar." ujar Puan Khalidah dengan senyuman dibibir. Naura bangkit dari kerusi lalu berjalan keluar dengan ketakutan di dalam. Tiba sahaja di ruang tamu semua terpaku melihat kecantikan Naura begitu juga bakal suaminya.
"PAPA apa ni?" soal lelaki kepada ayahnya. Terkejut benar dia harini. Si ayah menepuk belakang anaknya lalu dia tersenyum.
"Mama kata Is nak kahwin dengan Naura Airina a.k.a Rina kan? maklumlah ayah Rina tu satu sekolah dengan papa jadi apa salahnya." senyum. Mahu melompat sahaja Arif Iskandar. Akhirnya dia dapat berkahwin dengan Naura dan bukan dengan Putri!
"Is.. ayah nak pesan ni." Arif duduk tegak dihadapan bapa mentuanya. Sekilas pandang gadis di atas pelamin itu memang Naura Airina yang dia kenal. Sungguh dia tidak percaya.
"Ya ayah?"
"Kalau Is dah tak boleh nak berikan kasih sayang pada anak ayah. Bawalah dia pada ayah. Ayah tak nak ayah perempuan ayah jadi tak lalu nak makan sebab tak dapat apa yang dia nak. Dia tu walaupun manja tapi Rina baik. Kalau dia melawan cakap elok-elok dan jangan marah pada dia. Faham?" Arif mengangguk faham. Amanah kalini amat berat buatnya namun dia sendiri sudah bersedia untuk memikul amanah itu sebagai seorang suami yang baik untuk isterinya.
"Encik Abdul, pihak perempuan setuju untuk teruskan. Hah marilah kita." kata tok kadi dengan senang hati. Dia bersyukur melihat anak kesayangan kawannya itu bakal menamatkan musim bujang dan akan masuk ke alam rumah tangga.
"Ni Saya nak nikahkan bolehkan?" tok kadi mengangguk laju. Boleh sahaja kerana ianya pun dikira sah.
"Arif Iskandar bin Hafiz, Aku kahwinkan engkau dan nikahkan engkau dengan anakku Naura Airina binti Abdul Dayyan dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai."
"Sah!" sahut Arif dalam keadaan gementar. Habis penuh gelak tawa di ruang tamu itu. Naura pula lepaskan keluhan akibat perlu menahan panas dengan pakaiannya.
"Eh sabar bang. Yang nak kahwin abang bukan uncle." Adif turut terhibur dengan kelakuan abangnya. Arif mengurut perlahan dadanya lalu mengerling ke arah Naura. Naura memberikan senyuman kepada Arif.
"Lagi sekali ya." Arif mengangguk. Gelabah pula dia untuk mendapatkan gadis bernama Naura Airina itu.
"Arif Iskandar bin Hafiz, Aku kahwinkan engkau dan nikahkan engkau dengan anakku Naura Airina binti Abdul Dayyan dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Naura Airina binti Abdul Dayyan dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai." encik Abdul bertanya kepada dua orang saksi dan..
"SAH!" segenap ruang tamu itu menadah tangan atas kesyukuran di pagi itu. Naura tidak henti tersenyum begitu juga dengan yang lain. Naya dan Nurul pula melakukan tugas mereka dengan mengambil gambar para hadirin disitu
'Aku dah jadi isteri Arif? Lelaki yang Aku suka? lelaki yang baik dengan Aku? Betul?'
"Assalamualaikum Puan Naura Airina." tegur Arif kini beralih ke sebelah Naura. Naura terpaku buat seketika. Beberapa lensa kamera sedang merakam mereka berdua dan itu membuatkan Naura bertambah malu.
"Your finger, Naura." terus Naura berikan tangan kanannya. Arif menyarung cincin batu permata yang kecil ke jari manis Naura dan Naura menyarungkan cincin ke jari kelingking Arif.
"Now you tell me, why I'm crying?" soal Nurul dan Sarah yang menahan air mata di tepi pelamin.
"Our friend has left Bujang World. Maka nangislah korang." balas Maisara yang turut menahan air matanya. Sinar cahaya Arif dan Naura membuatkan Maisara bertambah gembira. Kebahagian yang Naura inginkan akhirnya sudah tiba.
MASUK sahaja ke kamar, Naura terus bersiap untuk menukar bajunya. Boleh pula aircond tidak rasa walaupun dia duduk betul-betul dibawah penghawa dingin.
Usai mandi, Naura terkejut melihat Arif yang baring di atas katil dan masih berpakaian seperti pagi tadi. Makin malu lah jawabnya harini.
"Awak gi lah mandi dulu. Nanti pukul 12 orang dah ramai." kata Naura dengan menyikat rambutnya ke belakang. Arif bangun dari katil lalu dia menarik perlahan kerusi di bawah meja solek itu.
"Give me 3 reasons why I can fall in love with you." Naura berpeluk tubuh dengan soalan suaminya.
"Saya cantik, Saya comel patu yang ketiga ni Saya tak tahu. Maybe Saya baik." Arif menggeleng.
"Kita cari alasannya nanti ya Sa.. yang?" terkaku Naura dibuatnya. Selamba Arif menyikat rambut isterinya. Walaupun dia manusia yang tidak tahu untuk mengungkapkan kata cinta namun dia berhak tahu untuk kenali makna cinta. Jadi tidak salah kan dia mencintai gadis yang Adif cintai?
Tapi bagaimana pula dengan Diana yang juga menaruh perasaan terhadap Adif? Diana juga seperti Arif yang tidak pandai nyatakan cinta itu dan Diana juga mempunyai perasaan apatah lagi cinta. Tetapi Adif pula yang tidak sedar. Cinta bertepuk sebelah tangan?
"Awak panggil Saya apa?" soal Naura.
"Saya kata ayam. Kenapa?" Naura laju menggeleng. Mulalah dia rasa malu dan bebal akibat salah dengar. Perasan je Naura ni.
'Mujur dia tak dengar tadi.'
PETANG ITU, ramai orang yang kunjung kerumah Puan Khalidah dan Encik Abdul untuk meraikan perkahwinan anaknya. Naura duduk di atas pelamin untuk bersalaman dengan para tetamu dan untuk mengambil gambar. Dari tadi dia tidak meneguk air pun akibat tiada masa. Kawan-kawan Arif begitu ramai dan juga sedara mara belah Arif. Kalau dibandingkan dengan Naura cuma boleh dikira dengan jari sahaja.
"Penat?" soal Arif usai menghantar menghantar para tetamu hingga ke luar pintu.
"Sikit." senyum. Arif mengurut belakang Naura dengan perlahan. Naura terkejut dengan tindakan Arif kerana dia belum sesuaikan diri dengan pelbagi gerak geri Arif dan tindakan yang akan lelaki itu lakukan.
"Sis i- Aku tahu korang dah kahwin but hormat orang yang belum kahwin sis and brother." ujar Naya yang masih setia menangkap gambar pasangan pengantin itu. Arif mendekatkan muncung bibirnya pada telinga Naura.
"Kawan awak tak rilek lah. Saya bukan buat bende tak senonoh pun." bisik Arif. Uish menggigil Naura dibuatnya.
"Adif! Tolong kak Naya jap!" jerit Naya kepada Adif yang melayan ibu bapanya. Adif bangkit dari kerusi lalu menghampiri tubuh Naya di hadapan pelamin berwarna putih itu.
"Apa kak?" sedikit pun Adif tidak menoleh ke arah Naura dan Arif. Bukan dia benci cuma dia takut dia akan jatuh cinta balik.
"Please take a picture of us." Adif mengangguk. Kamera di tangan Naya bertukar ke tangan Adif pula. Semua sahabat Arif dan Naura berdiri di atas pelamin.
"Satu, dua, tiga." dalam kiraan tiga, Adif mengambil beberapa keping gambar. Dan matanya fokus pada gadis berpakain baju pengantin dan memakai tudung shawl berwarna cream. Naura Airina. Mulalah cinta datang bertaut.
"Freestyle." kata Adif lagi. Kini senyuman dia diukir pada wajah tampannya. Mata Arif dan Naura bertemu buat seketika dan secara tidak langsung Naura pengsan.
Semua terkejut dengan kejadian itu apatah lagi Arif. Adif memberikan semula kamera itu kepada tuannya dan baru sahaja dia ingin mendekati Naura.. Arif terlebih dahulu mendukung Naura.
'Kau tu adik ipar lah! Adik ipar Naura! AHHH Adif sedar lah!'